Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

Jimat Dengan KFC Value Treats

suatu tengah hari yang panas terik, tetiba kawan aku tanya nak makan kat mana. lantas aku pun jawab, "kau tau tak, kadang-kadang tengah hari panas-panas macam ni bila aku lapar, aku akan cari KFC."

"kenapa KFC?"
"sebab tengah-tengah hari yang panas macam tu, best kalau dapat tempat makan yang ada aircond!" jawab aku lagi.

"amboi, kaya hang pha is!"respond kawan aku 
"kaya apanya? hang tau tak KFC sekarang ada value treats dengan harga serendah RM3.90 je! aku makan nasi kandaq pun dah nak dekat RM10 tau! dah la tempat panas tak dak aircond" jawab aku.


"uih, mana hang tau?" soal kawan aku kembali, tak percaya.
"sebab hari tu 31 Mac aku ada pergi KFC Value Treats Fans party. Siap jumpa Aizat Amdan lagi. hahaha"
KFC Values Treat Fan party

Baru-baru ni KFC Value treats ada memperkenalkan hidangan baru. aku dah try, memang sedap, as always. Murah je wei! harga serendah RM3.90 hingga RM5.90!

kalau nak makan ringan-ringan s…

Review | Fast and Furious 8

Jarang sebenarnya aku nak review filem dalam blog. Hmm.. rasanya macam tak pernah kot untuk filem-filem baru. Tapi kali ni sebab aku teruja sangat lepas tengok filem fast 8, so nak review jugak filem The Fate of the Furious ni.

Review | The Fate of the Furious
Synopsis

Ah, malas nak cerita synopsis. Takut nanti kalau aku tulis synopsis sendiri, jadi spoiler plak. So, kalau nak tau synopsis, pi gugel dekat wiki. Hahaha..

Plot

Plot mantap, dengan penggunaan teknik suspend yang buat korang tertanya-tanya kenapa Dominic Toretto berpaling tadah. Suspend wei! Dom kan jenis orang yang pentingkan family, kenapa dia nak betray family dia? Apa yang lebih penting dari family?

Start je cerita fast 8 ni, dia ada intro sikit. Dia race kat Cuba. Race ni agak style. Lain dari yang lain. Intro je dah gempak seyh, mau aku tak excited!

Aksi

Mantap! Walaupun tak logic, walaupun melawan hokum fizik, tapi style! Ah, kisah apa kan pasal logic.orang datang tengok cerita ni nak enjoy je. So, memang power la. Se…

WW #149 | Don't Break Someone's Heart

salam wordless Wednesday. Jangan patahkan hati seseorang. kesian dia, sebab dia cuma ada 1 je hati. kalau dah patah hati, habis lah. so, be consider, jangan patahkan hati. patahkan tulang dia.! muahahahaha!!!

Jalan Kehidupan

Baru-baru ni aku buat ekspedisi ride moto secara solo dengan #GadisBertudungBiru selama 3 hari 2 malam dalam Misi Tawan Tanah Tinggi. Antara kawasan tanah tinggi yang berjaya aku singgah ride antaranya Genting Highland, Bukit Tinggi, Fraser Hill, dan Cameron Highland, melalui jalan-jalan kampung dan lereng bukit sejauh 1480 kilometer.

Jalan Kehidupan

Ride tu Ride jugak. Tapi ride tak akan bermakna kalau sekadar ride. Macam yang pernah aku cakap dalam entri Melancong Vs Melencong, kalau niat kita betul, jalan-jalan makan angin boleh dapat pahala tau! Baca entri tersebut untuk keterangan lanjut.

Dan Ibrah (pengajaran) dari ride kali ni, aku terfikir bila tengah sedap seronok "layan koner", aku rasa jalan raya dan jalan kehidupan ni tak jauh berbeda. Karena jalan raya yang lurus tanpa bengkang bengkok, tak ada feel bila aku ride jalan tu. Macam tu jugak la dengan jalan kehidupan.


Jalan yang tak ada liku-liku hidup mesti tak ada feel. Dah kalau semua yang kita hajat kita dapat,…

27 Tahun Hidup

Baru baru ni tanggal 26 mac sebenarnya dah cukup umur aku 27 tahun kalau ikut kalender masihi. dah tua dah. hahaha.. so, hepy besday to me!

27 Tahun Hidup

saja aku hide tarikh besday aku kat facebook. nak tengok siapa yang betul-betul care. hahaha.. poyo betol. tak de la. niat asal aku sebab bila usia semakin meningkat ni, aku rasa tarikh besday ni macam sesuatu yang tak ada makna apa-apa, terutamanya kat facebook.

hari tu la penuh wall kau dengan wish besday yang selama ini tak pernah tegur pun. malah ada yang tak kenal pun. hahaha.. aku tau ada sesetengah wish tu memang datang dari hati orang yang wish, tapi aku rasa ada sesetengah tu cuma wish sekadar tulisan tak bermakna.



itu apa yang aku rasa la masa aku tak private-kan tarikh besday aku tu. masa ni la kita dapat tau sapa yang betul-betul ingat tanpa reminder dari facebook.


Well hello.. Suara baru.. #gadisbertudungbiru .. Setelah lebih dari 4 jam buat operation... A post shared by Pha Is (@phais47) on Mar 24, 2017 at 3:07am PDT h…

Kenapa nak try ex kepada kawan sendiri?

okay, entri ni sebenarnya berkenaan tweet yang aku quote berkenaan ex-kepada member. aku quote tweet kat bawah ni sebab aku rasa macam ianya satu fakta. Sebab aku sendiri pernah rasa benda yang sama.



well, tapi aku ni tak pernah pun sailang mana-mana ex member aku. Cuma sekadar bergurau je bila aku tanya member aku tu. Tak ada niat pun nak try. hehehe.. tapi crush tu ada sikit

But then seorang kawan perempuan aku tanya aku, kanapa lelaki kalau kawan dia baru lepas clash, dia nak try perempuan (ex kepada member dia) tu, tak macam perempuan kalau kawan perempuan diorang clash, semua kawan diorang akan benci lelaki tu.


hmm.. aku rasa benda ni ada sebab kenapa kes lelaki tak sama dengan kes perempuan. aku nak terangkan kat kawan aku tu kat twitter pun, panjang jawapan dia. dah la twitter kedekut perkataan nak tulis. hahaha..

so, aku terang kat blog je la.. tak ada limit huruf. baru puas hati! haha..

Kenapa nak try ex kepada kawan sendiri?
sebanya, lelaki ni dia kenal sangat member dia. ma…

Mengalirnya Air

Dalam tenang air disangka
Buaya ganas menanti mangsa

Bulat air dalam bentungan
Muafakat manusia mengambil pedoman

Cincang air cincang saudara
Selamanya takkan terputus jua

Saat tekak haus dahaga
Saat badan bau terasa
Saat kotor masih tersisa
Air juga dicari punca

Api marak air pemadam
Pokok layu air disiram

Dimana duduk ikut acuan
Dimana mengalir ikut arus
Takkan air mudik kehulu
Takkan air terbang ke langit
Tertib ikut aliran
Patuh hukum Tuhan

Berlembut seperti air
Dicincang tak putus
Dibakar tak hangus

Berjuang seperti air
Selembut air mengalir
Tanah degil bisa dihakis
Sekecil titikan menimpa
Akhirnya batu berlubang jua

-Pha Is
19 Mac 2017




p/s : hari ini dan esok berkurus berkursus

WW#148 | Move On Please

move on....
follow instagram BloggerUtara untuk quote2 inspirasi setiap hari!

Hiking Kinabalu part 3 | Itinerary

Hiking Kinabalu part 3 | Itinerary 
Previously >>Hiking Kinabalu part 2 | Kelengkapan hiking

So, kalau sebelum ni kita sembang pasal bajet dan kelengkapan, kali ni kita sembang pasal itinerary dan perjalanan sepanjang hiking Kinabalu kami baru-baru ni.

Kami ambik pakej 3 hari 2 malam. Pakej ni aku rasa cun-cun je. Tak kalut sangat, tak rilex sangat. Hari 1st, korang Cuma daftar je, tak buat apa-apa lagi. Mula mendaki gunung kinabalu ni lepas hari kedua dan ketiga. Turun sekerat hari je.

Basically, tempoh pendakian adalah :

Mendaki : 6 jam + 3 jam
Turun : 1 jam setengah + 3 jam

(dua sesi sebab rehat di Laban Rata, kira-kira km ke-6 pendakian dari total hampir 9km trail.)

Tapi, ikut orang jugak. Yang stamina kuat, cepat je ambik masa. Yang slow macam aku ni, naik mula-mula tu yang sepatutnya 6 jam dah ambik masa 7 jam. Tapi, turun yang 3 jam aku ambik masa 2 jam 40 minit. Berlari!

Itinerary pendakian
Kat bawah ni Itinerary penuh sepanjang pendakian kami

Day 1

10am - bertolak dari …

Segmen "Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket"

sejak dua menjak ni, malas pulak nak tulis entri.. nasib baik sifu blogspot ada buat segmen. boleh jugak join Segmen "Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket" ni. senang je. jom sama-sama memeriahkan segmen ni!
Segmen "Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket"
klik baner untuk join sebelum 10 Mac 2017
selama ni aku ingat naik moto je ada istilah "meroket". rupanya dalam blog pun ada jugak penggunaan istilah meroket ni. maklumlah, sifu blogspot.. mesti la beliau terrer bab blog. aku pandai meroket naik moto je..
istilah "meroket" dalam dunia motosikal.
Syarat-syarat Segmen "Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket"
syarat-syarat dia pun simple je. tak banyak, ada 6 je. 
1. Peserta mesti ada blog.
2. Peserta diwajibkan untuk buat satu post ringkas dengan meletakkan banner segmen ini dalam post berkenaan. Banner tersebut mesti link ke blog/post ini.
3. Dalam post tersebut, sila letakkan satu URL blog post anda yang anda mahukan trafik merok…

Hiking Kinabalu part 2 | Kelengkapan hiking

Hiking Kinabalu part 2 | Kelengkapan hiking
Previously > Hiking Kinabalu Part 1 | Bajet

Sila rujuk entri sebelumnya, Hiking Kinabalu Part 1 | Bajet untuk berita penuh. sory aku terpaksa nak kena bahagi beberap part sebab kalau nak lumsum dalam 1 entri, panjang sangat.

Okay, back to the topic, kelengkapan hiking kinabalu ni sebenarnya bergantung kepada individu. Ada yang perlukan semua ni, ada yang kalau tak ada pun, boleh hidup. Tengok sama ada korang ni jenis tahan sejuk atau tak, atau korang jenis yang prepare the worst atau jenis yang simplest.
Kelengkapan hiking
So, list aku ni tak valid untuk semua orang. Ikut diri masing-masing. Antara kelengkapan yang kena sediakan termasuklah.


Headlamp
wajib sebab hari ke-3 korang sambung pendakian pukul 2 pagi

Penutup muka / scarf
aku bawak topeng orang mesin rumput tu. macam penyangak pun ada. aku beli kat Mr D.I.Y

scarf leher
aku tak bawak pun.

T-shirt
aku bawak dan pakai 1 je. Tapi aku pakai lengan panjang siap-siap. Kalau tak tahan sejuk,…

Review | Tayar Nankang Rodiac Sportiac

Review | Tayar Nankang Rodiac Sportiac
Seperti yang dijanjikan dalam entri Review | Tayar Bridgestone Battlax S20 Evo, kali ni setelah aku habis lenjan guna tayar Bridgestone Battlax S20 Evo, aku tukar try tayar Nankang pulak. Tayar belakang aku pakai Nankang Roadiac WF-1 160/60ZR17 (sport touring) dan tayar depan aku pakai Nankang Sportiac WF-2 120/60ZR17 (hyper sport).


Harga
Kat bawah ni detail berkenaan proses penukaran tayar nankang ni:

Harga : RM 820.00 (depan belakang siap pasang dan balancing)
Kedai : Bertam Moto Gear (Pak Din)
Alamat : 73, Jalan Dagangan 4, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia
Coordinate : 5.516194, 100.448690

Antara sebab kenapa aku tukar  tayar kat sini adalah kerana masa tu aku dah desperate nak tukar tayar sebab memang dah botak teruk dah tayar lama aku. (rujuk entri review battlax kat link atas tu) Tak sempat nak survey kedai mana dah. Dan kedai ni dibuka sampai malam! Petang aku kerja tak ada masa.

So kali ni memang aku tak survey banyak pasal ta…

Hiking Kinabalu Part 1 | Bajet

Hiking Kinabalu Part 1 | Bajet
Seperti yang dijanjikan dalam entri Hiking : Gunung Baling, kali ni aku nak share pulak pengalaman aku hiking gunung tertinggi di Malaysia, Gunung Kinabalu. Sory sebab aku terpaksa buat banyak part sebab panjang sangat. So, part 1 ni kita bincang bab bajet duit dan kos je dulu. yang lain akan menyusul, insyaAllah..

Tinggi-tinggi gunung kinabalu, tinggi lagi.... Err... U got the point... #projekkinabalu2017 #hikingmencaridiri A post shared by Pha Is (@phais47) on Feb 8, 2017 at 2:32am PST

“tinggi-tinggi gunung kinabalu, tinggi lagi cinta saya sama kamu..”
Kami naik kinabalu ambik pakej 3 hari 2 malam beserta makanan. Rilex tapi mahal sikit. Kawan aku cakap, dulu dia pernah naik ambik pakej murah, yang 2 hari 1 malam tanpa makanan. Memang murah, tapi penat la. Sebab kalut dan sebab korang nak kena bawa makanan sendiri naik atas gunung.

Bajet kos hiking kinabalu

Secara keseluruhannya, bajet kami naik gunung kinabalu hari tu hampir RM1200++ jugak la (pakej 3 …