Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2017

Farmasi dalam hospital buat apa je?

Farmasi dalam hospital buat apa je?
Pernah terfikir tak, ahli farmasi ni dalam hospital dia buat apa jer sebenarnya? Bagi ubat je ke? Sampai pernah dulu masa aku kerja kat hospital, hari tu aku keje kat bahagian yang tukang bagi nombor giliran kat pesakit yang datang mai ambik ubat.

Lepas aku bagi nombor giliran, orang tu Tanya aku :

“encik ni gaji beribu-ribu keje tukang bagi nombor je ke?”
Apa Tugas Farmasi Dalam Hospital?

Sentap tau! Hahaha... mungkin dia tak tahu, tapi farmasi ni banyak lagi keje dia kat dalam hospital. Meh aku nak share satu-satu secara ringkas. Secara ringkas yer! Kalau detail, 10 entri pun tak cukup.

1) dispense ubat (farmasi pesakit luar)
Ni yang paling menonjol. Pesakit datang bagi slip ubat (preskripsi), ambik nombor, tunggu, ambik ubat, blah. Tapi yang sebenarnya berlaku secara ringkasnya:

a. pesakit bagi preskripsi sambil ambik nombor, tapi kami dah start screening preskripsi tu dah masa tu.
b. isi ubat. Sekali lagi senarai ubat disemak
c. melabel ubat. Se…

WW #146 | Love And Revenge

salam wordless wednesday..
jom like facebook page Blogger Utara dan follow instagram @BloggerUtara untuk quote-quote yang berinspirasi yang di-update setiap hari !  

Cara Lapor Penipuan Astro

Cara Report Penipuan Astro
baru-baru ni aku ada problem sikit dengan Astro. Asalnya pakai NJOI je, tapi diorang sanggup call tawarkan astro kat aku bulan oktober lepas, aku pun try je la. tapi bila dah try, kna tipu kat bill. Tetiba bill bulan desember lebih RM20+, bila aku query, dia kata sebab ada potongan dan charge sambungan pada bulan Ogos!

Gila ke aper? sku start pakai bulan Oktober tapi kata aku ada Charge bulan Ogos!

Maka, aku pun tanya la member aku ada saluran tak kalau nak report benda ni. Sebab masa tu aku tengah panas, hampir-hapir nak pi buat report polis dah, bajet macam ayahanda Raani Kulup! hahaha..


Cara Lapor  Penipuan Astro

member aku suruh aku report je kat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kat link ini : https://aduan.skmm.gov.my/. memang berkesan beb! pantas dan reliable.

lepas aku report malam tu, esok pagi tu Terus Astro call aku mintak maaf dan cakap nak bayar balik.!!!

kudos buat pihak SKMM!

selain tu, korang jugak boleh gunakan saluran n…

Azam Tahun Baru 2017

Dah lama tak buat entri tentang azam tahun baru. Sebenarnya dah bertahun tak pernah terfikir pun pasal azam tahun baru ni kecuali 1 je azam yang aku simpan. Azam #1092HariMencariCinta pada tahun 2015 dan #728HariMencariCinta pada tahun 2016.

1. 365 Hari Mencari Cinta
2017 Tahun kumpul duit. Ada jodoh,kahwin. Takde jodoh, upgrade superbike 600cc!
So, berbalik kepada azam sebelum-sebelum ni, azam aku untuk tahun 2017 ni yang pertamanya of course la #365HariMencariCinta. Fuh, poyo giler azam aku nih. hahaha..

Tak ada apa pun sebenarnya dengan azam ni. sekadar rancangan aku untuk mula memikirkan soal kahwin pada tahun 2018. So, setahun je lagi, sebab tu la 365 Hari Mencari Cinta! tu je pun.

2. Daki Gunung Kinabalu

Sebenarnya, aku dah booking pun pendakian aku ke puncak gunung Kinabalu bermula tahun lepas. Ada member ajak. Asalnya naik gunung kinabalu ni bukan azam 2017 aku pun, tapi cuma teringin nak merasa sekali seumur hidup pengalaman naik gunung kinabalu.

Jadi dah orang ajak, aku pun …

Kawasaki Z900 vs Kawasaki Z800 | Gambar, Specs, Review

Kawasaki Z900 vs Kawasaki Z800 | Gambar, Specs, Review
Dunia permotoran Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan kemunculan Kawasaki Z900, terutamanya bagi peminat naked-bike dan pengguna motosikal Kawasaki Z800 sendiri yang sudah mula hangat membincangkan kemunculan Kawasaki Z900 ini.

Kawasaki Z900 vs Kawasaki Z800
Adakah Kawasaki Malaysia Sdn Bhd akan bawa masuk Kawasaki Z900 ni ke Malaysia? Kalau difikirkan, ianya memang tak mustahil seperti  pendapat Eddy Motomalaya,  
“Tidak mustahil untuk melihat model ini diperkenalkan di Malaysia pada tahun hadapan kerana Kawasaki Malaysia Sdn Bhd sangat agresif dengan pemasarannya. Ninja H2 pun dibawa masuk, inikan pula Z900. Tetapi ini sekadar pendapat peribadi saya saja ya." (Eddy, 2016)
Sekiranya berjaya dibawa masuk, apa akan terjadi pada nasib adik kandungnya si Kawasaki Z800?
Kawasaki Z900 vs Kawasaki Z800 | Specs

Sebelum bincang panjang pasal ni, kita banding bezakan dulu antara dua model nakedbike ni dari segi spesifikasi.

Kawasaki…

14: 48 - 52 | Perkhabaran Hari Kebangkitan

(Dan ingatlah) masa hari bumi ini diganti dengan yang lain, demikian juga langit; dan manusia semuanya keluar berhimpun mengadap Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa.

Dan engkau akan melihat orang-orang yang berdosa pada ketika itu diberkas dengan belenggu.

Pakaian mereka dari belangkin (minyak tar), dan muka (serta seluruh badan) mereka diliputi oleh jilatan api neraka.

(Keluarnya manusia dari kubur masing-masing itu ialah) kerana Allah akan membalas tiap-tiap seorang apa yang ia telah usahakan; sesungguhnya Allah amat cepat hitungan hisabNya.

(Al-Quran) ini disampaikan kepada manusia supaya mereka diberi ingat dan diberi nasihat dengannya; dan supaya mereka mengetahui (dengan hujjah-hujjah yang tersebut di dalamnya) bahawa sesungguhnya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa; dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran, beringat dan insaf.

(Ibrahim 14:48-52)


salam jumaat

WW #145 | [Gambar] Upin dan Ipin Bila Besar

Upin dan Ipin (2007)
. . . . . . . . . . . . . .. .. . .
. . . (10 tahun kemudian) . .
. . . . .. . . . . .. . . . . . . . .
Upin dan Ipin (2017)

Ada apa dengan Faiz?

Faiz atau ‘faaizun’ dalam bahasa arab bermaksud “orang yang Berjaya” (kata nama), berasal dari perkataan dasar “faaza” iaitu Berjaya.  Jadi kali ni jom kita lihat senarai orang bernama faiz yang telah Berjaya mengharumkan nama Malaysia.

Faiz Subri

Memang tak asing lagi, baru-baru ni nama Negara kita telah diharumkan oleh seorang anak muda bernama Faiz Subri kerana telah menjadi pemenang dalam FIFA Puskas Award di Switzerland baru-baru ini.

Mejar Dr. Faiz bin Khaleed 

Mungkin ramai yang dah mula lupa, pada tahun 2007, Negara kita berbangga kerana mempunyai angkasawan pertama Malysia Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan Mejar Dr. Faiz bin Khaleed sebagai calon angkasawan simpanan.

Faiz Zakaria
Bagi yang belum tahu, Faiz Zakaria adalah satu-satunya rakyat Malaysia yang telah Berjaya mengharumkan dunia dengan menjadi penulis pertama bagi sebuah blog yang bernama Hikayat Budak Pening. Hehehe..


p/s : Siapa tokoh Negara yang mempunyai nama yang sama dengan korang?


Yamaha YZF R25 Review 2 | Prestasi

seperti yang dijanjikan dalam entri aku bertajuk Yamaha YZF R25 Review 1 | Luaran, kali ni aku nak share kat korang review aku berkenaan motosikal Yamaha YZF R25 ini dari segi prestasi dia pula.

Yamaha YZF R25 Review 2 | Prestasi
sebelum tu, aku nak clarify siap-siap. semasa entri ini ditulis, aku pakai moto ni cukup-cukup setahun. mileage yang aku dah bawak sejauh 35,000++ km. aku pengguna kedua, beli second hand straight dari owner asal, yang masa tu baru pakai 3,000km dengan harga RM19k.

kenapa aku memilih Yamaha YZF R25? boleh lihat sini : Kenapa Aku Memilih Yamaha YZF R25

Spesifikasi Yamaha YZF R25
sebelum tu, jom kita tengok specs Yamaha YZF R25 ni dulu:[1]

Displacement (cc) 249 Enjin Liquid-Cooled,  2-Inline Cylinders  4-Stroke Engine  With Downdraft Induction Fuel Injection Compression ratio 11.6 : 1 Bore x stroke 60 X 44.1 mm Max Power 36.4 HP @ 12,000 rpm Max Torque 23.2 Nm @ 10,000 rpm
kalau nak bandingkan specs antara Yamaha YZF R25 dengan Honda CBR250RR dan K…

Bawal ARAMI | Bawal Mudah Dibentuk

Bawal ARAMI by ARAMi Apparel 
Disebabkan majority pembaca blog aku adalah golongan wanita, jadi kat sini aku nak share satu barang baik buat gadis-gadis di luar sana. tahukah korang bahawa 97.7% lelaki Malaysia berpendapat bahawa wanita memakai tudung bawal lebih cantik?


Bawal ARAMI
so, kali ni aku nak kongsikan koleksi tudung bawal terbaek yang korang boleh ushar. mana tau kot-kot berkenan, boleh terus order. don't worry, trusted seller. dijamin oleh Hikayat Budak Pening sebab aku kenal betul dengan seller ni. member aku je ni. #tolongmember


ARAMI Apparel | Bawal Mudah Dibentuk

Bawal ni memang mudah dibentuk. tak perlu take time nak bersiap lama-lama. Lepas ni boleh bersiap sepantas lelaki bersiap bila nak keluar jalan-jalan! hahaha..

Material Bawal ARAMI ni diperbuat daripada kain Chiffon Sakura dimana ciri-ciri Chiffon Sakura ni, dia mudah dibentuk dan tidak perlu pakai “fabric starch”, kain beralun cantik serta mudah digayakan dengan pelbagai cara.



Bawal ARAMI | Harga Mampu Mil…

WW #144 | Sama

bapak orang

anak orang 
salam wordless wednesday...
sempena tahun baru ni belanja selfie barang sekeping dua. hehehe...
#jangancakapabangtakpayung
#jangankecamsaya

Kenangan 2016

Kenangan 2016 
kalau awal tahun lepas aku ada buat entri bertajuk Kenangan 2015, maka tahun ni aku nak buat pulak entri mengimbau kenangan sepanjang tahun 2016. lets cekidaut.

1. Gadis Bertudung Biru
Alhamdulillah, awal tahun 2016 aku diserikan dengan kehadiran #GadisBertudungBiru mengisi kekosongan lubuk hati aku yang telah sepi sekian lama. Sejak itu, hidup aku yang selama ini kelam terbungkam kini ternyata lebih cerah ceria dan bermakna dengan kehadiran Gadis Bertudung Biru di sisi.

kalau nak lihat iras wajah jelita si Gadis Bertudung Biru yang telah sekian lama menambat hatiku, boleh lihat entri penuh disini :  Akhirnya, kau milikku Gadis Bertudung Biru

2. 728 Hari Mencari Cinta

hmm.. kesinambungan dari tahun 2015 aku dengan #1092HariMencariCinta, maka sepanjang tahun 2016 aku disulami pula dengan #728HariMencariCinta. Hmm.. I know.. It's poyo.. hahahaha.. sekadar peringatan diri untuk target nak kahwin lagi 2 tahun. tu je point dia sebenarnya.

3. Ride

tahun ni ada la jugak ak…