Sekarang, rumah aku dah ada kereta sebijik. dulu hanya ada motosikal je. So sekarang boleh dah bawa mak jalan-jalan dengan selesa. Bukan kereta aku, tapi kereta adik perempuan kedua aku sebab dia kerja dulu berbanding abang dan kakak dia. Abang dia masih menunggu surat penempatan dari KKM dan kakak dia plak masih belajar di UM.

Tapi so far aku je yang drive kereta tu. Dia tak konfiden lagi bawak kereta.

aku dan tuan empunya kereta. abaikan seat berplastik tu. ni dalam perjalanan baru bawak balik dari kedai. hehehe...

Kelebihan Motosikal Berbanding Kereta


Dulu kawan aku pernah cerita lepas dia beli kereta, dia dah tak pandang motosikal ni. katanya best lagi bawak kereta. Tapi setelah lebih 800++ km aku bawak kereta adik aku tu, aku rasa hati aku masih lagi melekat dengan motosikal.

Sebabnya :

1. feeling bila bawak laju.

Kalau naik moto, bawak lebih 100km/j dah rasa feeling lain. Saat menyelit-nyelit di lebuh raya, dengan adrenalin rush, dengan tiupan angin yang merempuh kasar dari arah hadapan, memang terasa bezanya. Kalau naik kereta bila tengok meter, “eh, dan lebih 100km/j? Tak rasa apa-apa pun..”

2. susah nak potong.

Aku rasa, orang yang bawak kereta sangat-sangat penyabar orangnya. Terutamanya bila kena ikut kenderaan depan yang bawa slow yang amat, dengan keadaan jalan yang agak sibuk yang susah kita nak potong.

Bila jadi macam ni, selalu aku fikir “kalau aku bawak moto ni, dah lama aku potong kot kiri”.

3. jalan jam

Saat kereta stuck dalam jam, yang ni pun memerlukan kesabaran yang tinggi. Sebagai seorang yang sudah biasa bawak moto, aku tak sanggup lagi bertahan duduk dalam kereta yang tak bergerak-gerak atas jalan untuk jangka masa waktu yang lama.

4. layan corner  

Macam yang aku pernah cerita dalam entri ini : Selekoh | kereta vs motosikal, masuk selekoh antara kereta dan motosikal banyak bezanya.  Pernah aku bawak kereta masuk selekoh dengan kelajuan yang biasa aku bawak dengan motosikal, aku rasa macam sikit lagi kereta tu nak tergolek ketepi. Kalau bawak moto, rilek je layan corner seret lutut.

5. pandangan terbatas.

Aku suka jalan-jalan tanpa arah tuju melalui jalan yang tak pernah aku lalu dengan moto hanya sekadar suka-suka. Dari situ, aku suka tengok permandangan tempat orang. Sambil bawak slow2, boleh tengok sekeliling 360 darjah tanpa halangan. Contohnya yang aku cerita dalam entri ni : “Hikmah Perjalanan

Tapi bila bawak kereta, pandangan agak terbatas. hanya boleh tumpu arah depan je. tu pun bila toleh 45 darjah je, dah ada halangan yang mengganggu pemandangan.

6. parking

Part ni antara yang aku paling malas kalau bawak kereta. Nak cari parking terutamanya kat kawasan yang tempat parking tak banyak. Pernah suatu ketika aku lebih rela naik moto meredah hujan (rintik) dari naik kereta dengan selesa sebab kat tempat yang aku nak pergi tu, susah nak cari parking untuk kereta.

so, korang plak macam mana? ada tak yang rasa macam ni?