Thursday, November 3, 2016

Susah Sangat Ke Jadi Imam?

Perempuan Masak, Lelaki Imam 


Dah banyak kali dah kan dengar ayat skeptical ni. Macam satu expectation yang perlu ada pada laki dan perempuan terutamanya bila masuk bab baru nak kahwin.

"Perempuan kena pandai masak, laki kena pandai jadi imam solat."

Dulu aku rasa expectation ni sesuatu yang berat sebelah. Sebab dulu aku rasa kalau perempuan expect calon suami diorang kena pandai jadi imam, senang sangat la macam tu.

Susah Sangat Ke Jadi Imam?



Maksud aku, susah sangat ke jadi imam? Senang je kot. Tapi tu apa yang aku fikirkan suatu ketika dahulu. Sekarang baru aku nampak yang sebenarnya tak ramai orang lelaki boleh jadi imam solat dengan baik.

Bukan kesalahan yg major, tapi cuma kelompongan sedikit je yang boleh diperbaiki, dari beberapa aspek. Antara yang selalu sangat aku perasan, bab doa.

Doa Bahasa Arab



Kalau doa dalam bahasa melayu, tak ada masalah rasanya dalam bab ni. Tapi bila doa dalam basa arab, walaupun aku tak expect imam tu belajar bahasa arab tapi at least kena tahu sikit2 beza doa untuk diri sendiri dan untuk orang ramai.

Beberapa kali aku perasan imam baca doa kuat-kuat, dan diaminkan oleh makmum, padahal imam baca doa untuk dirinya sahaja. Contoh

Allahummaghfirli.../Robbighfirli... (ya Allah ampunilah AKU..../Tuhan ampunkanlah AKU)
instead of
Allahummaghfirlana…./Robbighfirlana... (ya Allah ampunilah KAMI…./Tuhan ampunkanlah KAMI)

Allahumma inni au'zubika (ya Allah sesungguhnya AKU memohon perlindunganMu..)
instead of 
Allahumma inna nau'zubika (ya Allah sesungguhnya KAMI memohon perlindunganMu..)

dan beberapa doa lain lagi...

rasa macam imam tu selfish pun ada. orang lain aminkan doa dia, tapi dia doa untuk diri sendiri je.. husnu zhon je la.. maybe imam tak tahu. Tu tak masuk bab bacaan dalam solat lagi tu.. hehehe

Tapi tak bermakna orang tu tak boleh jadi imam. cuma kena belajar sikit la. dan yang tahu kena la tegur.  aku pun bukanlah sempurna. bukan imam mana-mana masjid pun.. yang mana aku tahu, aku tegur dan share kat sini. tu je. hehehe..

68 comments:

  1. Aku tu boleh merujuk kepada diri sendri jugak kan ? ke tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. utk "aku" yang mana nih? hehehe..

      basically, "aku" tu mmg merujuk kepada kata ganti nama diri yang pertama.. hmm..

      Delete
  2. lelaki kena pandai semua..sebab laki ketua keluarga
    perempuan ni just penolong je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana ada laki yg pandai semua.. dalam drama tibi3suku ada la.. laki semua nak perfect. suami ku mister perfect 10 la katakan.. hmm.. realitinya tak macam tu.. kna terima seadaanya.. hehe.. yg mana ada kekurangan, kita bantu dia, bimbing dia, ajar dia, ubah dia kearah yang lebih baik..

      Delete
  3. spnjg pengamatan sy laa...org yg tkt nk jadi imam ni sbb dia bimbang tak reti nk baca doa lps solat...

    ReplyDelete
  4. Nak jadi apapun kena ada ilmu di dada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu sangat2 betul yang amat! sbb tu nabi kata orang alim (berilmu) lebih utama daripada orang abid (kuat ibadah) sbb boleh jadi orang kuat ibadah tu beribadah tanpa ilmu yang boleh menyesatkan..
      wallau a'lam..

      Delete
  5. Susah la nak jadi imqm kalau solat pun tak.... syarat pertama sayaambil kira utk cari calon suami ialah -boleh imamkan solat berjemaah di umah atau di surau & selalu solatberjemaah kat masjid / surau

    ReplyDelete
  6. kan.. Suami ibarat syurga dan neraka ..

    ReplyDelete
  7. ape2 pon akak doakan Phais boleh jadi imam yang serba boleh..imam muda Phais gtu..Aamiiin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aimiin.. kadang2 jadi imam simpanan kat surau kampung ni. hehehe

      Delete
  8. kdg perkara asas itulah yg pyh org buat dan lakukan..

    ReplyDelete
  9. sbnrnya tak pandai takpe boleh belajar yg penting ada keinginan nk belaja kn.. bawa secara perlahan2.. rasa nya zaman skrg kebykkan dah pandai2 dan tgi ilmu agama... insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol2.. yg penting dia nak belajar.. sikit2 slow2 pun x pe..

      Delete
  10. 2 2 kena ada ilmu sebelum kawin..
    semua tu kan boleh belajar

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh belajar tapi kalu tak mau belajar, x jalan jugak.. hehehe.. kmahuan kena ada, untuk belajar.. kalau x mmg susah..

      Delete
  11. Xrti/xnk jadi imam tp nk org rumah pndi masak... Nampak sngt pentingkn dri sndri...!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahha.. nada marah nampak.. hehehe.. sabar..

      Delete
    2. Cikna steady je, xmarah le...;-)

      Delete
  12. semayang berjemaah kat memana nanti husna check! hahahaha.. LOl!

    ReplyDelete
  13. sama kes macam sembahyang subuh la. bacaan qunut. baca sendiri2 lain. jd imam lain lak bacaan nyer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol2... ada beza bacaan jadi imam, jadi makmum dan ada beza kalau sorg2.. yang imam plak ada masa baca kuat dan ada part baca perlahan..

      Delete
  14. jadi imam tak susah, cuma gabra...sebab jarang buat :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. tu betul jugak.. tapi kalau dah biasa, okay ja..

      Delete
  15. Imam tak susah kalau zohor dgn asar hahahaa.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab nk baca doa tu yg selalu org nk ngelat

      Delete
    2. zohor n asar ttp kna baca doa jugak.. lain la kalau dia solat kat masjid dalam perlis.. hehehe..
      doa sendiri2 je.. hehehe

      Delete
    3. Sunnah nya memang begitu selepas solat berjama'ah, berdoa sendiri-sendiri. Setiap orang ada hajatnya yang sendiri

      Delete
    4. betol2.. saya setuju.. doa sendiri2 ni bagi saya nmpak lebih ikhlas.. sebab datang dari hati dan permintaan diri sendiri.. lain orng lain hajat dan kemampuan. mungkin pak imam mampu, dia nak doa nk tambah bini sorg lagi, tapi makmum x mampu.. hehehe

      Delete
  16. agak2 si dia tahu x ye? #thinking

    p/s nice entri..peringatan untuk semua Adam juga Hawa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. jangan thinking je.. pi tanya.. hahahaha

      thanks..

      Delete
  17. Hi,singgah sini n follow sini.. :)

    ReplyDelete
  18. betul tu. suka klau nak muda nak jadi imam tapi ssh nya nak jumpa. mungkin ada tapi masih belum jumpa.

    ReplyDelete
  19. Mmg lelaki kena ambil tanggungjawab jadi imam ni.. kena slalu perbaiki tajuid agar bacaan sempurna, in shaa Allah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa.. tu tak masuk bab tajwid lagi tu.. hahahaha

      Delete
  20. entry yang bagus. menunjukkan ciri-ciri bakap suami dan bapa yang bagus ahaks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha.. kita kna bersedia.. tu pun rasanya skrg x bersedia lagi.. hmm..

      Delete
  21. Lelaki boleh masak tu normal tp kalau lelaki tak boleh jadi imam tu agak sedih la sbb ramai yg boleh jd imam dlm keluarf baca je dlm bahasa melayu tp kalau imam d surau atau masjid masing2 pandang ko pandang aku mgkin bab doa tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha.. lain kalau solat kat masjid kat perlis.. hehehe

      Delete
  22. Ramai yg x pentingkan bab belajar bacaan doa selepas solat ambil ringan boleh belajar sampai degree phd tp kalau ada kemahuan x susah pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. nk belajar ilmu dunia, fardhu ain fardhu kifayah kna belajar dulu.. hehehe

      Delete
  23. Biasa bila sebut jadi imam serah kepada ustaz

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak semestinya kna ada title ustaz baru boleh jadi imam.. hehehe

      Delete
  24. Tp ramai yg boleh jadi imam tp malu nak tunjuk bakat dan tampil ke depan ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. malu kan separuh dari iman.. eh..heheheh
      tapi buat bnda baik buat apa nk malu..

      Delete
  25. Kalau zaman sekolah dulu bila sorg dua yg biasa jadi imam sampai dalam kelas pun depa ja yg baca doa. haha..

    ReplyDelete
  26. klau pompuan ja mesti kait dgn memasak

    ReplyDelete
  27. Bukan semua mampu..
    Sama-sama berdoa agar dia menjadi imam terbaik dalam keluarga sebelum menjadi imam buat orang lain.

    ReplyDelete