Monday, August 28, 2017

DASHING Anytime EDT | Khas Untuk Lelaki!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DASHING Anytime EDT | Khas Untuk Lelaki!


Aku ni jenis yang tak ambil kisah sangat pasal penampilan ni sebenarnya. Definitely aku bukan jenis metroseksual. Pernah dengar tak istilah metroseksual? Macam lucah kan istilah tu? Hahaha.. tak ada lah. Metroseksual ni golongan lelaki yang pentingkan penampilan. Tu je.

Tapi macam mana sekali pun, kena la jugak jaga penampilan. Terutamanya bau badan.  Sebab bau badan antara factor terpenting yang lelaki selalu terlepas pandang. Eh, yer ke? Macam pakar pulak aku kali nih. 

DASHING Anytime EDT | Sentiasa Tampil dengan Wangian Hebat Di Mana Sahaja!



Memahami keperluan lelaki untuk berbau harum sepanjang waktu, malah untuk semua aktiviti sepanjang hari, DASHING, jenama produk penjagaan diri lelaki yang juga merupakan peneraju pasaran dalam bidang wangian lelaki di Malaysia telah menghasilkan Anytime EDT.


DASHING Anytime EDT yang terbaru ini merupakan wangian bersaiz kecil, senang digunakan serta mudah di bawa kemana sahaja. Bentuknya direka khas untuk poket korang seperti kad kredit yang tersisip kemas, sesuai untuk lelaki yang aktif kemana sahaja.


Contohnya bagi rider macam aku ni, memang sangat berguna kalau ada perfume yang saiz poket macam ni. kalau nak pergi ride mana-mana pun tak kisah, boleh buh dalam poket je, tak pun dalam pouch bag rider.


DASHING Anytime EDT | Wangian Yang Membangkitkan Jiwa Maskulin



Sebagai peneraju jenama penjagaan diri lelaki di Malaysia, DASHING memahami keperluan utama seorang lelaki -  iaitu wangian yang membangkitkan jiwa maskulin sebenar dari dalam, tetapi pada masa yang sama mudah didekati. Kini dengan kehadiran DASHING Anytime EDT, ekspresi wangian maskulin kini tersedia sentiasa di dalam poket korang.

Rekaan pek DASHING Anytime EDT yang penuh gaya sesuai dengan trend masa kini hadir dalam empat variasi unik – Cool, Active, Hattrick and Ultimate Kick.


Cool


Haruman maskulin ini merupakan takrifan identity dan daya penarik korang . Haruman menyegarkan ini didahului dengan gabungan menawan Bergamot dan Galbanum dilapisi dengan wangi Amber dan Kasturi sebagai nota asas. Wangian ini direka khas untuk mencipta sisi maskulin yang “cool” secara semula jadi dari dalam diri korang.

Active


Khas untuk si jejaka lasak yang amat menggemari kehidupan aktif. Tampil yakin dan bergerak aktif dengan wangian maskulin ini. Didahului dengan semarak haruman Fougére  yang digabungkan dengan nota Citrus, Lavender dan Amber. Aroma ini pastinya membangkitkan sisi aktif korang.

Ultimate Kick


Wangian dicipta untuk jaguh, menyerlahkan personaliti dan gaya sebenar jejaka dalam urusan seharian lelaki moden . Ultimate Kick berkonsep ala musim panas yang aktif, menampilkan rumusan dari percikan citrus lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga, vanilla dan suntikan haruman kayuan serta rempah. 

Hattrick


Jaringan kemenangan bagi jejaka Dashing. Wangian Hattrick menyemarakkan semangat dan mendorong individu untuk menang. Gabungan unik kesegaran epal sitrus diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber.

DASHING Anytime EDT | Hanya RM7.00



Dijual pada harga RM7.00, DASHING Anytime EDT 18ml boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hypermarket dan farmasi di seluruh Malaysia.


12 comments:

  1. sangat kecik.. senang nak sumbat mana2.. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. kekuatan utama dia kat situ..

      Delete
  2. Lelaki sunat berwangi wangian myegarkntubuh mungkin ini solusi terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol.. terutamanya hari jumaat, jadi sunnah..

      Delete
  3. Baru tengok ni semalam. Senang nak bawa mana-mana. Main selit-selit je.. btw baru follow sini =)

    http://ceritaaisyaismail.blogspot.my/2017/08/why-shopee-why-crying.html

    ReplyDelete
  4. Wah.. comel je pocket perfume tu. memang smart..

    ReplyDelete
  5. Lagi senang nak bawak kalau bentuk gini kan pha is..orang cakap takde laa beaor gedabak boleh masuk poket jer .. nak guna pos mudah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol.. pi mna2 pun boleh bawak..

      Delete
  6. kecik comei je botolnye...sng nk bawak memana kan...

    ReplyDelete
  7. Mmg mudah nak dibawa kemana2... bagus juga mcm ni.

    ReplyDelete
  8. tp kan jujur cakap, mereka yg ada body odor ni, better jgn pakai... boleh pengsan kalu diorg berpeluh...

    ReplyDelete