27.6.17

Salam Aidilfitri 2017


Dah hari raya yang ke-3 baru aku teringat nak tulis entri pasal hari raya. hahaha.. nampak sangat mood berblog aku dah semakin susut. Jadi, dikesempatan ini aku nak ucap selamat hari raya buat semua pembaca blog aku ni. Walaupun dah agak terlambat, tapi orang kata selagi syawal masih ada. kan!

Salam Aidilfitri 2017






Semoga dengan keberkatan Ramadhan
Agar dengan kemuliaan Syawal
Dapat menjadi mahar seorang hamba
Untuk Melamar cinta Tuhannya

Minal aidin wal faizin
Taqabbalallahu mina wa minkum
Salam aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin 

dari saya, Pha Is dan keluarga


macam mana dengan raya korang pada tahun ni? family aku agak kelam kabut jugak la untuk sambutan raya tahun ni sebab dalam family aku, ada dua beradik yang nak bertunang! selang sehari je jarak dia. Sorang raya ke-5, sorang lagi raya ke-6. nampak tak pening dia tu macam mana. hahahaha..

sapa yang bertunang? nanti aku cerita lain.. jeng jeng jeng...

Jom Mulakan Puasa 6


Sabda Nabi s.a.w:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ، كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

“Sesiapa yang berpuasa ramadhan, kemudian dia susulinya dengan enam hari dari Bulan Syawwal, maka ia bagaikan puasa sepanjang masa (tahun)” 
(Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah dll).

*hadis ini dianggap sahih oleh majoriti ilmuwan hadis. Walaupun Sa’d bin Said bin Qais mempunyai sedikit masalah, tetapi hadis ini ada mutaba’ah (jalur rawi yang lain) seperti Sofwan bin Sulaim dan selainnya. Maka hadis ini sahih dari segi ilmu hadis. (Dr. MAZA, 2015)

Dah habis puasa sebulan Ramadhan, jangan lupa pula puasa sunat 6 hari di bulan Syawal ni.. puasa sebulan boleh, tak kan 6 hari tak boleh, yer dok. Tapi aku ni pun nafsu makan kuat jugak. tak mula pun lagi puasa 6 ni. Dugaan banyak. hehehe..

Tak pe, kita cuba jugak berusaha untuk puasa 6 sama-sama, insyaAllah..





9.6.17

Komen di Sayat.me


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Baru-baru ni aku perasan semakin ramai guna dan share aplikasi Say At Me (sayat.me). So, aku ingat aku pun nak try la. Sekadar seronok-seronok dan nak dapat feed back dari korang tentang aku dan blog aku.

apa itu sayat.me?



Sayat.me ni 1 free servis untuk korang nak dapatkan feedback daripada orang lain dan feedback tu boleh dalam bentuk anonymous. So, orang tak takut nak bagi maklum balas kot-kot sebab malu atau sebab nak bagi komen yang negatif takut orang tu terasa.

So, basically dia macam 1 medium untuk bagi feedback. Kat sini, korang boleh tulis dan komen je apa yang korang nak kata kat aku. Korang boleh bagi maklum balas secara anonymously. So, nak bagi maklum balas yang positif pun boleh yang negatif pun boleh.

tapi aku rasa medium ni macam tak beberapa best sangat tak macam ada satu lagi aplikasi lain (aku tak ingat dah nama dia) yang kat situ, korang boleh tanya soalan anonymously. yang tu baru menarik.

Mohon Bagi Feedback Kat Aku


Jadi di kesempatan ini kalau korang sudi, boleh la bagi feedback apa-apa sahaja kat aku. aku tak kisah. Saja je seronok-seronok. hehehe..  bagi feedback kat sini please : http://sayat.me/phais47