Penempatan Farmasi Sudah Penuh?



Penempatan Farmasi Sudah Penuh?


baru-baru ni, aku telah diajukan soalan di laman Google+ oleh seorang ibu kepada seorang pelajar farmasi yang sedikit bimbang akan masa depan dan peluang pekerjaan anak dia nanti. yer la,mak mana yang tak bimbang akan masa depan anak-anak.


Situasi


Memang ramai sekarang graduan lepasan farmasi tapi masih belum dapat kerja. Masih menunggu panggilan posting malah ada yg baru menunggu panggilan interview.  Junior aku (graduan usm) pun dh ada yg menunggu hampir setahun.

Ada yang masih menunggu untuk interview. Itu belum tunggu posting lagi. Lepas tu kalau gagal temuduga, kena repeat temuduga sampai lulus, lepas tu baru tunggu penempatan posting sebagai provisional registered pharmacist, PRP (farmasi dalam tempoh latihan setahun sebelum dapat lesen penuh farmasi)

Tapi,  Kalau mengikut beban kerja di hospital (institusi lain aku tak pasti), farmasi sebenarnya masih tidak mencukupi. Malah,  ada hospital yang sangat kekurangan PRP baru sehinggakan pegawai farmasi senior terpaksa lakukan tugas-tugas yang sebelum ni PRP yang buat.  

jadi, betul ke ramai graduan farmasi belum dapat panggilan disebabkan penempatan farmasi sudah penuh?

Bajet Kewangan


Masalahnya yang aku nampak  sekarang bukan penempatan farmasi dah penuh dalam hospital tapi masalah peruntukan bajet kewangan KKM.  Tambahan pula,  semua penambahan post jawatan baru dlm KKM sekarang telah dibekukan sehingga tahun 2018 disebabkan kekangan bajet. -sumber berita dari kursus PTM yang baru sahaja aku lalui bulan september 2016.

tapi jangan jadi butthurt plak pi marah kerajaan tanya bajet kesihatan pi mana? dah tu yang korang pi klinik dan hospital kerajaan kena charge RM1 tu, ingat harga ubat dan servis hospital dan klinik seringgit je ke? ingat kos kesihatan kerajaan tanggung tu sikit?

Penyelesaian : cuba cabang lain selain hospital kerajaan


Antara langkah persediaan menghadapi masalah ni yang boleh anak makcik ni dan pelajar-pelajar farmasi lain ambik adalah dengan mencuba bidang lain selain farmasi hospital.  Sebab bidang farmasi ni luas,  cuma sejak dari dulu hingga sekarang,  kita kat Malaysia hanya banyak tumpu arah hospital.

Ada bidang farmasi industri, komunity,  research, pendidikan,  dan sebagainya.  Dan sekarang kerajaan dah pun buka peluang graduan farmasi untuk jalankan PRP di hospital swasta dan kedai farmasi komuniti.

junior USM aku

Dan aku bagi contoh,  di USM kini pelajarnya sudah dipecah kepada 2 cabang,  farmasi klinikal (hospital)  dan industri.  IPT lain aku tak pasti tapi rasanya banyak dah IPT yang dah start buat macam tu, supaya lepas grad nanti tak hanya tumpu ke hospital.


Jadi, Pelajar farmasi sekarang dah kena start jadi pro-aktif. Dah kena mula rancang flow untuk masa depan. tak boleh lagi just follow the flow je sebab sekarang aliran flow farmasi dah mula banyak bercabang.

IPTA vs IPTS


Isu IPTA IPTS aku tak pasti,  sebab batch aku dulu,  tak ada beza pun.  Asalkan lulusan dari IPT yang tarafnya disahkan oleh Lembaga Farmasi Malaysia (LFM), tak ada masalah. Untuk nak tengok senarai IPTA IPTS yang disahkan oleh LFM untuk jalankan Ijazah Sarjana Muda Farmasi, boleh tengok kat portal www.pharmacy.gov.my,

Tapi sedikit sebanyak, aku tak nafikan sesetengah IPT sudah ada reputasinya tersendiri. tapi tak akan beri kesan sangat terhadap penempatan lepas grad. Jangan risau kalau korang takut ada bias. Cuma bila kau dari IPT tu, expectation orang lebih sikit la bila dah kerja. tu je.

bahagian expectation yang tinggi ni pun "hantu" jugak sebenarnya. tapi tak pe la, lain kali aku cerita lain pasal kes ni. hmm.. sekarang kita bincang pasal penempatan je dulu.

Harap dapat membantu...

Jangan Malu Bertanya

Korang pun kalau ada soalan, jangan malu bertanya aku. tak kisah la pasal farmasi ke, pasal ubat ke, pasal superbike ke.. hehehe.. dulu banyak jugak aku buat entri dalam menjawab soalan. Cuma sejak  kebelakangan ni dah jarang.

Antara contoh soalan berkaitan pharmacy yang aku cuba jawab :
1. Peluang Belajar Farmasi
2. Pengalaman PRP
3. apa itu Pharmily?
4. dah tak minat farmasi.

mana yang aku tahu, aku cuba jawab...

[dipetik dan diolah dari blog Nota Farmasi, blog kedua aku]

Comments

  1. Kalau nk tahu tentang farmasi n kerjaya yg bersangkutan kena tnya yg arif cam phaa is.

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde la arif sangat.. tapi boleh je tanya kalau nk kepastian pasal farmasi.. hehe

      Delete
  2. Tentu susah cari keja sekarang ini..

    Tetapi bidang kesihatan luas juga prospek kerjaya.. Banyak swasta saya tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la dgn keadaan ekonomi skrg ni..
      yup.. khasnya bidang farmasi ni banyak sebenarnya cagang2 farmasi yg x ramai yg tahu.. bukan sekadar tukang bagi ubat je..

      Delete
  3. InsyaAllah, Allah dah tetapkan rezeki masing2..")

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki, ajal, jodoh semua dah ditetapkan..
      tapi bab rezeki dan jodoh kena usaha.. x boleh tunggu datang bergolek..
      ajal je x payah usaha..nnti dia bergolek datang mai.. hehehe

      Delete
  4. Anak saya dulu PRP di hospital Putrajaya...baru posting bulan ogos lepas ke Instiut Kanser Negara..;

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa... farmasi ubat kanser la nih..

      Delete
  5. Replies
    1. MKL lebih tahu la kot sbb ada anak kerja farmasi..

      Delete
  6. Hurm... kalau di Watson dan A Look pun ada pharmacist itu pharmacist kategori apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg tu FRP (fully registered pharmacist)
      farmasi yg telah tamat latihan PRP selama setahun dan telah lulus ujian undang-undang farmasi. selepas jadi FRP, baru dikira sebagai "registered pharmacist" (farmasi berdaftar) dan layak untuk memohon lesen farmasi A untuk menjalankan kedai farmasi..

      Delete
    2. kalau dah bukak kedai famasi memang awesome la bro..

      Delete
    3. nk buka sendiri modal besar.. nk senang kerja kat kedai org la..

      Delete
  7. susah juga ya nak ccari kerja sekrang

    ReplyDelete
  8. In private pulak yg saya nampak demand staff pharmacy juga tinggi dan selalu sibuk tak menang tangan lagi2 waktu malam cuma cth 2 org je yg duty every night utk cover medication inpatient and outpatient. Tapi semua depend on management biasanya tak nak tambah staff sebab nak cut bajet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..mana2 pun skrg masalah bajet..

      Delete
  9. rs nyer kalu nk trs ke jawatan yg bgs mmg da penuh tp apa slh nyer cuba jawatan2 yg kecil dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. x paham la.. cuba jawatan kecil tu macam mana..? kami bukan boleh pilih jawatan.. hehehe... mmg terikat dengan undang2 kna buat macam tu.. x bleh pilih jawatan suka hati.. hehehe..

      Delete
  10. hr tu kt hosp lalu kt frmasi trus ckp kt hsbnd gaji dorg byk tau haha (byk2 info pasai gaji gk yg igt hehe)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. tu la.. nmpak duit je.. hahaha

      Delete
  11. so memang ada economic crisis kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. Krisis tu mmg wujud..

      Delete
    2. tapi tengok berita kat tv macam takde apa2 pon berlaku.

      Delete
    3. hahha.. biasa la. berita boleh manipulasi.. hanya siarkan berita yg berkepentingan sesuatu pihak je.. berita lain diorg buat senyap.. itu normal dalam sistem berita tanah air kita.. menyedihkan..

      Delete
  12. hurm, rsanya suma kos sama prob kot..xde budget nk hire org..
    mula la lepasan graduate kja lain bidang..sabo je lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. Kesian timm.. Maritim tp keje nandos.. Hehehe..

      Delete
  13. Jgn kata jawatan ahi farmasi je jawatan lain pun sama. Kekosongsn sikit calomn ramai mmg bersaing utk dpt jawatan lantikan tetap skrg ni

    ReplyDelete
  14. Ramai lulusan ijazah masih mengangur like my sister almost years graduate bidang pendidikan skrg keje part tie, berapa byk appy job tp x dpt2 mmg susah skrg nk masuk dunia pekerjaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sister yg ni ke yg JM nk kenenkan dgn saya hari tu? Hahahaha

      Delete
    2. errr.. errr..

      eh, laju nya JM balas.. hahaha..

      tapi.. buat masa sekarang macam x bersedia lagi nk jumpa sapa-sapa.. walaupun skrg ni ada minat kat sorg budak tu, tapi malu nk confes.. ehhh...

      Delete
    3. AHAKS...MALU? KE TAK BERANI hihihi...jgn macam tu..tak cuba tak tahu..jgn malu2 nanti MELEPAS! cakap je terus terang abis cite

      Delete
    4. ish.. berhantu sunggah jari manis JM ni menaip.. laju nya reply.. ni pakai notify komen ke aper nih.. hahaha

      hmm... x tahu nk buat macam mana.. saya seumur hidup tak pernah berpasangan.. x tau nk buat macam mana.. xde pengalaman.. hehehe

      Delete
  15. Sedih zaman skrg ramai graduate tp peluang pekerjaan dan jawatan kosong yang d tawarkan kurang

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. sedih tgok junior2 yg masih x dapat kerja..

      Delete
  16. mcm jiran la pha is habis study keja dlu kt klinik smpai dh kerja hospital skrg ni at least ada duit masuk dr menganggur ja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. kna kerja part time dulu sementara nk dapat kerja betol..

      Delete
  17. macam-macam kan...tapi apapun ada pengumuman gembira buat perjawatan farmasi ni kan?

    ReplyDelete
  18. mana2 bidang pun, susah nak cari keje sekarang. bukan farmasi je. yg penting, lps dah grad, jgn memilih keje. itu je. ni tak, lepas grad je, terus nak aim keje gaji rm 3k. mana nak dapat keje kalau gitu2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. kalau macam kami farmasi ni mmg tak boleh memilih, kna kerja farmasi tunggu panggilan posting je..

      Delete
  19. Kerajaan Malaysia era Najib banyak tabur duit merata-rata, bajet pun lari.

    ReplyDelete

Post a Comment