22.12.17

Wajib Try! NAZZEERAS' Roti Bakar Kacang Phool Penang


Ramai yang tahu kalau sebut je pasal kacang phool, mesti ingat negara negeri Johor. Tapi tahukan korang yang kat Penang pun sudah ada Kacang Phool "Penang Style"? Jadi, kalau korang singgah Penang dan nak rasa makanan penang, NAZZEERAS' Roti Bakar Kacang Phool ni patut masuk dalam list korang.

NAZZEERAS' Roti Bakar Kacang Phool Penang



Senang je nak cari kedai ni. Korang boleh waze atau search google map "NAZZEERAS' Roti Bakar Kacang Phool Penang", insyaAllah jumpa. Kedai dia terletak di kawasan Tanjong Tokong, Penang, antara Gurney dan Tanjung Bungah. (coordinate 5.452354, 100.308441)

Sampai je aku kat sana, first impression je dah nampak sangat yang makanan kat sini sedap sebab pelanggan ramai tak kira bangsa! Aku tak sure kat negeri lain macam mana, tapi kat Penang kalau pelanggan dia lebih dari 1 jenis kaum, maksudnya konfom sedap!

Homade Kacang Phool



Yes. Kacang Phool yang dihidangkan disini adalah homade. dihidangkan dengan pilihan roti bakar yang pelbagai. Kalau tengok kat menu, macam-macam jenis roti ada. Cuma malangnya, aku allergic dengan roti. So, aku ratah kacang phool gitu je la.


First time sebenarnya hari tu aku makan kacang phool. Not bad. Aku kebiasaannya tak minat sangat kuah kacang, contohnya bila makan dengan cucur udang dan sebagainya. Tapi kuah kacang phool ni, aku boleh ratah sampai habis! Licin! Not bad la kan!


Lyana Ishak yang selalu makan tak habis tu pun, hari tu boleh habiskan semangkuk kacang phool beserta 2 set roti (1 set lagi aku punya sebab aku allergic roti, aku cabar dia habiskan. hahaha) so, yeah, korang memang patut try kacang phool penang style nih! sempoi!


Pelbagai Menu di NAZZEERAS' Roti Bakar Kacang Phool Penang



Sebenarnya selain roti bakar, ada juga roti jala. tapi hari tu menu roti jala tu tak ada. so, aku kechewa sikit sebenarnya tapi kekecewaan aku tu terisi dan terubat dengan kesedapan semangkuk kuah kacang phool. hahaha..


selain tu korang tengok sendiri la kepelbagaian menu lain yang ada kat sana. macam-macam ada. pilihan air pun not bad. nak minum biasa-biasa pun ada, minum hipster-hipster sikit pun ada.


 NAZZEERAS' Roti Bakar Kacang Phool Penang


alamat :
No. 1 & 27, Kompleks Desiran Tanjung,
Jalan Desiran Tanjung 3, Seri Tanjung Pinang,
10470 Tanjung Tokong, Penang

coordinate : 5.452354, 100.308441

nombor telefon/whatsapp : 019-220 1355

https://www.facebook.com/pg/Kacangphoolpenang

1.12.17

Tak semua yang indah perlu digambarkan


Tak semua yang indah perlu digambarkan


Baru-baru ni agak heboh berkenaan larangan yang dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi untuk berswafoto di perkarangan masjid al-haram dan masjid nabawi. Aku agak hairan sedikit sebab setahu aku, bukan dari dulu lagi ke kerajaan arab Saudi dah larang orang bergambar dalam kawasan masjidil haram? Entahlah. Kalau tak silap aku la.

Larangan Swafoto Di Dua Masjid Suci




Pointnya, dengan perkhabaran ini, ada yang sedih, ada yang marah, ada yang bangkit isu wahabi. Hahaha. Tapi aku tak rasa terkesan sangat dengan larangan tu.

Personally aku rasa selfie atau berswafoto kat sana tak salah, cuma macam tak ada keperluan sangat pun. Bagi aku la. takut jadi isu lain. takut riak.atau takut disalah gunakan. Aku tak kata konfom riak. cuma takut je...

 


Tak semua yang indah perlu digambarkan


Betul, aku suka ambil gambar, aku suka berada di belakang kamera berbanding di depan. (rujuk entri Belakang Kamera). Tapi kadang-kadang, bila moment tu terlalu indah, aku malas nak buka fon ambik gambar.

Aku malas nak bahagikan perhatian aku antara keadaan dan moment tu dengan usaha aku nak mengambil gambar. Sebab bila aku ambil gambar, kalau aku tengok melalui skrin, nanti tak puas. Tak ada feel. Kalau aku tak tengok skrin pulak, nanti gambar tak cun. Feeling pun tak ada sebab distracted.


Bila dalam keadaan macam ni, aku lebih memilih untuk hayati moment tu tanpa sebarang perantaraan. Hanya dengan mata dan panca indera aku sendiri.


See it. Feel it. Be in it.


So, kadang-kadang aku memilih untuk tengok saja.
Kadang-kadang je la. Bukan selalu. Hehehe...

Kalau korang?


29.11.17

False hope is just a plain cruel


Harapan palsu


Aku tersentuh dengan satu isu masa aku tengah layan cerita tv series “The Good Doctor”, sebuah cerita berkenaan dunia perubatan yang bagi aku agak menarik, terutamanya bila cerita ini dihasilkan oleh orang yang sama yang mencipta tv series “House MD”.

Situasi


Contoh situasinya begini. Katakan korang sebagai doctor menerima seorang pesakit kanser tahap 4 yang mungkin ada hanya beberapa bulan sahaja lagi masa untuk hidup. Tapi bila korang check balik, ada kemungkinan diagnose sebelum ni “false positive”. Tapi kemungkinan tu Cuma 0.3%.

Dan untuk nak pastikan kemungkinan sama ada betul pesakit tu ada kanser atau tak, korang kena jalankan 1 jenis test yang mahal.

Persoalannya, adakah korang akan bagitau pesakit tu tentang kemungkinan yang dia sebenarnya tak ada kanser, dalam erti kata lain memberikan harapan kepada pesakit tu tapi harapan yang sangat-sangat tipis, 0.3% dan jalankan ujian yang mahal tersebut?

Atau korang diamkan sebab takut nanti bila hasil ujian tu negative which is 99.7% possibility, takut pesakit tu bertambah sedih. Dalam erti kata lain, korang tak nak bagi harapan palsu kepada pesakit tu.

False hope is just a plain cruel


Betul, harapan palsu itu suatu yang menyakitkan. Tidak kira sama ada situasi dalam kes seperti ini ataupun dalam hal-hal. Malah, dalam soal hati dan perasaan, memberi harapan palsu merupakan suatu kekejaman.

hope is a strong weapon



Tapi dalam kes medical atas tu, personally aku lebih prefer untuk memberikan harapan. Aku masih beranggapan bahawa “hope is a strong weapon”. Harapan adalah senjata yang kuat. Cuma kadang-kala masalahnya weapon tu boleh jadi untuk melindungi, dan boleh juga untuk membinasakan.

Bagi aku, a little hope is better than no hope at all.
So, Yeah. I'm an optimistic kind of person.


Harapan adalah doa. Bila kita berharap, dalam masa yang sama kita berdoa dan mengharap ianya terjadi. Dalam dunia islam sendiri sangat popular dengan hadis yang selalu disebut-sebut bahawa doa itu senjata orang beriman, walaupun ianya tidak sahih.

عَنْ عَلِيٍّ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: ” الدُّعَاءُ سِلاحُ الْمُؤْمِنِ، وَعِمَادُ الدِّينِ، وَنُورُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ

Dari Ali R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: 
"Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit dan bumi".
[H.R. Al-Hakim (Al-Mustadrak 1/492)]

Status hadis : tidak sahih disebabkan sanad yang sangat lemah. Malah Syaikh Al-Albaaniy menggolongkan hadits ini ke dalam hadits palsu sebagaimana ditulis dalam Adh-Dha’iifah 1/328.[1]

there can be no true despair without hope


Jadi, kalau korang pulak dalam kes ni macam mana? nak bagi harapan yang sangat tipis atau tak nak terbagi harapan palsu?




rujukan
1. Abu Ahmad. (2014 Jan 30). Kelemahan Hadits Do’a Senjata Orang Mu’min. Al-Muhandisun. Dipetik dari https://muhandisun.wordpress.com/2014/01/30/kelemahan-hadits-doa-senjata-orang-mumin/

14.11.17

Teori Konsep Sederhana


Teori konsep Sederhana


Aku ada satu teori. Well, buakn teori fizik pun tapi lebih kepada cara aku melihat dunia dari kaca mata dan pandangan aku. Suka untuk aku ingatkan, ini bukan fakta! Cuma sekadar pandangan aku dalam sesuatu isu dan keadaan.

Sederhana dalam islam


I’m sure yang korang pernah dengar sebuah hadis nabi ni kan, pasal hidup beserdehana:

إِنَّ الْبَذَاَةَ مِنَ الْإيْمَانِ

Sesungguhnya hidup sederhana termasuk cabang dari iman.
[Bahjatul-Akhyâr, 202.]

Dan ayat al-quran dari surah Al-Furqan ayat 67,

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu. (Al-Furqaan 25:67)


Sederhana dalam alam melayu


Dalam alam melayu sendiri, konsep sederhana juga dititik beratkan dalam sebuah pepatah yang menyebut:

“buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali”

Jangan jadi jahat. Jadi baik. Tapi buat baik jangan terlampau baik sangat. Sederhana dalam menjadi baik.


Jenis-jenis sederhana


Tapi sejauh mana tahap bersederhana tu? Aku melihat tahap sederhana ini dapat kita bahagi kepada 2 jenis. Iaitu sederhana median dan sederhana mode. Saja aku guna istilah simple statistic dalam matematik (mode, mean, dan median) supaya senang Nampak. 


Sederhana median 


Sederhana median ni macam cara kita nak kira median dalam 1 set nilai. Kita ambil yang betul-betul kat tengah. Contohnya kalau diberi nilai antara 0 hingga 100, maka sederhana median tu mestilah tepat-tepat nilai 50.


Pandangan aku, kebanyakan situasi dan kadaan yang berlaku dalam hidup, kita tak boleh nak gunakan sederhana median. 

Contoh dalam kes pepatah melayu tu, kalau digunakan konsep sederhana median, maka orang tu baik 50% dan jahat 50%. Macam huru hara pulak. Macam bipolar atau ada split personality. Kejap baik, kejap jahat.

Sederhana mode


Sederhana mode tu bergantung kepada keadaan. Tak kisah mana-mana bahagian yang diantara dua limit asalkan tidak terlalu berlebihan dan tidak terlalu berkurangan. Contohnya, sederhana mode itu andai diberi pilihan nilai 0 hingga 100, boleh jadi 60, dan boleh jadi 20, tak kisah nilai berapa asalkan bukan nilai 0 atau 100.


Dan sederhana mode ni pulak nilai dia tak tetap, tapi bergantung kepada situasi dan pandangan semasa. Contohnya nilai sederhana mode pada pandangan orang Malaysia mungkin tak sama dengan pandangan orang amerika.  

Banyak hal yang aku Nampak dalam kehidupan, lebih sesuai pilih sederhana mode. Seperti pepatah melayu antara baik dan jahat tu, jika diberi skala 0 hingga 100 dimana nilai 0 adalah sangat jahat dan nilai 100 adalah sangat baik, masa sederhana mode boleh jadi nilainya 80.

Dia secara amnya baik, tapi tak terlalu baik sampai nilai 100 yang akhirnya membuatkan dia “dipijak”. Dan sebagai manusia, kita tak dapat lari dari kesilapan. Tiada orang yang sempurna. Walaupun baik itu ideal, tapi sedikit sebanyak akan ada jugak ‘kejahatan’ dalam diri dia. 

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali. Bagi aku dalam pepatah ni sendiri sangat tepat dengan teori sederhana mode. Pepatah ni suruh tinggalkan jahat secara total, tapi dia tak suruh pulak buat baik sebaiknya secara total. Dia suruh besederhana dalam buat baik! 

Tapi kenapa nilai 80? Kenapa bukan 90? Sebab itu la aku cakap tadi nilai sederhana mode ni tak tetap, tapi bergantung kepada situasi dan pandangan semasa. Mungkin pada pandangan seseorang, baik nilai 80 dah okay. Tapi ada yang nak kejar nilai tertinggi sehingga 99, dan ada juga yang asalkan dia baik, nilai 60 pun okay dah.

Selebihnya, korang dah boleh fikir sendiri kan konsep ni?

Sederhana adalah fitrah


ini pandangan peribadi aku sendiri. Dalam buruk baik manusia, tak mungkin seseorang tu buruk 100% dan tak mungkin jugak dia baik 100% walau macam mana sekalipun dia berusaha kearah tu.  Konsep sederhana aku ni dah macam fitrah manusia.


Sebaliknya, walau macam mana sekalipun dia berusaha untuk menjadi baik, akan ada terpalit kejahatan pada diri dia. Macam tu jugak la dengan orang yang berusaha menjadi jahat, tak banyak, sedikit pun, akan ada jugak kebaikan yang dia buat walaupun tanpa dia sedar.


Motif?


Jadi, apa gunanya teori baik buruk dengan gunakan konsep sederhana mode ni? kenapa nak penat-penat buat serabut kepala pikir pasal benda ni? what’s the point???

Pointnya disini, tak ada manusia yang sempurna. Tak ada manusia yang baik 100% melainkan rasul yang maksum. Melalui konsep ni, pengajaran yang kita boleh ambil.

1. apabila kita melihat orang yang dipandang masyarakat sebagai seorang yang sangat baik, tetapi tiba-tiba kita dapat tahu dia ada melakukan 1 kejahatan. Tak perlu nak merasa heran. Sebaik mana pun manusia, mesti akan ada dosa.

Sama la kesnya dengan orang yang terkenal dengan kejahatannya. Rupanya bila dia dah mati, ada orang buka cerita rupanya ada 1 amalan baik dia selalu buat yang kecil, tapi tak ramai orang tahu. Itu normal!  

2. jangan menghukum manusia dengan secalit kesalahan yang dia buat sehinggakan kita lupa banyak kebaikan-kebaikan yang telah dilakukan. 

3. jangan memandang rendah pada orang yang kita rasa dia jahat. Kita tak tahu mungkin ada sedikit perbuatan baik yang dia lakukan, walaupun sedikit tapi ikhlas seginggakan disebabkan amalan kecil yang ikhlas itu Tuhan terima sehingga darjat dia disisi Tuhan lebih tinggi daripada kita yang perasan baik dan suka menghukum ni.      

Disclaimer : again, ini Cuma pandagan aku 


p/s : Dalam hal ni, dan dalam beberapa hal yang lain, aku suka menggunakan konsep binomial distribution. Banyak sebenarnya konsep hidup aku yang aku suka untuk gambarkan dalam bentuk graf loceng terbalik ni. contoh macam dalam entri ini : Cantik Itu Abstrak 



aku ingin mencintaimu dengan sederhana;
dengan kata yang tak sempat diucapkan
kayu kepada api yang menjadikannya abu 
aku ingin mencintaimu dengan sederhana;
dengan isyarat yang tak sempat disampaikan awan kepada hujan yang menjadikannya tiada 
-Sapardi Djoko Damono


7.11.17

Menarik di Georgetown Herittage Chocolate

 Georgetown Herittage Chocolate

Penang sememangnya terkenal dengan makanan yang sedap dan tempat-tempat tarikan pelancong. kali ni aku nak share kat korang 1 tempat yang merupakan 2 dalam 1! tempat tarikan pelancong, dan juga makanan yang menarik, hanya di Georgetown Herittage Chocolate.


Lokasi Georgetown Herittage Chocolate


team Blogger Utara terjah  Georgetown Herittage Chocolate!

Georgetown Herittage Chocolate ni senang je nak cari. ianya terletak di no. 30, Lebuh Light, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang. Google atau waze je "Georgetown Herittage Chocolate", mesti jumpa punya. (Coordinate : 5.421161, 100.339607)

Lokasinya memang strategik, berdekatan dengan Padang Kota Lama. kalau korang singgah Padang Kota Lama atau Fort Cornwallis, cuma jalan kaki je dari situ.


Georgetown Herittage Chocolate  : Chocolate Berkualiti Dengan Harga Terbaik!



kat sini, selain coklat import yang berkualiti, ada juga terdapat GHC Premium Handmade Chocolate iaitu coklat buatan tangan yang dihasilkan di kedai tu sendiri. dan coklat yang terdapat di sini ada macam-macam jenis jugak, dari jenis truffle, praline, panned chocolate, chocolate cake, chocolate bar, hinggalah ke brownies.

GHC Premium Handmade Chocolate 



Dan yang jenis praline pun ada macam-macam jenis. Praline ni yang jenis ada macam "inti" kat dalam coklat bar tu. macam-macam isi ada. Ada coconut, raspberry, blueberry, dan yang paling unik, praline durian! kat oversea pun tak ada jual tau! hahaha..

praline durian


Georgetown Herittage Chocolate  : The 1st 3D Chocolate Museum



Di tingkat atas Georgetown Herittage Chocolate ni terdapat 3D Chocolate Museum. Aku dah masuk, memang berbaloi dan berinformasi. Semua tentang coklat yang perlu korang tau ada kat sini. Memang tak boring walaupun pasal sejarah coklat. Serius, sejarah pasal coklat ni agak menarik sebenarnya.

10 biji koko je dah boleh tempah pelacur. hahaha

harga dia pun berpatutan. cuma RM14 bagi dewasa dan RM10.00 bagi kanak-kanak. ni dah siap diskaun, harga istimewa untuk rakyat malaysia yang mempunyai mykad. kalau pelancong asing harga lain.

Georgetown Herittage Chocolate


sebarang maklumat dan pertanyaan boleh terus contac Georgetown Herittage Chocolate seperti dibawah :

Georgetown Herittage Chocolate,
No 30, Lebuh Light,
10200, Georgetown, Penang, Malaysia

Sun-Sat 10:00 AM - 08:00 PM

Tel: +604261 0118
E-Mail: penang.ghc@gmail.com

official website : http://georgetownherittagechocolate.com
facebook : https://www.facebook.com/penang.ghc/
instagram : http://www.instagram.com/georgetown_herittage_chocolate

19.10.17

Layan Corner | Baling - Gerik - RnR Titiwangsa


Dah 3 kali aku lalu jalan baling-RnR Titiwangsa ni kalau termasuk ride yang baru ni aku pergi 25 mac lepas. so, aku nak share pengalaman dan pendapat aku tentang jalan ni kalau nak ride layan korner.

Ride | Baling-Gerik-RnR Titiwangsa


kalau dari penang, jalan ni tak jauh sangat. pergi balik pun total ambik masa dalam 6-7 jam je, termasuk rehat dan rilex-rilex. selalunya plan aku bila ride kat jalan ni, macam kat bawah ni je. petang tu sebelum asar dah setel.


Itinerary Ride | Baling-Gerik-RnR Titiwangsa


8am - RV di Subaidah Nasi kandar Seberang jaya, breakfast
9am - bertolak
10am - isi minyak di Shell Gerik
11am - tiba di RnR Titiwangsa, rehat, minum dan bergambar
12pm - bertolak turun
1pm - tiba di Gerik, pekena kari kepala ikan, rehat dan solat.
2.30pm - bertolak balik
3.30pm - tiba di seberang jaya, pulang ke rumah masing-masing.


Review Route 4 | Lebuhraya Timur Barat



bagi aku, secara keseluruhannya jalan gerik ni teruk sikit jika nak dibandingkan dengan laluan ke cameron dari simpang pulai. tapi best sebab tak perlu jalan jauh melalui PLUS yang sangat boring kalau dari penang.

jalan ni terbahagi kepada 2. dari baling ke Gerik dan dari Gerik ke RnR Titiwangsa ni, memang berbeza jenis selekoh jalan dia.

kalau jalan Baling-Gerik tu, permandangan dia cantik dan selekoh dia agak jauh. jadi, memang banyak main high speed corner. kalau takat 250cc ni, koner dia boleh full throttle, pulas sampai habis!

Tapi lepas je simpang empat Gerik, corner dia rapat sikit. tapi tak de la rapat sangat. kalau nak melayan koner pun dalam medium speed corner ja.


Tarikan Baling-Gerik-RnR Titiwangsa


berbanding dengan jalan simpang pulai - cameron, jalan kat sini tak ramai orang sangat. aku rasa atas beberapa faktor. pertamanya, jalan sini agak teruk jika dibandingkan dengan cameron-simpang pulai. beralun, berlopak, dsb. So, memang kena berhati-hati sikit.


kedua, bila dah sampai kat atas puncak RnR Titiwangsa ni tak ada apa sangat pun sebenarnya melainkan cuma ada la sikit view yang cantik kat atas tu. kedai makan kat atas tu pun biasa je. Cameron at least ada strawberry,  dan boleh mengeteh secara fresh di ladang teh.


Tumpahan Minyak Baling-Gerik-RnR Titiwangsa



25 mac hari tu, sedang sedap aku layan koner dengan seorang member aku yang turut menggunakan jentera Yamaha YZF R25. pada kilometer yang ke-51, tetiba ada tumpahan minyak kat tengah jalan. masa tu, aku tengah lead. aku nampak tapi tak sempat nak elak.


Alhamdulillah, aku tak jatuh, cuma bergoyang sedikit masa lalu atas minyak tu. nasib baik aku teringat tips bila berlaku kes macam ni dalam video tutorial layan corner "twist of the wrist 2". Tapi lepas aku lalu, aku tengok side mirror nampak kawan aku dah jatuh terseret.


teruk jugak la. Tapi nasib baik dia pakai protective gear yang mencukupi. tiada kecederaan serius, cuma luka calar-calar. tapi moto agak teruk jugak la. Terus kami bawak slow2 ke balai polis Gerik untuk buat laporan polis.


16.10.17

Blog | medium kenal personality


Secebis Sejarah Blog Hikayat Budak Pening


Sebelum tu, meh aku nak cerita apa yang membuatkan aku mula berblog. Seperti yang pernah aku cerita kat dalam entri How you found out about blog and why you made one segalanya bermula pada tahun 2010 masa aku 1st year 2nd semester di USM dimana aku baru beli laptop dan kemudiannya baru kenal erti facebook. 

Dari FB, aku dapat connect dengan ramai kenalan sekolah dan matrikulasi. Kemudian aku dapat tahu classmate aku kat matrikulasi dulu ada blog. Masa tu aku tak tahu pun blog ni menatang apa sebenarnya. Jadi aku pun baca la blog dia. Lepas tu, my mind blown! 

Budak ni kat matrikulasi dulu bagi aku memang budak skema habis la. Dalam kelas pendiam. Tak pernah kot sembang dengan aku. Stakat aku mintak pinjam buku tutor dia nak tiru tu ader la. Exam pointer 4.00! lepas tu dari budak fizik kat matrikulasi sambung ambik medic!

Tapi dalam blog dia, gila-gila rupanya budak nih. I mean, not in a bad way la. In a good positive way. 180 darjah berbeza dari apa yang aku kenal masa kat matrikulasi dulu. Dari situ la aku rasa, blog ni boleh jadi medium yang terbaik untuk kenal personality seseorang.

Dan dari situ jugak la lahirnya blog aku nih. 

header pertama blog hikayat budak pening
masa tu nama blog ni cuma "pening"
yes, itu mata aku


Blog | medium kenal personality


Sebab apa blog boleh jadi medium terbaik? Sebab kat blog orang buat karangan. Tak macam laman social lain yang sekadar ayat pendek-pendek (mostly). Dari karangan tu kita boleh menilai personality seseorang!


Tengok gaya bahasa yang digunakan, melambangkan gaya pemikiran dia. Lihat pemilihan kosa kata dia, menunjukkan gaya penuturan dia di dunia luar. Lihat pula penyusunan ayat dan perenggan dia, macam mana dia menyusun kehidupan seharian dia.

Dan tak lupa juga dari segi  ejaan gedik dan sebagainya, dah boleh Nampak perangai dia macam mana. tengok juga isi dia sama ada dia conteng, merapu, ataupun nasihat.. Hahaha..

Aku tak nafikan, penulisan lama aku memang menampakkan ketidak matangan aku masa tu. Dengan ejaan aq yg entah apew apew, hahaha.. Saja aku biarkan tak delet entri 7 tahun lepas. Entri-entri aku menjadi bukti transformasi penulisan dan gaya pemikiran aku dahulu dan sekarang.

Jadi, nak kenali aku atau mana-mana blogger yang lain, cukup mudah. baca je blog dia..  

13.10.17

Perempuan Pok Pok Choy

Beberapa hari yang lepas sempat aku sembang dengn beberapa orang officemate lelaki Chinese. Diorang hangat sembang pasal "pok pok choy". So, aku pun Tanya la pok pok choy tu menatang apa? Diorang cakap, pok pok choy tu asalnya bermaksud sejenis sayur muda yang segar dan rangup. 


Bok choy or pak choi (Chinese: 上海青; Brassica rapa subsp. chinensis)
 = is a type of Chinese cabbage. Chinensis varieties do not form heads and have smooth, dark green leaf blades instead, forming a cluster reminiscent of mustard greens or celery.
[wikipedia]

Tapi pak choi ni juga boleh digunakan untuk merujuk kepada perempuan yang muda, ‘mentah’, naive, dan dependent dalam sesebuah hubungan. Pendek kata, berlawanan dengan sifat perempuan yang independent, matang, dan dominant dalam hubungan.

Faham tak?


Pilihan lelaki : Perempuan dependent atau independent?


Sebenarnya topik perbualan kami lebih kepada pilihan jenis wanita dari pandangan lelaki. Bukan pasal sayur pun. hahaha.


Adakah lelaki suka perempuan yang berdikari, mampu menjaga diri sendiri, matang dalam berfikir dan matang dalam penampilan diri, tidak hanya menjadi pak turut dalam sesuatu hubungan tetapi juga aktif menyuarakan pendapat dan membuat keputusan (i.e. independent woman)

Ataupun, 


Adakah lelaki lebih suka perempuan yang manja, yang perlu dilindungi, beperwatakan muda dan comel kebudak-budakan, sentiasa membuatkan lelaki rasa diperlukan, pasif dalam membuat keputusan sendiri, serta taat dan patuh tanpa sebarang bantahan (i.e dependent woman) atau dalam kes ini, “Pok Choi”

Pendapat 1


Kata Tan* yang baru sahaja single, dia tak suka yang pok pok choi. Dia nak wanita yang berdikari, aktif dalam melontarkan pendapat dan membuat pilihan. Pendek kata, semua cirri-ciri seorang wanita yang independent la. 

TETAPI dia tak nak perempuan yang lebih dominant daripada dia. Maksud beliau, walau macam mana aktif dan independent sekalipun, secara keseluruhannya dia nak jugak pegang “55% syer saham” keputusan akhir.

Well, lelaki dan ego tu tetap ada. Tak perlu dinafikan. Hehehe.. 

Aku?


Kemudian Lee* Tanya aku “Pha Is, girlfriend you tu pok pok choi tak?”
“I mana ada girlfriend...”
“ala... sama la tu, tunang dengan girlfriend...” balas Teoh

Hmm.. lama aku diam memikir hal ni. Hahaha..  but seriously, aku tak tau sama ada dia tu pok choi ataupun bukan. Well, to be fair, banyak benda lagi yang aku tak tau pasal dia sebenarnya. Baru nak start kenal-kenal dan bertaa’ruf dalam fasa bertunang ni. 

We’ll see about that... 

korang pulak?


Korang pulak macam mana? Bagi yang perempuan, korang rasa korang ni dependent atau independent? Bagi yang lelaki, korang suka yang macam mana?

Ceciter..




*bukan nama sebenar          

Review | Tayar Pirelli Angel City


Review | Tayar Pirelli Angel City


Selepas je botak tayar Nangkang rodiac dan sportiac aku hari tu, terus aku decide untuk nak cuba pula tayar Pirelli Angel City ni, setelah di-rekemen oleh "Cai", seorang otai R25 dalam club moto aku. Aku tukar tayar belakang je dulu sebab tayar depan okay lagi. Aku pakai saiz 150/60-17.

Harga Pirelli Angel City



So far dalam semua tayar yang aku pernah tukar, Pirelli Angel City ni yang paling murah jika nak dibandingkan dengan tayar nangkang dan Bridgestone Battlax S20 Evo. Cuma RM305.00 untuk tayar belakang sahaja siap pasang. 


Aku tukar kat kedai Trio Tyres Bertam, beralamat di No. 51, Lorong Bertam Indah 1/6, Taman Bertam Indah, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang. Coordinate 5.5199721,100.4351542. kedai ni okay je. Tak mahal dan tak murah sangat, sebab aku tengok tayar battlax kat sini RM500++ sedangkan masa aku tukar dulu kat kedai Brightwill RM430 je.

Cengkaman Pirelli Angel City


1. hujan


Thorbaek! Tu je aku boleh kata. Memang so far puas hati gila pakai tayar ni. Terutamanya time hujan. Sebab lepas aku tukar tayar ni (kelmarin tukar tayar, esoknya terus ride), aku ride layan corner kat Cameron dengan seorang member aku. Masa nak turun balik, hujan lebat gila sampai sakit habis tangan kena air hujan.

Dalam lebat macam tu pun, aku boleh turun layan corner lagi! Mula-mula aku tak berani, tapi sikit-sikit aku turun dari korner badan menegak sampai last-last badan aku rapat kat tepi tangki minyak masa koner!

Kawan aku tu memang tertinggal kat belakang la. Hilang tak Nampak terus. Dia selalunya memang laju tapi sebab moto dia baru lagi, tayar pun standard kedai lagi. Memang cengkaman dia out la.

2. Jalan licin sebab tumpahan minyak


Lepas tu kami ride Gerik plak dari Penang, sebulan lepas aku tukar tayar. Dalam perjalanan turun balik dari RnR Titiwangsa, masa aku tengah lead kat depan, tetiba aku perasan ada tumpahan minyak yang agak banyak kat betul-betul tengah jalan.


Memang aku tak sempat nak elak sebab betul-betul kat line “apex” dalam cornering line. Nasib baik masa tu aku teringat tips cornering dalam tutorial “A twist of the wrist vol. 2” by Keith Code bila jalan licin. Hasilnya, aku tak jatuh, Cuma moto goyang sikit. Lepas tu bila aku tengok side mirror, mmber aku dah terseret dah kat belakang.   


Aku rasa antara asbab factor utama aku terselamat hari tu adalah sebab tayar Pirelli angel city ni.

3. Emergency Brake


Berbanding dengan nangkang, masa brake emergency pun tayar ni tak seret jauh. Malah, asalkan korang guna teknik brake dengan betul, memang tak seret langsung! Sangat reliable!

Cornering



Aku rasa cornering aku dah banyak cerita kat bahagian cengkaman. Cuma aku nak tambah sikit, setiap kali aku lepas ride layan corner, mesti rasa nak pegang bahagian tepi tayar ni. Memang kasor padahal tayar biasa je. 


#MisiTawanTanahTinggi secara solo
Penang - KL - Putrajaya - Karak - Genting - Bukit Tinggi - Bentong - Fraser Hill - Cameron - Penang
total perjalanan 1480km.
memang layan pakai tayar Pirelli Angel City nih 

Lagipun, aku ambik saiz tak besar sangat. Jadi, tak berat, senang nak tukar posisi badan bila selekoh S tajam. Memang sedap layan corner kalau ambik saiz 150 ni. Tapi ni bagi jentera 250cc la. SBK kena up bagi besar lagi, kalau tak kesian tayar tu tak cukup surface area nak tampung berat.  

Ketahanan


Aku rasa tayar ni lagi tahan lama daripada nangkang n battlax s20 evo. Dah lebih 10,000 km tapi bunga cantik lagi! Dok rasa macam tebal lagi getah dia nih.


Lepas 7,000 km pakai, moto aku kena paku kat tepi tayar. Paku tembus keluar balik, tapi tak masuk bahagian dalam tayar! Nampak tak yang lepas 7,000 km pun, getah tebal macam baru lagi.

Lepas 15,000 km pun, bunga tayar aku tengok masih elok. aku rasa kalau stakat nak pakai penggunaan harian, boleh lagi guna tayar ni. tak ada tanda-tanda nak botak. Aku ingat nak pakai lagi, nak tengok sejauh mana tayar ni boleh bertahan.

Tapi malangnya baru-baru ni aku eksiden, down kat Cameron. Down kali ni pun bukan masalah tayar tapi sebab lain. Jalan berbasir dan masalah kereta makan jalan. kami konvoi 13 moto, tapi 3 yang down! bukan aku sorang!

salah 1 moto yang down dalam konvoi kami

lepas moto aku keluar bengkel, aku guna lagi tayar ni, siap keluar ride cameron lagi lepas tu. keluar ride pun sedap lagi bawak. Sampai la mileage tayar aku 20,683 km!!! tayar yang paling lama so far aku pakai. kalah tayar standard.

Pirelli Angel City lepas 20,683km


Jadi, stakat tu je la kot review aku pasal tayar nih. overall, memang kalau korang banyak pakai moto untuk tunggangan harian, aku sangat-sangat recomend tayar pirelli Angle City nih.! 20,000 km kot aku pakai!


Kesimpulan : Rating


Tayar
Hujan
Brake
Corner
ketahanan
Pirelli Angel City
9
7
7
9
Bridgestone Battlax S20 Evo
8
8
8
5
Nankang Rodiac WF-1
7
6
7
7
Metzeler Sportec Street
6
9
6
8

Next : Metzeler Sportec Street