Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2016

Kenapa Aku Memilih Yamaha YZF R25

dalam kebanyakan entri pasal superbike kat blog aku ni, sebelum ni aku selalu ceritakan tentang motosikal idaman aku, Yamaha XJ6N. tapi setelah aku pertimbangkan beberap perkara, dan setelah aku berbincang dengan member aku yang juga seorang rider superbike, aku putuskan untuk tak terus beli Yamaha XJ6N tetapi, aku nak angkat Yamaha YZF R25 dahulu.

kenapa aku memilih Yamaha YZF R25?


1. rakan aku menasihatkan agar aku tak terus 'jump' pakai motosikal berkapasiti 600cc sebab ini superbike pertama aku. dia cadang supaya aku 'bermain ringan-ringan' dulu dengan superbike berkapasiti rendah, macam R25 ni. (250cc)

sebab dia kata, banyak kes orang kemalangan superbike sebab penunggang tak pandai handle superbike. jenis penunggang yang terus 'jump' angkat superbike kapasiti tinggi macam Kawasaki Z800. sebab tu dia kata Z800 antara yang banyak kes kemalangan. bukan salah moto, tapi penunggang yang tak berpengalaman.


kata rakan aku lagi, sekarang ni ramai mampu beli tapi …

Songkok Separuh Bogel

bila aku tengok gambar kat bawah ni, aku teringat zaman masa aku sekolah dulu. dulu masa kat sekolah kami wajib pakai songkok, sebab songkok tu termasuk dalam 'pakaian' rasmi sekolah kami.


Songkok Separuh Bogel 
kat sekolah aku, kalau tak pakai songkok tu, ibarat macam separuh bogel la. hehe.. bukan aku yang kata, tapi cikgu aku yang kata. bila dia nampak ada pelajar tak pakai songkok dalam kelas, dia akan tegur:

"tu siapa yang separuh bogel kat belakang tu?"
dan kalau korang nak tahu, yang tegur tu sebenarnya cikgu aku yang berbangsa india!

Fatwa Songkok Najis
tapi, sebenarnya ramai antara kami yang lebih suka kopiah berbanding songkok. songkok sekadar pakaian rasmi sekolah je. masa sembahyang, kami pakai kopiah.

sehinggakan masa aku tingkatan 3 kalau tak silap, kami tukar pengetua baru. pengetua ni wajibkan semua pakai songkok semasa pergi solat jumaat.

dan disebabkan tak puas hati dengan keputusan pengetua tu, pelajar ketua agama kami keluarkan fatwa tak boleh paka…

Pilihan Motosikal Moped 150cc

dalam entri aku yang lepas-lepas berkenan motosikal moped (kapcai) berkuasa 150cc, aku ada bincangkan pro-cons antara motosikal Yamaha Y15ZR dan Suzuki Belang R150. dan dalam entri tersebut, kalau korang baca sehingga ke ruangan komen, ramai yang mendakwa Suzuki 'kiasu' (tak nak kalah) dengan nak bawa masuk model Suzuki Belang dengan Fuel injection dan liquid cooler yang dijangka keluar pada tahun ini.

Pilihan Motosikal Moped 150cc
so, buat masa sekarang, suzuki tengah berentap dengan yamaha berkenan model motosikal moped 150cc. but not for long... sebab dengar cerita Boon Siew Honda pun rancang nak bawa masuk model motosikal moped 150cc. honda pun tak nak kalah jugak!

Yamaha Y15ZR

so far aku rasa model ni yang paling mendominasi. walaupun baru setahun jagung je masuk, tapi dah bercambah orang pakai. merata aku nampak motosikal ni kat atas jalan raya. laku nau nampaknya.

Suzuki Belang R150

walaupun model ni dah susah nak jumpa orang pakai atas jalan, tapi still Suzuki macam sti…

WW #134 | Bawa Awek Naik Moto

nak bawa awek, awek tak ada. bawak mak je dulu.

Jalan-Jalan Cari Cinta

macam yang aku dah cerita kat entri "Melancong vs Melencong", masa cuti Christmas dan maulud nabi yang lepas, aku ada ikut kawan aku pergi jalan-jalan 'cuti-cuti malaysia'. jalan-jalan cari makan. jalan-jalan cari cinta.

Jalan-Jalan Cari Cinta
aku tak rancang sangat pun perjalanan tu. asalnya kawan aku yang rancang dengan officemate dia. then, diorang ajak aku. aku follow je. antara tempat yang kami singgah termasuklah:

Bukit Tinggi, Pahang

saja nak singgah sini. nak merasa tengok rumah2 macam kat eropah zaman renaissance dulu tu. cantik tu memang la cantik, tapi kalau mai dengan pasangan, baru romantik.


My kind of swan. swan lain semua berenang berpasangan. yang ni spesis macam aku. berenang sorang-sorang. forever alone.. hahaha

Melaka
lepas tu, kami terus ke melaka. kat sini destinasi utama kami sebenarnya. sebab kawan aku ni dulu belajar kat UiTM melaka. so, tau jugak la selok-belok tempat-tempat best kat melaka ni.


tapi mostly pergi muzium je. nerd betol ka? heheh…

Akhirnya Kau Milikku, Gadis Bertudung Biru

Akhirnya Kau Milikku, Gadis Bertudung Biru. sejak pertama kali aku melihat engkau, dengan tudung litup biru kau itu, hati aku dah terpikat. sungguh. sejak itu, sudah beberapa kali aku berusaha untuk menjadikan kau yang halal buat aku. tapi ternyata untuk mendapatkan engkau tak semudah yang aku sangka.

dah 3 kali lamaranku ditolak. dan aku tetap tak putus asa. akhirnya pada cubaan keempat kau angguk tanda setuju untuk menerima aku. saat itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa senangnya hati aku.

akhirnya, kau berjaya jadi milikku, wahai gadis bertudung biru. jual mahal betol kau yer..

Akhirnya Kau Milikku, Gadis Bertudung Biru








Alhamdulillah... kau telah selamat aku bawa pulang ke rumah untuk jumpa mak aku. dan mak aku nampaknya tak kata apa-apa, setuju sahaja dengan pilihan hati aku.


Hai senangnya dalam hati. Kalau beristeri dua... Timo dan madu barunya, Artupai... Jangan gadoh2 yer.... A photo posted by pha is (@phais47) on Jan 9, 2016 at 11:25pm PST

Suara Hati Pak Dy

Malaysia.

Kata-kata menteri seakan gurau senda, sedang jiwa rakyat sedang meronta.
Mahasiswa yang diharap-harapkan, tidak lain hanya ber”huha” menjadi bicara.
Budak-budak sekolah, digembar-gembur dengan cikgu lawa.
Dan tak ketinggalan, budak-budak sekolah makin hari makin dimanja – belum kena denda berdiri atas meja, sifat merungut dah mula membara.

Bauksit dan vape menjadi santapan.
Pengampu kerajaan dan pembela agama semakin banyak persamaan.
Seakan tiada perbezaan.
Masyarakat umum juga tidak ketinggalan.
Bergurau lucah menjadi makanan.
Share benda-benda lagha di FB seakan menjadi permainan.
Padahal yang menjadi bahaya adalah perkara besar yang sengaja kita kecil-kecilkan.

Para pejuang kebenaran seolah-olah senyap.
Barangkali takut dipatahkan sayap.
Maklumlah, yang dilawan sekarang adalah pemimpin korup.

Mungkin kita lupa.
Sebesar-besar bangunan bermula dgn sekecil-kecil bata.
Andai bata-bata itu semuanya longlai,
Tidak mungkin cita-cita agung kita akan tercapai.

Ayuh bersuara waha…

Kenangan 2015

eh, dah 2016 eh? tak sedar pun aku. mungkin sebab orang lain enjoy keluar malam-malam sambut new year, tapi aku malam tu menggigil berselimut sebab demam. nasib baik sekarang dah okay sikit.

okay, berbalik kepada tajuk, saja nak buat entri pertama untuk tahun 2016 ini dengan mengenang apa yang dah berlaku kat aku pada tahun lepas.

Kenangan 2015

1. menamatkan zaman bujang tanam anggur

taggal 23 Mac 2015, aku lapor diri di Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang untuk bertugas sebagai pegawai farmasi provisional. mulanya memang teruja campur gementar sebab masa tu tak tahu lagi dapat hospital mana.


tau-tau dapat Hospital Penang. fuh, masuk je, terus ada briefing bagitau siap-siap, hospital tu no. 2 paling sibuk di Malaysia.! sibuk sampai birthday aku 26 Mac tu aku lupa langsung! balik kerja dah malam baru buka FB, baru perasan.

2. #1092HariMencariCinta



tahun 2015 jugak la aku mula azam 1092 hari mencari cinta aku ni. lebih kepada alasan sebenarnya. senang kalau orang tua-tua datang rumah, …