Wednesday, November 29, 2017

False hope is just a plain cruel


Harapan palsu


Aku tersentuh dengan satu isu masa aku tengah layan cerita tv series “The Good Doctor”, sebuah cerita berkenaan dunia perubatan yang bagi aku agak menarik, terutamanya bila cerita ini dihasilkan oleh orang yang sama yang mencipta tv series “House MD”.

Situasi


Contoh situasinya begini. Katakan korang sebagai doctor menerima seorang pesakit kanser tahap 4 yang mungkin ada hanya beberapa bulan sahaja lagi masa untuk hidup. Tapi bila korang check balik, ada kemungkinan diagnose sebelum ni “false positive”. Tapi kemungkinan tu Cuma 0.3%.

Dan untuk nak pastikan kemungkinan sama ada betul pesakit tu ada kanser atau tak, korang kena jalankan 1 jenis test yang mahal.

Persoalannya, adakah korang akan bagitau pesakit tu tentang kemungkinan yang dia sebenarnya tak ada kanser, dalam erti kata lain memberikan harapan kepada pesakit tu tapi harapan yang sangat-sangat tipis, 0.3% dan jalankan ujian yang mahal tersebut?

Atau korang diamkan sebab takut nanti bila hasil ujian tu negative which is 99.7% possibility, takut pesakit tu bertambah sedih. Dalam erti kata lain, korang tak nak bagi harapan palsu kepada pesakit tu.

False hope is just a plain cruel


Betul, harapan palsu itu suatu yang menyakitkan. Tidak kira sama ada situasi dalam kes seperti ini ataupun dalam hal-hal. Malah, dalam soal hati dan perasaan, memberi harapan palsu merupakan suatu kekejaman.

hope is a strong weapon



Tapi dalam kes medical atas tu, personally aku lebih prefer untuk memberikan harapan. Aku masih beranggapan bahawa “hope is a strong weapon”. Harapan adalah senjata yang kuat. Cuma kadang-kala masalahnya weapon tu boleh jadi untuk melindungi, dan boleh juga untuk membinasakan.

Bagi aku, a little hope is better than no hope at all.
So, Yeah. I'm an optimistic kind of person.


Harapan adalah doa. Bila kita berharap, dalam masa yang sama kita berdoa dan mengharap ianya terjadi. Dalam dunia islam sendiri sangat popular dengan hadis yang selalu disebut-sebut bahawa doa itu senjata orang beriman, walaupun ianya tidak sahih.

عَنْ عَلِيٍّ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: ” الدُّعَاءُ سِلاحُ الْمُؤْمِنِ، وَعِمَادُ الدِّينِ، وَنُورُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ

Dari Ali R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: 
"Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit dan bumi".
[H.R. Al-Hakim (Al-Mustadrak 1/492)]

Status hadis : tidak sahih disebabkan sanad yang sangat lemah. Malah Syaikh Al-Albaaniy menggolongkan hadits ini ke dalam hadits palsu sebagaimana ditulis dalam Adh-Dha’iifah 1/328.[1]

there can be no true despair without hope


Jadi, kalau korang pulak dalam kes ni macam mana? nak bagi harapan yang sangat tipis atau tak nak terbagi harapan palsu?




rujukan
1. Abu Ahmad. (2014 Jan 30). Kelemahan Hadits Do’a Senjata Orang Mu’min. Al-Muhandisun. Dipetik dari https://muhandisun.wordpress.com/2014/01/30/kelemahan-hadits-doa-senjata-orang-mumin/

20 comments:

  1. Bukankah harapan itu juga merupakan doa kita ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama ada sedar atau x, harapan juga adalah doa.. selagi pengharapan itu ditujukan kepada Dia.

      Delete
  2. Kadang kala harapan saya tidak tercapai juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tdk semua yang kita nak dlm hidup kita akan dapat, Allah sentiasa beri apa yang terbaik utk kita

      Delete
  3. saya suka entry ni, tapi kadang2 harapan bisa membinasakan kita bila terlalu tinggi harapan yang kita harapkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. antara masalah bila org yang mengharap tu terlalu mengharap.. harapan itu doa, harapan itu baik,. tapi terlalu mengharap boleh mematahkan hati..

      Delete
    2. Sebab itu prinsip kita apabila berdoa kepada Allah adanya harap dan takut ditolak

      Delete
    3. al-khauf (rasa takut) dan ar-raja' (rasa penuh harap).

      “Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas (takut). Dan mereka adalah orang-orang yang khusyu kepada Kami.” (QS. Al-Anbiya’ [21]: 90)

      Delete
  4. tipu lah kalau setiap manusia tiada harapan.. lagi2 orang yang tahu bila dan ada tempoh untuk kita hidup lagi.. orang paggil apa tu miracle.. keajaiban... sakit datang dari allah.. cume allah je mampu mengubati.. yura percaya harapan boleh mengubah hidup seseorang.. walaupun orang lain tak percaya. yang penting you do believe.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju.. jangan pernah putus harapan pada Tuhan, dan sentiasa berbaik sangka dengan ketentuanNya.

      orang islam itu beruntung.
      sekiranya dia mendapat kebaikan, maka itu baik baginya...
      sekiranya dia mendapat ujian, maka itu juga baik baginya..

      Delete
  5. good sharing. selalu cakap taknak berharap tapi adalah sipi berharap jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berharap itu baik. tak rugi pun.. cuma perlu besederhana dalam berharap.. supaya nanti jika patah harapan tak jatuh tersungkur jauh.

      Delete
  6. asalam..setuju..wajib berdoa kepada yang Berkuasa Yakni Allah

    ReplyDelete
  7. kadangkala harapan tu yg membuatkan orang tu terus mara ke hadapan. dalam kes kanser td, hope yg 0.3% tu menjadikan seseorang itu look forward utk hari esok, even walaupun it is a false hope.

    ReplyDelete
  8. still ada harapan walaupun 0.3% ... tak salah test semula

    ReplyDelete
  9. Tak berapa reti nak bagi pandangan, tapi personally saya berpendapat dalam kehidupan ni lebih baik realiti yg pahit daripada perkabaran manis tapi palsu. Ada baik diperjelaskan kepada pesakit itu secara keseluruhannya spt apa yg kita tahu. Selebihnya biarlah dia buat keputusan dan kita terus bantu sebaiknya, cuma bagaimana hendak menyampaiknan sesuatu perkhabaran tu perlu berhemah dan halus.. Yang penting kejujuran tu lebih baik dari harapan palsu.. wallahualam.

    ReplyDelete
  10. Kalau akak sebagai pesakit tu dan Doctor terangkan macam tu, walau hanya sedikit harapannya tapi sekurang-kurangnya kita masih boleh berusaha (kalau ada duitnya), kalau takde.. eeemm.. bertabahlah.. :(

    ReplyDelete