20.7.17

Hukum Memakai Tali Leher Sutera


Sedang aku dan syafiq membelek-belek tali leher di kedai, datang seorang promoter lelaki melayu yang aku kira lebih muda dari kami.

“Ini kain sutera bang, memang kualiti elok. ”

Wow. Sutera. Patutlah harga dia mahal. Aku nak pakai pun kadang-kadang je, tu pun masa perhimpunan mingguan yang dua minggu sekali.

“Tie yang bukan sutera ada tak?” soal aku. “hitam plain”.

Lepas aku tanya tu, agaknya maybe dia ingat aku tak mampu, dia pun bawak kami ke satu sudut kedai yang jual tie kain biasa. Dia ada sebut kain apa, tapi aku tak ingat. Sebab aku tak ambil kisah pun. Asalkan bukan sutera!

Kenapa? sebab masa tu aku teringat akan hadis nabi berkenaan larangan lelaki memakai sutera. so, masa tu aku ingat lelaki tak boleh pakai sutera, walaupun sekadar tali leher.

Tapi lepas aku balik rumah, bila aku check balik, rupanya ada pendapat yang kata lelaki boleh pakai tali leher sutera pula. hmm..

Hukum Lelaki Memakai Sutera


sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Emas dan sutera dihalalkan bagi golongan wanita dari umatku dan diharamkan bagi golongan lelaki.”
[Diriwayatkan oleh Ahmad dan Nasa’i dari Abu Musa, Sahih Al-Jami'(209)] .

Banyak lagi hadis-hadis yang melarang lelaki memakai pakaian sutera dan mengharuskan perempuan memakainya, di antaranya hadis daripada Saidina‘Ali Radhiallahu ‘anhu yang bermaksud:


"Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam memegang sutera di tangan kirinya dan emas di tangan kanannya. Baginda mengangkat keduanya lalu bersabda: "Sesungguhnya kedua-dua ini haram ke atas lelaki daripada umatku dan halal bagi perempuan daripada umatku."
[Hadis riwayat Ibnu Majah]

Adapun memakai sutera kerana dharurah seperti ketika musim sejuk atau panas atau selainnya, dan tiada pakaian lain selain sutera, maka harus dia memakai pakaian tersebut bahkan hendaklah dia memakainya bagi menutup aurat. (Al-Majmu‘, kitab Ash-Shalah, bab Ma Yukrah Lubshu Wa Ma La Yukrah: 4/380)


Hukum Lelaki Memakai Tali Leher Sutera


Tapi bila masuk bab tali leher, banyak pulak pendapatnya. Ada pendapat yang kata harus kalau sekadar tali leher sahaja yang diperbuat daripada sutera manakala pakaian yang lain (kemeja, seluar dan sebagainya) diperbuat dari kain biasa.




Ustaz Azhar Idrus dalam 1 video ceramahnya[3] kata kalau tali leher sahaja yang sutera, diharuskan sebab sikit sahaja yang dipakai.

Dan hadis daripada Suwaid bin Ghafalah,
"Sesungguhnya ‘Umar bin Al-Khattab berkhutbah di Jabiyah (bandar Syam) lalu berkata: "Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam melarang daripada memakai pakaian sutera melainkan pada kadar dua, tiga atau empat jari."
(Hadis riwayat Muslim)

Pakaian yang bercampur dengan sutera, menurut pendapat yang sahih dan masyhur adalah mengikut kadar timbangannya. Jika sedikit timbangan sutera itu, maka haruslah dipakai oleh lelaki, namun jika lebih banyak timbangan sutera itu berbanding dengan timbangan bahan yang lain itu, maka haram lelaki memakainya. Adapun jika sama timbangan antara keduanya, maka menurut pendapat yang shahih adalah harus dipakai oleh lelaki kerana ia bukan sutera[1]. Sebagaimana dalam hadis daripada Ibnu ‘Abbas katanya:

"Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melarang daripada pakaian sutera yang tulen. Adapun sujian daripada sutera dan jahitan pakaian maka tidak mengapa."
(Hadis riwayat Abu Daud)

Tapi SS Dr Mohd Asri Zainul Abidin, dalam 1 video ceramahnya[2] pula kata tak boleh berdasarkan pendapat umum lelaki tak boleh pakai sutera.

Jadi, terpulanglah nak ikut dan bersetuju dengan pandangan yang mana.

Tali leher berzip?



sambungan kisah tadi...

“yang ni pun ramai yang pakai bang” kata promoter tu sambil menunjukkan tie ‘readymade’ berzip. Lantas aku dan syafiq sama-sama tergelak.

“tapi kawan saya ni dah nak kahwin.” Tiba-tiba syafiq menyampuk.

“hoi! Apakes?” sergah aku. “aku kenduri pakai baju melayu la! bukan nak buat pakai masa kenduri pun! Untuk ofis ja!” 

“tak, macam ni...”jawab syafiq. “hang kena faham. Orang dah kahwin kena pakai tie yang kena lilit sendiri. Baru nanti bini hang boleh tolong lilitkan. Tak kan yang tu pun aku nak kena ajaq?”

“fuh! Genius!”





Sumber dan rujukan
1. Jabatan Mufti Brunei : [Soal Jawab Ibadah] Hukum Memakai Sutera Dan Yang Berkaitan Dengannya. dipetik dari https://www.facebook.com/notes/-koleksi-soal-jawab-agama-/soal-jawab-ibadah-hukum-memakai-sutera-dan-yang-berkaitan-dengannya/140610682635083/
2. video youtube : DR ASRI-Adakah Boleh Memakai Tali Leher SUTERA? dipetik dari https://youtu.be/NlVsKi1iljU
3. video youtube : Pakai 'Necktie' / Pakaian Bercampur Sutera - Ustaz Azhar Idrus. dipetik dari https://youtu.be/ZHDw7SE9EfU

18.7.17

Hukum hebahkan pertunangan


Korang mesti pernah dengar kan orang sebut yang rahsiakan pertunangan dan hebahkan perkahwinan? Tahu tak ianya datang dari satu hadis yang yang diriwayatkan oleh Ad-Dailami di dalam Musnad Al-Firdaus

أظهروا النكاح وأخفوا الخِطبة

Maksud : zahirkanlah pernikahan dan sembunyikanlah pertunangan

Status hadis : Dhaif. Sheikh Al-Albani telah menyebutkan sedemikian di dalam kitabnya Silsilah Ad-Dho’ifah(no 2494) dan Dho’if Al-Jami’ Al-Saghir(no 922).

Namun terdapat pula hadis lain riwayat Ahmad daripada Abdullah ibn Zubair RA yang menyebut iklankanlah pernikahan" tanpa menyebut pun: "Dan sembunyikanlah pertunangan." Dimana hadis ini dihassankan oleh Sheikh Al-Albani dalam kitabnya Irwa’ Al-Ghalil

Jadi, boleh atau tidak menghebahkan pertunangan?


Dalam hal ni, aku suka dengan pandangan Hilal Asyraf (langitilahi.com) yang berpendapat hukum tidak patut sebar pertunangan itu bukan qat'ie dan menganggap bahawa 'menghebahkan pertunangan' itu hukumnya harus. Tidaklah pula digalakkan, dan tidaklah pula jatuh kepada haram.(Hilal Asyraf, 2011)

Lagipun, merahsiakan pertunangan itu tidaklah sesuai untuk semua keadaan, malah perlu diberitahu jika ada yang bertanya. Hal ini adalah penting untuk mengelakkan kekeliruan ataupun salah faham. Mungkin pihak yang bertanya mempunyai tujuan untuk bertanya 'hajat' orang lain atau diri sendiri.

Pandangan yang menguatkan hebah pertunangan


fatwa daripada ahli majlsi fatwa Kuwait, Dr Ahmad Al-Hajji Al-Kurdi, yang menyatakan:
"Maka tidak ada halangan dalam mengisytiharkan pertunangan secara syarak, bahkan ianya adalah lebih utama(untuk diisytiharkan), kerana (hukum) asal bagi tiap-tiap sesuatu adalah harus, dan tidak datang nas yang menghalang (dari berbuat sedemikian)."
Rujukan: http://www.islamic-fatwa.com/fatawa/index.php?module=fatwa&id=4604

fatwa di laman Islamqa yang diketuai Sheikh Muhammad Salih Al-Munajjid:
"Mengenai perbuatan sebahagian kaum Muslimin yang mengiklankan pertunangan serta menzahirkan kegembiraan(dengan mengadakan majlis),serta perbuatan memberi hadiah, adalah merupakan adat yang harus pada asalnya,dan tidak diharamkan ia, melainkan perbuatan-perbuatan yang diberi petunjuk oleh syarak akan keharamannya."
Rujukan: http://www.islamqa.com/ar/ref/20069

Pandangan yang menguatkan rahsia pertunangan


Sebahagian ulama ada yang beranggapan sunat menyembunyikan pertunangan jika bimbangkan kejahatan hasad orang lain yang sudah tentu akan berusaha untuk menggagalkan pertunangan tersebut. Hal ini seperti yang dinyatakan di dalam Hasyiah al-‘Adawiy ‘Ala Syarh Mukhtasar Khalil 3/167 dari Mazhab Maliki.
Mereka menguatkan pendapat ini dengan hadis:

Mafhumnya: “Bantu-membantulah untuk menjayakan hajat-hajat dengan menyembunyikannya, kerana sesungguhnya setiap yang ada kemanfaatan itu didengki.” (HR al-Tabarani. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’, bilangan: 943.)

Namun hadis ini tidak khusus kepada pertunangan sahaja. Sebaliknya anjuran supaya menyembunyikan setiap perkara dari pengetahuan orang-orang yang dengki

Kesimpulannya…


Jadi, siapa yang nak hebahkan, silakan. Siapa yang nak diamkan, tak ada masalah. Masalahnya bila marah orang hebahkan berdasarkan hadis dhaif tersebut walhal hadis dhaif tidak boleh dijadikan hujjah. Nak amalkan untuk diri sendiri boleh. Nak buat hujjah kata kalau hebahkan tu haram, tak boleh.

Semuanya ikut keadaan dan situasi. Ada orang, dia perlu hebahkan pertunangannya. Takut ada orang lain mengorat, takut ada kawan pendam perasaan pada tunangnya lama sangat nanti sampai mereng bunuh diri ke apa ke bila tahu rupanya dia pendam perasaan lama-lama dekat tunang kawan dia, dan macam-macam lagi. 

Ada orang pula, dia rasa dia perlu sembunyikan pertunangannya, kerana takut tak jadi katanya. Takut orang dengki katanya. Baik, itu satu alasan yang baik. Tetapi itu tidaklah menukar hukum yang sebenar.

Akhirnya, terpulang kepada tuan punya tubuh untuk menilai keadaan diri sendiri. Kita lebih mengetahui situasi diri kita berada pada keadaan yang mana satu. sebar bagi siapa yang rasa keadaannya patut sebarkan. Sembunyikan, bagi sesiapa yang rasa keadaannya patut sembunyikan.

Yang penting, benda ini(sebar pertunangan) adalah muhtamalah(optional, pilihan). Wallahu a’lam

Sumber dan rujukan
1. Hilal Asyraf. (2011 Dec 19). Orang marah bila sebar(hebah) pertunangan. Status facebook. Dipetik dari https://www.facebook.com/HilalAsyrafOfficial/posts/321602457864205
2. Wan Muhd Ali. Betulkah Ada Hadis “Rahsiakan pertunangan, war-warkan perkahwinan”?. Cahayaislam.net. dipetik dari http://wanwma.com/agama/betulkah-ada-hadis-rahsiakan-pertunanganwar-warkan-perkahwinan/

11.7.17

Andai Jumpa Diri Berumur 12 Tahun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Andai Dapat Berjumpa Diri Sendiri Yang Berumur 12 Tahun


Tetiba aku ternampak satu persoalan kat laman 9gag yang agak menarik bagi aku. Persoalan yang simple tapi boleh bagi jawapan yang tak sama bagi setiap orang. Kalau korang boleh kembali ke masa lalu dan berjumpa dengan diri korang yang berumur 12 tahun, apa yang akan korang cakap kat budak tu?


Kalau boleh kembali ke masa lalu


Dan dari ruangan komen post tersebut, tak kurang juga jawapan-jawapan yang lawak. Biasa la, 9gag. Tapi bila aku cuba jawab jawab persoalan tu, aku rasa jawapan aku juga tak akan sama jika Tanya sekarang berbanding pada waktu-waktu yang lain.

Suka untuk aku bagitau siap-siap kat sini, soalan ni sekadar suka-suka je. Seronok-seronok cuba persoalan diri untuk cuba critical thinking. Tak melibatkan soal akidah. Kang tak pasal korang kata aku tak beriman dengan qada’ dan qadar’ Allah pulak.

Apa yang aku akan cakap?


kalau masa aku umur 17 tahun, mungkin jawapan aku adalah aku tak akan cakap apa-apa, Cuma aku akan bagi diari yang aku tulis sejak form 1 kat budak tu. Mesti menarik kan hidup aku, boleh predict apa yang akan berlaku kat aku setiap hari! Macam ada superpower! 


Tapi, kalau aku cuba jawab soalan ni masa aku berumur 24 tahun, aku rasa 1 je jawapan yang akan aku bagi. JANGAN AMBIK COURSE FARMASI! Sebab masa tu, penyesalan utama dalam hidup aku adalah dengan pilih untuk belajar farmasi lepas matrikulasi.


Gila tak menyesal. Dengan belajar susah nak paham, banyak nak kena hafal sedangkan otak aku otak logic dan kira-kira (sebab tu sampai sekarang mata pelajaran fevaret aku adalah fizik), tambah pulak sampai aku kena repeat paper dan tangguh waktu grad dari 4 tahun kepada 5 tahun.

Kalau tak percaya tengok sini  - 24 tahun : zaman gelap

Tapi, kalau Tanya sekarang, hari ini, apa jawapan aku? Kalau aku dapat kembali ke masa lalu dan berjumpa dengan diri aku yang berumur 12 tahun, AKU TAK AKAN CAKAP APA-APA KAT DIA. Atau sekurang-kurangnya tak akan mendedahkan apa-apa pun pasal masa depan.


Sebabnya? Setiap yang berlaku ada hikmah dia. Dulu masa aku umur 24 tahun tu, walaupun aku tau semua benda ada hikmah tapi sebab masa tu hikmah tersebut aku tak Nampak lagi. Contohnya, kalau aku tak ambik farmasi, kalau aku tak repeat, aku tak jumpa la tunang aku sekarang ni. Eh.. okbye..


jawapan korang?


Tapi sebelum tu, cuba korang pulak jawab soalan ni. kalau korang boleh kembali ke masa lalu dan berjumpa dengan diri korang yang berumur 12 tahun, apa yang korang akan cakap kat budak tu?

6.7.17

0 Hari mencari Cinta


Bagi yang selalu ikut perkembangan hashtag bilangan hari mencari cinta aku tu, mesti paham pasal entri ni. eh, ada ke? haha.. poyo lebih je aku nih. kalau tak ada yang follow pun tak pe, saja nak syok sendiri. kalau ada yang follow, I'm not sory for that, korang yang nak follow. aku tak paksa. hahaha..

Yang baru nak follow, dan nak tahu lebih lanjut berkenaan entri ini, kena rujuk dulu dengan entri lama aku bermula dengan :

1. 1092 Hari Mencari CintaRelated Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2. 728 Hari Mencari Cinta
3. 365 Hari mencari Cinta

tak ambik tahu pun tak pe. abaikan je entri ni. Its just a tiny bit part of my life yang aku nak kongsi kat blog aku ni. lagi pun, ada orang request, so, aku share jugak la. tak semua aku share kat ini, just enough for you guys.. eh, banyak plak campur2 manglish kali ni..


0 Hari mencari Cinta


Yup, plan aku lebih awal dari jangkaan. plan asal tahun depan baru start serius nak fikir pasal kahwin, tapi dah seruan tu sampai tahun ni. kita cuma mampu merancang je. kan? Tapi aku tak kahwin lagi la. Baru bertunang.

Dalam entri lepas aku ada sebut sebenarnya pasal benda ni, tapi beberapa je yang perasan dan komen pasal tu. hehehe.. Walaupun baru bertunang, tapi officially, kira aku dah tak 'mencari' la kan. Sebab dah jumpa, cuma belum sah je lagi. haha.



how would I know if she's the one? 





haha.. tak de la, aku gurau je...  ni bukan sebab utama. sebab utamanya adalah rahsia. hahaha.. like I said, aku cuma share just enough info for you guys.

stakat tu je kot. doa-doakan lah yer. nanti kenduri aku jemput khas buat bloggers.. hahaha..

InsyaAllah..


A post shared by Pha Is (@phais47) on