28.11.16

6 Tahun Hikayat Budak Pening

sebenarnya minggu lepas tanggal 24 November, blog hikayat budak pening ni dah genap umur 6 tahun! fuh, 6 tahun dah aku bergelumang dalam dunia blog. kalau ada anak dah boleh masuk tadika dah. hahaha..

6 Tahun Hikayat Budak Pening


header terawal blog hikayat budak pening
(dulu nama blog ni "pening" je)
p/s : yup, tu mata aku

dulu aku ingat macam rasa nak buat GA sempena ulang tahun anniversary , tapi malas plak rasanya.. malas nak handle part2 hadiah.. nak cari sponsor rasa macam tak layak. blog picisan melukut tepi gantang je. bukan blog popular mana pun. hehehe..

header selepas tukar nama blog dari PENING kepada BUDAK PENING 

selama 6 tahun ni, banyak la jugak kenangan manis dan pahit. dah banyak berubah sejak mula penubuhan blog ni sampai sekarang. dulu student, skrg dah kerja. dulu single, sekarang, eh, sekarang masih single x berubah jugak.. hahahaha..

my all time feveret header blog Hikayat budak Pening
dari header ni la tertukarnya nama kepada Hikayat budak pening

dulu kat sini la tempat aku luahkan perasaan masa zaman student. dulu passion aku menulis blog tu memang giler2. sekarang passion tu masih ada, tapi dah berkurang. dah banyak komitmen dan tanggung jawab.

biasa la.. kita tak selamanya jadi budak-budak happy go lucky bebas nak buat apa saja. nak tak nak kena membesar dengan tanggung jawab yang bertambah. hmm.. tu je point aku nak bebel kali ni..

serius rasa nostalgia terutamanya bila tengok balik header2 blog aku ni. dulu aku rajin tukar, sekarang pun kalau ikutkan hati aku, nk jugak tukar2 header selalu tapi disebabkan kelemahan tukar header selalu ni lebih banyak dari kebaikannya, aku pun dah stop kat header sekarang sejak 2013, which is header yg ke 12! (3 tahun 12 header)

kalau nak tengok koleksi header aku, boleh tengok sini : koleksi header hikayat budak pening

last but not least, thanks buat korang yang masih menyokong blog budak pening ni.


23.11.16

Resepi | Kerisik Paklong Lee


Resepi | Kerisik Paklong Lee


Alkisah, dahulu masa aku kecik-kecik, arwah ayah aku terkenal dengan gelaran pak Long Lee Kerisik sebab dulu, kami sekeluarga buat perusahaan membuat kerisik secara kecil-kecilan kat rumah untuk dijual secara borong kepada penjual2 pasar pagi dan tempahan dari orang kampong dan catering untuk masakan kenduri.

So, kali ni aku nak kongsi resepi cara nak buat kerisik family aku. Kiranya ni resepi keluarga turun temurun la ni. Bukan google mana-mana. Prosesnya semua dari ayah aku yang diperturunkan kepada aku. Cewwah.. Hahaha...

Bahan-bahan

1. isi kelapa parut
2. minyak masak

Alatan tambahan
1. blender basah

Nota: 

1.Family aku buat kerisik untuk dijual. So, semuanya berskala 40 biji buah kelapa sekali buat. kalau pakai 1 atau 2 biji, tak pernah lagi buat. Tapi kali ni aku cuba agak-agak nisbah kuantiti untuk 2-3 biji kelapa. Naka pakai 1 biji, macam sikit sangat, nanti susah nak blender.

2.Sory, tak ada gambar proses cara buat sebab dah lama dah family aku tak buat kerisik. Ni aku cuma recall balik je cara nak buat. gambar kat sini semua dari google.

Cara-caranya:


1. mula-mula, kita jemur dulu isi kelapa yang dah diparut sehingga betul-betul kering di bawah cahaya matahari. Seeloknya jemur tengah hari. Macam aku dulu jemur pukul 10 pagi hingga pukul 3 petang.

2. bila dah kering kita masak isi kelapa tu dengan menggunakan api yang sangat-sangat kecil. Masak guna kuali besar sikit, sebab kita kena kacau berterusan tanpa henti sampai dia bertukar warna perang kemerahan. Kalau tak kacau, dia cepat hangit warna hitam. Jangan bagi hangit!


3. dah masak, biarkan sejuk dahulu. Bila dah sejuk, kita blend pakai blender basah.

4. isikan 1/4 blender dengan minyak masak. Kemudian masukkan isi kelapa yang dah dimasak tadi sehingga ½ blender. Tutup ‘mulut’ blender tu dengan petutup periuk,(jangan pakai penutup blender) kemudian blend sampai isi kelapa tadi lumat dan sebati dengan minyak.

5. masukkan lebihan isi kelapa tadi dalam blender sedikit demi sedikit semasa tengah blend. Sebab tu pakai tudung periuk je sebab kita nak tambah isi kelapa lagi dalam blend tu. Masukkan sampai penuh blender dan sampai isi kelapa semua dah lumat.

6. nak tau dia lumat atau tak, tunggu sehingga kerisik dalam blender tu ada pusaran macam air dalam singki bila kita buka lubang singki. Macam tu la lebih kurang. Lepas tu dia akan keluar bunyi pelik sikit disebabkan angin dalam pusaran kerisik tadi. Lepas dah keluar bunyi pelik tadi, baru tutup (switch off) blender.

7. tuang kerisik dari dalam blender tu kedalam bekas dan biarkan semalaman sampai kerisik tu ada dua layer, isi kerisik mendak kat bawah dan lapisan minyak lebihan akan berada di lapisan atas.

8. buang lapisan minyak yang kat atas tu, dan voila! Siap dah kerisik korang..!

selamat mencuba!

Resepi Pesamah


kerisik ni selalunya banyak guna dalam kerabu dan lauk pesamah. kalau nak tengok resepi pesamah, boleh tengok sini :Resipi: Pesamah atau Rendang Besar

21.11.16

Jenis Bikers


Jenis-jenis bikers


1.bikers kental


Tak kira hujan panas ribut tetap tak berhenti..
Ride 5-6 jam no hal... dari selatan ke utara no hal...
Tak makan janji moto servis on time.. sayang moto dari apa apa skali pun..

2.bikers citer lebih


Ride 1-2 jam dah Tak tahan.. 
Ride dekat-dekat je.. Ajak ride jauh Macam-macam Alasan..
Bile citer bab moto, semua dia tahu... sedangkan dengar dari citer bikers lain..
Citer macam dh sampai london... tapi border pun tak tahu..

3.bikers santai



Jangan tertipu dengan santai... die la yg paling depan.. biler tibe corner die la yang jejak siku.. Bile berbual... macam tak tahu pape... tapi sebenar die la sifu...

[ride ke genting Highland]


4.bikers assesori..


Moto dia yang paling banyak assesori... damper.. engine guard. Dan sebagainya semua ada pada moto dia...


5.bikers corner



Bile open je event pergi bentong.. KKIC.. cemeron.. ha tudia nama dia yg first..
Corner jgn cakap la.. lutut.. siku... perut pun jejak jalan...!
Tapi jalan lurus sopan santun...

[jalan layan corner di Penang]

6.bikers highway


Pantang name jalan lurus.. 
399kmj dia bawak moto dia
Bile tiba corner die paling Last...

7.bikers sayang moto


Ride dekat-dekat.. bawak 90Kmj kat highway.. sayang engine..
Hari hujan.. hari mendung.. Konvoi cancel... tak join.. alasan dia Tak sihat.

8.bikers muda


Umur 18 dah pkai R1/zx10r/rabbit.. untung la dik.. ada mak ayah kaya...
abang umur 18 baru beli poster r1/zx10r/rabbit..

9.bikers tangan gatal


Ada saja benda yg nk dibuka nya.. sekejap buka. Sekejap pasang. Benda yg sama... Hilang skru buat tak tahu.. clip patah di ganti dengan dawai..

10.bikers asal boleh..


Muffler 80rm utk c70 pun die pasang kat moto die..
Tayar kapcai pun die sarung.. sidemirror ex5 pun die masuk kan.. knp xmasuk kan jew terus engine ex5 tu..

11.bikers kepit


Asal konvoi.. bawak awek.. bawak bini.. keluar ramai2 tapi makan berdua je dengan awek/bini..
Baik kau ride sendiri.. tak payah konvoi...

12.bikers hati kering


Roadblock die langgar.. 
JPJ die hentam...
hujan die bleh pepah 300kmj.. corner berlubang die bleh henjut..


So mana satu kah anda?

14.11.16

Jawapan Soalan Math 1

hari jumaat yang lalu aku ada publish satu quiz matematik yang aku jumpa kat internet yang aku rasa sangat menarik untuk dikongsi. so, sepeti yang dijanjikan, ini jawapan dia.

Jawapan Soalan Math 1


sebelum tu, meh nak tunjuk soalan dia:

soalan : 


jika kedua-dua bulatan dalam segi empat tu, radius = 1 meter.
berapa keluasan kawasan yang berwarna merah tu?

pertama sekali, bagi membantu cara nak jawab supaya senang nampak, kita tambah beberapa garis tambahan dan huruf kat bucu nak bagi senang nak rujuk nanti. 

jawapan :


kawasan merah  = luas KQJ
= luas KNI - luas NIJ - luas QPNJ

garisan NI = 1 meter
garisan KJI = 2 meter
jadi, luas segi tiga KNI = ½ x 1 x 2 = 1 m2

luas NIJ = [luas segi empat ACIK - luas bulatan BNJL] / 4
=[(2 x 2) - π(1)2] / 4
= [4 - π] / 4
= 1 - π /4

luas QPNJ = luas MNJQ - luas segi tiga QMNP

luas MNJQ
disebabkan garisan LMN selari dengan garisan KJI, so sudut MNP = sudut QKJ
let say sudut QKJ = Ɵ1

tan Ɵ1 = NI / KJI
tan Ɵ1 = 1 / 2
tan Ɵ1 = 0.5
so,  Ɵ1 = 26.565°

sudut QMN = 180° – 2(26.565°)
= 126.87°

luas MNJQ = 126.87°/360° x  π(1)2
= 0.352 π

Garis KQPN =√ [(garis NI)2 + (garis KJI)2] = √5
Sin Ɵ1 = NI / KQPN = 1 / √5 = MP/1
MP = 1/√5

Cos Ɵ1 = PN/1 = 2 / √5
PN = 2/√5

Luas segi tiga QMNP = MP x PN = 1/√5 x 2/√5
= 0.4 m2

Jadi, luas QPNJ = luas MNJQ - luas segi tiga QMNP
= 0.352 π – 0.4
= 0.705 m2

so, berbalik kepada soalan asal, luas kawasan merah
= luas KNI - luas NIJ - luas QPNJ
= 1 – (1 - π /4) - 0.705

= 0.08 m2


macam mana aku dapat jalan kira ni? idea je lebih kurang sama dari video bawah ni. aku olah sikit. so, kna buat kira-kira jugak. aku cuma tiru idea cara nak kira je, bukan tiru jawapan. heheh..


p/s: math dari sekolah rendah sampailah SPM, aku minat giler. 
tapi bila masuk matrikulasi, baru aku tahu kenapa org benci math.. hahaha..
korang minat math?

13.11.16

SEGMEN: JOM BLOGWALKING BERSAMA AYUINSYIRAH

klik baner untuk join 


SEGMEN: JOM BLOGWALKING BERSAMA AYUINSYIRAH


weekend ni tak tau nak update apa, kita join segmen dulu.. hehe.. selamat berhujung minggu.. 

11.11.16

Soalan Math 1

rasanya dalam baru-baru ni aku ada terjumpa soalan math ni kat internet. agak menarik sebab pecoh pale aku pikir tak jumpa cara nak jawab soalan ni. serius rasa tercabar. siang malam aku pikir, last-last aku give up. 

tapi bila tengok jawapan, "la... macam tu je rupanya." 

Soalan math 1


korang pernah rasa tak macam tu? kalau nak try rasa feeling dia tu macam mana, try juawab soalan ni:

soalan : jika kedua-dua bulatan dalam segi empat tu, radius = 1 meter.
berapa keluasan kawasan yang berwarna merah tu?

okay, aku bagi peluang kat korang jawab. aku bagi masa sampai weekend ni. hari isnin tepat pukul 7 pagi aku akan autopublishkan jawapan dia. hehehe..

senang je sebenarnya. level spm pun dah boleh jawab. cuma kena kreatif sikit la. hehehe.. tapi sedihnya aku tak berjaya jawab walaupun math subjek feveret aku masa SPM dulu. hmm..   

sapa boleh jawab, dia memang pandai. hehehe.. aku cabar nih!

10.11.16

Shanghai Fridge Magnet Giveaway by Jari Manis & Scdha Sein Travel

klik baner untuk join sebelum 7 Disember 2016

Shanghai Fridge Magnet Giveaway by Jari Manis & Scdha Sein Travel


jom join! dengan ini saya nak tag SYM (Siti Yang Menaip) disebabkan dia pun blogger travel jugak.. ingat nak tag Mohamad khairudddin Lim sekali tapi dia dah join.. hehehe

blog tak terupdate seminggu sebab baru balik dari berkurus. eh, silap, berkursus... hehhe.. balik je penang, masih tak ada idea nak menulis, so, kita join GA dulu... 

p/s : dalam perancangan nak anjurkan Give Away sempena ulang tahun blog Hikayat Budak Pening ini yang ke-6 bulan november ni. sedang dalam perancangan, tak sure jadi atau tak, kita tengok je la nanti.. 


3.11.16

Susah Sangat Ke Jadi Imam?

Perempuan Masak, Lelaki Imam 


Dah banyak kali dah kan dengar ayat skeptical ni. Macam satu expectation yang perlu ada pada laki dan perempuan terutamanya bila masuk bab baru nak kahwin.

"Perempuan kena pandai masak, laki kena pandai jadi imam solat."

Dulu aku rasa expectation ni sesuatu yang berat sebelah. Sebab dulu aku rasa kalau perempuan expect calon suami diorang kena pandai jadi imam, senang sangat la macam tu.

Susah Sangat Ke Jadi Imam?



Maksud aku, susah sangat ke jadi imam? Senang je kot. Tapi tu apa yang aku fikirkan suatu ketika dahulu. Sekarang baru aku nampak yang sebenarnya tak ramai orang lelaki boleh jadi imam solat dengan baik.

Bukan kesalahan yg major, tapi cuma kelompongan sedikit je yang boleh diperbaiki, dari beberapa aspek. Antara yang selalu sangat aku perasan, bab doa.

Doa Bahasa Arab



Kalau doa dalam bahasa melayu, tak ada masalah rasanya dalam bab ni. Tapi bila doa dalam basa arab, walaupun aku tak expect imam tu belajar bahasa arab tapi at least kena tahu sikit2 beza doa untuk diri sendiri dan untuk orang ramai.

Beberapa kali aku perasan imam baca doa kuat-kuat, dan diaminkan oleh makmum, padahal imam baca doa untuk dirinya sahaja. Contoh

Allahummaghfirli.../Robbighfirli... (ya Allah ampunilah AKU..../Tuhan ampunkanlah AKU)
instead of
Allahummaghfirlana…./Robbighfirlana... (ya Allah ampunilah KAMI…./Tuhan ampunkanlah KAMI)

Allahumma inni au'zubika (ya Allah sesungguhnya AKU memohon perlindunganMu..)
instead of 
Allahumma inna nau'zubika (ya Allah sesungguhnya KAMI memohon perlindunganMu..)

dan beberapa doa lain lagi...

rasa macam imam tu selfish pun ada. orang lain aminkan doa dia, tapi dia doa untuk diri sendiri je.. husnu zhon je la.. maybe imam tak tahu. Tu tak masuk bab bacaan dalam solat lagi tu.. hehehe

Tapi tak bermakna orang tu tak boleh jadi imam. cuma kena belajar sikit la. dan yang tahu kena la tegur.  aku pun bukanlah sempurna. bukan imam mana-mana masjid pun.. yang mana aku tahu, aku tegur dan share kat sini. tu je. hehehe..