26.12.18

Kisah laki bini : Kasut


Kisah laki bini : Kasut


Sebelum ni aku pernah cerita pasal kasut antara lelaki dan perempuan (lihat entri Perempuan dan kasut). Tapi kali ni dari segi perspektif yang berbeza sedikit. Kisahnya begini.

Situasi 1 


Isteri : abang, kasut biy ni dah 3 tahun dah pakai tau!
Suami : boleh tahan jugak kasut tu. (kemudian sambung tengok video youtube)

Padahal cakap je kasut dah lama, tapi maksud tersirat dia nak suruh belikan kasut baru. Hmm.. Betul tak? Yang perempuan baik mengaku cepat.

Maklumlah, ayat orang perempuan ni kan penuh dengan maksud tersirat. Cakap lain, maksud d hati nak lain. Kalau nak rumah tangga bahagia, si suami kena cepat tangkap maksud tersirat setiap kata-kata isteri. Fuh, jenuh!


Dah la bab kasut, tak boleh nak buat main-main. Bak kata classmate perempuan aku dulu, “girls are never satisfied with just one pair of shoes.”

Situasi 2


Suami : kasut abang tu dah 3 tahun pakai dah tau.
Isteri : nak beli kasut baru lettew.
Suami : tak lah. Tak nak tukar lagi. Nak tengok sejauh mana ketahanan kasut ni boleh pergi.

senang. Tak ada maksud tersirat apa-apa. Hahaha..

18.12.18

Pencapaian hidup


Pencapaian hidup


Korang ada tak target life achievement (pencapaian hidup)? Pencapaian hidup ni dia macam impian, tapi lebih kepada target. Contohnya, aku ada seorang kawan ni, dia kata nanti bila dah masuk umur 40 tahun, sekurang-kurangnya dia nak dapat gelaran dato’.

Macam tu la lebih kurang. Impian yang korang target nak capai dalam kehidupan. Contoh lain, ada orang achievement yang dia nak capai adalah untuk pergi haji, pergi melancong ke semua Negara, jadi jutawan atau dapat sesuatu jawatan.


life achievement


Aku tiba-tiba terfikir nak tulis pasal pencapaian hidup ni bila aku dapat tahu salah seorang rakan blogger aku, Cik Ein (Eintan Nurfuzie) pemilik blog nurfuzie.com telah Berjaya capai salah satu target pencapaian hidup aku.


Baru-baru ni, khabarnya beliau bakal menjadi penulis kepada sebuah buku yang akan diterbitkan tak lama lagi. Fuh, jeles tau. Sebab pencapaian hidup aku, seumur hidup rasa macam nak juga jadi penulis buku walaupun sekali.

Seorang penulis buku



Impian aku ni timbul sejak tingkatan 4 rasanya. Masa tu aku ada tulis beberapa cerpen. Tapi malu aku nak share sebab tulisan budak tak matang sangat. Hahaha. Ada la satu dua cerpen yang aku pernah publish dalam blog aku ni suatu ketika dulu.

So far selain pernah jadi penulis cerpen syok sendiri, Cuma berjaya jadi penulis blog, dan sebuah research paper ja. kira pencapaian jugak la kat situ, I guess.


Korang pulak? Share la sikit target life achievement korang. Kot-kot ada yang sama. 

6.12.18

Bahagian tempat tidur suami isteri atas katil


Sebelum aku kawin, dah banyak kali aku tengok gambar macam kat atas tu. Lepas kahwin, bahagian tempat tidur lelaki atas katil akan hanya kecik berbanding perempuan. Mula-mula, aku ingat gambar tu Cuma sekadar lawak, situasi dan keadaan yang saja dilebih-lebihkan. Tak kan la lelaki punya tempat tidur kecik tu saja. Kan?

But son, I was wrong. This is THE reality. So, bagi mereka yang belum kahwin, lelaki terutamanya, Brace Yourself! Ini lah yang akan terjadi kat korang nanti.

Bahagian tempat tidur suami isteri atas katil


Tapi, korang jangan salah sangka. It’s not a bad thing actually. Bukan benda yang negative. Tapi positif. Kalau tak jadi macam tu, mungkin ada something wrong somewhere.

Kenapa jadi macam tu? Disebabkan sifat perempuan yang lebih lembut dan suka bermanja, bila waktu tidur diorang akan merapat, dan peluk korang masa tidur. Korang dah jadi bantal peluk diorang.

Sebab tu pembahagian tempat tidur akan jadi macam tu. In fact, realitinya akan lebih jadi macam kat bawah ni sebenarnya. Tempat korang, dia akan mai himpit sekali, tapi tempat dia akan jadi ruang kosong yang tak digunakan.


Its better this way. Lebih baik macam ni. kalau dia tak jadi macam ni, sangat-sangat bahaya! Sebab kalau tak jadi macam tu, mesti ada something wrong, kemungkinan besar dia merajuk. Hahaha..

Am I right? Pernah jadi tak kat korang?


p/s : tengok entri sebelom-sebelom ni asyik pasal moto je. lepas ni nak try menulis pasal rumah tangga pulak la.. aci tak? hehehe
 

15.11.18

Review Tayar Metzeler sportec street

Review Tayar Metzeler sportec street


Habis saja aku pakai tayar Pirelli Angel City (lihat review : Pirelly Angel City), aku try plak tayar Metzeler sportec street. Asalnya aku plan nak try tayar metzeler M5, tapi disebabkan metzeler M5 tak ada saiz 150, Cuma ada saiz 160, aku tak jadi pakai.

Sebelum ni aku pernah sarung tayar saiz 160, sampai makan habis plastic cover rantai aku tu. Sebab tu aku malas nak pakai saiz 160 dah, terlalu lebar untuk moto aku, Yamaha YZF-R25.

Harga Metzeler sportec street



Maka, aku pun try la Metzeler sportec street ni. Belakang sahaja, saiz 150/60-17. Harga masa tu (20 Dec 2017) adalah RM300 di kedai Hock Lee Motor Sungai Dua penang. (coordinate : 5.455107, 100.440943).

Kat kedai ni kalau tayar motor, aku tengok hari tu tak banyak pilihan sangat. Sebab dia bukan kedai specialized untuk tayar. Kedai servis biasa ja. Kalau bab tayar, aku tengok hari tu, tayar metzeler sahaja memang banyak, dari Metzeler sportec street, Metzeler M5, sampai la ke Metzeler M7. 

helmet di Hock Lee Motor

Tapi kalau nak cari helmet kat sini, memang banyak pilihan. Masa isteri terchenta aku offer nak belanja helmet, aku bawak kat kedai ni la. Hehehe.. dapat la KYT NF-R logos matte grey.

Ride Metzeler sportec street


Antara ride yang aku sempat join dengan guna tayar Metzeler sportec street ni antaranya :

1. Ride tawan 3 tanah tinggi


Laluan : Penang – Cameron highland – Sungai Koyan – Fraser Hill – Genting Highland – KL – Penang
Total perjalanan : 930 km

2. Ride pusing pulau
Laluan : Bukit Baru – Balik Pulau – Teluk Bahang (pusing pulau pinang)
Total perjalanan : 127 km

3. Ride tenangkan hati (rindukan tunang)
Laluan : Penang - Gerik – RnR Puncak Titiwangsa – Pengkalan Hulu – Penang
Total perjalanan : 366 km

4. Ride gunung jerai
Laluan : Penang – Gurun – Puncak Gunung Jerai – Penang
Total perjalanan : 152 km
Entri : Ride | Gunung Jerai

5. Ride sumpitan


Laluan : Penang – sumpitan – Gerik – RnR Puncak Titiwangsa - Penang
Total perjalanan : 384 km
entri : Route A6 Jalan Sumpitan | cantik tapi seram

6. Ride Merdeka Mashoor
Lokasi : Penang – Chuping - Padang Besar – Kuala Perlis – Gunung Jerai – Penang
Total perjalanan : 417 km
Entri : Ride Merdeka Mashoor

7. Ride Pharmsport
Lokasi  : Penang – Gerik – Kota Bharu – Gua Musang – Cameron Highland – Penang
Total perjalanan : 898 km
Entri : Ride ke pharmsport 
 

Review Metzeler sportec street


1. Hujan


Out. Kena sangat berhati-hari. Masa ride tawan 3 tanah tinggi tu, tayar masa tu baru pakai 730 km. masa hujan, x best. Jalan basah pun tak best. Aku rasa so far tayar ni paling tak best aku pakai kalau nak bandingkan dengan Pirelli angel city, nankang sportiac, battlax s20 evo.

2. Corner



Sama jugak. Bagi aku tayar ni out. Lepas ride tawan 3 tanah tinggi, aku ride solo (ride tenangkan hati) ke gerik. Masa tu cuaca elok, jalan pun okay. Tapi still tak puas layan koner jugak. Mileage tayar masa tu baru 3,330 km.

Lepas kahwin, aku sewa rumah kat balik pulau dalam 7 bulan. Memang hari-hari pergi kerja dari balik pulau ke Georgetown lalu kot lereng bukit. Hari-hari layan koner, tapi sebab pakai tayar ni, jadi tak best sangat.


3. Mileage / Ketahanan


Tayar ni aku sempat pakai hampir setahun. Dari Dec 2017 sampai la Nov 2018. Lepas 10,000 km mileage, tayar ni okay lagi la. Masih boleh bawak jalan jauh.

abaikan line seret kat tengah tu. ambik gambar lepas baru buat burn out.
Dari segi rupa bunga tayar, Nampak macam selepas lebih 16,000 km, macam boleh lajak lagi. Selepas 16,135 km aku pakai, Nampak macam TWI (tread wear indicator) pada tayar tu macam belum sampai lagi, tapi tak lama dah.


Kalau korang nak bajet, bunga tayar tu macam boleh pergi sikit lagi. Tapi dari segi performance, memang lepas 16,000 km tu dah tak best. Lalu atas line putih divider jalan dah goyang teruk. Nak mencilok pun tak best. Lepas 16,000 km tu, rasa macam tak sabar je nak tukar tayar lain.


4. Braking


So far aku pakai tayar ni, shockingly, masa brake aku tak pernah seret jalan masa brake mengejut. Dan sejak aku pakai tayar ni jugak la aku tak pernah jatuh, tak macam semua tayar yang aku pernah pakai sebelum ni.

Kalau tak, dulu semua jenis tayar yang aku pernah pakai, mesti ada sekali dua aku jatuh masa guna tayar tu. Maybe ada faktor lain seperti teknik braking, dsb. Maybe jugak cengkaman braking tayar ni yang membantu. Mungkin.

Kesimpulan

Tayar
Hujan
Brake
Corner
ketahanan
9
7
7
9
8
8
8
5
7
6
7
7
Metzeler Sportec Street
6
9
6
8

8.11.18

Honda CBR650R menggantikan Honda CBR650F?

Honda CBR650F 2019

Semalam tengah asyik aku rehat di bertam moto gear sementara menunggu  #GadisBertudungBiru aku tengah ber-spa, tetiba pak din (tokey kedai) tanya aku.

GadisBertudungBiru berspa

“hang dah tengok moto CBR650 yang baru? Sekarang dah taka da CBR650F dah. Depa tukar dengan CBR650R. Lampu depan ada dua. Lawa bukan main. Macam fireblade.”

“Serius la pak din?”

Lantas aku pun google. Yup, dah diperkenalkan di Eicma 2018, Honda CBR650R 2019 ni. Ada beberapa improvement termasuk peningkatan power, khabarnya bagi menggantikan CBR600RR yang dah stop pengeluaran.

Honda CBR650F 


Honda CBR650F 2018

Fuh, kalau masuk Malaysia ka, memang sempoi ah. Dulu Honda CBR650F ni antara moto idaman aku kalau nak upgrade cc. Sebab aku target nak upgrade bilangan silinder ja. Cc moto aku tak kisah sangat, sebab tu target middle weight sportbike ja. Sebab nak bunyi sedap ja. Kalau nak ligan speed, laju-laju nak pi mana? Hahaha..

Honda CBR650R 2019


Honda CBR650R 2019


Antara penambah baikan dalam Honda CBR650R berbanding CBR650F dari segi luaran termasuklah twin LED headlamps, full fairing yang nampak enjin, sporty fuel tank, dengan stubby silencer.

Honda CBR650R 2019 LED headlamp

Selain tu riding posture pun lebih aggressive. Clip-on handlebar yang baru ni dah dijauhkan sebanyak 30mm dan dah diturunkan. Foot rest pun dah ke belakang sikit sebanyak 3mm dan dinaikkan sedikit sebanyak 6mm. So, memang lebih menunduk la posisi badan.

full fairing yang nampak enjin

Dari segi enjin, RPM ditingkatkan sehingga 12,000 rpm dengan power sebanyak 95PS, peningkatan 4PS dari CBR650F, dan peningkatan torque sehingga 64Nm.

Dari segi handling, Honda CBR650R dilengkapkan dengan Honda Selectable Torque Control, Traction Control, ABS, dan slipper clutch. Dan disebabkan berat dah dikurangkan sebanyak 6kg, power-to-weight ratio Honda CBR650R ni meningkat sebanyak 8%!

kalau masuk Malaysia la, fuh..

sumber dan rujukan :
1. Nithyanandh Karuppaswamy. (2018 Nov 7). New Honda CBR650R debuts with 95 PS at 12k rpm engine – India launch 2019. Rushlane.
dipetik dari https://www.rushlane.com/new-honda-cbr650r-debut-india-launch-12286762.html
2. Richard Newland. (2018 Nov 6). Eicma 2018: Honda reveal 2019 CBR650R. MCN.
dipetik dari https://www.motorcyclenews.com/news/2018/november/honda-cbr650r-2019-unveiled/


17.10.18

Jambatan pertama dan kedua tertinggi di Malaysia


Alhamdulillah, baru-baru ni aku telah diberi kebenaran oleh isteri tercinta berpeluang ride #GadisBertudungBiru dari penang ke kota bharu melalui gerik dan pulang ke penang melalui gua musang dan Cameron highland. Total perjalanan dalam 898km pergi dan balik.

selamat datang ke gua musang

Jambatan kedua tertinggi di Malaysia di Jalan Lojing-Pos Blau



Dalam perjalanan pulang, aku terserempak dengan signbord di jambatan berdekatan lojing, gua musang, Kelantan. Tertulis di signboard tu, “Anda sedang melalui jambatan kedua tertinggi di Malaysia (52m tinggi)”.


Fuh, kira ada achievement unlocked jugak la ride aku kali ni sebab Berjaya tawan jambatan kedua tertinggi di Malaysia, di Loging, kelantan.

Jambatan tertinggi di Malaysia di rawang 


Rawang Bypass[3]

Dulu jambatan pertama tertinggi di Malaysia pun aku dah pernah lalu di Rawang. Cuma masa tu tak sempat nak ambil gambar sebab masa tu hujan lebat atas moto. Jadi la, walaupun tak dapat ambik gambar. At least kira dah pernah merasa la.

Jambatan kedua tertinggi di Malaysia bukan di Negeri Sembilan!


jambatan jalan butkit putus, negeri sembilan[2]

Aku heran bila aku search pasal jambatan kedua tertinggi di Malaysia ni, semua keluar pasal jambatan di Bukit Putus, laluan Seremban - Kuala Pilah. Padahal bila aku tengok signboard jambatan tu, ketinggian dia cuma 48m.


Jadi, jambatan di negeri Sembilan tu kira yang ketiga tertinggi di Malaysia la kan? Bukan yang kedua! So, there you go, guys. Ranking Jambatan tertinggi di Malaysia ni adalah seperti berikut :

1. jambatan Rawang-Serendah, Selangor (ketinggian 58.2 meter)
2. jambatan jalan lojing-pos blau, Kelantan (ketinggian 52 meter)
3. jambatan jalan bukit putus, Negeri Sembilan (ketinggian 48 meter)

Ride ke Pharmsport



Tujuan aku ride kali ni adalah untuk teman kawan aku yang nak ride ke Kelantan untuk join kejohanan sukan farmasi Malaysia (Pharmsport) di HUSM Kelantan. Aku tak join sukan pun. Saja teman member ride ke sana.

rehat di RnR Puncak Titiwangsa, gerik-jeli

jeli

Pharmsport tu alasan je untuk ride sebenarnya.. hehehe.. maybe ride kali ni kira one last ride sebelom isteri due kot.  😊

#doakanyangbaik2

sumber dan rujukan:
1. Encik Adie. (2011 May 23). Jambatan kedua tertinggi di Malaysia. Encik Adie ruslan (E.A.R). dipetik dari http://encikadieruslan.blogspot.com/2011/05/jambatan-kedua-tertinggi-di-malaysia.html
2. ujie othman. (2012 May 7). Jambatan Kedua Tertinggi Di Malaysia!. Titian Perjalanan. dipetik dari http://ujieothman.blogspot.com/2012/05/jambatan-kedua-tertinggi-di-malaysia.html
3. Kosmo! Online. (2017 Nov 28). Jambatan tertinggi di Malaysia dibuka esok. dipetik dari http://www.kosmo.com.my/negara/jambatan-tertinggi-di-malaysia-dibuka-esok-1.562272
4. Aizzul A. Majid. (2017 Nov 30). [VIDEO] Teruja guna jambatan tertinggi di Malaysia. Utusan online. dipetik dari http://www.utusan.com.my/berita/nasional/video-teruja-guna-jambatan-tertinggi-di-malaysia-1.563542
5. Hanafis Haris. (2017 Nov 29). Orang Ramai Berpeluang Menikmati Pemandangan Jambatan Tertinggi Di Malaysia. Rojak Daily. dipetik dari http://www.rojakdaily.com/skop/article/3942/orang-ramai-berpeluang-menikmati-pemandangan-jambatan-tertinggi-di-malaysia

14.9.18

Ride Merdeka Mashoor

rozaili, pha is, hanip, kamal


Disebabkan pada entri lepas (lihat entri Jenis-jenis helmet | kelebihan dan kekurangan), isteri kesayangan aku dah bagi green light untuk aku pergi ride, siap nak belanja helmet baru lagi, maka dapat lah aku join ride dengan budak sekolah aku dengan helmet baru yang dibelanja isteri.

Alhamdulillah.

Isteri belanja helmet fullface KYT NF-R Logos Matt Grey


isteri belanja helmet, gambar dari facebook page kedai helmet. hahaha..  


Lagipun, teruk sangat dah helmet lama aku tu. Siap letak selotape lagi kat visor sebab mechanism buka-tutup visor tu dah tercabut. Merata kedai aku cari spare part helmet tu tapi tak ada. Kalau kat traffic light, memang panas sebab tak boleh buka visor. Sebab tu la kot sejak akhir-akhir ni aku kuat migraine. Helmet panas!

Ride Merdeka Mashoor


Sempena cuti merdeka baru-baru ni, tetiba member sekolah ajak ride. Cari punya cari, dapat la 4 orang budak sekolah batch aku yang boleh join. Ride santai-santai ja. Bukan semua motor cc besar. Aku dengan Rozaili pakai motor Yamaha YZF-R25, kamal bawak moto Honda RS150R, dan hanip Honda CB1300.

Penang -> chuping -> padang besar (window shoping) -> kuala perlis (daging bakar harimau menangis) -> gunung jerai (mandi sungai) -> balik penang. Rilex-rilex je. Tak ada layan konar, tak ada lenjan top speed. Makan angin je.

jalan chuping (route 79) terbentang luas.

roadblock Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP). kini dikenali sebagai Agensi Keselamatan Sempadan (AKS) berdekatan Padang Besar

alamak, kena tahan la pulak. nasib baik hanip ni anak YB. hahaha.. tak de la, check ic dengan lesen je sebab moto cc besar sangat. 1300cc kot. hahaha.. 

sampai padang besar, perlis


pekena daging bakar harimau menangis di kuala perlis

mendaki jalan gunung jerai, route 252


solat atas batu tepi sungai di Sungai Teroi, Gunung Jerai


balik dah gelap.

Sekian ride kali ni. Gambar kebanyakannya dibawakan kepada anda oleh camera Gopro Hero4 oleh hanip anak YB. hahaha.. nak kena cekau sebijik ni. gambar giler lawa dan clear. masuk wishlist la kot. hahaha.. 


20.8.18

Jenis helmet | kelebihan kekurangan


Alkisah…

Isteri : helmet abang dah teruk la. Dengan visor rosak tak boleh buka. Jom pergi beli helmet! Biy belanja!
Aku : serius? Okay. Tapi kali ni abang rasa nak beli helmet open face cukup la
Isteri : apa beza?
Aku : helmet open face tu yang biasa selalunya orang naik kapcai pakai. Tak tutup muka.
Isteri : kenapa pulak nak beli yang tu? Nanti abang nak pi ride macam mana?
Aku : dah kahwin ni rasa macam susah je nak pergi ride. Jadi rasa macam tak perlu je full face.
Isteri : tak pe la abang. Nanti abang pergi je la ride.
Aku : .................

"Maka ni'mat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?"


Gadis Bertudung Biru di Route 185 (simpang pulai menuju cameron highland)
penang-cameron-sungai koyan-raub-fraser hill-kuala lumpur-kuala pilah-penang
solo ride (kenduri di kuala pilah)
01.12.2017-03.12.2017

Jenis helmet | kelebihan kekurangan


Dah lama rasanya tak tulis pasal motosikal. Baru-baru ni semangat aku nak tulis pasal moto mula naik bila tengok popular entri aku bulan ini adalah MAINTENANCE YAMAHA YZF R25. Ramai pulak yang komen Tanya soalan kat situ.

Jadi kali ni aku nak berceloteh lagi pasal motosikal. Kali ni pasal helmet pulak. Helmet ni kalau korang nak tahu ada beberapa jenis. Kalau kat Malaysia yang selalu aku Nampak Cuma ada beberapa je. Kalau luar Negara mungkin ada beberapa jenis helmet tambahan yang orang akan pakai, terutamanya bila musim sejuk.

Antara jenis helmet yang ada :

1. Helmet open face


helmet open face jenama SGV, yang paling popular di Malaysia (sebab akan dapat free)

Juga dikenali dengan nama helmet tiga suku (3/4) disebabkan 3/4 bahagian kepala ditutup dengan helmet manakala 1/4 lagi adalah bahagian muka yang terdedah (tanpa visor). Kalau di Malaysia, kita tengok selalunya helmet jenis ni akan dipasangkan sekali dengan visor, tak macam luar Negara.

Keanu Reeves dalam iklan motosikal beliau sendiri, Arch Motorcycle

Kelebihan

-Tahap kejelasan yang paling tinggi. Wide view.
-Boleh pasang visor, dapat elakkan habuk, batu kecil, serangga, tahi burung, dan sinaran cahaya -matahari yang panas.
-Paling sesuai untuk kegunaan harian
-Agak murah berbanding jenis lain. Tetapi masih boleh cecah ribuan ringgit bagi helmet original jenama popular.
-Selesa
-Tidak panas

Arai SZ-RAM4 Pedrosa Samurai

Kelemahan

-Tak dapat lindungi muka untuk perlanggaran dengan impak yang kuat
-Perlindungan yang kurang berbanding fullface

2. Full face


bentuk asas helmet full face


Helmet jenis full face ni adalah helmet yang tutup muka penuh, kecuali bahagian mata sahaja yang ditutup dengan visor. Merupakan helmet pilihan utama bagi motosikal berkuasa besar, terutamanya motosikal jenis sportbike. (lihat entri  JENIS-JENIS SUPERBIKE). Tapi kadang-kala kapcai pun ada yang pakai jugak.

Helmet full face secara amnya dapat dibahagia kepada dua mengikut tujuan kegunaannya sama ada untuk sport atau touring.

full face sport


AGV Valentino Rossi Limited Edition Corsa Winter Test 2013 - The Double Face

Untuk full face sport, ianya dicipta untuk kelajuan. Jadi helmetnya lebih kuat, ringan, dan design yang sangat aerodynamic. Cuma fitting yang agak ketat sedikit supaya helmet tak gegar/goyang pada kelajuan tinggi dan pandangan visor yang lebih sempit.

full face touring


LS2 Motorcycle helmet FF390 Breaker

Bagi helmet full face touring, ianya dicipta untuk santai dan untuk perjalanan jauh. Jadi ianya lebih selesa dipakai. Helmet ini lebih besar supaya dapat ditambah dengan liang aliran udara yang baik dalam helmet. Sedikit longgar supaya lebih selesa, dan pandangan visor yang lebih luas dan jelas. Selalunya ditambah dengan visor gelap dalam helmet sebagai eksesori tambahan untuk lebih keselesaan dari pancaran cahaya matahari.

Kelebihan

-Perlindungan menyeluruh
-Kelihatan lebih macho
-Lebih Aerodynamic

Kekurangan

-Halga agak mahal. Paling murah pun dalam RM200++ dengan kualiti yang diragui.
-Muka pengguna tidak dapat dicam
-Lebih panas terutamanya bagi helmet full face berkualiti rendah.

3. Flip up


GIVI X.16 Voyager


Juga dikenali dengan nama helmet modular, helmet ini adalah jenis hybrid yang menggabungkan fungsi bagi helmet jenis open face touring dan full face. Bertujuan menggabungkan fungsi kedua-dua helmet tersebut.

Helmet ini mempunyai mechanisme khas supaya bahagian pelindung dagu yang terdapat pada helmet full face dapat diangkat/dikeluarkan, menyamai helmet open face.


Kelebihan

-Perlindungan muka menyeluruh seperti full face
-Pandangan yang lebih luas seperti open face
-Bahagian muka (dagu) boleh diangkat sekiranya panas.

Kekurangan

-Lebih berat
-Lebih mahal

4. Off road


KYT Strike MX Helmet Eagle Roulette


Nama lain bagi helmet ini adalah helmet motocross kerana sering dipakai bikers motosikal jenis motocross/off road dan dual purpose. Kini helmet ini turut dipakai oleh bikers supermoto dan funbike, terutamanya untuk aktiviti “stunt”. Helmet ini kebiasaannya tiada visor tetapi dilengkapi dengan google tambahan. (ada juga yang disertakan dengan visor)

kelebihan

-ranggi dengan cara tersendiri
-google helmet yang senang dibuka dan mudah dicuci.
-Perlindungan yang lebih baik dari aktiviti lasak dan stunt.

kelemahan

-rintangan angin tinggi, tidak sesuai untuk kelajuan

5. half (helmet kura)


Harley-Davidson Wheeler M04 Half Helmet

helmet half atau shorty adalah helmet yang menutupi hanya separuh kepala iaitu hanya di bahagian atas kepala sahaja. Juga dikenali dengan nama jalanan “helmet kura” di Malaysia. Helmet jenis ini banyak dipakai oleh biker kapcai tapi sangat sinonim dengan bikers motosikal berkuasa tinggi jenis easyride/softail/chopper.

Kelebihan

-Murah
-Mudah dipakai
-Sangat santai


Kelemahan

-Perlindungan yang paling minimum.
-Tidak sesuai untuk kelajuan
-Perlu eksesori tambahan seperli google untuk perlindungan mata.
-Kadang kala dipadankan dengan kain bandana untuk perlindungan hidung dan muka dari habuk jalanan.
-Terlalu ringan sehingga boleh diterbangkan angin sekirangan tidak diikat dengan kemas dalam kelajuan tinggi.
-Tidak mendapat kelulusan sirim
-Tidak mendapat kelulusan JPJ

6. Helmet Pintar


Skully-AR-1-Smart-Helmet


Sekarang ni semua benda dah canggih dan helmet pun tak terkecuali. Sudah wujud beberapa jenama helmet yang dilengkapi dengan teknologi yang canggih dan pintar seperti GPS, kamera belakang, skrin paparan, speaker, dan sebagainya.


kelebihan

-Boleh tengok peta dengan sistem GPS sambil memandu
-Ada paparan skrin dari kamera belakang yang menunjukkan titik buta
-Boleh ride sambil dengan lagu dengan mudah


Kelemahan

-Mahal
-Sukar didapati kerana dijual di luar negara. Perlu tempahan khas melalui online dan penghantaran currier.

setel sudah celoteh aku pasal helmet. ada lagi ke jenis helmet yang aku tertinggal? mohon bagitau di ruangan komen. hehe




sumber dan rujukan
1. Zamir Yusof. (2016 Aug 3). 6 Jenama Helmet Motosikal Terbaik.ZAMIRYUSOF BLOG : Arkib Informasi Motorsikal Malaysia. dipetik dari http://zamiryusof.blogspot.com/2016/08/6-jenama-helmet-motorsikal-terbaik.html
2. ZY. (2017 Aug 13). Tip Pilih Helmet [SIRI 1]: Ketahui Jenis Helmet Pilihan Anda. PanduLaju.com.my. dipetik dari https://pandulaju.com.my/tip-pilih-helmet-siri-1-ketahui-jenis-helmet-pilihan-anda/
3. ZY. (2017 Aug 14). Tip Pilih Helmet [SIRI 2]: Ketahui 5 Kriteria Penting Ini Sebelum Beli Helmet. PanduLaju.com.my. dipetik dari https://pandulaju.com.my/tip-pilih-helmet-siri-2-ketahui-5-kriteria-penting-ini-sebelum-beli-helmet/
4. mStar. (2016 Aug 16). Henti Jual Topi Keledar Kura-Kura. mStar online. dipetik dari http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/08/16/henti-jual-topi-keledar-kura-kura/
5. Hamzah Osman. (2018 Feb 12). Topi keledar 'kura-kura' bahayakan pemakai. BH Online. dipetik dari https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/02/387688/topi-keledar-kura-kura-bahayakan-pemakai