Friday, October 13, 2017

Perempuan Pok Pok Choy

Beberapa hari yang lepas sempat aku sembang dengn beberapa orang officemate lelaki Chinese. Diorang hangat sembang pasal "pok pok choy". So, aku pun Tanya la pok pok choy tu menatang apa? Diorang cakap, pok pok choy tu asalnya bermaksud sejenis sayur muda yang segar dan rangup. 


Bok choy or pak choi (Chinese: 上海青; Brassica rapa subsp. chinensis)
 = is a type of Chinese cabbage. Chinensis varieties do not form heads and have smooth, dark green leaf blades instead, forming a cluster reminiscent of mustard greens or celery.
[wikipedia]

Tapi pak choi ni juga boleh digunakan untuk merujuk kepada perempuan yang muda, ‘mentah’, naive, dan dependent dalam sesebuah hubungan. Pendek kata, berlawanan dengan sifat perempuan yang independent, matang, dan dominant dalam hubungan.

Faham tak?


Pilihan lelaki : Perempuan dependent atau independent?


Sebenarnya topik perbualan kami lebih kepada pilihan jenis wanita dari pandangan lelaki. Bukan pasal sayur pun. hahaha.


Adakah lelaki suka perempuan yang berdikari, mampu menjaga diri sendiri, matang dalam berfikir dan matang dalam penampilan diri, tidak hanya menjadi pak turut dalam sesuatu hubungan tetapi juga aktif menyuarakan pendapat dan membuat keputusan (i.e. independent woman)

Ataupun, 


Adakah lelaki lebih suka perempuan yang manja, yang perlu dilindungi, beperwatakan muda dan comel kebudak-budakan, sentiasa membuatkan lelaki rasa diperlukan, pasif dalam membuat keputusan sendiri, serta taat dan patuh tanpa sebarang bantahan (i.e dependent woman) atau dalam kes ini, “Pok Choi”

Pendapat 1


Kata Tan* yang baru sahaja single, dia tak suka yang pok pok choi. Dia nak wanita yang berdikari, aktif dalam melontarkan pendapat dan membuat pilihan. Pendek kata, semua cirri-ciri seorang wanita yang independent la. 

TETAPI dia tak nak perempuan yang lebih dominant daripada dia. Maksud beliau, walau macam mana aktif dan independent sekalipun, secara keseluruhannya dia nak jugak pegang “55% syer saham” keputusan akhir.

Well, lelaki dan ego tu tetap ada. Tak perlu dinafikan. Hehehe.. 

Aku?


Kemudian Lee* Tanya aku “Pha Is, girlfriend you tu pok pok choi tak?”
“I mana ada girlfriend...”
“ala... sama la tu, tunang dengan girlfriend...” balas Teoh

Hmm.. lama aku diam memikir hal ni. Hahaha..  but seriously, aku tak tau sama ada dia tu pok choi ataupun bukan. Well, to be fair, banyak benda lagi yang aku tak tau pasal dia sebenarnya. Baru nak start kenal-kenal dan bertaa’ruf dalam fasa bertunang ni. 

We’ll see about that... 

korang pulak?


Korang pulak macam mana? Bagi yang perempuan, korang rasa korang ni dependent atau independent? Bagi yang lelaki, korang suka yang macam mana?

Ceciter..




*bukan nama sebenar          

30 comments:

  1. HAHAHAHA! kin jawab dalam hati je lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi kin, perempuan yang dependent ni dia punya perangai tu comey dan mampu buat pasangan dia nak marah pun tak jadi :P

      perangai sebenar lah. bukan macam perempuan yang acah acah buat perangai comey tau. berbeza tu

      Delete
    2. dari komen kedua pun dah boleh agak jenis amacam mana.. hahahaha

      Delete
  2. Pilih yang memahami dan terima seadanya kita....dan kita boleh terima dia seadanya juga.
    Cantik, comel itu subjektif....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. manja pulak? subjektif jugak..? hahaha..
      tanya je..

      Delete
  3. kena corek lg tu pha is... bekalan utk berumahtangga katakan...

    sy suka yg independent. baik lelaki or perempuan. sbb di situ kita dpt ukur kematangan dan pemikiran mereka. sng ckp, mcm ni la... ko beri dia tepung, dia tau nak buat apa dgn tepung tu. sm ada akn jd cokodok atau dia peram jd pokok gandum hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. tengah korek la nih.. hehehe

      pelik nau perumpamaan tuh.. hahaha

      Delete
  4. p/s yg penting bkn geng kunyit lengkuas bagai hahahaha

    ReplyDelete
  5. Apa yg saya nampak kebanyakan lelaki tua suka perempuan pok pok choy sebab dia rasa perempuan tu memang perlukan dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun percaya kebanyakan lelaki macam tu.. hehehe

      Delete
  6. Replies
    1. tudia bro MKL, pendirian yg tegas.. hehehe

      Delete
  7. gabungkan sekali eloklah kejadiannya hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. gabung sekali? bipolar ke macam mana tuh? hahaha

      Delete
  8. aku 50-50. kalau terlalu dependant pun susah, kalau terlalu independant, macam aku takde function lak. hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. xperlu berlaku la kalau sampai macam tu.. hehehe

      Delete
  9. wow pha is dah bertunang. tahniaaahhhhhh

    for me better jadi dua dua. bukan tamak. tapi jadi lebih versatile gitu. tak perlu dah dia nak buat pilihan sebab dia dapat dua2 jenis sekaligus

    gituhhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. actually, itu lebih ideal.. ada some part perlu manja2.. ada some part perlu matang.. hehehe

      Delete
  10. emm, bgi cik timm, dua2 kena balance..
    kdg2 dia kena jadi independent utk pastikan karier dia terjaga, dpt jga family,
    tetapi kdg2 kena jadi pok choi sebeb perempuan dilahirkan jenis suka clingy..
    rsanya lelaki lebih suka yg pok choi kot.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju.. banyak bnda perempuan perlu matang.. tapi kadang2 dalam bbrapa hal, lelaki perlukan pok pok choi.. hahaha

      Delete
  11. Replies
    1. perumpamaan yg mana nih? yg Dear Anies tu ka? hmm...

      Delete
  12. Mehlah nak citer cket. ya, betul mereka sukakan independent. tapi tak tahan pulak kalau asik kena bidas je. ego lelaki tinggi melangit tak gitu? *Baru lepas menyaksikan*

    Nak balance tapi sedarlah yang takda manusia perfect termasuklah lelaki tersebut.

    ReplyDelete
  13. dh biasa independent pun kemana saja tak perli berteman

    ReplyDelete
  14. Bab sayur tu mmg dah tau, tp bab amoi tu baru tau.. ok, lepas ni nak cari awek pok pok choy, eh! :D :D

    ReplyDelete
  15. Kadang-kadang kita tak boleh dapat macam apa yang kita nak... rasanya dalam satu-satu relationship tu kena saling melengkapi...

    Lama tak singgah sini... dah bertunang pun Pha Is.. moga Allah permudahkan sesi kenal-kenal dan permudahkan semuanya.. Amin...

    ReplyDelete