Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2016

Samak Perempuan

Samak Perempuan
Sementara menunggu masuk waktu solat isyak, aku sempat bersembang dengan beberapa geng surau kat kampung aku. Macam-macam jugak la yang menjadi topic perbualan.

tok siak : pait, hang sekarang kerja kat hospital penang lagi ka?

Aku : dak dah, dah tak kerja hospital dah. kerja pejabat ja sekarang.

tok siak : farmasi dok pejabat dok buat apa? bagi ubat dalam pejabat ka?

Aku ; tak la. farmasi ni bukan bagi ubat je. banyak lagi bidang dia.

tok siak ; hmm.. tak tau la kat hangpa. tak pa la. janji farmasi senang dapat kerja, habis belajar tak gadoh nak buat apa, terus dapat kerja..

Aku : tu dulu la, zaman batch saya.. batch sekarang habis belajar kerja belum tentu lagi.
Dulu batch saya yang belajar farmasi, doktor, doktor gigi, dengan doktor haiwan memang
laku. Sekarang tak tau la..

tok siak : ha, helmi, try nanti belajar jadi doktor haiwan. Senang!

[nota : helmi bilal junior surau kami, baru berumur 16 tahun, sekarang di tingkatan 4]

Helmi : tak mau la. Nanti tak pasai nak …

Proton Saga 2016 vs Perodua Bezza

proton saga 2016
Proton Saga 2016 vs Perodua Bezza
okay, kereta Proton Saga 2016 yang baru dah pun keluar. dulu masa aku bandingkan antara proton saga generasi kedua dengan perodua bezza yang baru, ramai penyokong proton bantah, suruh tunggu dan compare dengan saga 2016 yang baru nak keluar.

tapi bila proton kata saga 2016 baru pun pakai enjin VVT menggantikan CamPro, aku pun mula heran. apa dah jadi dengan nasib enjin CamPro nih? tapi baru-baru ni baru aku rau rupanya enjin VVT baru ni sebahagian daripada enjin CamPro.

Proton Saga 2016 vs Perodua Bezza : spesifikasi
perodua bezza 2016
 jom kita bandingkan spesifikasi antara proton saga 2016 dan perodua bezza ni. kenapa dua kereta ni? kita compare sama segmen la. dua-dua jenis sedan A segmen. Persona dan masuk B segmen.

cekidaut..


Proton Saga Premium 2016 Perodua Bezza Advance 2016 Komen aku Harga OTR RM45,800 RM 50, 800.00 Saga murah 10% Max HP 94 HP @ 5,750 RPM 94 HP @ 6000 RPM Lebih kurang tork maksima 120 Nm @4,00…

2 Jenis Manusia | Selimut?

2 Jenis Manusia | Selimut?
Sebelum ni dah banyak kali aku terfikir. Kat dunia ni selalunya ada 2 jenis manusia yang saling berlawanan. Kali ni aku nak bagi contoh tentang tidur berselimut.

1. Tidur Berselimut
Ada sesetengah orang yang dia tak boleh tidur tanpa selimut. Panas macam mana sekalipun, tetap kena selimut masa tidur.



2. Tidur Tanpa Selimut
Okay, aku macam ni. Tidur tak pernah berselimut. Kadang2 je. Tu pun kalau betul-betul  sejuk sangat. In fact, aku tidur tak pernah pakai baju pun. Hehehe..


Kalau hujan, orang lain tarik selimut. Aku buka baju buka kipas, terus terjun atas katil. Kat Cameron highland pun sama. Member sebelah tidur merekot dalam selimut, aku terlentang  dengan hanya berkain pelikat sahaja.

Hotel ber-aircond? Aku pernah tidur atas lantai tak berbaju sebab aircond kat hotel tu slow. Dah la tak ada kipas. Yer la hotel aircond mana ada kipas kan. Kalau ada aircond dan cukup sejuk, baru aku selimut. Tu pun tak berbaju jugak. Hehehe..

Korang yang mana satu?

X-men Apocalypse | Panah Tuhan

X-men Apocalypse
sebenarnya aku perasan benda ni lama dah, masa pertama kali aku tonton filem X-Men yang terbaru, X-men : Apocalypse. dalam cerita tu, korang perasan tak ada disebut secebis dari kisah Raja Namrud dengan nabi Ibrahim a.s? 
Panah Tuhan

dalam filem tu, Apocalypse berjaya mengawal manusia dengan bantuan charles xavier secara paksa lalu membuatkan semua pemegang kunci bom nuklear untuk melancarkan serangan nuclear ke arah langit sambil berkata :


"You can fire your arrows from the tower of Babel..but you can never strike God"
ungkapan tu sebenarnya merujuk kepada Raja Namrud dalam usahanya membuktikan yang dia telah berjaya membunuh Tuhan nabi Ibrahim dengan memanah ke langit dan anak panah tersebut akhirnya berlumuran darah.

Tower of Babel (menara Babylon)

Menurut cerita dalam Kitab Bible, Babel (Babylon) adalah bandar kepada Raja Namrud, dan merupakan bandar pertama dibina selepas Banjir Besar nabi Nuh a.s. di  Mesopotamia purba (kini dikenali negara Iraq).

Pendu…

WW#139 | Tanggung Jawab sampaikan Yang Betol

[Gambar] Yamaha YZF R6 2017

Baru-baru ni Yamaha Motor Europe ada mengeluarkan teaser video bertarikh 15 september 2016 yang khabarnya mengenai kemunculan motosikal middle-weight supersport terbaru, Yamaha YZF R6 2017 yang bakal muncul pada 4 Oktober 2016.

Yamaha YZF R6 2017

Dalam video tu, ramai menyangka bahawa ianya motosikal Yamaha YZF R6 2017 yang baru. Tapi dalam video pendek tu tiada sebarang rupa bentuk motosikal pun yang ditunjukkan.
[Gambar] Yamaha YZF R6 2017
Dan kebetulan pada bulan Ogos yang lepas, aku ada dapat satu gambar dari group whatsap geng moto yang mendakwa ianya LEAKED PHOTO motosikal Yamaha YZF R6 2017! gambar yang dimaksudkan adalah : 


Adakah gambar ni betul gambar Yamaha YZF R6 2017 yang baru? sama-sama kita saksikan 4 oktober nanti.
Merajuk Dengan Yamaha
baru je ingat nak merajuk dengan Yamaha sebab sparepart dia kalau order lambat betol nak dapat. tahun ni aku ada order coverset depan (pecah sebab eksiden) dalam bulan januari, tapi bulan Mei baru sparepart sampai. sebab tu aku ingat le…

Dashing Adventure | Bagi Yang Berani

baru-baru ni aku berkesempatan merasai sendiri rangkaian produk penjagaan diri lelaki Dashing bold 2.0 termasuklah deodorant roll-on, wangian EDT dan deodorant spray dengan teknologi tanpa gas yang terbaru! fuh, rasa macho je bila pakai.

Dashing Adventure
bila sebut dashing, ramai yang tahu dashing sememangnya terkenal sebagai pengeluar rangkaian produk penjagaan untuk lelaki yang berkualiti.


Kini dashing memperkenalkan koleksi adventure baharu yang merangkumi deodorant roll-on, wangian EDT, dan deodorant spray dengan teknologi No Gas terbaru dalam bentuk 2 variasi, dashing BOLD 2.0 dan EDGE 2.0

Bold 2.0 vs Edge 2.0

Haruman Bold 2.0 ni beraroma akuatik yang lebih maskulin. aku berpeluang merasai sendiri haruman bold 2.0 ni. memang rasa macho. terus rasa konfident nak pi mengorat awek. hahaha.. tapi bagi aku, aroma dia agak 'keras' sedikit. maybe lepas ni nak kena try Edge 2.0 pulak.


berbanding Bold 2.0 yang lebih maskulin, Edge 2.0 yang beraroma lemon, kayu cedar dan gaharu d…

Penang 5D Interactive World

5D Interactive World
Macam yang aku dah cakap dalam entri lepas yang bertajuk "Teddyville Museum", Penang ni sememangnya kaya dengan muzium yang tumbuh bercambah subur sejak baru-baru ni. semua best-best. tapi kali ni aku nk try bawak korang merasai pengalaman ke 5D Interactive World.

Apa yang dimaksudkan dengan 5D? sebenarnya galeri ini berkonsepkan 5D-Methodology, iaitu menafsir (define), mereka (design), membangun (develop), membetul (debug) dan menyampai (deliver).

Galeri ni baru je dibuka pada penghujung tahun 2015. apa yang ada dalam 5D Interactive World ni? dalam ni ada 5 zon berbeza. setiap zon ada membawa mesej yang tersendiri. antaranya

Zon Alam Sekitar

Rata-rata kebanyakan muzium yang aku pergi kat penang pun ada membawa mesej alam sekitar ni. sebuah mesej yang penting. so, sesuai kalau nak bawak budak2 sekolah buat rombongan sambil belajar kat sini. tak bermakna orang tua-tua bangka macam aku ni tak boleh ambil pengajaran sekali. hehe..

Zon Animasi

kat sini best…

Honda CBR500R 2016 | Specs, Harga, Review

Honda CBR500R 2016
baru-baru ni aku berpeluang menghadiri customer day kedai motosikal Taycon Motor di Bayan Baru Penang untuk pelancaran motosikal Honda CBR500RR 2016. Boleh tahan rupa middleweight sportbike yang baru ni. Mengancam. Tambah-tambah dengan design lampu depan (headlight) yang baru. Pergh.

Not bad la.. 2 silinder 500cc. Ride seat tinggi skit.. #cbr500r2016 A photo posted by Pha Is (@phais47) on Sep 3, 2016 at 8:41pm PDT
Spesifikasi Honda CBR500R 2016

Tak nak cakap banyak. Jom kita ushar spesifikasi honda CBR500r 2016 yang baru ni. 
engine : Liquid-Cooled Parallel twin DOHC 4 valve per cylinder bore x stroke : 67.0 mm x 66.8 mm displacement : 471cc compression ratio : 10.7:1 fuel system : PGM-FI (Programmed Fuel Injection) with 34 mm throttle bodies Ignition : Computer-controlled digital transistorized with electronic advance transmission : Six-speed
Front Brake : Twin-piston caliper with single 320mm wave disc Rear Brake : Single-caliper 240mm wave disc Front Tire : 120/7…

Teddyville Museum | Review by Blogger Utara

kalau datang penang sekarang ni aku rasa tarikan utama kat sini adalah pada muzium2 yangt terdapat dalam penang, selain street art, makanan, dan lain-lain. Banyak nau muzium kat penang ni! tapi kali ni aku nak cerita kat korang tentang Teddyville Museum, muzium teddy bear yang pertama di Malaysia!

Teddyville Museum

sangat suka video promo diorang. sangat ceria.
apa yang ada di teddyville museum ni? fist, korang datang cuci mata tengok teddy-teddy bear yang sangat-sangat comel yang amat. Kawaai..!! (hilang habis macho aku)

barisan Blogger Utara yang menjayakan review kali ni berdiri dari kiri : Marsha, Zarul Farhana, Yui, Arz, Zumal, Cik Ein, Husna, dan Farah yang duduk lagi kiut : Pha Is  nampak tak kehilangan macho aku disitu? hahaha
Tapi sebelum tu, korang tahu tak sejarah macam mana ter-ilhamnya patung dan nama teddy bear ni? ha, fun fact! kalau korang nak tahu, datang la ke sini.! tambah ilmu! sambil-sambil korang jalan-jalan dalam muzium ni, staff disini akan terangkan sedikit s…

Gaji Ahli Farmasi

Sebenarnya dah lama aku nak tulis pasal gaji ahli farmasi ni sebab ini merupakan keywords tertinggi dalam blog aku untuk bulan ini. So, nak sangat kan tahu berapa gaji ahli farmasi? Meh nak cerita berapa sebenarnya gaji ahli farmasi ni. Banyak sangat ke? Kaya ke kerja farmasi?


Gaji Ahli Farmasi
Pertamanya, aku rasa keyword ni merujuk kepada entri aku yang tertajuk Farmasi gaji Tertinggi! dalam entri tu, aku ada senaraikan top 10 gaji bagi fresh graduate di malaysia menurut laporan dari sebuah akhbar tempatan dan bancian dari jobstreet[3]. Dan menurut kedua-dua list top10 tu, farmasi menggungguli carta dengan gaji tertinggi! lihat entri tersebut untuk maklumat lanjut.


Gaji Farmasi Sektor Kerajaan 
Bagi farmasi lepasan graduan, korang kena jadi PRP (provisional registered pharmacist) gred U41 dulu dan dalam fasa ni, gaji korang adalah lebih kurang RM2500 sebulan tidak termasuk alaun.[4]

Lepas berjaya habiskan fasa PRP setahun kemudian gaji korang akan naik sikit. Dan dari situ, bermula…