19.10.17

Layan Corner | Baling - Gerik - RnR Titiwangsa


Dah 3 kali aku lalu jalan baling-RnR Titiwangsa ni kalau termasuk ride yang baru ni aku pergi 25 mac lepas. so, aku nak share pengalaman dan pendapat aku tentang jalan ni kalau nak ride layan korner.

Ride | Baling-Gerik-RnR Titiwangsa


kalau dari penang, jalan ni tak jauh sangat. pergi balik pun total ambik masa dalam 6-7 jam je, termasuk rehat dan rilex-rilex. selalunya plan aku bila ride kat jalan ni, macam kat bawah ni je. petang tu sebelum asar dah setel.


Itinerary Ride | Baling-Gerik-RnR Titiwangsa


8am - RV di Subaidah Nasi kandar Seberang jaya, breakfast
9am - bertolak
10am - isi minyak di Shell Gerik
11am - tiba di RnR Titiwangsa, rehat, minum dan bergambar
12pm - bertolak turun
1pm - tiba di Gerik, pekena kari kepala ikan, rehat dan solat.
2.30pm - bertolak balik
3.30pm - tiba di seberang jaya, pulang ke rumah masing-masing.


Review Route 4 | Lebuhraya Timur Barat



bagi aku, secara keseluruhannya jalan gerik ni teruk sikit jika nak dibandingkan dengan laluan ke cameron dari simpang pulai. tapi best sebab tak perlu jalan jauh melalui PLUS yang sangat boring kalau dari penang.

jalan ni terbahagi kepada 2. dari baling ke Gerik dan dari Gerik ke RnR Titiwangsa ni, memang berbeza jenis selekoh jalan dia.

kalau jalan Baling-Gerik tu, permandangan dia cantik dan selekoh dia agak jauh. jadi, memang banyak main high speed corner. kalau takat 250cc ni, koner dia boleh full throttle, pulas sampai habis!

Tapi lepas je simpang empat Gerik, corner dia rapat sikit. tapi tak de la rapat sangat. kalau nak melayan koner pun dalam medium speed corner ja.


Tarikan Baling-Gerik-RnR Titiwangsa


berbanding dengan jalan simpang pulai - cameron, jalan kat sini tak ramai orang sangat. aku rasa atas beberapa faktor. pertamanya, jalan sini agak teruk jika dibandingkan dengan cameron-simpang pulai. beralun, berlopak, dsb. So, memang kena berhati-hati sikit.


kedua, bila dah sampai kat atas puncak RnR Titiwangsa ni tak ada apa sangat pun sebenarnya melainkan cuma ada la sikit view yang cantik kat atas tu. kedai makan kat atas tu pun biasa je. Cameron at least ada strawberry,  dan boleh mengeteh secara fresh di ladang teh.


Tumpahan Minyak Baling-Gerik-RnR Titiwangsa



25 mac hari tu, sedang sedap aku layan koner dengan seorang member aku yang turut menggunakan jentera Yamaha YZF R25. pada kilometer yang ke-51, tetiba ada tumpahan minyak kat tengah jalan. masa tu, aku tengah lead. aku nampak tapi tak sempat nak elak.


Alhamdulillah, aku tak jatuh, cuma bergoyang sedikit masa lalu atas minyak tu. nasib baik aku teringat tips bila berlaku kes macam ni dalam video tutorial layan corner "twist of the wrist 2". Tapi lepas aku lalu, aku tengok side mirror nampak kawan aku dah jatuh terseret.


teruk jugak la. Tapi nasib baik dia pakai protective gear yang mencukupi. tiada kecederaan serius, cuma luka calar-calar. tapi moto agak teruk jugak la. Terus kami bawak slow2 ke balai polis Gerik untuk buat laporan polis.


16.10.17

Blog | medium kenal personality


Secebis Sejarah Blog Hikayat Budak Pening


Sebelum tu, meh aku nak cerita apa yang membuatkan aku mula berblog. Seperti yang pernah aku cerita kat dalam entri How you found out about blog and why you made one segalanya bermula pada tahun 2010 masa aku 1st year 2nd semester di USM dimana aku baru beli laptop dan kemudiannya baru kenal erti facebook. 

Dari FB, aku dapat connect dengan ramai kenalan sekolah dan matrikulasi. Kemudian aku dapat tahu classmate aku kat matrikulasi dulu ada blog. Masa tu aku tak tahu pun blog ni menatang apa sebenarnya. Jadi aku pun baca la blog dia. Lepas tu, my mind blown! 

Budak ni kat matrikulasi dulu bagi aku memang budak skema habis la. Dalam kelas pendiam. Tak pernah kot sembang dengan aku. Stakat aku mintak pinjam buku tutor dia nak tiru tu ader la. Exam pointer 4.00! lepas tu dari budak fizik kat matrikulasi sambung ambik medic!

Tapi dalam blog dia, gila-gila rupanya budak nih. I mean, not in a bad way la. In a good positive way. 180 darjah berbeza dari apa yang aku kenal masa kat matrikulasi dulu. Dari situ la aku rasa, blog ni boleh jadi medium yang terbaik untuk kenal personality seseorang.

Dan dari situ jugak la lahirnya blog aku nih. 

header pertama blog hikayat budak pening
masa tu nama blog ni cuma "pening"
yes, itu mata aku


Blog | medium kenal personality


Sebab apa blog boleh jadi medium terbaik? Sebab kat blog orang buat karangan. Tak macam laman social lain yang sekadar ayat pendek-pendek (mostly). Dari karangan tu kita boleh menilai personality seseorang!


Tengok gaya bahasa yang digunakan, melambangkan gaya pemikiran dia. Lihat pemilihan kosa kata dia, menunjukkan gaya penuturan dia di dunia luar. Lihat pula penyusunan ayat dan perenggan dia, macam mana dia menyusun kehidupan seharian dia.

Dan tak lupa juga dari segi  ejaan gedik dan sebagainya, dah boleh Nampak perangai dia macam mana. tengok juga isi dia sama ada dia conteng, merapu, ataupun nasihat.. Hahaha..

Aku tak nafikan, penulisan lama aku memang menampakkan ketidak matangan aku masa tu. Dengan ejaan aq yg entah apew apew, hahaha.. Saja aku biarkan tak delet entri 7 tahun lepas. Entri-entri aku menjadi bukti transformasi penulisan dan gaya pemikiran aku dahulu dan sekarang.

Jadi, nak kenali aku atau mana-mana blogger yang lain, cukup mudah. baca je blog dia..  

13.10.17

Perempuan Pok Pok Choy

Beberapa hari yang lepas sempat aku sembang dengn beberapa orang officemate lelaki Chinese. Diorang hangat sembang pasal "pok pok choy". So, aku pun Tanya la pok pok choy tu menatang apa? Diorang cakap, pok pok choy tu asalnya bermaksud sejenis sayur muda yang segar dan rangup. 


Bok choy or pak choi (Chinese: 上海青; Brassica rapa subsp. chinensis)
 = is a type of Chinese cabbage. Chinensis varieties do not form heads and have smooth, dark green leaf blades instead, forming a cluster reminiscent of mustard greens or celery.
[wikipedia]

Tapi pak choi ni juga boleh digunakan untuk merujuk kepada perempuan yang muda, ‘mentah’, naive, dan dependent dalam sesebuah hubungan. Pendek kata, berlawanan dengan sifat perempuan yang independent, matang, dan dominant dalam hubungan.

Faham tak?


Pilihan lelaki : Perempuan dependent atau independent?


Sebenarnya topik perbualan kami lebih kepada pilihan jenis wanita dari pandangan lelaki. Bukan pasal sayur pun. hahaha.


Adakah lelaki suka perempuan yang berdikari, mampu menjaga diri sendiri, matang dalam berfikir dan matang dalam penampilan diri, tidak hanya menjadi pak turut dalam sesuatu hubungan tetapi juga aktif menyuarakan pendapat dan membuat keputusan (i.e. independent woman)

Ataupun, 


Adakah lelaki lebih suka perempuan yang manja, yang perlu dilindungi, beperwatakan muda dan comel kebudak-budakan, sentiasa membuatkan lelaki rasa diperlukan, pasif dalam membuat keputusan sendiri, serta taat dan patuh tanpa sebarang bantahan (i.e dependent woman) atau dalam kes ini, “Pok Choi”

Pendapat 1


Kata Tan* yang baru sahaja single, dia tak suka yang pok pok choi. Dia nak wanita yang berdikari, aktif dalam melontarkan pendapat dan membuat pilihan. Pendek kata, semua cirri-ciri seorang wanita yang independent la. 

TETAPI dia tak nak perempuan yang lebih dominant daripada dia. Maksud beliau, walau macam mana aktif dan independent sekalipun, secara keseluruhannya dia nak jugak pegang “55% syer saham” keputusan akhir.

Well, lelaki dan ego tu tetap ada. Tak perlu dinafikan. Hehehe.. 

Aku?


Kemudian Lee* Tanya aku “Pha Is, girlfriend you tu pok pok choi tak?”
“I mana ada girlfriend...”
“ala... sama la tu, tunang dengan girlfriend...” balas Teoh

Hmm.. lama aku diam memikir hal ni. Hahaha..  but seriously, aku tak tau sama ada dia tu pok choi ataupun bukan. Well, to be fair, banyak benda lagi yang aku tak tau pasal dia sebenarnya. Baru nak start kenal-kenal dan bertaa’ruf dalam fasa bertunang ni. 

We’ll see about that... 

korang pulak?


Korang pulak macam mana? Bagi yang perempuan, korang rasa korang ni dependent atau independent? Bagi yang lelaki, korang suka yang macam mana?

Ceciter..




*bukan nama sebenar          

Review | Tayar Pirelli Angel City


Review | Tayar Pirelli Angel City


Selepas je botak tayar Nangkang rodiac dan sportiac aku hari tu, terus aku decide untuk nak cuba pula tayar Pirelli Angel City ni, setelah di-rekemen oleh "Cai", seorang otai R25 dalam club moto aku. Aku tukar tayar belakang je dulu sebab tayar depan okay lagi. Aku pakai saiz 150/60-17.

Harga Pirelli Angel City



So far dalam semua tayar yang aku pernah tukar, Pirelli Angel City ni yang paling murah jika nak dibandingkan dengan tayar nangkang dan Bridgestone Battlax S20 Evo. Cuma RM305.00 untuk tayar belakang sahaja siap pasang. 


Aku tukar kat kedai Trio Tyres Bertam, beralamat di No. 51, Lorong Bertam Indah 1/6, Taman Bertam Indah, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang. Coordinate 5.5199721,100.4351542. kedai ni okay je. Tak mahal dan tak murah sangat, sebab aku tengok tayar battlax kat sini RM500++ sedangkan masa aku tukar dulu kat kedai Brightwill RM430 je.

Cengkaman Pirelli Angel City


1. hujan


Thorbaek! Tu je aku boleh kata. Memang so far puas hati gila pakai tayar ni. Terutamanya time hujan. Sebab lepas aku tukar tayar ni (kelmarin tukar tayar, esoknya terus ride), aku ride layan corner kat Cameron dengan seorang member aku. Masa nak turun balik, hujan lebat gila sampai sakit habis tangan kena air hujan.

Dalam lebat macam tu pun, aku boleh turun layan corner lagi! Mula-mula aku tak berani, tapi sikit-sikit aku turun dari korner badan menegak sampai last-last badan aku rapat kat tepi tangki minyak masa koner!

Kawan aku tu memang tertinggal kat belakang la. Hilang tak Nampak terus. Dia selalunya memang laju tapi sebab moto dia baru lagi, tayar pun standard kedai lagi. Memang cengkaman dia out la.

2. Jalan licin sebab tumpahan minyak


Lepas tu kami ride Gerik plak dari Penang, sebulan lepas aku tukar tayar. Dalam perjalanan turun balik dari RnR Titiwangsa, masa aku tengah lead kat depan, tetiba aku perasan ada tumpahan minyak yang agak banyak kat betul-betul tengah jalan.


Memang aku tak sempat nak elak sebab betul-betul kat line “apex” dalam cornering line. Nasib baik masa tu aku teringat tips cornering dalam tutorial “A twist of the wrist vol. 2” by Keith Code bila jalan licin. Hasilnya, aku tak jatuh, Cuma moto goyang sikit. Lepas tu bila aku tengok side mirror, mmber aku dah terseret dah kat belakang.   


Aku rasa antara asbab factor utama aku terselamat hari tu adalah sebab tayar Pirelli angel city ni.

3. Emergency Brake


Berbanding dengan nangkang, masa brake emergency pun tayar ni tak seret jauh. Malah, asalkan korang guna teknik brake dengan betul, memang tak seret langsung! Sangat reliable!

Cornering



Aku rasa cornering aku dah banyak cerita kat bahagian cengkaman. Cuma aku nak tambah sikit, setiap kali aku lepas ride layan corner, mesti rasa nak pegang bahagian tepi tayar ni. Memang kasor padahal tayar biasa je. 


#MisiTawanTanahTinggi secara solo
Penang - KL - Putrajaya - Karak - Genting - Bukit Tinggi - Bentong - Fraser Hill - Cameron - Penang
total perjalanan 1480km.
memang layan pakai tayar Pirelli Angel City nih 

Lagipun, aku ambik saiz tak besar sangat. Jadi, tak berat, senang nak tukar posisi badan bila selekoh S tajam. Memang sedap layan corner kalau ambik saiz 150 ni. Tapi ni bagi jentera 250cc la. SBK kena up bagi besar lagi, kalau tak kesian tayar tu tak cukup surface area nak tampung berat.  

Ketahanan


Aku rasa tayar ni lagi tahan lama daripada nangkang n battlax s20 evo. Dah lebih 10,000 km tapi bunga cantik lagi! Dok rasa macam tebal lagi getah dia nih.


Lepas 7,000 km pakai, moto aku kena paku kat tepi tayar. Paku tembus keluar balik, tapi tak masuk bahagian dalam tayar! Nampak tak yang lepas 7,000 km pun, getah tebal macam baru lagi.

Lepas 15,000 km pun, bunga tayar aku tengok masih elok. aku rasa kalau stakat nak pakai penggunaan harian, boleh lagi guna tayar ni. tak ada tanda-tanda nak botak. Aku ingat nak pakai lagi, nak tengok sejauh mana tayar ni boleh bertahan.

Tapi malangnya baru-baru ni aku eksiden, down kat Cameron. Down kali ni pun bukan masalah tayar tapi sebab lain. Jalan berbasir dan masalah kereta makan jalan. kami konvoi 13 moto, tapi 3 yang down! bukan aku sorang!

salah 1 moto yang down dalam konvoi kami

lepas moto aku keluar bengkel, aku guna lagi tayar ni, siap keluar ride cameron lagi lepas tu. keluar ride pun sedap lagi bawak. Sampai la mileage tayar aku 20,683 km!!! tayar yang paling lama so far aku pakai. kalah tayar standard.

Pirelli Angel City lepas 20,683km


Jadi, stakat tu je la kot review aku pasal tayar nih. overall, memang kalau korang banyak pakai moto untuk tunggangan harian, aku sangat-sangat recomend tayar pirelli Angle City nih.! 20,000 km kot aku pakai!


Kesimpulan : Rating


Tayar
Hujan
Brake
Corner
ketahanan
Pirelli Angel City
9
7
7
9
Bridgestone Battlax S20 Evo
8
8
8
5
Nankang Rodiac WF-1
7
6
7
7
Metzeler Sportec Street
6
9
6
8

Next : Metzeler Sportec Street

9.10.17

Sunset di Pantai Merdeka


Sunset di Pantai Merdeka


Hoi dah lama tak menulis kat blog ni. rasa maca dah nak terabai dah. Haha. Tak ada apa sangat pun isi kali ni, sekadar nak bagi ada input je dalam blog ni sebab bulan ni tak ada up entri lagi. Dan berbalik kepada tajuk, nah gambar sunset di pantai merdeka.

Cinta Kita Di  Pantai Merdeka


Masa ni orang lain dah pakat balik, aku sanggup tunggu sampai dengar azan maghrib semata nak tengok sunset. Cantik kan? Ini hanya sedakar yang termampu dengan kamera fon.


Mood Berblog 


Baru-baru ni aku tak sangka yang orang masih lagi rujuk blog aku kalau ada apa-apa perkembangan pasal aku. Junior aku ni heran kenapa semenjak-dua menjak ni aku banyak berinteraksi sorang budak batch dia. So, dia buka tengok blog aku cari kot-kot ada aku update kat entri ni. Rupanya dia baru tahu aku dan kawan batch dia ni dah bertunang.


Ada rasa macam bangga kejap. sebab dia buka blog aku dulu untuk cari klu. Hahaha.. Kiranya blog aku ni masih berguna lagi la..

Aku dah malas dah nak menulis blog sekarang ni. Sedangkan member farmasi aku yang dulunya jarang update blog pun, sekarang dah rajin update blog. Sebab blog dia ber-niche travel dan baru-baru ni dia banyak keluar travel. So, dia kena banyak update pasal travel dia.


Untuk nak tengok blog travel oleh seorang ahli farmasi, boleh lihat blog dia di sini : https://izsywandering.blogspot.my/

Mood berblog aku sekarang dah suam-suam kuku dah. Dah malas actually nak cerita pasal hal-hal kisah hidup aku. Ingat nak tukar niche dah dari personal blog kepada yang lebih kearah pendapat, padangan dan informasi.

Adakah lepas ni aku akan terus "berehat" dari dunia blog? Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...