Posts

Showing posts from February, 2018

Taman Rimba Teluk Bahang

Image
sungai teluk bahang Macam yang aku dah pernah cerita dalam entri Mandi Laut vs Mandi Sunga i, aku memang kaki andi sungai, tapi tak suka mandi laut. baru-baru ni pulak aku dan family sempat plan nak mandi sungai kat Taman Rimba Teluk Bahang. memang menjadi la plan tuh. Tarikan di Teluk Bahang kalau korang datang ke Penang, aku rasa Teluk Bahang adalah tempat yang patut  korang singgah sebab macam-macam ada kat sini. antaranya : 1. Taman Rimba (Hutan Lipur) teluk bahang - camping dan mandi sungai 2. Taman Negara Teluk Bahang - hiking / jungle trekking, naik bot, mandi laut [lihat entri  Taman Negara Pulau Pinang Antara Yang Terbaik Di Asia ] 3. Empangan Teluk Bahang - view cantik, dan kejohanan perahu naga 4. Entopia - taman rama-rama yang baru renovate yang sangat besar 5. Toy Muzium 6. Escape park - taman tema air (terbaru) dan taman tema aktiviti hutan [lihat entri  Pharmiliday 2013 | Escape Theme Park ] 7. pantai Teluk Bahang 8. jalan berliku lereng bukit - naik

Telaga Tok Sheikh, Gunung Jerai Kedah

Image
Dalam entri yang lepas (lihat entri Ride | Gunung Jerai ) aku ada cerita apa yang ada kat atas puncak gunung jerai. Kali ni sambungan dari entri tu, aku nak cerita pasal telaga tok sheikh pulak. Telaga Tok Sheikh Bila sampai kat atas puncak gunung jerai, aku Nampak ada signboard penunjuk ke arah telaga tok sheikh. Aku pun pergi la singgah. Tapi jalan ke sana agak sempit. Jalan untuk 1 hala sahaja. Kalau selisih kereta memang susah sikit. Telaga tok sheikh ni sebenarnya dinamakan bersempena dengan nama Tuan Sheikh Abdullah Al-Yamani. Menurut tugu peringatan kat situ, Tuan Sheikh Abdullah Yamani ni orang yang bertanggung jawab mengislamkan Sultan Muzaffar Shah I pada tahun 1136 Masihi (531 Hijrah). Air telaga ni digunakan oleh Tuan Sheikh Abdullah Yamani dan tukang-tukang beliau semasa menjalankan kerja-kerja pembinaan masjid (mercu tanda) di puncak gunung jerai. Tuan Sheikh Abdullah Yamani Pada sekitar tahun 1136 Masihi, Sultan Muzaffar Shah merupakan Raja yang ke-9

Ride | Gunung Jerai

Image
Gunung jerai sememangnya gunung yang paling popular di negeri Kedah. Zaman dahulu, gunung jerai jadi penanda para kapal berlabuh di pelabuhan kerajaan kedah tua. Masa aku naik feri dari langkawi straight ke penang pun dah boleh Nampak jelas gunung jerai dari arah laut. Gunung Jerai dari arah laut. Gambar diambil semasa aku atas feri dari langkawi straight ke penang (3 jam). untuk cerita penuh : Feri Tsunami : The Series Tapi sekarang, apa yang ada di gunung jerai? Ride jalan gunung jerai route 252 Baru-baru ni lepas balik dari kenduri aku berkesempatan ride dengan #gadisbertudungbiru mendaki gunung jerai. Mendaki secara ride melalui jalan tar, jalan 252. Bukan hiking masuk hutan yer. Ramai orang cakap jalan dia curam dan tak beberapa elok. Tapi bagi aku, macam okay je jalan naik ke gunung jerai. Tak ada la curam sangat. Lebih kurang macam jalan ke Genting Highland je. Cuma jalan agak sempit sikit. Tapi still okay. Jalan tar pun tak rosak dan berlubang banyak. Boleh

Kalau Dah Bukan Jodoh

Image
Tengah asyik scroll laman twitter, tetiba aku terbaca tweet yang sangat menyedihkan dan menyentuh hati aku. Fuh, sedih gila wei tweet ni. cuba korang baca: Sedih tak? Pernah tak terjadi benda ni dalam hidup korang? Aku? Well, banyak kali dah! Hahaha.. But make no mistake, kes aku lain sikit. Tak de la tahap couple tapi last-last melepas. Cuma kes-kes aku melibatkan crush yang aku malu nak konfes, last-last kahwin dengan orang lain. Kalau Dah Bukan Jodoh Yep, aku ni pemalu orangnya. Kalau suka kat sapa-sapa pun tak pernah konfes sampai la sekarang. Pendam je. Sebab tu sampai sekarang tak pernah ada girlfriend atau awek. Tapi tau-tau terus bertunang! Even tunang aku ni pun, aku pendam je, plan nak konfes kat dia tahun ni (2018). Tapi tak sempat nak konfes, 2017 terus bertunang! Acane tuh? Hahaha... That’s for another story. sampaikan dulu 5 tahun lepas, ada seorang crush aku ni dilamar orang tapi dia mesej tanya pendapat aku. Dia tanya aku, patut atau tak dia terima

Pandangan Mata Seorang Rider

Image
kalau dulu aku pernah tulis pasal Pandangan Mata Seorang Lelaki , kali ni aku nak tulis pasa Pandangan mata seorang rider pulak. sebab sebagai seorang rider, mata kami dah terlatih untuk perasan sebarang pergerakan pada bahagian pandangan sisi. Terutamanya bagi mana-mana pergerakan yang abnormal diluar ekspektasi . Pandangan Mata Seorang Rider Kalau kurang faham, cuba tengok rajah kat bawah ni : Selain pergerakan pada bahagian pandangan focus, manusia biasa selalunya pandangan mereka turut akan sensitive terhadap sebarang pergerakan pada bahagian pandangan biasa iaitu pada julat 70 darjah (35 darjah kanan dan kiri). Tetapi bagi seorang rider atau penunggang motosikal yang sudah biasa dengan risiko bahaya atas jalan yang sentiasa perlu peka akan sebarang pergerakan persekitaran, mata kami sudah terlatih semasa berada di atas jalan raya. Walaupun pergerakan tersebut sangat minimum. Sebagai contoh, jika kereta sebelah bagi signal, atau kenderaan bersebelahan tiba-tiba