26.2.16

Tips Beginner Superbike 1 | Braking

saja aku nak kongsi pengalaman setelah aku pakai motosikal Yamaha YZF R25 aku tu selama baru 3000km+, ada beberapa pengajaran yang aku telah pelajari 'the hard way' tentang motosikal jenis sportbike ni.

Tips Beginner Superbike 1 | Braking


selfie: aku dan si gadis bertudung biru (dia malu nak pandang camera)

so far dah dua kali aku kemalangan, dua2 berlaku dalam minggu kedua lepas aku pakai moto ni. aku rasa sebab utama aku kemalangan ni adalah kerana teknik braking yang lemah.

kemalangan pertama aku sebab lori berhenti mengejut dan aku tak sempat brake. hasilnya, cover set depan dan sebahagian headlight moto aku pecah. status kerosakan: masih menunggu barang yang dah di-order untuk sampai.

Tips emergency braking 1 : jaga jarak


so, mohon jaga bajet jarak untuk emergency brake. belajar bajet jarak yang diperlukan untuk moto korang berhenti dalam emergency brake. walaupun aku dah naik moto sejak darjah 5. dan motosikal honda wave telah menjadi tunggangan utama aku selama lebih 5 tahun, tapi aku masih noob bagi nak bajet jarak berhenti untuk moto R25 ni.

perlu ingat, bagi beginner dan newbie macam aku ni, yang baru angkat superbike dari moto moped, berat moto tak sama dan perbezaan ni sangat significant dalam jarak diambil untuk emergency stop.

newton 2nd law of motion plak kata, the net force on an object is equal to the rate of change of its linear momentum p. dalam konteks braking, semakin tinggi momentum motor, semakin susah nak berhenti (decelerate).

momentum, p = mv

m ; mass (berat moto + penunggang dalam kes ni)
v : velocity (kelajuan motor)

makin berat motor, makin tinggi inertia, makin susah nak stop. jadi, mungkin kena ambik lebih masa, lebih jarak, dan lebih cengkaman tayar bagi moto yang lebih berat untuk berhenti.

dan

semakin laju moto, semakin lebih banyak force diperlukan untuk dia stop. contoh macam gambar kat bawah ni:


Tips emergency braking 2 : lebihkan cengkaman tayar depan


kemalangan kedua aku kena sebab kereta masuk lorong motosikal (bahu jalan di lebuh raya) secara mengejut dan aku tak sempat brake. walaupun secara teori dan undang-undang, memang salah kereta tu, tapi bagi aku, tak kira salah siapa. selagi kita boleh usaha elakkan kemalangan, kita elakkan.

tak guna nak cari salah kalau kemalangan dah jadi, kan? so, better put lebih banyak efford untuk elakkan kemalangan, terutamanya dalam worse case scenario, near accident-events. paham tak maksud aku?

okay, sebut pasal teknik brake, suatu malam aku sempat sembang dengan seorang yang agak otai dan dah lama pakai moto R25 ni, yang dikenali sebagai 'Cai' dalam group R25. malam tu, Cai sempat perturun ilmu kat aku, dia bagi tips tentang cara nak brake.


kata dia, kalau brake kecemasan, lebihkan brake depan berbanding belakang supaya tayar tak tergelincir atas jalan raya. pembahagian brake tu dalam lebih kurang 80-90% brake depan dan selebihnya hanya 20-10% brake belakang. brake belakang hanya sekadar nak 'support' kata beliau.


kata Cai lagi, teknik ni dia belajar dari abang polis trafik dalam 1 'kelas' keselamatan jalan raya untuk rider superbike yang dia hadiri. polis trafik kan dah biasa bawak moto besar. mesti la diorang lagi terrer. kan?

dan aku dah try sendiri, memang berkesan. tayar dah tak tergelincir jauh lagi setiap kali aku try emergency brake.

Tips emergency braking 3 : Tayar

 .
part ni memang tak dapat nak dinafikan la. kalau tayar botak, macam mana dia nak cengkam jalan masa brake? so, antara pesan otai2 yang aku pernah sembang, jangan kedekut bab tayar. jangan target tayar yang murah je tapi pentingkan kualiti sebab ini soal keselamatan.

ada beberapa jenama tayar yang disyorkan otai-otai moto, antara yang aku dengar, michelin. dan beberapa lagi. bab ni, aku tak buat research secara mendalam lagi, sebab skarang tayar aku masih okay, bukan dalam perancangan masa terdekat untuk tukar tayar.


A photo posted by pha is (@phais47) on



p/s : asalnya aku nk buat 1 entri je pasal tips untuk beginner rider macam aku ni. tapi point brake je dah panjang nak ulas. tu x masuk point lain lagi.. nanti aku update entri untuk point2 dan tips2 lain dari masa ke semasa.

22.2.16

Gelaran Adik Beradik Yang Betul

entri kali ni bersisarkan gambar di bawah ni yang aku jumpa orang share kat facebook. pernah tak terfikir tentang gelaran adik-beradik ni mengikut turutan yang betul?


mengikut gambar by NakFakta kat atas tu:

anak pertama : along
anak kedua : angah
anak ketiga : alang
anak keempat : atih
anak kelima : andak
anak keenam : uda
anak ketujuh : tam
anak kelapan : acik
anak kesembilan : anjang
anak kesepuluh : usu


Gelaran Adik Beradik Yang Betul


tapi kalau mengikut kamus dewan edisi keempat, gelaran adik beradik yang betul adalah macam kat bawah ni:

1. anak sulung : anak yg pertama (tertua);
2. anak ngah : anak yg kedua
3. alang: nama timang-timangan bagi anak yg ketiga
4. utih* : 1. Ph panggilan utk anak yg keempat; 2. Pr nama timang-timangan utk anak yg keenam.
5. anak panjang : anak yg kelima;
6. anak putih : anak yg keenam
7. anak hitam : anak yg ketujuh
8. anak muda : a) orang yg masih muda, pemuda; b) anak yg kelapan

[kamus dewan edisi keempat]

kesimpulan yg boleh aku buat berdasarkan definisi dari kamus dewan tu:

anak pertama : anak sulung - along - paklong/maklong
anak kedua : anak ngah - angah - pakngah/makngah
anak ketiga : alang - paklang/maklang
anak keempat : utih - paktih/maktih (Pahang)*
anak kelima : anak panjang - anjang - pak anjang/mak anjang
anak keenam : anak putih - utih - paktih/maktih (Perak)*
anak ketujuh : anak hitam - tam - paktam/maktam
anak kelapan : anak muda - uda - pak uda/mak uda

(aku take note sebab nanti nak bagi gelaran kat anak dengan betol. hehehe)


Gelaran Adik Beradik Loghat Utara


tapi kalau mengikut loghat negeri, mungkin akan ada istilah yang lain. sebagai contoh, di bahagian utara untuk anak pertama sahaja dah ada macam-macam gelaran. contohnya:

cha' (cha-alif-ain) - pak cha'/mak cha'
wa - pakwa/makwa  ---------------------------------------- (ni gelaran untuk aku)
long (along) - paklong/maklong

hmm.. macam-macam kan?
ada lagi tak gelaran adik beradik yang korang boleh kongsikan?

19.2.16

Wonderfood Museum | A Review

Wonderfood Museum? muzium ni bukan selalunya pasal sejarah ke? Wonderfood Museum ni sejarah pasal makanan ke? haa..  sebelum nak bercerita pasal wonderfood museum ni, meh nak kabor. muzium tu bukan untuk sejarah je. kalau tak percaya, tengok definisi muzium kat bawah ni.

A museum is an institution that cares for (conserves) a collection of artifacts and other objects of artistic, cultural, historical, or scientific importance and makes them available for public viewing through exhibits that may be permanent or temporary
[Wikipedia]

Penang Wonderfood Museum



hampir 3 minggu yang lepas (nampak tak bertangguhnya entri ni sebab tak ada mood nak buka blog), aku bersama komuniti blogger utara buat gathering dalam lawatan sambil belajar ke wonderfood museum penang ni.

not bad la muzium ni. be advise, muzium ni bukan untuk orang yang nerd okey, tapi untuk orang yang ohsem. hahah.. antara tarikan kat sini termasuklah:

1. makanan yang super besar. sesuai bagi yang makan banyak, yang selalu order nasi kandar tasi tambah, kuah campur, banjeer...

laksa penang size bapak dinosour. belakang tu ais kacang everest. ais kacang gunung jerai special kat Pantai Merdeka pun kalah tau! kau hado?

2. beraksi dengan makanan-makanan yang terdapat disini. macam-macam style boleh buat. the limit is only your mind.

teh tarik abugen. kau hado?

3. kalau tadi makanan besor, kali ni makanan miniature pulak. aku respect dengan hasil kerja museum ni. detail habis!

bagi abam photographer, tak payah nak buat tilt-shift effect dah. ni memang real miniature yang nampak real. kau hado?

4. ruangan 'kau kunci cintaku di dalam hatimu'

romantik nau depa dua orang nih. bayangkan lagi romantik kalau bersama si dia. ewwah... 
kau hado? aku tak ado lagi.... 


5. dan di sepanjang perjalanan korang dalam muzium tuh, ada banyak nukilan ayat-ayat cinta kata-kata bermakna yang terpahat dihatiku tertulis di dinding-dinding muzium ni.


ha, tu sikit je tu. baru preview. banyak lagi yang ada dalam muzium ni. tak cukup quota broadband kalau nak buh semua. hehehe.. gambar yang aku share tu pun cuma salah satu contoh dari bahagian-bahagian yang ada dalam muzium tu.

antara lainnya, ada makanan diperbuat dari emas (diorang guna emas betol, siap berpagar lagi bahagian tu), seni dengan makanan (makanan nampak macam mona lisa. nangis Leonardo da Vinci kalau dia tengok), dan yang paling penting, setiap bahagian ada mesej yang nak dibawa. bukan datang tengok nganga saja.

macam yang aku kata. ohsem!tak percaya, boleh tengok review dari geng komuniti blogger utara yang lain. antaranya:

1. WONDERFOOD MUSEUM, PENANG - REVIEW BY KOMUNITI BLOGGER UTARA 
2. WONDERFOOD MUSEUM . THE BEST !
3. Wonderfood Museum Penang Awesome!
4. WONDERFOOD MUSEUM PENANG

Wonderfood Museum Penang



Wonderfood Museum Penang
49, Lebuh Pantai Georgetown 10300 Penang
(next to CIMB bank)
04-2519095/ 012-2251968
https://www.facebook.com/Wonderfoodmuseum

GPS Wonderfood Meseum Penang
5°25'02.7"N 100°20'31.9"E

Harga Tiket Wonderfood Museum Penang
Dewasa : RM 15 (Mykad) RM 25 (Non IC)
Student/Pelajar : RM10
Kanak Kanak : Percuma

A fun, creative, informative and interactive Food Museum
Open from 9am-6pm 7 days a week



Terima kasih kepada team Wonderfood Museum Penang dan Geng Blogger Utara yang sama sama menjayakan program review ini 31 Januari yang lepas. Geng Blogger Utara yang terlibat adalah Miss Zyaroses, Cik En , Lady Yana, YunSing, ArzMoha , Pha Is dan Zumal.