Posts

Showing posts from 2016

Bagi Can Tanya Soalan

Image
sebok betul nak dekat hujung tahun ni. kerja pun sibok, luar kerja pun sibuk jugak. mana dengan weekend-nya yang terisi dengan jemputan kenduri kahwin sahaja. sampai sehari 3 kenduri pun ada. sebab tu blog agak terbiar sikit hujung tahun ni. Tahniah dan selamat pengantin baru buat Dr @hanifshabudin dan pasangannya Dr Hazlin. Smoga berbahagia berkekalan hingga ke syurga. Dhsyat knduri diorg. Gabenor penang mai, bekas ketua mnteri penang mai.. Aku nak masuk mula2 pun segan.. Hehehe.. Yg tengah tu pun baru je kahwin, esok knduri kahwin dia plak.. Bini dia yg kanan skali tu. Org lain dtg knduri kahwin bawak bini, bawak tunang, bawak awek.. Aku mampu bawak bertenang je... #728HariMencaricinta A photo posted by Pha Is (@phais47) on Dec 24, 2016 at 1:05am PST dah la pi kenduri pun sorang-sorang. forever alone betol. hahaha.. orang lain pergi kenduri bawak bini, bawak tunang, bawak awek, aku mampu bawak bertenang je . hmm... Bagi Chance Tanya Soalan so, berbalik kepada

WW #143 | Viral

Image

Kambing Bakar Anak Bujang

Image
Berita baik buat warga Jengka dan Maran, kini kalau korang rasa teringin nak makan kambing bakar yang sedap, korang boleh pekena Kambing Bakar Anak Bujang . Dah ramai yang order. Memang sedap. Kambing Bakar Anak Bujang Kambing bakar anak bujang ni murah je. Harga kasih sayang kata tuan tukang jual. Hehehe.. InshaAllah berbaloi dengan rasanya. Sebekas Cuma RM10.00! ada dua pilihan. kalau nak makan terus boleh order yang dah siap dibakar. kalau nak simpan boleh order yang frozen punya. bila lapar masak je, terus boleh makan. nak masak pun senang je! Kelebihan Kambing Bakar Anak Bujang Apa yang specialnya Kambing Bakar Anak Bujang ni? Kambing bakar anak bujang ni memang sedap dan berbaloi. sebabnya : 1. salad segar ( hari2 beli). 2. coleslaw yang dibuat hari2. 3. sos black pepper yang ummmpphh. 4. limpahan sos chezzy yang menyelerakan. 5. daging kambing yang diperap dengan ramuan tersendiri.(perap semalaman) 6. harga mampu milik...RM10 sebekas 7. yang penti

WW #142 | Please Don't Kill Me

Image
#GadisBertudungBiru salam Wordless Wednesday!

Testimoni | Boleh Percaya ke?

Image
Testimoni | Boleh Percaya ke? Banyak produk-produk kosmetik dan kesihatan sekarang ni dakwa yang produk diorang tu berkesan hanya bermodalkan testimoni-testimoni pelanggan. Persoalannya, betul ke testimoni semua tu? Boleh percaya ke? Betul ke testimoni pelanggan? Sebelum tu, meh aku nak cerita satu kisah benar yang diceritakan sendiri oleh "mangsa" testimoni yang merupakan kawan aku. Alkisah, dulu kawan aku ni masa1st year usm takde la gemuk mana tapi berisi sikit. Then masa 3rd year dia usaha jaga makan, turun bersenam beberapa kali seminggu,  dan hasilnya lepas 4th year dia kurus. At least nmpak jelas la perbezaan dengan sebelum ni. Kemudian, ada seorang agent produk "kesihatan" ni perasan perbezaan kawan aku ni. Lantas agent tu tanya kawan aku, dia nk mintak gambar kawan aku masa sebelum dan selepas kurus,  katanya nak buat testimoni produk dia. Kawan aku ni pun tak bagi la. Hoi, Banyak cantik! Kawan aku ni penat-penat jaga makan exerci

Farmasi dan Lesung Batu

Image
Farmasi dan Lesung Batu Pernah perasan tak logo atas ni kat papan tanda kedai-kedai farmasi?  Sebenarnya tu gambar apa? Bagi yang belum tahu, logo tersebut merupakan gambar “mortar and pestle” (lesung batu). Tapi, apa pula kaitan antara farmasi dan lesung batu yang selalu mak-mak kita guna untuk tumbuk sambal tu? Lesung Batu Penyediaan ubat “ Mortar and pestle are frequently also associated with the profession of pharmacy due to their historical use in preparing medicines ”  – Wikipedia Sejak zaman dahulu, ahli farmasi akan gunakan lesung batu untuk menyediakan ubat, termasuklah ubat-ubat herba. Sebab tu symbol lesung batu tu dah sinonim untuk farmasi. Bukan untuk masak, tapi untuk penyediaan ubat. Tapi semua tu dah berubah. Sekarang zaman ubat-ubat mudah didapati dalam bentuk pill, tablet dsb. Tapi, kami ahli farmasi masih perlu berlajar cara-cara nak sediakan ubat pakai lesung batu ni. Sebab walaupun dah jarang guna, tapi teknik penyediaan pakai lesung batu ni m

6 Tahun Hikayat Budak Pening

Image
sebenarnya minggu lepas tanggal 24 November, blog hikayat budak pening ni dah genap umur 6 tahun! fuh, 6 tahun dah aku bergelumang dalam dunia blog. kalau ada anak dah boleh masuk tadika dah. hahaha.. 6 Tahun Hikayat Budak Pening header terawal blog hikayat budak pening (dulu nama blog ni "pening" je) p/s : yup, tu mata aku dulu aku ingat macam rasa nak buat GA sempena ulang tahun anniversary , tapi malas plak rasanya.. malas nak handle part2 hadiah.. nak cari sponsor rasa macam tak layak. blog picisan melukut tepi gantang je. bukan blog popular mana pun. hehehe.. header selepas tukar nama blog dari PENING kepada BUDAK PENING  selama 6 tahun ni, banyak la jugak kenangan manis dan pahit. dah banyak berubah sejak mula penubuhan blog ni sampai sekarang. dulu student, skrg dah kerja . dulu single, sekarang, eh, sekarang masih single x berubah jugak.. hahahaha.. my all time feveret header blog Hikayat budak Pening dari header ni la tertukarnya nama kepad

Resepi | Kerisik Paklong Lee

Image
Resepi | Kerisik Paklong Lee Alkisah, dahulu masa aku kecik-kecik, arwah ayah aku terkenal dengan gelaran pak Long Lee Kerisik sebab dulu, kami sekeluarga buat perusahaan membuat kerisik secara kecil-kecilan kat rumah untuk dijual secara borong kepada penjual2 pasar pagi dan tempahan dari orang kampong dan catering untuk masakan kenduri. So, kali ni aku nak kongsi resepi cara nak buat kerisik family aku. Kiranya ni resepi keluarga turun temurun la ni. Bukan google mana-mana. Prosesnya semua dari ayah aku yang diperturunkan kepada aku. Cewwah.. Hahaha... Bahan-bahan 1. isi kelapa parut 2. minyak masak Alatan tambahan 1. blender basah Nota:  1.Family aku buat kerisik untuk dijual. So, semuanya berskala 40 biji buah kelapa sekali buat. kalau pakai 1 atau 2 biji, tak pernah lagi buat. Tapi kali ni aku cuba agak-agak nisbah kuantiti untuk 2-3 biji kelapa. Naka pakai 1 biji, macam sikit sangat, nanti susah nak blender. 2.Sory, tak ada gambar proses cara buat sebab dah la

Jenis Bikers

Image
Jenis-jenis bikers 1.bikers kental Tak kira hujan panas ribut tetap tak berhenti.. Ride 5-6 jam no hal... dari selatan ke utara no hal... Tak makan janji moto servis on time.. sayang moto dari apa apa skali pun.. 2.bikers citer lebih Ride 1-2 jam dah Tak tahan..  Ride dekat-dekat je.. Ajak ride jauh Macam-macam Alasan.. Bile citer bab moto, semua dia tahu... sedangkan dengar dari citer bikers lain.. Citer macam dh sampai london... tapi border pun tak tahu.. 3.bikers santai Jangan tertipu dengan santai... die la yg paling depan.. biler tibe corner die la yang jejak siku.. Bile berbual... macam tak tahu pape... tapi sebenar die la sifu... [ ride ke genting Highland ] 4.bikers assesori.. Moto dia yang paling banyak assesori... damper.. engine guard. Dan sebagainya semua ada pada moto dia... 5.bikers corner Bile open je event pergi bentong.. KKIC.. cemeron.. ha tudia nama dia yg first.. Corner jgn cakap la.. lutut.. siku

WW #141 | Tiada Monday's Blues Dengan Superbike

Image

Jawapan Soalan Math 1

Image
hari jumaat yang lalu aku ada publish satu quiz matematik yang aku jumpa kat internet yang aku rasa sangat menarik untuk dikongsi. so, sepeti yang dijanjikan, ini jawapan dia. Jawapan Soalan Math 1 sebelum tu, meh nak tunjuk soalan dia: soalan :  jika kedua-dua bulatan dalam segi empat tu, radius = 1 meter. berapa keluasan kawasan yang berwarna merah tu? pertama sekali, bagi membantu cara nak jawab supaya senang nampak, kita tambah beberapa garis tambahan dan huruf kat bucu nak bagi senang nak rujuk nanti.  jawapan : kawasan merah  = luas KQJ = luas KNI - luas NIJ - luas QPNJ garisan NI = 1 meter garisan KJI = 2 meter jadi, luas segi tiga KNI = ½ x 1 x 2 = 1 m 2 luas NIJ = [luas segi empat ACIK - luas bulatan BNJL] / 4 =[(2 x 2) - π(1) 2 ] / 4 = [4 - π] / 4 = 1 - π /4 luas QPNJ = luas MNJQ - luas segi tiga QMNP luas MNJQ disebabkan garisan LMN selari dengan garisan KJI, so sudut MNP = sudut QKJ let say sudut QKJ = Ɵ 1

SEGMEN: JOM BLOGWALKING BERSAMA AYUINSYIRAH

Image
klik baner untuk join  SEGMEN: JOM BLOGWALKING BERSAMA AYUINSYIRAH weekend ni tak tau nak update apa, kita join segmen dulu.. hehe.. selamat berhujung minggu.. 

Soalan Math 1

Image
rasanya dalam baru-baru ni aku ada terjumpa soalan math ni kat internet. agak menarik sebab pecoh pale aku pikir tak jumpa cara nak jawab soalan ni. serius rasa tercabar. siang malam aku pikir, last-last aku give up.  tapi bila tengok jawapan, "la... macam tu je rupanya."  Soalan math 1 korang pernah rasa tak macam tu? kalau nak try rasa feeling dia tu macam mana, try juawab soalan ni: soalan : jika kedua-dua bulatan dalam segi empat tu, radius = 1 meter. berapa keluasan kawasan yang berwarna merah tu? okay, aku bagi peluang kat korang jawab. aku bagi masa sampai weekend ni. hari isnin tepat pukul 7 pagi aku akan autopublishkan jawapan dia. hehehe.. senang je sebenarnya. level spm pun dah boleh jawab. cuma kena kreatif sikit la. hehehe.. tapi sedihnya aku tak berjaya jawab walaupun math subjek feveret aku masa SPM dulu. hmm..    sapa boleh jawab, dia memang pandai. hehehe.. aku cabar nih!

Shanghai Fridge Magnet Giveaway by Jari Manis & Scdha Sein Travel

Image
klik baner untuk join sebelum 7 Disember 2016 Shanghai Fridge Magnet Giveaway by Jari Manis & Scdha Sein Travel jom join! dengan ini saya nak tag SYM (Siti Yang Menaip)  disebabkan dia pun blogger travel jugak.. ingat nak tag Mohamad khairudddin Lim  sekali tapi dia dah join.. hehehe blog tak terupdate seminggu sebab baru balik dari berkurus . eh, silap, berkursus... hehhe.. balik je penang, masih tak ada idea nak menulis, so, kita join GA dulu...  p/s : dalam perancangan nak anjurkan Give Away sempena ulang tahun blog Hikayat Budak Pening ini yang ke-6 bulan november ni. sedang dalam perancangan, tak sure jadi atau tak, kita tengok je la nanti.. 

Susah Sangat Ke Jadi Imam?

Image
Perempuan Masak, Lelaki Imam  Dah banyak kali dah kan dengar ayat skeptical ni. Macam satu expectation yang perlu ada pada laki dan perempuan terutamanya bila masuk bab baru nak kahwin. "Perempuan kena pandai masak, laki kena pandai jadi imam solat." Dulu aku rasa expectation ni sesuatu yang berat sebelah. Sebab dulu aku rasa kalau perempuan expect calon suami diorang kena pandai jadi imam, senang sangat la macam tu. Susah Sangat Ke Jadi Imam? Maksud aku, susah sangat ke jadi imam? Senang je kot. Tapi tu apa yang aku fikirkan suatu ketika dahulu. Sekarang baru aku nampak yang sebenarnya tak ramai orang lelaki boleh jadi imam solat dengan baik. Bukan kesalahan yg major, tapi cuma kelompongan sedikit je yang boleh diperbaiki, dari beberapa aspek. Antara yang selalu sangat aku perasan, bab doa. Doa Bahasa Arab Kalau doa dalam bahasa melayu, tak ada masalah rasanya dalam bab ni. Tapi bila doa dalam basa arab, walaupun aku tak expect imam tu belajar b

Review | Tayar Bridgestone Battlax S20 Evo

Image
Bridgestone Battlax S20 Evo Review | Tayar Bridgestone Battlax S20 Evo Lepas je botak tayar standard motosikal Yamaha YZF R25 aku tu, aku ambil keputusan nak try tayar Bridgestone Battlax S20 Evo. Tapi sebab tayar depan aku masih elok, aku tukar tayar belakang je la. Depan standard, belakang battlax Saiz tayar Bridgestone Battlax S20 Evo yang aku try adalah 150/60. besar sikit dari saiz tayar asal moto aku, 140/70. kiri : tayar standard yang dah botak (15,000++ km) kanan : tayar Bridgestone Battlax S20 Evo yang baru Harga Aku tukar tayar tu kat kedai Motosikal Brighwill di Butterworth Penang. Bertentangan dengan bangunan TM Butterworth. Untuk tayar belakang sahaja, sekali pasang dan balancing aku kena RM400++ (around RM430 kalau tak silap) Bab harga aku tak pandai sangat. So, korang nilai la sendiri. Cengkaman  First thing yang aku perasan bila baru pakai tayar ni, rasa macam nak menangis je bila menyelit atas garisan putus-putus kaler putih kat leb

Iklan Ubat di Blog

Image
Iklan Ubat di Blog Sebelum ni sudah beberapa kali blogger contact dan Tanya aku berkenaan pengiklanan produk ubat dan kesihatan di blog. Terutamanya bila diorang ada terbaca entri aku yang bertajuk “ Bila Share Maklumat Kesihatan ”. Tahukah korang, yang korang sebenarnya tak boleh sebarangan mengiklankan sesuatu produk kesihatan mengikut undang-undang Malaysia? Kalau disabit kesalahan siap ada denda tau! 20 Jenis Penyakit Tidak Boleh Diiklankan Korang tak boleh iklankan ubat yang mendakwa boleh merawat dan menghindari penyakit-penyakit (20 jenis) yang tersenarai kat bawah ni. [Akta Ubat (Iklan dan penjualan) 1956, seksyen 3(1)(a)] 1. Panyakit/kerosakan buah pinggang 2. Penyakit/ kerosakan Jantung 3. Kencing Manis 4. Sawan 5. Lumpuh 6. Batuk Kering 7. Asma/Lelah 8. Kusta 9. Barah 10. Pekak 11. Ketagihan Dadah 12. Hernia 13. Penyakit Mata 14. Tekanan Darah Tinggi 15. Sakit Mental 16. Kemandulan 17. Frigiditi 18. Lemah Fungsi Seks/impotent 19 Penyakit v

Antara Nasi Lemak Anak Dara dan Gadis Bertudung Biru

Image
sepeti yang telah aku cerita kat entri Ride Ke Genting Highland dan entri  Roda-Roda Kuala Lumpur , beberapa minggu lepas, aku sempat ride merempit ke sekitar area selangor/KL dari Pulau Pinang sebelum menyambung perjalanan ride ke Genting Highland. Antara Nasi Lemak Anak Dara dan Gadis Bertudung Biru nasi lemak anak dara gadis bertudung biru? dalam perjalanan tu, dah alang-alang singgah di kawasan berdekatan, aku ambil kesempatan untuk singgah jugak merasa Nasi Lemak Anak Dara yang tengah famous tu. sanggup ride pagi-pagi dari area Cheras Ke seksyen 7 Shah Alam semata nak merasa Nasi Lemak Anak Dara je. dalam setengah jam jugak la aku ride. bila dah sampai kawasan perumahan seksyen 7 Shah Alam tu, jenuh jugak aku cari lokasi penjualan Nasi Lemak Anak Dara ni. yer la, kawasan tu dah macam trend jual nasi lemak pagi-pagi tepi jalan. bukan satu-dua. banyak! Lokasi Nasi Lemak Anak Dara jalan Plumbum 7/95, Seksyen 7, Shah Alam coordinate :   3° 4'9.26"N 101°2

Mentaliti kita | Sampah

Image
Mentaliti kita | Sampah Dah banyak kali aku hairan dengan sikap orang Malaysia yang kurang titik beratkan soal kebersihan ni. Contoh yang selalu sangat aku nampak dan buat aku rasa sedih dan geram: Buang sampah melalui tingkap kereta tepi jalan Hisap rokok kemudian puntung tu buang merata-rata Naik feri lepas tu buang sampah ke laut Malas sangat ke nak cari tong sampah? Lepas tu bagi alasan bodoh kata nanti cleaner, majlis perbandaran tak ada kerja. Jangan jadi butthurt sangat boleh tak? Mak bapak tak ajar Bunyi macam kasar, tapi aku rasa kebanyakan masalah ni sebab orang kita dah dididik dari kecik bila tengok sikap mak bapak yang jenih tak kisah dan tak rasa bersalah buang sampah merata tempat. Hasilnya, anak-anak tengok, jadi la ”monkey see monkey do”. Kat sekolah terap lah macam mana sekali pun sikap jaga kebersihan ni tapi kalau dah dari kecik sebelum masuk sekolah lagi budak-budak dah tengok mak bapak buang sampah merata tanpa rasa apa-apa, macam tu

Ride Ke Genting Highland | Z800 vs R25

Image
get ready Ride Ke Genting Highland | Z800 vs R25 Alhamdulillah, minggu lepas aku berkesempatan ride moto ke Genting Highland. mula-mula aku ride solo ke Cheras. kemudian dari situ aku ride dengan member aku yang baru sahaja angkat motosikal Kawasaki Z800 (2nd) tak sampai 2 bulan. hahaha.. kawasaki Z800 vs yamaha YZF R25 Kawasaki Z800 vs Yamaha YZF R25 sebenarnya, kawan aku tu ydp persatuan silat masa aku kat USM dulu. aku? well, aku ni nydp dia je.. bila ydp dan nydp bergabung . ni persatuan silat ke, persatuan moto besar nih? hahaha.. By the way, kawan aku tu namanya arif. kalau berminat, beliau masih ada quota kosong lagi 3.. hehehe.. Gurau je. kang tak pasal aku kena silat dengan bini dia plak (jodoh diorang dalam kelas silat). dah ada anak sorang dah pun.. hmm.. aku je tak pandai nak sambil menyelam minum air masa belajar silat dulu, tak macam arif ni. hmm.. Ride Ke Genting Highland kat Genting Highland tak dapat nak bergambar sangat sebab kami pe