Ramai orang tersalah konsep 'until jannah' ni. Yang bercouple selfie amek gambar laga pipi letak caption ‪tilljannah. Yang dah masuk Universiti, jalan pegang tangan pakwe makwe, selfie kat tasik, kedai makan, shopping complex, letak caption, semoga hubungan kita kekal tilljannah.

Yang dah bertunang pun tak kurang hebatnya. Belum kawin lagi dah berjalan dating sakan dengan fiancé‬ nak kongsi happy kononnya tapi kawinnya tahun depan. lambat lagi. Tapi dah boleh pegang tangan, peluk pingang, geletek sana geletek sini, Berhenti sat satu tempat ambil gambar letak caption tilljannah

tilljannah


Orang melayu Islam kita angan-angan tinggi nak sampai syurga, Tapi perilaku bukan nak kata sampai syurga, nak bau syurga belum tentu dapat.

Bukan ke Nabi SAW sebut dalam hadith : "Yang halal itu nyata dan yang haram itu nyata"

Kita nak tilljannah tapi kita tak bayar dengan harga yang mahal. Malah kita jual plak harga diri kita. Syurga ni untuk orang-orang yang baik-baik yang hidup tak lain tak bukan, hanya nak redha Allah.

Syurga itu mahal.


tak salah pasang impian untuk tilljannah tapi kena selari lah dengan amal kita. Ibaratnya, hotel 5 bintang masakan boleh masuk dengan hanya harga RM50.?

Jangan seronok tilljannah sangat, silap-silap ‪‎tilljahannam


dipetik dari :
Inchique Aiman. (2015 Jan 6). Facebook Status; https://www.facebook.com/thoriqzyad/posts/1009718752389587#