25.8.17

Antara Traveloka dan KL2017


Sekarang memang tengah hangat dengan sukan SEA KL2017. Walaupun aku jarang tengok sukan, tapi bila kita jadi tuan rumah ni, mana boleh lepaskan peluang untuk menyokong. Yer tak? Macam-macam yang berlaku dalam sukan sea tahun ni. Yang paling panas, kes Indonesia tak puas hati bendera terbalik.

Lepas tu kes Indonesia boikot takraw pulak. Adoi la indon nih.. hahaha.. tapi selain tu, tahu apa lagi yang panas pasal sukan sea tahun ni?


TRAVELOKA! 

Ada apa dengan Traveloka dan sukan SEA KL2017?


official online travel partner for KL2017



Apa kaitan traveloka dengan sukan SEA KL 2017? Korang tahu tak traveloka merupakan salah satu sponsor sukan SEA tahun ni tau! Jangan main-main.

Jadi hari tu masa perasmian besar-besaran yang lawa gila tu, traveloka la antara yang sponsor. Hebat tak! Ingat nak buat gimik pembukaan tu murah? Sekali tengok pun dah tau bajet mesti tinggi. Kita kan tuan rumah, mana boleh buat cikai-cikai beb.

Dah la dia sponsor, lepas tu dia jadi pulak official online travel partner untuk sukan SEA KL2017 ni. Maksudnya kontigen-kontigen para atlit seluruh asia tenggara ni pakai traveloka la nak travel masuk Malaysia. Ingat senang nak handle atlit-atlit semua tuh?

Dan Traveloka sebagai Gold Sponsor telah menyediakan hotel dan penerbangan dengan harga promosi dan perkhidmatan yang tiptop bagi mereka yang bakal atau telah menggunakan servis ketika Sukan Sea 2017 ini berlangsung. Tambahan pula, kalau korang nak tahu Traveloka ini memang dah lama dikenali sebagai salah satu online Travel di Asia Tenggara yang tip top!


Booth traveloka di bukit jalil


Kalau tak percaya, korang pergi Tanya diorang sendiri kat booth yang dibuka di bukit jalil sepanjang sukan SEA KL2017 berlangsung. Silap hari bulan, senang-senang je korang boleh menang hadiah keseluruhannya berjumlah RM200,000 kalau korang kunjungi booth traveloka di bukit jalil tu.

Alang-alang nak pergi sokong team negara masing-masing di sana, jom la datang sini sertai peraduan yang ada. Mana tahu ada rezeki korang kat situ. Aku kalau menetap berhampiran di sana, lama dah pergi setiap hari. Ini jauh, mampu masuk peraduan secara online la.

Traveloka livestream sukan SEA KL2017



Traveloka siap ada livestream kot untuk sukan SEA KL2017 ni! Hah, pi tengok puas-puas. Jom sokong pasukan Malaysia dengan tonton livestraem nih. Ayoh! Kalau korang nak tengok boleh livestream sukan SEA KL2017 di laman travelokakl2017.com.my .. ada facebook live dan youtube live.. pilih mana ikut suka.

bukan boleh stream je, tapi ada contest lagi kat laman web tu. Hadiah pun lumayan. Bukan cikai-cikai. Traveloka ada buat peraduan secara online untuk korang tau. Cuba la klik part Contest kat laman web tu. nanti korang boleh baca panduan dan syarat-syarat penyertaan semua kat situ. Mudah sahaja, cuma teka pemenang bagi setiap Games yang bakal berlangsung di KL2017.

Senang je kan? Sebab apa senang? Sebab mesti la Malaysia akan menang! Haha. Korang pilih je team Malaysia. Mesti banyak yang menang punya.


Promotion Hello Malaysia!



Tak cukup dengan tu lagi, ada pulak promosi dari traveloka! promosi Hello Malaysia! yang menawarkan diskaun sehingga 40% untuk tempahan hotel dan tiket penerbangan. Peluang terbaik ke Kuala Lumpur menyaksikan KL2017 atau menikmati keindahan alam dan kotaraya di tempat-tempat lain. Tempahan boleh dibuat sehingga 31 Ogos 2017.

Pastikan korang jadi member Traveloka terlebih dahulu dengan daftar diri korang pada website Traveloka tu . Dari website ini juga korang boleh pilih la hotel atau penerbangan yang berpatutan bagi korang. Bukan senang nak dapat potongan macam ni, berbaloi-baloi weh! So buat la tempahan sekarang sementara promosi masih valid.

Betul, tak tipu.kalau nak tau lebih lanjut boleh ke laman ni : https://www.traveloka.com/en-my/promotion/hello-malaysia

Kat situ macam-macam promosi travel ada. Berita baik buat mereka yang kaki travel. Bagi yang tak kaki travel pun, boleh jugak usher-ushar. Mana tau lepas ni tersangkut minat travel plak.

Untuk maklumat lanjut, boleh juga layari laman web traveloka yang ini : https://www.traveloka.com/en-my/




11 comments:

  1. Wah menarik ni sambil tonton sukan SEA boleh mrncang travel dgn traveloka

    ReplyDelete
  2. wahh...best bila travel dgn traveloka

    ReplyDelete
  3. Indonesia. Biasa dah dengan perangai segelintir rakyat diorang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. dah lali dah dengan perangai segelintir diorg..

      Delete
  4. xpernah travel guna traveloka lgi, boleh try one day, hehe..

    ReplyDelete
  5. Saya dan isteri pengguna tegar Traveloka .. memang best, selalu dapat pergi bercuti ke hotel mewah guna baucer dalam traveloka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni mesti selalu dapat sponsor nih.. hahaha.. maklumlah, blogger otai.. hehe

      Delete
  6. wooo yeke Traveloka antara sponsor hehe.. tahniah2..

    ReplyDelete
  7. Kalau nak.survey harga hotel time nak g jalan mana2 mmg akak selalu terjah traveloka..Traveloka mmg terbaik setakat ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya selalunya main terjah je,... dah travel pun sorg2.. hehehe

      Delete
  8. selalu tgk je x penah gn lg traveloka ni

    ReplyDelete