30.3.16

Kelahiran Dan Kematian

pada 26 Mac yang lalu, genaplah sudah umur aku 26 tahun mengikut kalendar masihi. susah genap 26 tahun bernafas atas bumi Allah ini. dan masih berbaki 2 tahun lagi untuk mencari cinta. hehhe...

#728HariMencariCinta


Kelahiran Dan Kematian


pada bulan mac 1999 masa aku berusia 9 tahun, beberapa hari lepas birthday aku, tok aku meninggal di rumah aku. detail masa hari kejadian aku tak beberapa nak ingat sebab masa tu baru umur 9 tahun.

dan pada tahun ni, tahun 2016, 2 hari selepas birthday aku, abang aku telahpun menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital pulau pinang ketika berusia lebih 60 tahun. (sebab ramai yang susah nak percaya aku ada abang umur 60 tahun)

A photo posted by pha is (@phais47) on

mungkin ni peringatan dari Tuhan bahawa semakin meningkat usia, makin banyak hari lahir yang disambut, kita sering lupa bahawa semakin dekat umur kita dengan kematian.


aku dan sambutan hari lahir


sejak dari kecil, keluarga aku memang bukan jenis yang sambut hari ulang tahun kelahiran. rasanya dulu masa aku kecik lagi, aku pernah tanya arwah ayah aku kenapa tak sambut birthday. dia kata tak boleh sambut sebab berdosa.

aku tak sure dia 'bohong sunat' atau tak, sebab masa tu kami bukan orang senang.  lagipun, arwah ayah aku agak straight pasal agama. banyak benda yang dia tak bagi buat. katanya tak boleh ikut cara orang 'kapiaq'.

contohnya, kalau aku pakai cap, dia punya marah tu macam aku letak kepala babi atas kepala aku. tapi tu dulu la. semua tu masa ayah masih ada, sebelum tahun 2001. sebelum aku darjah 5.

sekarang, aku dah kerja, 2 orang adik aku pun dah kerja, dah mampu sikit, baru la nak merasa makan kek hari jadi, walaupun aku ni bukannya makan kek sangat. hehehe..


lagipun DrMAZA kata sambut besday bukan bid'ah sebab dia bukan hal agama.. wallahu a'lam..

pointnya kat sini, aku tak kisah sangat sambut besday atau tak. tak heran sangat pun sama ada buat atau tak. hadiah besday apatah lagi. so, tak payah la susah-susah.. hahaha. *perasan giler*

15.3.16

Terharu nih!

elok sampai je rumah dari tempat kerja, masuk bilik rilex-rilex, tetiba mak aku panggil.

"pait, ni ada surat untuk hang. dari johor kot, sebab setem dia ada muka sultan johor."

johor? hah, sapa pulak hantar surat cinta dari johor nih? musykil2.. maka dengan perasaan yang berdebar-debar, aku buka sampul surat tu. dan tadaa!





Hadiah dari Jari Manis


sapa tak kenal Jari Manis kan? seantero dunia kenal dia. yer la, dah kaki kuat berjalan. hehehe...  dah lama tak masuk list top commentator kat blog beliau, tapi masih lagi dapat ole-ole dari sis Jari Manis. fuh.. terharu nau nih..

dah la rajin komen. rajin bagi hadiah pulak tuh.. sapa tak kenal sis JM,memang rugi.. hahaha.. so, kalau tak nak rugi, pergi la terjah blog beliau. konfom best dengan entri2 travel dari seluruh benua.

dah tunggu apa lagi.. shuuh.. shuuh.. pi singgah blog beliau cepat.. hehehe





8.3.16

Baru Balik Dari Kemboja

sedang aku bawak awek kesayangan aku pi spa, sambil menunggu si dia, si #gadisbertudungbiru bertherapy, aku sembang-sembang dengan bro-bro dan otai-otai superbike, tentang cara penjagaan moto yang lebih kasih sayang.

A photo posted by pha is (@phais47) on


ada jugak beberapa tips yang sempat aku hadam. maklumlah, budak baru belajar. newbie katakan.
ilmu didada masih banyak yang kosong.

Baru Balik Dari Kemboja


tapi tak lama lepas tu, datang seorang bro dengan motosikal BMW yang nampak sangat gagah perkasa. dengar bunyi pun dah respect. tapi bmw dia penuh dengan selut-selut tanah merah macam baru lepas redah sawah bendang.

sebijik macam ni. cuma dlm gambar ni tak ada selut ja.

ni mesti lagi otai nih! entah hutan mana yang dia dah redah dengan moto bmw dia yang gagah perkasa tu. banyak benda yang aku kena menuntut dari dia ni. lantas aku pun bertanya.

"bro, mai dari mana? sampai berselut ni?"

"baru balik dari kemboja" jawapan beliau yang aku dengar macam tu la lebih kurang.

fuh, hebat! rilex je ride pergi kemboja! ni rider sejati nih! nak kena berguru nih!

"hebat bro... konvoi, ke, kembara solo?" soal aku.

"ke mana?" soal dia balik

"kemboja la.."

"eh, bukan pergi kemboja. cuma pergi PASAR KEMBOJA ja..." jawab dia balik.

"la, ingatkan pi kemboja tadi."

Pasar Kemboja 


pasar kemboja merujuk kepada sebuah pekan sehari yang dibuka di beberapa kawasan sekitar utara malaysia (kawasan lain aku tak sure) khas menjual kain-kain murah dari kemboja. orang perempuan minat la tempat macam ni.

sebagai contoh, area kepala batas penang ni ada 1 pasar kemboja kat satu tempat yang bernama "Kubang Menerong". pasar kemboja kat sini agak special sbb tempat tu kat tengah2 hutan kelapa sawit. dah nama tempat pun "kubang" kan, mau tak berselut moto brader tadi.

anyway, sebut pasal kubang menerong ni, ada 1 lagi cerita yang tak akan aku lupa, jugak pasal pasar kemboja. bila aku terdengar perbualan antara 2 orang nurse cun kat dalam ward pasal rancangan diorang nak pi pasar kemboja.

hmm.. lain kali la aku cerita. okbye..

5.3.16

#728HariMencariCinta

[amaran : entri luahan perasaan]

Antara perbualan dua orang sahabat di kedai nasi kandar:

"hang kat hospital ni tak kan tak ada yang hang berkenan?"

"huh, pasal tu, aku selalu frust.."

"Kenapa?"

"Asal ada orang yang aku minat je, rupanya bini orang. Asal aku berkenan je, tau tau minggu depan dia panggil pergi kenduri kahwin dia.. hmm.."

"hmm.. Hang cakap ja lebih. Aku nak tanya hang. Kalau betol diorang tu masih belum berpunya, hang nak pi mengorat ke?"

"Errr..."

#728HariMencariCinta



#728HariMencari cinta ni sebenarnya kesinambungan dari #1092HariMencariCinta aku tu. Sebab sekarang dah masuk tahun 2016. So, bajet nak mula serius mencari jodoh tinggal lagi 2 tahun je lagi. So, 2 tahun x 364 hari setahun = 728 hari mencari cinta.

At least lagi 2 tahun je lagi aku berhasrat untuk stay single. So far rasanya target aku tu macam achievable sebab memang so far tak 'jumpa' sesiapa lagi.

err.. tapi sebenarnya jumpa banyak dah, cuma selalunya yang terjumpa tu, kes yang berlaku macam dalam perbualan kat atas sekali tu la. dah berpunya!

tapi soalan kawan aku tu, benar-benar buat aku terfikir. kalau katakan suatu hari aku terjumpa orang yang single and available dan aku rasa like "she's the one", adakah aku akan approach, sampaikan niat dan rasa hati aku?


sebabnya, aku target nak mula serius memikirkan jodoh pada tahun 2018, dan aku tak nak "hubungan pra-perkahwinan" yang panjang. so, kalau aku aproach dia sekarang, adilkah aku sekiranya aku mintak dia 'tunggu' aku sehingga 2018?

dan maksud aku dengan 'tunggu' tu, not even with mesej sayang-sayang, apatah lagi keluar berdua.. so, again, bagi menjawab soalan kawan aku tu, kalau aku approach, adilkah aku? sanggupkah dia?


I need you to live your life. Be happy. I love you. Enough to let you go...