Thursday, April 13, 2017

Review | Fast and Furious 8


Jarang sebenarnya aku nak review filem dalam blog. Hmm.. rasanya macam tak pernah kot untuk filem-filem baru. Tapi kali ni sebab aku teruja sangat lepas tengok filem fast 8, so nak review jugak filem The Fate of the Furious ni.

Review | The Fate of the Furious


Synopsis

Ah, malas nak cerita synopsis. Takut nanti kalau aku tulis synopsis sendiri, jadi spoiler plak. So, kalau nak tau synopsis, pi gugel dekat wiki. Hahaha..

Plot

Plot mantap, dengan penggunaan teknik suspend yang buat korang tertanya-tanya kenapa Dominic Toretto berpaling tadah. Suspend wei! Dom kan jenis orang yang pentingkan family, kenapa dia nak betray family dia? Apa yang lebih penting dari family?

Start je cerita fast 8 ni, dia ada intro sikit. Dia race kat Cuba. Race ni agak style. Lain dari yang lain. Intro je dah gempak seyh, mau aku tak excited!

Aksi

Mantap! Walaupun tak logic, walaupun melawan hokum fizik, tapi style! Ah, kisah apa kan pasal logic.orang datang tengok cerita ni nak enjoy je. So, memang power la. Sehinggakan ada beberapa scene yang membuatkan penonton 1 panggung tepuk tangan!

Komedi


Aku rasa penambah baikan yang ketara dalam The fate of the Furious ni berbanding franchise Fast  and Furious yang lain, adalah penambahan komedi yang lebih banyak dan lebih segar. Serius, panggung wayang tak senyap dari gelak tawa penonton, terutamanya lawak dari Roman Pearce lakonan Tyrese Gibson. The Rock pun boleh tahan lawak dia.

CGI

Aku rasa CGI dia not bad la, hampir sama level dengan filem-filem keluaran marvel Studio. Cuma tak prefect sangat la, contoh macam dalam trailer yang kereta semua tetiba jadi zombie bergerak sendiri sebab kena hack. Kat situ je la yang aku Nampak CGI boleh diperbaiki. Part lain, mantap.

Hand-in-hand combat


Kat sini aku ada perasan 1 kelebihan cerita ni yang sangat style. Dari segi perlawanan dan pergaduhan dalam cerita ni, terutamanya dari Luke Hobbs lakonan Dwayne “The Rock” Johnson  dan Ian Shaw lakonan Jason Statham.

Setiap style dan gaya perlawanan yang diorang pakai memang sangat sesuai dan selari dengan watak dan perwaatakan yang dibawa. Han-in-hand combat style yang personalized untuk watak yang berbeza.

Kelemahan

Of course tak ada benda yang sempurna dalam dunai ni. Bagi filem aksi ni, antara kelemahan yang aku Nampak adalah ada banyak kelompongan dalam plot (plot holes). Banyak benda yang boleh diragui dalam plot cerita ni.

Tapi kalau korang sekadar nak tengok sekadar nak layan seronok-seronok, worth it!

Rating

Secara total, aku bagi 9/10..
best sampai tahap, malam ni aku nak pi tengok lagi sekali dengan member ofis plak.. hahaha


Korang dah tengok? Ce bagi rating/review korang…


22 comments:

  1. tak tengok lagi,bila baca review ni rasa macam nak teengok je,,hemmm tapi kan ....ahhrhhh biarlah ayat tu tergantung,ok bye,

    ReplyDelete
  2. Wow! dah ada orang buat review pasal FF8. Congrats pha is.. So, confirm saya nak gi terjah panggung ni.. FF is my favourite movie, tak pernah lagi miss

    ReplyDelete
  3. Memang ramai yang suka menonton filem fast and furious tu baru blh ia menggambar sampai episod 8 masih dpt sambutan yg hebat.

    Justunique

    ReplyDelete
  4. tak prefect ??? ada ea pengawas.... *larikkkk*

    ReplyDelete
  5. tiket book minggu depan sebab minggu ni semuanya depan panggung.. tak larat panggung kepala oiii

    ReplyDelete
  6. Jason Statham memang dah terkenal cara fight menarik dari filem the transporter...

    the rock pun mantap

    ReplyDelete
  7. ini yang buat terasa nak pi tengok...tapi...bila la agaknya nak pi tengok hehehe

    ReplyDelete
  8. Belum tengok lagi tapi bakal nak pergi tengok weekend ni. hehe

    ReplyDelete
  9. Mesti menarik filem ni ditoonton

    ReplyDelete
  10. Wowwww lama x datang sini blog berwajah baru..lawo!

    ReplyDelete
  11. FIlem ni x pernah mengecewakan dari fnf 1 until 8..boleh naik kan hidranalin ehh betul ke sebutan tu

    ReplyDelete
  12. first time baca pha is reeview movie :)

    ReplyDelete
  13. Menarik baca review ni.. mmg kena cari masalah nak menonton wayang.... best :)

    ReplyDelete
  14. teringin nak tengok tapi anak2 nak tinggal mana. kena ambik cuti time hari bekerja la gamaknya kalau nak layan wayang yang bukan cerita kartun ni sobsssss

    ReplyDelete
  15. Mai memang ikut dari furious 1 , hahahaha. rasa kamceng je ngan toretto tu, muahahaha :P

    ReplyDelete