29.9.17

Pre-Order Vivo V7+

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pelancaran Vivo 7+ di Sengheng/senQ


tahukah korang 26 september - 15 oktober 2017 ni ada pelancaran smartphone Vivo V7+ kat Sengheng dan SenQ? ada dua kaler, warna hitam dan warna emas!

murah pulak tu! cuma RM1499 je. memang berbaloi kalau korang cekau Vivo V7+ ni daripada korang nak kumpul duit jual buah pinggang semata nak beli iphone x yang mahal nak mam*** tu. hahaha..


bukan tu saja, kalau korang beli smartphone Vivo V7+ kat Senghang atau SenQ masa pelancaran tu, korang akan dapat percuma backpack dan voucher kedai watson sebanyak RM10!


Kenapa Vivo V7+  ?


specs Vivo V7+ ni memang sempoi baq ang. yang kaki selfie tu, memang terbaek buat korang. dengan kamera depan 24MP, face beauty mode walaupun tengah buat video call, dan potrait mode, dimana gambar korang akan super sharp tapi background korang jadi blur dengan effect bokeh! lawwah!


aku sebut pasal kamera depan dulu sebab selalunya perempuan kalau beli fon dia tengok specs kamera nak selfie dulu, yang lain belakang kira. hahaha.. betol tak? baik korang mengaku cepat.


okay, bagi lelaki yang lebih rasional macam aku ni, *ehem* kami pilih based on spesifikasi perisian dia. Vivo V7+ didatangkan dengan CPU Octa-core snapdragon dan 4GB RAM! konfom tak "hang" punya. dengan internal memory 64 GB! banyak tu...

Kenapa di Sengheng / SenQ?


1. pembayaran ansuran


dengan pembelian smartphone Vivo V7+ di Sengheng atau di SenQ, selain beli secara full payment cash, korang boleh jugak buat pembayaran ansura-ansur easypay selama 24 bulan tapi harga total sama! tak pening nak kena kumpul duit dulu. kalau dah berkenan, sambar je terus!

2. penghantaran ke seluruh negara secara percuma

free shipping wei, termasuk sabah dan sarawak! dia hantar sampai ke rumah. senang kerja! sekarang semua beli online je. dulu yer la kena pi kedai, survey harga and specs. sekarang survey specs pun google je. dunia dah maju. hahaha...


3. tambahan 1 tahun warranty

dengan PlusOne Membership scheme pada hanya Rm12, korang boleh nikmati warranty tambahan selama 1 tahun selepas habis warranty asal vivo kalau korang pre-order Vivo V7+ ni. kalau pernah join scheme ni, x perlu bayar apa-apa tambahan. log in je kat sengheng.com.my dan senq.com.my

4. trade in


selain tu, boleh jugak kalau nak trade in. takde la membazir je fon korang yang lama tu klau tak digunakan. dapat jugak potong sikit harga Vivo V7+ ni. tapi kelebihan ni hanya boleh dibuat kalau beli kat outlet Sengheng je. yer la, kalau nak delivery, nanti lagi complicated. kalau nak tau rebate trade-in ni, boleh layari http://www.senheng.com.my/trade-in-rebate


apa lagi, jom pre-order kat sini : http://www.senheng.com.my/v7plus

5.9.17

Rebut Peluang Pakej Umrah bersama Power Root


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Rebut Peluang Pakej Umrah bersama Power Root 


baru je lepas raya haji. Jemaah haji pun tak balik ke Malaysia lagi. Kata orang, tak dapat pergi haji, pergi la umrah dulu. kan? Sekurang-kurangnya, dah kena start menyimpan hasrat.

Bila dah berhasrat nak pi umrah, mesti la kena usaha. Antaranya dengan beli barangan keluaran power root. Ini salah satu usaha je. Sebab Power Root nak tunaikan hasrat umrah bagi mereka yang bertuah! Berita baik nih! Benda baik siapa tak nak kan? 
 

Power Root Tunaikan Hasrat Umrah



Power Root dah lama dan buat inisiatif “Tunaikan Hasrat Umrah” ni dari bulan Mei 2017 lagi, bagi membantu 36 rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat memenuhi hasrat mereka untuk menunaikan Umrah. Dah lama dah. Sepatutnya dijangka tamat 15 september 2017. 

Tapi korang bernasib baik sebab Power Root dah mengumumkan hari tu masa aku dan team Blogger Utara yang lain pergi ke road show diorang, yang inisiatif “Tunaikan Hasrat Umrah” ni akan dilanjutkan tempoh selama 2 minggu iaitu ke 1 Oktober 2017.

So, apa lagi, hantar cepat penyertaan korang. Bukan cikai-cikai punya pakej umrah ni tau. Jumlah keseluruhan pakej ni RM360,000. Premium punya pakej daripada Tabung Haji Travel and Services, yang bernilai lebih daripada RM10,000 bagi setiap pakej.

Jangan risau, peluang masih cerah sebab setakat 25 Ogos, baru 13 orang pemenang. Setiap pemenang akan menerima dua pakej Umrah. So, kalau perempuan tak payah risau sebab boleh bawak mahram. Kalau aku dapat ni, boleh buat jadi pi honeymoon kahwen terus nih. Amiin.. 

Power Root Road Show Di Mydin Sungai Petani Bersama Alif Satar


dari kiri : Athin, Timm, ZF, Alif Satar, Pha Is, dan Marsha


Bersempena dengan peraduan ni selaras dengan objektif Power Root untuk menyumbang semula kepada komuniti, sebuah road show eksklusif telah berlangsung bermula 1 hingga 3 September, di Mydin Sungai Petani, Kedah. 

Dan aku termasuk dari beberapa orang blogger lain dari team Blogger Utara termasuklah Timm, Athin, kak Marsha, dan ZF berkesempatan ke road show ni pada 3 September lepas. Maca-macam yang ada kat road show ni termasuklah tawaran hebat daripada Power Root dan peluang beramah mesra dengan Duta Power Root Ali Café iaitu Alif Satar!

Alif Satar yer! Bukan Alif Aziz! Know the different.. hahahah  


Selain tu, ada yang berpeluang naik ke pentas bersama Alif Satar untuk sama-sama berkaraoke dengan beliau! Pergh.. ohsem kot. Rugi siapa berdekatan mydin sungai petani yang tak datang. Memang happening habis. Dah la Alif Satar ni peramah orangnya. Tak poyo gais! Tak poyo! Hahaha.. 

Peluang Menangi Pakej Umrah Masih ada



Bagi mereka yang belum menyertai peraduan ini, masih ada masa untuk berbuat demikian. Korang hanya perlu membeli mana-mana produk Power Root, dalam bentuk pek atau tin, kemudian gunting keratan logo atau cabut pembuka tin tu. Lepas tu  kepilkan bersama boring peraduan.

Senang je kan? Beli, gunting, kepil, dan hantar! Butir-butir, syarat-syarat dan peraturan peraduan boleh didapati di laman web rasmi Power Root www.powerroot.com.my atau laman facebook berikut : 

Facebook Power Root Ali café  :  https://www.facebook.com/alicafe.my/
Facebook Power Root Pearl ; https://www.facebook.com/perlmalaysia/

4.9.17

Cabaran fasa bertunang


Sedang aku dan syafiq melepak di kupibin (coffee bean), tiba-tiba terpancul soalan dari dia yang agak tak aku sangka. "Pha Is, orang kata masa bertunang ni lain macam ujian dia. So far apa yang hang dah rasa?"

fuh, soalan.. hahaha..

sebelum ni, sebenarnya aku dah awal-awal lagi buat research dan "homework" cari apa cabaran-cabaran yang biasa orang lain lalui dalam fasa pertunangan ni. banyak jugak la yang aku dah jumpa. ada yang aku dah rasa, ada yang belum.

biasa la, "darah manis" lah katakan.. oh ya, sebut pasal "darah manis", kenapa orang yang sedang bertunang dipanggil darah manis? serius aku tak faham. hmm.. boleh tolong jawabkan tak? hehehe..


Cabaran fasa bertunang


so, berbalik kepada tajuk kita pada kali ni. Hasil "homework" aku tadi, aku jumpa sebuah artikel nukilan Hilal Asyraf berkenaan cabaran fasa pertunangan yang ditulis oleh beliau masa beliau bertunang. aku share kat sini beberapa point dan petikan dari artikel tu dan aku cuba check sama ada aku dah kena atau tak cabaran-cabaran tu.

Menurut beliau, setiap masa dan keadaan manusia tak dapat lari dari ujian dan godaan. Apatah lagi pada waktu dan dalam fasa pertunangan ni kerana fasa ni adalah fasa yang mudah membawa fitnah kepada diri kita.

Sebab tu kita tak digalakkan memanjangkan tempoh pertunangan. Selalu kebiasaannya, jangan lebih dari setahun. Tapi ikut keadaan dan suasana jugak. Tak semua orang sama. Lebih panjang tempoh pertunangan, maka ada lebih banyak masa untuk berlaku sesuatu yang tidak kita senangi.

1. Cabaran maksiat


Masa bertunang inilah kadangkala syaitan menyusupkan idea-idea untuk melanggar syariat. Membuatkan kita angau dan lalai contohnya. Asyik teringat kepada tunang. Kita akan cuba menghubungi tunang kita atas urusan yang tak penting. 

Kemudian keluar dating, berkepit macam dah kahwin. Masa ni la syaitan akan bisik kata “tak apa, korang dah bertunang. Dah konfom dah akan kahwin. Tak pe la nak ringan-ringan pun”. Padahal baru bertunang. 


aku : untuk cabaran ni, maybe aku kurang sikit kena. angau tu ada la sikit. hehehe.. lalai tu rasanya insyaAllah tak lagi kot. mesej pun kebanyakannya kat laman sosial. apa yang kami sembang kat fb, twitter, itu lah yang dibualkan. siapa pun boleh tengok. Tak ada nak bersweet-sweet sangat.. whatsapp hanya perkara-perkara yang penting seperti urusan majlis, dsb.

dating berdua? tak pernah lagi. Cuma baru sekali berjumpa sua muka tapi bawa mahram. bukan berdua. Tapi tak macam dating pun. macam meeting ja. siap bawak pen kertas catit minit mesyuarat. hahaha..

2. Cabaran perpecahan


Ada orang hadapi cabaran dalam bentuk perpecahan. Kadang syaitan meniupkan api cemburu yang berlebihan, hingga membawa kepada keretakan hubungan. Kadang api kemarahan yang ditiup, maka benda-benda kecil pun jadi besar dan kemudian membawa kepada pergaduhan seterusnya berakhir dengan putus.

Selama ni syaitan hasut bagi suka, tapi masa ni dia hasut bagi benci. Sebab korang dah berjanji. Dia suka la kalau munkir.


aku : cemburu? dia nak kat aku pun dah cukup besar tuah dah. hahaha.. tapi tak tau la kot-kot dia cemburu tengok aku dengan Gadis Bertudung Biru..

3. Cabaran berubah hati


 

Masa ini juga kemungkinan kita akan berubah hati. Tiba-tiba tergoda dengan yang lebih cantik/kacak dan sebagainya. Masa itu sibuklah nak minta putus. Tak ada alasan yang munasabah pun, kita akan cari juga alasan agar dapat putus. Macam-macam.

Kalau sebelum ni tengok orang berlainan jantina tak pernah rasa apa-apa pun, tapi bila dah masuk fasa ni, semua orang Nampak lebih lawa/cantik/hensem/baik dari tunang kita. Bahaya jugak nih. 



aku : bahagian ni, aku dah rasa. serius! sebelum ni tengok perempuan tak rasa apa-apa pun. tapi bila dah masuk fasa ni, asal nampak perempuan je, semua nampak lawa.. bahaya nih. "hijab" mata aku macam dah terbuka.

bacaan lanjut berkenaan hijab mata :
Taste aku tinggi
pandangan mata lelaki

4. Cabaran fitnah


Kita juga hendak mengelak fitnah dalam bentuk kata-kata orang. Kadang bila bertunang lama-lama ini, akan mula lah ada yang bersuara itu dan ini. Ianya tidak enak untuk hubungan kita, dan kadangkala ianya mencalarkan imej kedua ibu bapa kita.

Maka sebaiknya, selain kita sibukkan diri kita dengan perkara yang penting sebagai persiapan menuju gerbang perkahwinan semasa bertunang ini, kita bertunanglah pada kadar waktu yang sederhana. Tidak terlalu lama. Tidak juga terlalu pendek hingga menghilangkan peluang untuk kita bersuai kenal dengan bakal pasangan kita, juga bakal keluarga kita.


aku : hmm.. kami set dalam 8 bulan. cukup lah untuk kenal-kenal lebih lanjut. sebelum ni tak kenal sangat pun. tapi bagi sesetengah orang, 8 bulan tu pun dah kira cukup lama. siap ada yang nasihatkan supaya pendekkan lagi. tapi aku rasa ok dah kot.


dipetik dan diolah dari
Hilal Asyraf. (2015 Feb 4). Mehnah Fasa Bertunang. Facebook status. https://www.facebook.com/HilalAsyrafOfficial/posts/922444587779986