Skip to main content

Kenangan 2016


Kenangan 2016 


kalau awal tahun lepas aku ada buat entri bertajuk Kenangan 2015, maka tahun ni aku nak buat pulak entri mengimbau kenangan sepanjang tahun 2016. lets cekidaut.

1. Gadis Bertudung Biru


Alhamdulillah, awal tahun 2016 aku diserikan dengan kehadiran #GadisBertudungBiru mengisi kekosongan lubuk hati aku yang telah sepi sekian lama. Sejak itu, hidup aku yang selama ini kelam terbungkam kini ternyata lebih cerah ceria dan bermakna dengan kehadiran Gadis Bertudung Biru di sisi.

kalau nak lihat iras wajah jelita si Gadis Bertudung Biru yang telah sekian lama menambat hatiku, boleh lihat entri penuh disini :  Akhirnya, kau milikku Gadis Bertudung Biru

2. 728 Hari Mencari Cinta



hmm.. kesinambungan dari tahun 2015 aku dengan #1092HariMencariCinta, maka sepanjang tahun 2016 aku disulami pula dengan #728HariMencariCinta. Hmm.. I know.. It's poyo.. hahahaha.. sekadar peringatan diri untuk target nak kahwin lagi 2 tahun. tu je point dia sebenarnya.

3. Ride



tahun ni ada la jugak aku ride jalan-jalan dengan Gadis Bertudung biru aku tu. bermula pada cuti raya Aidil fitri aku ride beraya di kelantan. kisah penuh di entri Jelajah Raya 2016. Selepas tu bulan 10 aku ride ke Genting Highland pulak. ride dengan member dalam entri Ride ke Genting Highland : Z800 vs R25


sempat jugak aku ride ke Shah Alam semata nak merasa Nasi Lemak Anak Dara (Antara Nasi Lemak Anak Dara dan Gadis Bertudung Biru) dan pusing-pusing tempat tarikan pelancong di sekitar Kuala Lumpur dalam Roda-Roda Kuala Lumpur

4. Posting Tempat Kerja Baru


mulai julai tahun 2016 jugak la, aku dah tak kerja lagi dalam Hospital. dah keluar dari environment ke-hospital-an. hahaha.. sekarang aku dah bekerja di bahagian perkhidmatan farmasi bersama jabatan kesihatan negeri pulau pinang. kerja pejabat!

sempena tahun baru ni belanja selfie sikit. heheh

Alhamdulillah, aku dapat penempatan 1st choice aku dalam pilihan tempat posting. memang aku kalau boleh dah tak nak kerja dalam hospital yang sangat stress yang amat. syukur giler aku dapat posting kat tempat kerja baru ni. dengan rakan sekerja yang semua best-best, memang best la!

so, keseluruhannya tahun 2016 ni antara tahun yang best buat aku. Alhamdulillah..  

apa kenangan 2016 korang?

Comments

  1. jelita nya gadis bertudung biru....

    ReplyDelete
  2. welcome 2017. selamat datang azam baru, atau yang sbnr2 nyer, azam 2016 yg telah diperbaharui. huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya x banyak azam pun.. ada 1 je.. tahun lepas #728HariMencariCinta, dan tahun ni #365HariMencariCinta.. heheh

      Delete
  3. Selamat Tahun Baru 2017 Pha Is.. semoga sentiasa ceria dan sukses... aamiin.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat tahun baru..
      amiin..
      smoga KK juga sentiasa ceria dan suksess..

      Delete
  4. Tak kesahlah tuan apa2 kenangan. Kenangan motor sikal ke. Kenangan pesakit ke. Kenangan tetap kenangan. Kenangan ni menjadi sangat manis apabila tak ada lagi dia di sisi.

    Selamat tahun baru tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  5. Bubur 2016.. semoga semuanya terbaik untuk 2017..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak.. tertypo lak.. Buhbye sebenarnya..๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

      Delete
    2. buhbye..? hahaha.. bye2 la ni..

      Delete
    3. macam budak wicet la plak.. heheheh

      Delete
  6. samalah kisah yang last tu, kerja di tempat yang lain. :D Selamat tahun baru.

    ReplyDelete
  7. Selamat tahun baru phais...wah sudah kerja 9-5 oklah tu..moga sukses seterusnya bertemankan gadis bertudung biru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 9-5? 9am-5pm waktu bekerja ke..? eh, mana ada.. 8am-5pm la.. hehee

      Delete
  8. Kenangan tahun 2016.. Sedikit sebanyak reen dapat baca ttg blog Phais.. :D

    ReplyDelete
  9. wah dah posting tempat baru...moga 2017 lebih baik dr 2016...Amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiin.. smoha rietta pun macam tu juga..

      Delete
  10. Alhamdulillah banyak achievement untuk tahun 2016 tu bro.. moga tahun ni lebih baik.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. moga IY pun macam tu juga..

      Delete
  11. Replies
    1. selamat tahun baru rama2 pendek.. hehee

      Delete
  12. Selamat Tahun Baru. Moga tahun ini lebih baikk dari sebelumnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat tahun baru.. amiin.. smoga inani hazwani pun begitu juga..

      Delete
  13. owhhh.. pha is dah x kerja sepital.. hehe.. Happy new year pha is. Semoga tahun ni lebih memberi tuah..

    ReplyDelete
  14. Tahniah tahun 2016...tahun yang baik untuk kerjaya anda.

    ReplyDelete
  15. semoga segala yg baik2 berlaku di thn 2017 ni

    ReplyDelete
  16. owke, gud luck utk 2017 pulak ye..pray 4 me too nk dpt keja yg enjoy n xstress,,huhu..

    ReplyDelete
  17. kenangan manis..alhamdulillah...gud luck for #728hari mencari cinta

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi tahun ni dah start #365HarimencariCinta.. hehehe

      Delete
  18. hahahaha perghhh pha is dh semakin maju.. kipidap

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Cara Lapor Penipuan Astro

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Review | Tayar Nankang Rodiac Sportiac

Gaji Ahli Farmasi