22.5.18

Cara buang blacklist telco secara online


Baru-baru ni aku bercadang nak tukar plan dari prepaid kepada postpaid. Ramai yang terkejut bila dapat tahu aku masih lagi pakai prepaid. Kata diorang, prepaid ni untuk zaman student ja. Betul ka?

So, aku pun survey la plan postpaid yang berkenan dihati. Lepas aku dah pilih, bila aku nak daftar, aku tak boleh buat sebab rupanya selama ni aku dah kena blacklist dengan maxis. Sangkut kat maxis broadband yang aku pernah pakai berkurun lamanya dahulu.

Cari punya cari, last-last aku juma cara nak bersihkan nama aku dari blacklist maxis[1]. Senang je caranya. Aku buat online je, malas nak keluar pi cari maxis center. Bagi sapa yang dah kena blacklist, boleh try.

Cara buang blacklist telco secara online



Kalau tak nak buat secara online, boleh terus ke center telco masing-masing. Tapi kalau korang malas macam aku, Kalau nak buat secara online, kena buat 2 step.

Step 1 : call helpline telco.


Call nombor helpline telco dan cakap kat dia yang korang dah kena blacklist. Kemudian minta kat dia nombor akaun bill korang yang tertunggak tu.

Kat sini aku bagi beberapa nombor helpline telco yang terpilih:

Maxis : 1800 821 123
Celcom : +60 19-601 1111
Digi : +016 221 1800
Umobile : +018 388 1318

Step 2 : buat pembayaran secara online


Bila dah dapat nombor akaun, korang dah boleh buat pembayaran secara online. Contohnya boleh buat dengan maybank2u. pergi ke bahagian bill payment, pilih telco, masukkan nombor akaun tadi, dan terus buat pembayaran.

Setel! Tapi kena tunggu dalam masa lebih kurang 24 jam. Baru korang akan dibuang dari senarai hitam.

Semoga Berjaya.

Rujukan :
[1] Amir. (2017 April 28). Cara Menyelesaikan Blacklist Telco. Topup Niaga Network. Dipetik dari http://topupniaga.com/cara-menyelesaikan-blacklist-telco/

15.5.18

Route A6 Jalan Sumpitan | Cantik Tapi Seram?


Dah lama aku tak tulis pasal ride moto aku dan lama juga aku tak update entri. Hmm.. jadi kali ni aku nak share pasal ride aku baru-baru ni ke RnR Puncak Titiwangsa melalui jalan sumpitan di Perak. Pernah dengar?



ride jalan sumpitan


Route A6


route A6 Jalan Sumpitan

Jalan yang aku maksudkan disini adalah jalan yang menghubungkan kampong sumpitan (berdekatan lenggong, Perak) dan rantau panjang (berdekatan Selama, Perak).

Dulu masa mula-mula aku lalu jalan ni tahun 2016 kalau tak silap, memang layan. Aku lalu sorang-sorang solo ride dalam perjalanan dari rumah kawan aku di kuala kangsar nak balik ke penang. Dia yang suggest kat aku katanya jalan situ banyak koner-koner naik bukit tapi jalan elok dan kereta tak banyak.

Memang susah nak jumpa kereta pun kat situ. Tau tak sebab apa? Rupanya sebab kawasan situ agak ‘keras’.

Jalan Sumpitan jalan Seram?


Patutla masa aku lalu jalan tu tak jumpa kereta pun. Memang seronok la aku layan koner kat situ. Tapi dok rasa ada la jugak meremang bulu roma sikit walaupun aku lalu waktu pagi dalam pukul 10am macam tu.

Bila balik dan aku search pasal jalan tu, rupanya baru aku tau kat situ kawasan seram. Fuh. Antara cerita seram pasal jalan tu, boleh baca kat sini : https://fiksyenshasha.com/jalan-sumpitan-shortcut-grik-taiping/

Aku Tanya balik kawan aku yang kat kuala kangsar tu, dia pun kata betul. Situ memang seram. Kurang asam betul punya kawan. Bukannya dia nak bagitau awal-awal. Hahaha..

Tapi personally bagi aku, so far jalan yang paling seram yang pernah aku lalui, jalan naik turun bukit fraser, Pahang. Bukan meremang lagi dah. Tapi siap dok rasa ada "benda" dok follow belakang bila solo ride. hahaha.. 

Air terjun jalan sumpitan


air terjun jalan sumpitan


Tapi, put that story aside, jalan ni memang agak layan la walaupun tak panjang sangat. 21km je. Kejap je nak layan koner pun.

Tambah pula kat situ ada air terjun betul-betul tepi jalan. Boleh berhenti kejap untuk bergambar. Walaupun jalan agak sempit, tapi agak selamat sebab tak banyak kereta lalu dan kalau ada pun memang kereta slow ja.

Dulu masa 2016 aku lalu jalan ni memang cantik. Tapi baru-baru ni (mei 2018) dah tak beberapa nak cantik dah jalan dia. Banyak tanah runtuh, jalan berlopak, tak rata, dan sebagainya. Takat nak santai-santai boleh la. Nak test skill tak disarankan.

2.5.18

Kerana Aku Tak Cukup Makan


Seperti yang pernah aku cerita dalm entri bertajuk Antara Jodoh Dan Makan Tak Habis, antara "pantang" dalam kamus hidup aku adalah "pantang makan tak habis". Sekali makan, pinggan aku kalau boleh kena habis licin. Sebutir nasi pun tak mau ada baki.

Pantang Makan Tak Habis


Sampai tahap aku kalau makan kat kedai, jarang ambik lauk ikan atau ayam sebab lauk ni ada tulang. Nanti lepas makan ada saki baki tulang dalam pinggan. Nanti pinggan tak licin dan nampak macam makan tak habis.

Kerana Aku Tak Cukup Makan


Semuanya bermula masa aku kecik-kecik dulu. Sebab aku bukan orang yang lahir dari keluarga yang senang. Sampai nak makan pun tak cukup! Dah habis makan pun lapar lagi. Sampai gigit-gigit tulang yang ada bila dah habis makan sebab masih lapar.

Bukan takat tu je. Siap gaduh adik beradik berebut makanan sebab tak cukup makan. Bila ayam ada 5 ketul, tapi kami 4 beradik ja. Bergaduh la kami berebut ayam yang lagi 1 ketul tu.

Jadi, sebab tu la bila setiap kali makan pinggan mesti licin punya. Tulang pun selagi boleh aku pepak*, aku pepak telan.

Makan sayur


Bila aku start masuk asrama masa aku tingkatan 1, makanan kat asrama plak tak cukup. Yer la, kat asrama mana boleh tambah lepas makan.

Dah la kat sekolah jarang ke kantin. Terutamanya sejak aku tingkatan 3 sampai 5. Memang masa tu aku pegang rekod tak pernah pergi kantin. Bukan sebab boikot, tapi sebab tak cukup duit. Tak cukup duit sebab main kut* dan simpan duit nak beli PS2 masa tu (last-last aku guna duit tu beli fon pertama aku. rujuk entri benda yang aku hampir nak beli, tapi terbeli benda lain.).

Jadi, makan je la apa yang ada kat asrama. Kalau serve sayur yang cair tawar tak sedap pun, makan je la sebab lapar. Kalau tak makan, nak harapkan lauk dengan nasi je memang tak cukup.

Dan kat sana aku perasan ramai student tak makan sayur. Jadi aku la tukang pau* sayur budak yang tak makan nak bagi kenyang. Dari tak suka sayur, terpaksa makan sebab lapar, sampai la last-last suka sayur!

Ibaratnya macam aku dah mula dapat terima cinta sayur yang walaupun tawar, tapi tanpa jemu buat aku kenyang setiap hari masa aku lapar kat asrama. Cewwah...

Sampai la sekarang, kalau aku makan nasi campur kat kedai makan atau nasi kandaq kat kedai mamak, mesti aku akan letak sayur. Dah biasa. Semuanya bermula kerana aku tak cukup makan.

Budaya membazir makanan



Sebab tu aku agak sedih bila tengok orang lain makan tak habis dan membazir makanan. Mungkin diorang tak pernah rasa susah macam aku dulu yang sentiasa rasa lapar tak cukup makanan.

Contoh macam kat buffet diner ataupun buffet ramadhan, ambil makanan banyak-banyak tapi pinggan akhirnya penuh dengan sisa makanan yang tak habis. Sedih. Bak kata mak-mak melayu dulu-dulu, nanti nasi tu menangis.

Mungkin kerana aku tak cukup makan, aku tahu hargai setiap lauk, setiap kuah, dan setiap butir nasi yang terhidang dalam pinggan. 




*Daftar kata

Pepak : memepak memamah, mengunyah.
[Kamus Dewan Edisi Keempat]

Kut : kutu
[Glosari Dialek Pulau Pinang]

Kutu ii :  sj usaha gotong-royong bagi mengumpulkan wang tiap-tiap bulan dan menentukan giliran orang yg mendapatnya dgn cara mengundi, sinoman, arisan
[Kamus Dewan Edisi Keempat]

 Pau : perbuatan meminta sesuatu
[Kamus Pha Is]