Tuesday, July 11, 2017

Andai Jumpa Diri Berumur 12 Tahun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Andai Dapat Berjumpa Diri Sendiri Yang Berumur 12 Tahun


Tetiba aku ternampak satu persoalan kat laman 9gag yang agak menarik bagi aku. Persoalan yang simple tapi boleh bagi jawapan yang tak sama bagi setiap orang. Kalau korang boleh kembali ke masa lalu dan berjumpa dengan diri korang yang berumur 12 tahun, apa yang akan korang cakap kat budak tu?


Kalau boleh kembali ke masa lalu


Dan dari ruangan komen post tersebut, tak kurang juga jawapan-jawapan yang lawak. Biasa la, 9gag. Tapi bila aku cuba jawab jawab persoalan tu, aku rasa jawapan aku juga tak akan sama jika Tanya sekarang berbanding pada waktu-waktu yang lain.

Suka untuk aku bagitau siap-siap kat sini, soalan ni sekadar suka-suka je. Seronok-seronok cuba persoalan diri untuk cuba critical thinking. Tak melibatkan soal akidah. Kang tak pasal korang kata aku tak beriman dengan qada’ dan qadar’ Allah pulak.

Apa yang aku akan cakap?


kalau masa aku umur 17 tahun, mungkin jawapan aku adalah aku tak akan cakap apa-apa, Cuma aku akan bagi diari yang aku tulis sejak form 1 kat budak tu. Mesti menarik kan hidup aku, boleh predict apa yang akan berlaku kat aku setiap hari! Macam ada superpower! 


Tapi, kalau aku cuba jawab soalan ni masa aku berumur 24 tahun, aku rasa 1 je jawapan yang akan aku bagi. JANGAN AMBIK COURSE FARMASI! Sebab masa tu, penyesalan utama dalam hidup aku adalah dengan pilih untuk belajar farmasi lepas matrikulasi.


Gila tak menyesal. Dengan belajar susah nak paham, banyak nak kena hafal sedangkan otak aku otak logic dan kira-kira (sebab tu sampai sekarang mata pelajaran fevaret aku adalah fizik), tambah pulak sampai aku kena repeat paper dan tangguh waktu grad dari 4 tahun kepada 5 tahun.

Kalau tak percaya tengok sini  - 24 tahun : zaman gelap

Tapi, kalau Tanya sekarang, hari ini, apa jawapan aku? Kalau aku dapat kembali ke masa lalu dan berjumpa dengan diri aku yang berumur 12 tahun, AKU TAK AKAN CAKAP APA-APA KAT DIA. Atau sekurang-kurangnya tak akan mendedahkan apa-apa pun pasal masa depan.


Sebabnya? Setiap yang berlaku ada hikmah dia. Dulu masa aku umur 24 tahun tu, walaupun aku tau semua benda ada hikmah tapi sebab masa tu hikmah tersebut aku tak Nampak lagi. Contohnya, kalau aku tak ambik farmasi, kalau aku tak repeat, aku tak jumpa la tunang aku sekarang ni. Eh.. okbye..


jawapan korang?


Tapi sebelum tu, cuba korang pulak jawab soalan ni. kalau korang boleh kembali ke masa lalu dan berjumpa dengan diri korang yang berumur 12 tahun, apa yang korang akan cakap kat budak tu?

28 comments:

  1. Hurm.. Mungkin akan cakap belajar rajin-rajin dan jangan give up dengan subjek matematik.. Hahaha.. Sampai sekarang give up maths.. Kalaulah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dulu minat giler dgn math sejak sekolah rendah. Tp give up bila bila masuk matrik sbb susah ssgt. Hahah

      Delete
  2. jadi kesimpulannya xkan cakap ape ape la kan ? hehehe.. tapi part bagi diary tu menarik.. mesti dia mcm bangga gila tahu apa akan jadi in the future and kalo dia x suka blh dia acah2 nak ubah hehe..

    btw.. rajin tulis diary yaaa kemain hehe =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu mmg rajin menulis. Sbb tu tulis diary. Stop tulis diary pun sbb ada blog sbagai pengganti... Hehehe

      Delete
  3. Kalau jumpa lah budak 12 tahun tu, saya nak cakap, jangan jadi besar.... haha...

    ReplyDelete
  4. Kalau Nurrul, akan ckp cmnie just be yourself , be good , be happy and grateful in your life. :)

    hihi.. aci tak ?

    ReplyDelete
  5. dah jawab dekat entry hehe..selamat bertunang ehh...#tahniah

    ReplyDelete
  6. hmmm....rietta pown xkan kata apa apa rasanya....sebab...semua pengalaman pahit manis, mengajar kita erti dewasa....hehehe....

    ReplyDelete
  7. ntah la. aku pun x tau apa yg aku nak cakap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau mcm tu x payah ckp apa2 je la.. Hahha.. Baru adventure...

      Delete
  8. wah.. lama tak singgah sini..
    psstt: nanti kendurinya jangan lupa jemput ye.. ;)

    ReplyDelete
  9. agaknya dptkh mngulang masa lalu dgizin-Nya insyaa Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. X harap pun dpt ulang kembali masa.. Cuma saja nk fikir sejenak, apa yg akan kita pesan pada diri kita kalau bnda ni terjadi. Tp mmg x akan dan x harap pun ianya terjadi

      Delete
  10. owho, gitu yer..nak buat jugak entry ni open lagi x? hehe..

    ReplyDelete
  11. 1 saja menyesal byk main kt skolah dan ambik course yg xberapa minat hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dulu mmg x banyak sangat main kat sekolah.. n kos yg ambik pun, dulu ada la sikit rasa menyesal tp skrg dah x rasa..

      Delete
  12. Entah lah...x pernah plak terfikir...hahaha

    ReplyDelete
  13. Umm kalo macy.. Macy bgtau siap2 apa macy jadi nnti. Xpayah susah2 nk strugle ke lain. Haha. Kidding

    ReplyDelete
  14. owh tunang tu dah kenal lama la hehehe

    lain orang lain jawapannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. x de la lama sangat.. baru setahun je sebenarnya kalau nk kira betul2 kenal.. hehehe

      Delete
  15. btul.semua perkara ada hikmah, kita xkan dpt jadi lebih baik jika tidak ada kesilapan yang kita lakukan

    ReplyDelete
  16. nk belajar betul2 dan nk dptkn 5A dlm upsr pastu boleh msk MRSM heheheh

    ReplyDelete