8.3.18

Mentaliti kita | Melayu dan menepati masa


25 Desember yang lepas, masa tengah shoping YES, sedang asyik aku lunch di secret recipe ditemani adik aku, tetiba ada orang tu tanya kat aku soalan ni:

“Pha Is, orang yang macam mana yang Pha Is tak suka?”

Masa tu, ligat juga otak aku fikir. Sikap yang macam mana yang aku tak suka? Setelah dua tiga saat, jawapan aku mudah. “entah. Tak ada yang specific. Semua sifat mazmumah, semua tu tak suka. Semua tak suka sama rata. Tak lebih tak kurang.”

Orang yang Tanya aku tu? Jawapan dia siap ada list kot! Hahaha.. menunjukkan tajam pemerhatian dan kuat ingatan dia dalam berinteraksi sesama manusia sehingga boleh buat list macam tu. Andaian aku la.. 

Tapi, baru-baru ni berlaku 1 scenario  yang membuatkan aku persoalkan balik jawapan aku tu. Aku hampir hilang sabar bila ada orang yang tak menepati masa sehingga menyusahkan orang lain (baca = aku).

Melayu dan menepati masa



Orang melayu ni memang tak boleh menepati masa ke? Janji pukul 4 petang tapi sampai 5.30 petang tak sampai-sampai lagi? Sampai bila kita nak maju macam jepun? Susah ke nak faham yang janji pukul 4 tu maksudnya pukul 4.00 dah sampai, bukan pukul 4.15 baru nak bersiap keluar rumah!

Aku sedar, benda ni susah nak berubah. Sama la kes dengan sikap suka buang sampah merata-rata. Kena ada kesedaran yang berterusan dari diri sendiri dan diterapkan kepada orang bawahan/anak-anak kita.

Bak pesan mak aku:

“Biar kita tunggu orang, jangan orang tunggu kita”

Menepati masa dan rugi


Allah dah sebut dalam surah Al-Asr,

"Demi Masa, Sesungguhnya Manusia itu berada dalam kerugian."
(Al-'Asr 103:1-2)

Kerana tak pandai mentadbir masa, manusia rugi. Tapi kan, kat Malaysia ni lain sikit! Kat Malaysia, orang yang menepati masa adalah orang yang rugi! Pelik kan?

Sebab orang lain konfom datang lambat. Kalau dia sorang sahaja yang datang menepati masa, nanti dia pulak yang kena tunggu orang lain. Dia pulak yang rugi masa. Kan?

Situasi yang macam ni la kadang-kadang membuatkan aku faham kenapa kita saja tak nak menepati masa walaupun tanpa ada halangan. Tapi sampai bila kita nak jadi macam ni?

15 minutes rule



Aku pernah terbaca kat mana entah pasal 15 minutes rule ni. agak menarik dan praktikel. 15 minutes rule ni mudah, orang yang lambat 15 minit dari janji asal tidak lagi dikira sebagai lambat, tetapi telah dikira sebagai memungkiri janji!

Dan kalau kita dah tunggu orang sampai melebihi 15 minit, kita ada hak untuk anggap janji tu terbatal dan ada hak untuk belah!

Contoh lain, kita dah janji nak ride dengan kawan, kita kumpul dulu kat satu tempat RV (rendezvous) point untuk bertolak sekali. Katakan janji pukul 8 pagi. Kalau orang tu tak sampai sehingga 8.15 pagi, dia dikira mungkir janji. Dan kita boleh ride terus sorang-sorang tinggalkan dia. Itu contoh je.. hehehe..

Aku rasa kalau dah semua orang jenis susah nak ikut masa ni, kita patut “kuatkuasakan” undang-undang 15 minutes rule ni. simple dan tak merugikan sebelah pihak.

Sapa setuju?  

36 comments:

  1. betul! Setuju sangat dengan rules tu. Penat tau tunggu orang sebab masa kita banyak terbuang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... dah la buang masa kita.. pastu sory pun x..

      Delete
  2. hehehe
    tu lah pasal
    bab menepati masa tu memang kadang2 boleh buat sakit hati
    jenis saya pula memang tak suka tunggu orang lama2

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi sakit hati kalau dia lambat, kita marah lpastu dia marah kita balik.. hahahaha

      Delete
  3. masa perlu ditepati... tapi adakalanya perlu lihat pada keadaan. macam dalam pulau kalau sesak boleh jadi lewat 1 jam...sebab satu jalan tutup, jem satu pulau

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. kalau dia mmg ada effort keluar awal, cuma masalah kat tgh jalan, kita pun paham.. ni jnji pkul 2, pukul 2.15 baru nk bertolak dari seberang.. lpas tu alasan jem.. x ke buat menyakitkan hati..

      Delete
  4. dalam bab menunggu..saya suka datang awal atau tepat pada masanya..

    jika tak mampu pada masa yang ditetapkan lebih baik tekefon awal atau batal sahaja supaya orang tidak tertunggu-tunggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju.. at least jangan bagi org tertunggu2..

      Delete
  5. betul tu sis, saya pon sama juga..Menyirap juga bila orang suka melengah-lengah masa ni.. Janji kul 2, kul 4 baru sampai...aduhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan sis kan.. sis pun sis la bro.. hahaha...

      Delete
  6. betul kadang sabar banyak sikit tunggu 30 minit

    ReplyDelete
  7. yg 15 minit rules tu ada yg buat 10 minit shj.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 10 minit pun okay, terpulang kepada si penunggu.. sapa suruh lambat kan.. lain la kalau lambat cakap awal2..

      Delete
  8. sebab melayu selalu tak menepati waktu dan janji, muncullah term "janji melayu". selalu kalau aku nak set meeting atau discussion (kat tempat kerja), biasa nyer aku set 30 min lebih awal. kalau aku nak set pukul 2.30 petang, aku akan bagitau pukul 2.00 nak meeting. sebab aku tau, "janji melayu", pukul 2.30 baru full semua orang datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. sampai bila kita nk maju kedepan, asyik lambat terkebelangan ja..

      Delete
  9. Pentingmenepati masa kecuali ada gendalanya sbb xsemesti waktu yg dirancang rencananya dpt dilaksana

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita cuma mampu merancang, tapi kalau mmg dah rancang saja nk bagi lambat, mmg x dapat nk buat apa2 la..

      Delete
  10. janji melayu...cm tu laa... sbb apa? sbb kita mmg x dididik utk menepati masa...

    ReplyDelete
  11. Mmg ada jenis org mcm ni.. lama kita tunggu, bila sampai buat tak bersalah je. Lagi buat muka pro mcm penyelamat keadaan.. hah.. rasa nak cepuk je org mcm ni haha:D

    ReplyDelete
  12. Tu pasal akak tak suka guna 'janji Melayu'.. baik lagi guna 'janji Jepun'.. dah tentu sharp on time punya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. janji jepun perfect sangat.. kalau dalam masyarata malaysia ni, janji cina pun ok dah.. hehee

      Delete
  13. korang ni sah2 je melayu je yg x tepat waktu.

    msm org lain x buat mcm tu.

    mmg la kita patut tepat waktu. praktik semua yg mahmudah. tinggalkan semua yg mahmudah.
    yg baik buat teladan. yg x baik terus tinggalkan.

    tapi auntie cukup x approve term JM tu.

    sbb gi us, diorg duk kutuk sama sendiri kata janji american.

    org jerman punctual.
    tuk3 cikgu org jerman tu la yg sokmo lambat ngalahkan org amerika n sapa2 lagi du dunia situ waima melayu pun kalah.

    so far experince auntie yg tepat waktu satu mcik nz tu je. tapi itu first appt. kalau first appt tu melayu pun punctual kot. nak2 plk utk interview hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kisah la kalau orang lain pun buat jugak.. cuma realitinya kita pun buat... pointnya, benda yang tak elok jangan buat.. hehehe

      Delete
  14. bab ni bf memang tak suka hahaha janji kena siap awai. kahkah nanti kawen kena berleter ja

    ReplyDelete
  15. Elok jugak guna rules 15minit tu, atleast takde la jadi orang yang tepati masa pulak yang rugi.

    ReplyDelete
  16. sis JM pun x suka orang x menepati masa ni..kalau dia ada hal tak pe lagi kalau terlambat kalau sesaja lambat mmg hangin la..

    ReplyDelete
  17. kalau ckp pasal org jepun..dalam minta dorang mmg dh di pasak masa kecil dan waktu sekolah lagi..kalau janji kul 4.00 pth..jam 3.30 dah sampai..ley say tggu bus..bus gerak jam 4.00 ptg..4.00 ptg jugak driver tu akan gerak..sape sampai kul 4 lebih satu saat mmg kena tinggal...itu sbb org selalu cakap 'janji melayu'

    ReplyDelete