entri ini adalah sebuah segmen yang dianjurkan oleh saudara +HASRUL HASSAN dalam uasaha menyuarakan bantahan para blogger di malaysia terhadap laman web ashleymadison.com di rantau asia tenggara ini.

Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com


untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan laman web ashleymadison.com ini dan bahananya terhadap masyarakat malaysia, boleh lihat di entri saudara Hasrul Hassan ini : AshleyMadison.com - Laman Web Penzinaan

Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com
klik baner untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai segmen ini

Ashleymadison.com | Jalan mendekati Zina


Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
(Al-Israa' 17:32)

saya dengan ini membantah sekeras-kerasnya kewujudan laman web ini untuk dilancarkan di rantau ini secara amnya, dan di Malaysia secara khasnya. ayuh sama-sama kita menyuarakan bantahan terhadap laman web ini. sekurang-kurangnya, inilah usaha yang boleh kita lakukan bersama dalam mencegah perkara yang mungkar.

Daripada Abu Said alKhudri r.a katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda  : “ Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran , hendaklah ia mengubah dengan tangannya (kuasa). Sekiranya ia tidak mampu, hendaklah ia mengubah dengan lidahnya (nasihat). Sekiranya ia tidak mampu, hendaklah ia mengubah dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian itu (mengubah dengan hati) adalah selemah-lemah iman”
(H.R Muslim.)

maa'ssalamah,
Pha is