26.2.18

Taman Rimba Teluk Bahang

sungai teluk bahang

Macam yang aku dah pernah cerita dalam entri Mandi Laut vs Mandi Sungai, aku memang kaki andi sungai, tapi tak suka mandi laut. baru-baru ni pulak aku dan family sempat plan nak mandi sungai kat Taman Rimba Teluk Bahang. memang menjadi la plan tuh.


Tarikan di Teluk Bahang


kalau korang datang ke Penang, aku rasa Teluk Bahang adalah tempat yang patut  korang singgah sebab macam-macam ada kat sini. antaranya :

1. Taman Rimba (Hutan Lipur) teluk bahang - camping dan mandi sungai
2. Taman Negara Teluk Bahang - hiking / jungle trekking, naik bot, mandi laut [lihat entri Taman Negara Pulau Pinang Antara Yang Terbaik Di Asia]
3. Empangan Teluk Bahang - view cantik, dan kejohanan perahu naga
4. Entopia - taman rama-rama yang baru renovate yang sangat besar
5. Toy Muzium
6. Escape park - taman tema air (terbaru) dan taman tema aktiviti hutan [lihat entri Pharmiliday 2013 | Escape Theme Park]
7. pantai Teluk Bahang
8. jalan berliku lereng bukit - naik moto memang layan [lihat sini : Jalan Layan Corner Penang]
9. jalan keras - terkenal dengan kisah seram dari mulut mat rempit [lihat entri Kisah Hantu Kapchai Tak Ada kepala]

see! banyak kan tarikan yang ada kat Teluk Bahang. padahal kawasan dia kecik je. oh, kalau nak ke sana, korang patut try naik bas Penang Hop-On Hop-Off . layan kot! [lihat entri Review | Fam Trip Fun Ride with Penang Hop-On Hop-Off by Blogger Utara]

cuma kali ni aku nak share pasal Taman Rimba tu je.

Taman Rimba (Hutan Lipur) Teluk Bahang


tarikan utama kat taman rimba ni adalah sungai. memang best mandi sungai kat sini. terutamanya lepas dah renovate dimana sungai tu dikorek dan bersimen nampak macam kolam. boleh berenang puas-puas!. Dua dalam 1. sungai, tapi macam kolam.


air memang jernih. memang puas hati la kalau mandi sebab boleh muka mata dalam air, nampak clear.

tapi ada orang komplen kata sungai di taman rimba Teluk Bahang tak feel rasa macam mandi sungai sebab dia tak "natural", bukan sungai lagi dah tapi dah jadi kolam, cuma guna air sungai je.

kalau korang rasa macam tu, tak ada masalah, tak jauh dari situ ada sungai titi terawang. korang boleh ke sana. tapi kat sini tak ramai yang tahu (dan tak ramai yang mandi) atas beberapa sebab. hehehe..

[lihat entri Bersilat di Titi Kerawang]

bersilat di sungai Titi Kerawang

p/s : #25HariMenantiCinta

19.2.18

Telaga Tok Sheikh, Gunung Jerai Kedah


Dalam entri yang lepas (lihat entri Ride | Gunung Jerai) aku ada cerita apa yang ada kat atas puncak gunung jerai. Kali ni sambungan dari entri tu, aku nak cerita pasal telaga tok sheikh pulak.

Telaga Tok Sheikh


Bila sampai kat atas puncak gunung jerai, aku Nampak ada signboard penunjuk ke arah telaga tok sheikh. Aku pun pergi la singgah. Tapi jalan ke sana agak sempit. Jalan untuk 1 hala sahaja. Kalau selisih kereta memang susah sikit.

Telaga tok sheikh ni sebenarnya dinamakan bersempena dengan nama Tuan Sheikh Abdullah Al-Yamani. Menurut tugu peringatan kat situ, Tuan Sheikh Abdullah Yamani ni orang yang bertanggung jawab mengislamkan Sultan Muzaffar Shah I pada tahun 1136 Masihi (531 Hijrah).



Air telaga ni digunakan oleh Tuan Sheikh Abdullah Yamani dan tukang-tukang beliau semasa menjalankan kerja-kerja pembinaan masjid (mercu tanda) di puncak gunung jerai.

Tuan Sheikh Abdullah Yamani


Pada sekitar tahun 1136 Masihi, Sultan Muzaffar Shah merupakan Raja yang ke-9 di Kedah atau dikenali sebagai Kalaha dan bernama Maharaja Derbar Raja sebelum memeluk Islam. Orang yang berusaha mengislamkan baginda ialah seorang pendeta Arab iaitu Sheikh Abdullah yang datang dari Tanah Arab.

Maka dengan hidayah yang diturunkan oleh Allah S.W.T, baginda serta para menterinya telah beriman di jalan Allah S.W.T dengan menukar namanya dan menamakan negeri baginda kepada Kedah Darul Aman.

Kemudian Baginda melantik Sheikh Abdullah menjadi penasihat peribadi baginda. Sultan Muzaffar pernah bertanyakan kepada Sheikh Abdullah bahawa di Tanah Arab apakah yang paling mulia di sana. Sheikh Abdullah mengatakan selain daripada masjid, benda yang paling mulia ialah menara tempat untuk melaksanakan azan dan memuji nama Allah serta Rasul.


Oleh itu, baginda telah menitahkan supaya membina sebuah menara di tempat yang tinggi serta berdekatan dengannya. Sheikh Abdullah mengutarakan cadangan supaya tapak menara tersebut dibina di kemuncak Gunung Jerai.

Katanya lagi, menara itu bukan sahaja dibina untuk dijadikan tempat azan tetapi juga sebagai satu tempat bagi memperingati pertukaran nama baginda serta nama negeri Kedah. Cadangan ini diperkenankan oleh Sultan Muzaffar Shah.

Para pekerja bersama-sama berkumpul di Puncak Gunung Jerai dan mula mendirikan menara tersebut di bawah penjagaan Sheikh Abdullah. Namun, apabila menara yang hendak dibina itu telah hampir siap, Sheikh Abdullah telah jatuh sakit dan meninggal dunia tidak lama kemudian.


Ketika akhir nafasnya Sheikh Abdullah telah mewasiatkan supaya mayat beliau harus dikebumikan di tanah rata berhampiran dengan menara tersebut. Wasiat itu telah dilaksanakan dengan baik oleh Sultan dan para menterinya. Sehingga hari ini tanah rata di Puncak Gunung Jerai dipanggil dengan panggilan Padang Tok Sheikh sempena mengambil nama Sheikh Abdulah.

sumber/rujukan :
Mata Hati. (2017 Aug 1). Sejarah Kewujudan Padang Tok Sheikh Di Gunung Jerai Kedah. orangkedah.com; dipetik dari http://www.orangkedah.com/sejarah-kewujudan-padang-tok-sheikh-di-gunung-jerai-kedah.html

p/s : Tragedi 25 Januari - Sakit sebenarnya. Bila kita merindui seseorang tapi tak boleh nak buat apa-apa, not even luahkan. kan?
well, not yet anyway..

#31HariMenantiCinta

12.2.18

Ride | Gunung Jerai


Gunung jerai sememangnya gunung yang paling popular di negeri Kedah. Zaman dahulu, gunung jerai jadi penanda para kapal berlabuh di pelabuhan kerajaan kedah tua. Masa aku naik feri dari langkawi straight ke penang pun dah boleh Nampak jelas gunung jerai dari arah laut.

Gunung Jerai dari arah laut. Gambar diambil semasa aku atas feri dari langkawi straight ke penang (3 jam). untuk cerita penuh : Feri Tsunami : The Series

Tapi sekarang, apa yang ada di gunung jerai?


Ride jalan gunung jerai route 252



Baru-baru ni lepas balik dari kenduri aku berkesempatan ride dengan #gadisbertudungbiru mendaki gunung jerai. Mendaki secara ride melalui jalan tar, jalan 252. Bukan hiking masuk hutan yer.

Ramai orang cakap jalan dia curam dan tak beberapa elok. Tapi bagi aku, macam okay je jalan naik ke gunung jerai. Tak ada la curam sangat. Lebih kurang macam jalan ke Genting Highland je. Cuma jalan agak sempit sikit. Tapi still okay.

Jalan tar pun tak rosak dan berlubang banyak. Boleh sedap turun layan koner lagi. Boleh tahan la kan. Jalan naik fraser lagi teruk. Cuma pada bahagian selekoh tajam u-turn curam je jalan dia tak best. Yang lain, memang layan!


Kalau ada kereta pun tak risau sebab jalan dia ada banyak bahagian yang jalan lurus. Tak semua bengkang-bengkok koner rapat. Jadi, ada tempat yang senang potong.

Aku rasa tarikan utama kat atas puncak gunung jerai ni tak ada apa sangat. Ada muzium dan food court, tapi food court tu macam tak beroperasi je. Yang ‘hidup’ pun kat atas tu Cuma The Regency Jerai Hill Resort.

The Regency Jerai Hill Resort.



Tapi permandangan resort ni  memang cantik. Nampak sawah padi dan laut dari atas gunung. Masa aku dok sembang dengan pak guard kat situ, dia kata selalunya berkabus. Cuma hari yang aku pergi tu je cuaca panas (25 darjah celcious). Tapi bagi aku still sejuk nyaman.


Sebab food court kat atas tu tak hidup, aku pergi la minum dekat restoran dalam resort tu. Memang layan pekena kopi kat situ sambil tengok permandangan dari atas gunung. Cuma biasa la, harga hipster. Tambah plak resort, harga hotel. Secawan kopi RM12. Boleh la sekali seumur hidup.

Telaga tok sheikh (route 274)


Selain resort ni, aku rasa terikan yang akan menarik kat atas puncak gunung jerai ni adalah kewujudan telaga tok sheikh dan beberapa kisah mistik dan keramat tentang tok sheikh ni. siapakah tok sheikh yang dimaksudkan? Nanti aku cerita lain..

Bersambung > Telaga Tok Sheikh (akan datang 19 feb 2018)


p/s : #38HariMenantiCinta

5.2.18

Kalau Dah Bukan Jodoh


Tengah asyik scroll laman twitter, tetiba aku terbaca tweet yang sangat menyedihkan dan menyentuh hati aku. Fuh, sedih gila wei tweet ni. cuba korang baca:


Sedih tak? Pernah tak terjadi benda ni dalam hidup korang? Aku? Well, banyak kali dah! Hahaha..

But make no mistake, kes aku lain sikit. Tak de la tahap couple tapi last-last melepas. Cuma kes-kes aku melibatkan crush yang aku malu nak konfes, last-last kahwin dengan orang lain.

Kalau Dah Bukan Jodoh


Yep, aku ni pemalu orangnya. Kalau suka kat sapa-sapa pun tak pernah konfes sampai la sekarang. Pendam je. Sebab tu sampai sekarang tak pernah ada girlfriend atau awek. Tapi tau-tau terus bertunang!

Even tunang aku ni pun, aku pendam je, plan nak konfes kat dia tahun ni (2018). Tapi tak sempat nak konfes, 2017 terus bertunang! Acane tuh? Hahaha... That’s for another story.


sampaikan dulu 5 tahun lepas, ada seorang crush aku ni dilamar orang tapi dia mesej tanya pendapat aku. Dia tanya aku, patut atau tak dia terima lamaran lelaki tu. Fuh, boleh rasa tak perasaan aku masa tuh walaupun crush sikit-sikit je.

korang pernah jadi tak hal macam ni? atau at least hampir sama kes macam ni? ceciter...

3.2.18

Pandangan Mata Seorang Rider

kalau dulu aku pernah tulis pasal Pandangan Mata Seorang Lelaki, kali ni aku nak tulis pasa Pandangan mata seorang rider pulak. sebab sebagai seorang rider, mata kami dah terlatih untuk perasan sebarang pergerakan pada bahagian pandangan sisi. Terutamanya bagi mana-mana pergerakan yang abnormal diluar ekspektasi.

Pandangan Mata Seorang Rider


Kalau kurang faham, cuba tengok rajah kat bawah ni :



Selain pergerakan pada bahagian pandangan focus, manusia biasa selalunya pandangan mereka turut akan sensitive terhadap sebarang pergerakan pada bahagian pandangan biasa iaitu pada julat 70 darjah (35 darjah kanan dan kiri).

Tetapi bagi seorang rider atau penunggang motosikal yang sudah biasa dengan risiko bahaya atas jalan yang sentiasa perlu peka akan sebarang pergerakan persekitaran, mata kami sudah terlatih semasa berada di atas jalan raya.


Walaupun pergerakan tersebut sangat minimum. Sebagai contoh, jika kereta sebelah bagi signal, atau kenderaan bersebelahan tiba-tiba mula merapat dalam keadaan yang membahayakan.

Disebabkan benda yang kecil macam ni, kami turut sensitive terhadap sebarang pergerakan di luar julat pandangan biasa, melebihi 70 darjah. Malah, sehingga melibatkan pandangan luar yang melangkaui 180 darjah.

pandangan luar waktu memandu


Hasilnya, kadang-kadang bila aku duk dalam bilik, aku cepat triggered bila ada sebarang pergerakan pada dinding bilik aku walaupun pergerakan tu 90 darjah ke tepi. Pergerakan cicak contohnya. Dah banyak kali.

Tapi kalau cicak okay lagi. Kadang-kadang, aku perasan macam ada benda melintas kat tepi tapi bila aku toleh, tak ada apa-apa pun. Hmm.. susah pulak bila sensitive sangat ni..

Hahaha...