Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2016

Honda CBR250RR vs Yamaha YZF-R25 vs Kawasaki Ninja 250R

cakap banyak tak mau, jom kita compare jentera light-weight  a.k.a beginner sport-bike untuk jentera 250cc (yang lesen motosikal B2 pun boleh pakai) yang popular kat malaysia (dan yang bakal masuk Malayia - AMEEN).

Honda CBR250RR  vs Yamaha YZF-R25 vs Kawasaki Ninja 250R
tapi sebelum tu, meh kita tengok dan komen satu-satu bagi jentera2 ni. then baru kita compare mana yang best.

Kawasaki Ninja 250R 
spesifikasi yang aku guna untuk Kawasaki Ninja 250R kali ni adalah dari generasi ke-5 (2013). rasanya spesifikasi dia still sama hingga entri ini ditulis, cuma dengar khabar angin dari indon kata Kawasaki nak keluarkan jentera Ninja 250cc 4 silinder kembali macam Kawasaki Ninja ZX-2R! aaaaaa...!!!! (jerit ibarat perempuan gedik dapat hadiah)

kita tunggu...

Yamaha YZF-R25
Yamaha YZF-R25 ni Motosikal sportbike yang berjaya bawa fenomena dunia permotoran dalam malaysia, bermula hari pelancarannya pada tahun 2015. sampai aku pun beli sebijik! hahaha.. so far rival terbesar bagi kawasaki ninja…

Mohon Clash

Aku tahu apa yang bakal aku tulis ni agak kontroversi dan boleh buat orang terasa hati tapi ini cuma apa yang aku nampak berlaku berdasarkan pengalaman.

Berhijrah kearah kebaikan
Kadang-kadang, dah beberapa kali aku nampak situasi macam kat bawah ni berlaku. Bila aku skrol laman Facebook kawan-kawan, tetiba aku terperasan suatu “penghijrahan” telah berlaku kat salah seorang kawan aku.

Aku tak kata dulu dia tak bagus, tapi perubahan kearah kebaikan tu jelas ketara kat dia. Kalau dulu dia selalu share benda-benda ”keduniaan”, kini dah mula share benda-benda yang islamic kat fb.

Kalau dulu tanpa segan silu share gambar-gambar mahupun kisah-kisah cinta antara dia dan ajnabi,  kini mula share perkongsian kearah mencari cinta Tuhan, tentang penjagaan ikhtilat, dan ’cinta selepas nikah’.

Dulu, aku cukup kagum dengan mereka yang berhijrah ni. Tapi lama-kelamaan aku mula perasan trend ni berlaku selalunya atas 1 sebab.

Baru lepas Clash
Sebelum clash, masa tengah hangat ber-couple, bukan main …

Wishlist #7 | Marimo

Dulu 3 tahun lepas aku ada terbaca pasal sejenis tumbuhan yang orang buat 'bela'. yup, plant as a pet. nama spesis hidupan ni adalah Marimo. Sejenis lumut dari jepun (nama pun nama jepun, of course la).


Roronoa Zoro Marimo
bagi mereka yang layan anime ataupau manga One Piece, mesti pernah dengar nama Marimo ni kan? sebab antara watak utama dalam cerita tu si Roroana Zoro selalu disakat dengan nama 'Marimo' oleh sanji sebab rambut dia kaler hijau, macam marimo.


Zoro ni kuat kot. orang no.2 dalam team pirate mugiwara. dan boleh tahan cool dia. kira dia ni watak feveret aku la dalam cerita One Piece ni.

Wishlist #7 | Marimo
Sejak tu, aku teringin nak bela marimo ni. whishlist kot! aku bagi hint kat entri ini (Marimo Tumbuhan Belaan) sejak tahun 2013 tapi sorang pun tak nak hadiahkan. hahaha.. sedih tak?

setelah 3 tahun aku kempunan, akhirnya aku berjaya bela "menatang" nih! yea! beli online je. Sebab ada pakej sekali dengan suplement dia.  Akhirnya, penantian s…

Perodua Bezza VS Proton Saga

walaupun aku lebih minat moto, tapi nak tak nak aku kena jugak fikirkan kereta sebagai back-up kenderaan, guna untuk angkut barang, bawak family dan kegunaan time hujan. terutamanya bila dah berkeluarga nanti, mesti kena pakai kereta. lain lah kalau aku kahwin dengan perempuan yang dah ada kereta.
Perodua Bezza VS Proton Saga

[edited Sept 2016: perbandingan dalam entri ini menggunakan Proton Saga generasi ke-2 sebab masa entri ini ditulis (julai 2016), Proton saga 2016 (generasi ke-3) belum keluar. untuk perbandingan Proton Saga generasi ke-3 dengan Perodua Bezza boleh lihat entri "Proton Saga 2016 VS Perodua Bezza"]

sementara tu, boleh jugak aku fikirkan kereta jenis mana yang aku nak beli nanti. so far, pilihan aku cuma Proton Saga dengan Perodua Bezza. aku nak sedan dan tak nak hebat-hebat sangat. nak pakai pun buat back-up je kan. 
motosikal? fuh, idaman sekarang Kawasaki Ninja ZX-6R 636! harga lagi mahal daripada dua kereta nih! hahaha.. (ekceli hampir 2 kali ganda harg…

Jelajah Raya 2016 | Prestasi Yamaha R25 Teruji

Alhamdulillah, raya tahun ni agak memorable bagi aku sebab aku tekad ride motosikal Yamaha YZF R25 aku tu a.k.a. Gadis Bertudung Biru ke kelantan secara solo. Maklumlah, tuan dia ni pun solo lagi.. *Ehem* Lone rider la katakan..



Praktis Layan Corner
Fuh, Layan beb.. Dengan ptotective gear macam pad lutut, siku, etc.. Tapi aku tak de la lagi sampai seret lutut. Cuma praktis "meleper" sikit-sikit je.. Budak baru belajar la katakan.


Lagipun, masa ni la aku nak test performance motosikal Yamaha YZF R25 aku tu cukup-cukup. So far, aku puas hati la kalau stakat layan corner dan naik turun bukit sepanjang lebuh raya timur barat tu.

Handling senang, ringan. Dah boleh bajet tak makan jalan orang. Kelajuan? hmm.. Boleh la.. Laju-laju sangat time layan corner ni bahaya.. Lain la kalau jalan straight. Yang tu baru seronok kejar top speed.

minyak pun okay la. 1 tangki cukup untuk bawak dari penang ke kelantan. bukan jenis bawa slow-slow cara nak jimat minyak. bawak macam orang nak terber…

WW #136 | Jejak Langkah

20 Januari 2013 Honda Wave 125x Ultimo a.k.a Timo Kelantan - Penang 6 jam 30 minit berita benuh : Kelantan - Penang | Sebuah Perjalanan . . . . . . . . . . . 3 Tahun kemudian... . . . . . . . . 9 Julai 2016 Yamaha YZF R25 a.k.a Gadis Bertudung Biru Kelantan - Penang 3 jam berita penuh : Jelajah Raya 2016 | Prestasi Yamaha R25 Teruji