26.4.17

SAWI AJAIB by drAmmar


Marah tak? Andai kata saya borong sayur sawi dengan kuantiti yang banyak. Saya repack kan semula dalam seikat dua untuk satu pack yang fancy sedikit demi menarik perhatian pembeli

Kemudian saya claim sawi saya boleh:
● Menyembuhkan kencing manis
● Mengawal darah tinggi
● Mencegah kanser
● Menghalau sihir
● Merawat mati pucuk
● Meningkatkan tenaga demi mengeratkan hubungan suami isteri

Dan saya quote rujukan kajian saya dari:
● Kajian sawi keatas BINATANG. Saya ulang, BINATANG
● Artikel dari Majalah Mastik*
● Keratan Akhbar Harian Metr*

Dan saya buktikan 'keberkesanan' sawi saya dengan:
● Testimoni whatsapp yang saya reka sendiri dari aplikasi 'perbualan palsu' yang percuma.
● Testimoni dari mereka-mereka yang saya bayar

Saya pasarkan atas nama
SAWI AJAIB by drAmmar

Saya jual produk saya dalam RM280, dan saya berikan diskaun sebanyak 23%, saya promote di lazada.
Harga promosi saya adalah: RM215 sahaja!
Murah bukan?

TAK MURAH.
Percaya atau tidak, banyak produk yang dah ada di pasaran yang serupa dengan sawi saya.
Kalau tuan-tuan dan puan-puan tidak berasa marah juga dengan penipuan sebegini, saya betul-betul khuatir dengan masa depan kita semua.

Kita perang sampai rebah
#jauhiprodukpenipu
#jauhiproduktakberdaftar
#jauhiprodukmencurigakan


-AMMAR KAMAR
Pegawai Farmasi.

p/s : kenyataan ini dipetik dari status FB Ammar Kamar, seorang pegawai farmasi yang juga merupakan senior kat U aku dulu.  

19.4.17

WW #150 | Alone Time


salam wordless wednesday..

tak semua orang yang menyendiri itu kesunyian. kadang-kadang kita perlu bersendiri tanpa sesiapa disisi. bukan kerana kesunyian, tapi sebab kadang-kadang, kita perlu luangkan masa bersendiri untuk menjadi diri sendiri.

sesetengah orang bila menyendiri suka travel, shoping, membaca, menonton cerita. Tapi ada juga yang memilih untuk hanya makan, dan tidur.

aku cuma ride solo. untuk cerita penuh : Ride solo Fraser Hill

apa yang korang buat bila bersendiri?


17.4.17

Jimat Dengan KFC Value Treats


suatu tengah hari yang panas terik, tetiba kawan aku tanya nak makan kat mana. lantas aku pun jawab, "kau tau tak, kadang-kadang tengah hari panas-panas macam ni bila aku lapar, aku akan cari KFC."

"kenapa KFC?"

"sebab tengah-tengah hari yang panas macam tu, best kalau dapat tempat makan yang ada aircond!" jawab aku lagi.

"amboi, kaya hang pha is!"respond kawan aku 

"kaya apanya? hang tau tak KFC sekarang ada value treats dengan harga serendah RM3.90 je! aku makan nasi kandaq pun dah nak dekat RM10 tau! dah la tempat panas tak dak aircond" jawab aku.


"uih, mana hang tau?" soal kawan aku kembali, tak percaya.

"sebab hari tu 31 Mac aku ada pergi KFC Value Treats Fans party. Siap jumpa Aizat Amdan lagi. hahaha"


KFC Values Treat Fan party



Baru-baru ni KFC Value treats ada memperkenalkan hidangan baru. aku dah try, memang sedap, as always. Murah je wei! harga serendah RM3.90 hingga RM5.90!

KFC value treats
kecil, comel, jimat, dan mengenyangkan!

kalau nak makan ringan-ringan sambil sembang-sembang lepak-lepak, boleh try Zinger Slider bersama sos ‘island’ terbaharu, Salsa Roller dan Zinger Mushroom Soup.

Zinger Slider
Salsa Roller (my feveret)
zinger mushroom soup

kalau lapar nak yang berat dan mengenyangkan boleh try shoyuken Rice Bowl yang diinspirasikan dari hidangan Jepun dan Loaded Potato Bowl.

Shoyuken Rice Bowl
Loaded Potato Bowl


Kat sana dapat la jugak aku jumpa Aizat Amdan face to face. selama ni tengok kat tibi je. hahaha.. Aizat pesan kat blogger yang hadir supanya jangan mencarut dalam penulisan kat blog. apakes? hahahaha....

dapat dengar 3 lagu live dari Aizat


selain tu, dapat jugak aku berjumpa fast to fast (bak kata budak wicet) dengan blogger otai Khir Khalid. kenal beliau ni dah lama dah, sejak awal penubuhan blog budak pening ni lagi. akhirnya, dapat jugak jumpa. thanks to KFC.. hahaha..

Pha Is dan Khir Khalid


KFC Value Treats


Penghargaan terima kasih buat KFC atas undangan ke KFC Value Treats Fans Party yang happening baru-baru ni. Hidangan KFC pun memang tidak pernah menghampakan... sedap, jimat dan berbaloi. Kini korang boleh nikmati KFC Value Treats di semua rangkaian KFC seluruh Malaysia.

Untuk info lanjut, boleh layari di https://kfc.com.my/promotions/value-treats atau layari website dan media sosial KFC kat bawah ni.

Website: www.kfc.com.my
Ig: www.instagram.com/kfcmalaysia/
Fb: www.facebook.com/KFCMalaysia


13.4.17

Review | Fast and Furious 8


Jarang sebenarnya aku nak review filem dalam blog. Hmm.. rasanya macam tak pernah kot untuk filem-filem baru. Tapi kali ni sebab aku teruja sangat lepas tengok filem fast 8, so nak review jugak filem The Fate of the Furious ni.

Review | The Fate of the Furious


Synopsis

Ah, malas nak cerita synopsis. Takut nanti kalau aku tulis synopsis sendiri, jadi spoiler plak. So, kalau nak tau synopsis, pi gugel dekat wiki. Hahaha..

Plot

Plot mantap, dengan penggunaan teknik suspend yang buat korang tertanya-tanya kenapa Dominic Toretto berpaling tadah. Suspend wei! Dom kan jenis orang yang pentingkan family, kenapa dia nak betray family dia? Apa yang lebih penting dari family?

Start je cerita fast 8 ni, dia ada intro sikit. Dia race kat Cuba. Race ni agak style. Lain dari yang lain. Intro je dah gempak seyh, mau aku tak excited!

Aksi

Mantap! Walaupun tak logic, walaupun melawan hokum fizik, tapi style! Ah, kisah apa kan pasal logic.orang datang tengok cerita ni nak enjoy je. So, memang power la. Sehinggakan ada beberapa scene yang membuatkan penonton 1 panggung tepuk tangan!

Komedi


Aku rasa penambah baikan yang ketara dalam The fate of the Furious ni berbanding franchise Fast  and Furious yang lain, adalah penambahan komedi yang lebih banyak dan lebih segar. Serius, panggung wayang tak senyap dari gelak tawa penonton, terutamanya lawak dari Roman Pearce lakonan Tyrese Gibson. The Rock pun boleh tahan lawak dia.

CGI

Aku rasa CGI dia not bad la, hampir sama level dengan filem-filem keluaran marvel Studio. Cuma tak prefect sangat la, contoh macam dalam trailer yang kereta semua tetiba jadi zombie bergerak sendiri sebab kena hack. Kat situ je la yang aku Nampak CGI boleh diperbaiki. Part lain, mantap.

Hand-in-hand combat


Kat sini aku ada perasan 1 kelebihan cerita ni yang sangat style. Dari segi perlawanan dan pergaduhan dalam cerita ni, terutamanya dari Luke Hobbs lakonan Dwayne “The Rock” Johnson  dan Ian Shaw lakonan Jason Statham.

Setiap style dan gaya perlawanan yang diorang pakai memang sangat sesuai dan selari dengan watak dan perwaatakan yang dibawa. Han-in-hand combat style yang personalized untuk watak yang berbeza.

Kelemahan

Of course tak ada benda yang sempurna dalam dunai ni. Bagi filem aksi ni, antara kelemahan yang aku Nampak adalah ada banyak kelompongan dalam plot (plot holes). Banyak benda yang boleh diragui dalam plot cerita ni.

Tapi kalau korang sekadar nak tengok sekadar nak layan seronok-seronok, worth it!

Rating

Secara total, aku bagi 9/10..
best sampai tahap, malam ni aku nak pi tengok lagi sekali dengan member ofis plak.. hahaha


Korang dah tengok? Ce bagi rating/review korang…


5.4.17

WW #149 | Don't Break Someone's Heart


salam wordless Wednesday. Jangan patahkan hati seseorang. kesian dia, sebab dia cuma ada 1 je hati. kalau dah patah hati, habis lah. so, be consider, jangan patahkan hati. patahkan tulang dia.! muahahahaha!!!

3.4.17

Jalan Kehidupan


Baru-baru ni aku buat ekspedisi ride moto secara solo dengan #GadisBertudungBiru selama 3 hari 2 malam dalam Misi Tawan Tanah Tinggi. Antara kawasan tanah tinggi yang berjaya aku singgah ride antaranya Genting Highland, Bukit Tinggi, Fraser Hill, dan Cameron Highland, melalui jalan-jalan kampung dan lereng bukit sejauh 1480 kilometer.

Jalan Kehidupan


hari pertama
bukit tinggi dan genting highland

Ride tu Ride jugak. Tapi ride tak akan bermakna kalau sekadar ride. Macam yang pernah aku cakap dalam entri Melancong Vs Melencong, kalau niat kita betul, jalan-jalan makan angin boleh dapat pahala tau! Baca entri tersebut untuk keterangan lanjut.

Dan Ibrah (pengajaran) dari ride kali ni, aku terfikir bila tengah sedap seronok "layan koner", aku rasa jalan raya dan jalan kehidupan ni tak jauh berbeda. Karena jalan raya yang lurus tanpa bengkang bengkok, tak ada feel bila aku ride jalan tu. Macam tu jugak la dengan jalan kehidupan.

hari kedua
fraser hill

Jalan yang tak ada liku-liku hidup mesti tak ada feel. Dah kalau semua yang kita hajat kita dapat, semua yang kita plan menjadi tanpa halangan, apa makna hidup? Hidup perlukan dugaan dan cobaan. seperti mana jalan perlukan kona! baru boleh layan koner!

Itu apa yang aku terfikir la masa tengah syok layan koner hari tu. hahaha...

Jalan Yang Lurus


hari ketiga
cameron highland

Tapi tak semua jalan kena ada bengkang bengkok. Macam mana pun kena ada 1 jalan yang mesti lurus! Iaitu Highway! baru boleh kejar top speed. hahaha..

Dan dalam kehidupan, jalan tersebut adalah jalan dalam beragama!


Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

(Al-Faatihah 1:6-7)