suami? masih tak layak rasanya. urusan diri sendiri pun tak terurus, inikan pula nak uruskan rumah tangga. bapa? hmm.. arwah ayah aku meninggal tatkala aku masih kecil. tak sempat rasanya untuk aku 'belajar' dari dia macam mana nak menjadi seorang bapa.
bapa tak bertanggung jawab
tapi ada dua situasi yang membuatkan aku pasti yang aku tak akan menjadi seorang bapak yang macam ni:
Situasi 1 : Memandu Membahayakan Anak
dalam perjalanan ke tempat kerja, aku bersama gadis bertudung biru aku sedang menunggu kat trafic light. lampu masih merah. tak lama selepas itu, lintas sebuah motosikal dipandu seorang lelaki beserta seorang pembonceng budak yang aku kira anak kepada pemandu motosikal tadi, keluar simpang dalam keadaan melanggar lampu merah.
dalam masa yang sama, diorang hampir eksident bila kereta yang keluar simpang dari arah bertentangan terpaksa berhenti mengejut bagi memberi laluan kepada motosikal tadi yang melanggar lampu merah dalam keadaan merbahaya.
situasi tu buat aku terfikir. ni apa jenis bapak la manusia ni. kalau nak mati, mati sorang-sorang sudah la. bawak anak lepastu naik moto secara merbahaya.
Situasi 2 : Rokok Depan Anak
lagi satu situasi yang buat aku heran, bila ternampak seorang bapak merokok depan anak-anak yang masih kecik. again, kalau nak mati, mohon mati sorang-sorang. kesian kat budak kecik yang terpaksa hirup racun yang keluar dari mulut kau.
bapa sebagai pelindung keluarga
walaupun aku tak tau lagi bapa jenis macam mana yang aku bakal jadi, tapi aku berharap dan berdoa agar tak jadi macam bapak-bapak yang macam dalam dua situasi diatas.
dan tahniah buat dua orang kawan aku, ariff dan Ehsan yang masing-masing telah menjadi seorang bapa baru-baru ni. hairannya, kedua-dua isteri diorang selamat bersalin pada hari yang sama! dan dua2 mendapat anak lelaki!
dua orang kawan aku jadi bapa pada hari yang sama.! what kind of sorcery is this???