31.10.16

Review | Tayar Bridgestone Battlax S20 Evo

tayar superbike cornering
Bridgestone Battlax S20 Evo

Review | Tayar Bridgestone Battlax S20 Evo


Lepas je botak tayar standard motosikal Yamaha YZF R25 aku tu, aku ambil keputusan nak try tayar Bridgestone Battlax S20 Evo. Tapi sebab tayar depan aku masih elok, aku tukar tayar belakang je la. Depan standard, belakang battlax

Saiz tayar Bridgestone Battlax S20 Evo yang aku try adalah 150/60. besar sikit dari saiz tayar asal moto aku, 140/70.

kiri : tayar standard yang dah botak (15,000++ km)
kanan : tayar Bridgestone Battlax S20 Evo yang baru

Harga


Aku tukar tayar tu kat kedai Motosikal Brighwill di Butterworth Penang. Bertentangan dengan bangunan TM Butterworth. Untuk tayar belakang sahaja, sekali pasang dan balancing aku kena RM400++ (around RM430 kalau tak silap)

Bab harga aku tak pandai sangat. So, korang nilai la sendiri.

Cengkaman 


First thing yang aku perasan bila baru pakai tayar ni, rasa macam nak menangis je bila menyelit atas garisan putus-putus kaler putih kat lebuh raya, terutamanya atas jambatan Pulau Pinang. Rasa nak nangis sebab best giler! Tak goyang langsung! Its epic! Its beautiful!


Masa hujan pun aku menyelit rilex je atas line putih atas jalan tu. Tapi kontrol sikit la. tak boleh nak all out.

Cornering


Bab cornering bagi aku kira okay la. Kena ikut keadaan jalan jugak. And know your limit.

Sebab aku pernah jatuh masa layan corner masa keluar exit lebuh raya kat Puchong. Jatuh sebeb tergelincir sendiri, nasib baik tak langgar sapa-sapa. Mau tak jatuh, mula2 exit lebuh raya tu jalan kering elok je, kat tengah-tengah ada air tumpahan.

Aku rasa air dari lori sampah sebab bau busuk. Ni kes lori sampah pun layan corner jugak la ni, tu yang tumpah habis air dia.

Tapi kalau jalan okay, tak licin tak beralun tak berlubang dan trafik okay, takat nak meleper sampai foot rest seret jalan tu tak de hal la. Sedap je turun meleper, tak sedar pun, tau-tau dengar bunyi foot rest seret jalan.

knee drangging

hari tu dalam perjalanan aku dari kelantan ke penang dalam entri aku bertajuk "Jelajah Raya 2016", aku naik moto pakai tayar ni dari Jeli ke Gerik, ambil masa 1 jam. 1 hour of pure happiness! memang layan corner, habis layan ah!
 

Ketahanan


Aku pakai tayar ni dalam 10,000km dia dah botak dah. Tapi lepas 10,000 km tu pun, aku bantai jugak ride dari penang ke KL then terus ride layan corner naik Genting Highland.

Walaupun dah agak botak, tapi aku rasa macam cengkaman masa cornering tak effect banyak. Walaupun ada la sikit-sikit licin, tapi boleh lagi tu, siap rilex je tapau Z800 kat corner naik bukit.

Betol, tak tipu..! tapi Z800 tu member aku bawak. Dia beli tak sampai 2 bulan. So, kat corner dia tak berani sangat bawak laju. Kat corner dia brek, tapi aku "drop gear and disappear". Tu yang aku boleh tapau tu. Hehehe..

Tapi bila balik penang je baru aku perasan yang tayar dah botak teruk sampai dah nampak benang dalam tayar. Masa tu dan lebih 12,000 km dah. Memang patut tukar dah pun.

Bridgestone Battlax S20 Evo selepas 12,000++ km

Lagipun aku dengar orang cakap, tayar battlax ni memang best, tapi tak tahan lama. Ada yang cakap tayar ni 3 bulan je dah botak. Aku pakai dalam 4 bulan lebih. Tak sampai 5 bulan, around 12,000 km sebelum tukar baru. Memang masa tu tayar tu dah nazak teruk dah.

Tambah plak aku buat pakai pi kerja. Sehari je ulang alik pi kerja dah dalam 80km. Sebulan lebih dari 1,600 km. Tu baru kerja, belum jalan-jalan makan angin ride lagi.

So, aku rasa limit dia dalam 10,000 km macam tu je.

Kesimpulan : rating


ini cuma personal rating aku. cuma berdasarkan citarasa aku saja. lain orang mungkin lain pendapat.

Tayar
Hujan
Brake
Corner
ketahanan
Pirelli Angel City
9
7
7
9
Bridgestone Battlax S20 Evo
8
8
8
5
Nankang Rodiac WF-1
7
6
7
7
Metzeler Sportec Street
6
9
6
8

next : nangkang


Sekarang aku pakai tayar lain plak. Saja nk cuba semua jenis. aku pakai tayar Nangkang. so far aku suka battlax ni lagi. Nanti aku buat full review untuk tayar tu pulak yer.. pakai yang tu sebab tokey kedai kata tayar baru aku ni tahan lama sikit, kita tengok nanti macam mana.

Stay tuned... 

28.10.16

Iklan Ubat di Blog


Iklan Ubat di Blog


Sebelum ni sudah beberapa kali blogger contact dan Tanya aku berkenaan pengiklanan produk ubat dan kesihatan di blog. Terutamanya bila diorang ada terbaca entri aku yang bertajuk “Bila Share Maklumat Kesihatan”.

Tahukah korang, yang korang sebenarnya tak boleh sebarangan mengiklankan sesuatu produk kesihatan mengikut undang-undang Malaysia? Kalau disabit kesalahan siap ada denda tau!


20 Jenis Penyakit Tidak Boleh Diiklankan



Korang tak boleh iklankan ubat yang mendakwa boleh merawat dan menghindari penyakit-penyakit (20 jenis) yang tersenarai kat bawah ni. [Akta Ubat (Iklan dan penjualan) 1956, seksyen 3(1)(a)]

1. Panyakit/kerosakan buah pinggang
2. Penyakit/ kerosakan Jantung
3. Kencing Manis
4. Sawan
5. Lumpuh
6. Batuk Kering
7. Asma/Lelah
8. Kusta
9. Barah
10. Pekak
11. Ketagihan Dadah
12. Hernia
13. Penyakit Mata
14. Tekanan Darah Tinggi
15. Sakit Mental
16. Kemandulan
17. Frigiditi
18. Lemah Fungsi Seks/impotent
19 Penyakit venerus
20. Kelemahan urat saraf atau aduan kelemahan lain, timbul daripada atau berhubung dengan perhubungan seks.

Kelulusan Lembaga Iklan Ubat 


Selain tu, iklan tersebut mestilah mendapat kelulusan Lembaga Iklan Ubat, LIU sebelum ianya boleh dikiklankan. [Akta Ubat (Iklan dan penjualan) 1956, seksyen 4B(1)].


Iklan yang telah mendapat kelulusan akan ada nombor kelulusan dari LIU. Contoh nombor kelulusan sepeti KKLIU ****/2016. iklan tersebut sah selama 3 tahun dari tahun ianya diluluskan.


Iklan Ubat tak Berdaftar KKM


Berkenaan ubat yang tak berdaftar dengan KKM, konfom-konfom dah iklan ubat tu tak akan dapat kelulusan LIU. So, kira salah la jugak.


Ubat yang berdaftar dengan KKM akan ada MAL nombor (contoh MAL ******** - T) dan stiker hologram meditag pada produk tersebut.

Masud huruf kat belakang MAL nombor :
T – ubat tradisional
N – suplement
X – ubat ”Over-the-counter”, yg boleh dijual oleh orang biasa. Contoh panadol.
A – ubat mengandungi racun berjadual, hanya boleh dijual oleh farmasi dan doktor di klinik

Kalau kosmetik pulak dia tak ada MAL nombor tapi ada NOT nombor. Contoh : NOT*******

Denda


Kalau melanggar seksyen 3(1)(a) dan 4B(1) Akta Ubat (Iklan dan penjualan) 1956 dan didapati bersalah, boleh dikenakan denda maksimum RM3000 atau penjara 1 tahun atau keduaduanya bagi kesalahan pertama kali. [seksyen 5(1)(a)]. denda untuk kesalahan kali kedua lagi tinggi.

so, kalau rasa tak nak kena denda, hindarilah salah-laku ini. jaga-jaga. better safe than sory. kan? kalau ada pertanyaan, boleh tanya kat ruangan komen. mana yg sempat, yg aku tahu, aku cuba jawab.

rujukan :
1.Pha Is (2014 Jan). Bila share maklumat kesihatan; Hikayat Budak Pening. http://www.budakpening.com/2014/01/bila-share-maklumat-kesihatan.html
2. Laman portal rasmi Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM: www.pharmacy.gov.my
3. Kenali Ubat Anda : www.knowyourmedicine.gov.my


26.10.16

Antara Nasi Lemak Anak Dara dan Gadis Bertudung Biru

sepeti yang telah aku cerita kat entri Ride Ke Genting Highland dan entri Roda-Roda Kuala Lumpur, beberapa minggu lepas, aku sempat ride merempit ke sekitar area selangor/KL dari Pulau Pinang sebelum menyambung perjalanan ride ke Genting Highland.

Antara Nasi Lemak Anak Dara dan Gadis Bertudung Biru


gadis bertudung biru, viral, popular,
nasi lemak anak dara gadis bertudung biru?

dalam perjalanan tu, dah alang-alang singgah di kawasan berdekatan, aku ambil kesempatan untuk singgah jugak merasa Nasi Lemak Anak Dara yang tengah famous tu. sanggup ride pagi-pagi dari area Cheras Ke seksyen 7 Shah Alam semata nak merasa Nasi Lemak Anak Dara je.

dalam setengah jam jugak la aku ride. bila dah sampai kawasan perumahan seksyen 7 Shah Alam tu, jenuh jugak aku cari lokasi penjualan Nasi Lemak Anak Dara ni. yer la, kawasan tu dah macam trend jual nasi lemak pagi-pagi tepi jalan. bukan satu-dua. banyak!


Lokasi Nasi Lemak Anak Dara


jalan Plumbum 7/95, Seksyen 7, Shah Alam
coordinate :   3° 4'9.26"N 101°28'56.05"E
(3.069250, 101.482222)

mula-mula jumpa yang nasi lemak Mak tak beberapa nak dara dah. nasi lemak anak teruna pun aku ada jumpa. akhirnya, setelah aku pusing-pusing 1 taman, jumpa jugak Nasi Lemak Anak Dara ni. susah betol. hahaha..

niat nak merasa nasi lemak anak dara tu terbantut sebab aku tengok beratur panjang. nak pi perkenalkan diri sebagai blogger dan ber-selfie pun, aku segan sebab masa tu macam tengh shooting je kat situ. siap ada kamera rakam video bagai.

gadis bertudung biru, nasi lemak anak dara
ini baru gadis bertudung biru.

so, aku ambil gambar gdis bertudung biru (moto aku) berlatar belakangkan lokasi penjualan nasi lemak anak dara, lepas tu terus belah pergi cari kedai mamak nasi kandar pekena tosai. dasar anak penang.! hahaha..


sekian, pengalaman aku dan gadis bertudung biru dengan nasi lemak anak dara yang masa tu bertudung coklat. kalau bertudung biru, konfom aku beratur tunggu. hahaha..

p/s : bagi yang belum tahu, "gadis bertudung biru" adalah nama motosikal aku, jentera yamaha YZF R25


24.10.16

Mentaliti kita | Sampah


Mentaliti kita | Sampah


Dah banyak kali aku hairan dengan sikap orang Malaysia yang kurang titik beratkan soal kebersihan ni. Contoh yang selalu sangat aku nampak dan buat aku rasa sedih dan geram:

Buang sampah melalui tingkap kereta tepi jalan

Hisap rokok kemudian puntung tu buang merata-rata

Naik feri lepas tu buang sampah ke laut


Malas sangat ke nak cari tong sampah? Lepas tu bagi alasan bodoh kata nanti cleaner, majlis perbandaran tak ada kerja. Jangan jadi butthurt sangat boleh tak?


Mak bapak tak ajar


Bunyi macam kasar, tapi aku rasa kebanyakan masalah ni sebab orang kita dah dididik dari kecik bila tengok sikap mak bapak yang jenih tak kisah dan tak rasa bersalah buang sampah merata tempat. Hasilnya, anak-anak tengok, jadi la ”monkey see monkey do”.

Kat sekolah terap lah macam mana sekali pun sikap jaga kebersihan ni tapi kalau dah dari kecik sebelum masuk sekolah lagi budak-budak dah tengok mak bapak buang sampah merata tanpa rasa apa-apa, macam tu la jugak jadinya.

Tambah teruk bila budaya kita kat sekolah dari kecik, sapa yang ikut peraturan, buang sampah dengan betul dalam tong sampah, ikut cakap cikgu, akan dianggap budak ”skema”. Peer pressure.

Bila dah besar, sikap tu dah sebati susah nak buang. Hasilnya, tengok la negara kita sekarang ni. Sedih..

Jom berubah


Tolonglah. Kita sama-sama mampu mengubahnya. Tolong jangan bawak sikap negatif ni buat pusaka sampai anak cucu. Tak sedih ke?

Kita mampu mengubahnya!

20.10.16

Ride Ke Genting Highland | Z800 vs R25

get ready

Ride Ke Genting Highland | Z800 vs R25


Alhamdulillah, minggu lepas aku berkesempatan ride moto ke Genting Highland. mula-mula aku ride solo ke Cheras. kemudian dari situ aku ride dengan member aku yang baru sahaja angkat motosikal Kawasaki Z800 (2nd) tak sampai 2 bulan. hahaha..

kawasaki Z800 vs yamaha YZF R25


Kawasaki Z800 vs Yamaha YZF R25


sebenarnya, kawan aku tu ydp persatuan silat masa aku kat USM dulu. aku? well, aku ni nydp dia je.. bila ydp dan nydp bergabung. ni persatuan silat ke, persatuan moto besar nih? hahaha..

By the way, kawan aku tu namanya arif. kalau berminat, beliau masih ada quota kosong lagi 3.. hehehe.. Gurau je. kang tak pasal aku kena silat dengan bini dia plak (jodoh diorang dalam kelas silat). dah ada anak sorang dah pun..

hmm.. aku je tak pandai nak sambil menyelam minum air masa belajar silat dulu, tak macam arif ni. hmm..


Ride Ke Genting Highland


kat Genting Highland tak dapat nak bergambar sangat sebab kami pergi pun dah petang lepas asar. sampai atas dah nak maghrib. dah gelap. dah la kabus tebal gila vavi. agak bahaya la masa ride tu. mungkin sebab sekarang ni musim hujan. hmm..


bila dah naik, tak tau nak buat apa, so lepak kejap kat starbuck Genting Highland. masa nak bayar, cashier/barista tu tanya sama ada kami ni rider moto atau tak. rupanya kat starbuck area Genting tu, kalau korang Rider moto, dapat diskaun 10%! not bad la...

Tayar Botak


ride punya la layan sampai tak sedar tayar aku dah licin giler. sebelum tu bunga tayar memang dah tak beberapa nak ada. tapi lepas ride tu tayar botak sampai nampak benang dalam tayar. hahaha

balik penang 1st thing aku buat tukar tayar. bila dah dapat tayar baru ni, terus rasa ketagih nak ride lagi sekali. berbulu je rasanya aku tengok tayar baru ni. hmm.. 


next nak pi mana pulak yer.. cadangan?





19.10.16

WW #140 | Roda-Roda Kuala Lumpur

Rasanya at least dah 4 kali aku ride naik moto ke KLdari Penang tapi sebelum ni tak sempat bergambar dengan moto kat area sana. Baru-baru ni dalam aku ke sana, sempat jugak la pusing beberapa tempat. motif nak bergambar je..

Jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur


masjid negara

tugu negara
sebab kat sini nak bergambar dengan moto tak boleh. hehehe

dataran merdeka

akhir sekali, aku "tawan" parlimen! hahaha


17.10.16

Report Fake Akaun FB Berjaya!

dalam entri yang lepas aku ada tunjukkan manusia yang tak bertanggung jawab mencuri gambar aku tanpa kebenaran dan menjadikan gambar aku tu sebagai profil picture FB dia dan dalam masa yang sama dia share link yang bukan-bukan kat group FB.

dan disebabkan report korang, Alhamdulillah, profil FB tu dah pun tak wujud. thanks sangat-sangat buat korang semua.

thanks guys!

Cara report fake akaun FB


kalau nak tahu cara nak report fake akaun, ada aku share caranya kat entri Ada Orang Curi Identiti FB Aku tu..kot la lepas ni ada orang lain yang buat fake akaun menyamar jadi korang pulak.

Jaga-jaga 


gambar dari entri tahun 2011. watermark pun link url blog yang asal.

lepas ni kita semua kena jaga-jaga. Gambar aku yang aku dah letak watermark pun diorang boleh crop dan curi. tak kan lepas ni nak kena tempek watermark betul-betul atas muka kot.. nanti dah tak hensem n dah tak cun dah muka2 korang tu. hahaha..

14.10.16

[gambar] Yamaha YZF R6 2017

kat bawah ni antara gambar-gambar Yamaha YZF R6 2017. eksaited aku tengok gambar-gambar ni. as expected, banyak ciri-ciri Yamaha YZF R6 2017 ni mirip Yamaha YZF R1. terutamanya kat headlight.


[gambar] Yamaha YZF R6 2017


muffler
muffler ekzos buruk kan?

windshield macam kontot semacam je..  kaler pun aku kurang berkenan untuk biru ni walaupun aku peminat kaler biru.something wrong somewhere..

kokpit aku paling suka!macam kokpit pilot pun ada. fuh.. 

back seat yg agak lawa.. macam yamaha YZF R1 2016

kaler putih pun ada...

kaler hitam pun ada jugak..


tapi so far aku rasa rupa overall Kawasaki ZX-6R 636 masih lagi lebih cun. korang rasa?




sumber gambar
SR Staff. (2016 Oct 13). YAMAHA ENDS THE MIDDLEWEIGHT DEPRESSION WITH THE 2017 YZF-R6. Sport Rider Megazine. retrieved from http://www.sportrider.com/new-2017-yamaha-yzf-r6-unveiled

12.10.16

Ada Orang Curi Identiti FB Aku

baru-baru ni aku dikejutkan dengan mesej seorang kawan yang mengatakan dia nampak gambar aku dijadikan profil picture FB oleh orang yang tidak dia kenali. Profil tersebut menggunakan nama "fadhilul ehsan".

Pencuri Identiti FB


 

gambar tersebut adalah gambar lama aku masa aku 1st year di USM. aku rasa gambar tu dia ambik kat blog dalam entri tahun 2011 bertajuk "senyum masa nak ambik gambar. perlu ke?". kemudian dia crop watermark.


Apa perasaan korang?


Apa perasaan korang kalau jadi macam ni. suka hati je ambik gambar orang buat profil picture dia sendiri. Lepas tu dia Share pulak link bukan-bukan kat group FB. Yes, masa kawan aku jumpa tu, fadhilul ehsan ni tengah share link blog gossip picisan yang entah apa-apa kat sebuah group FB. kalau dia share link lucah? apa perasaan korang?

Mohon Jasa Baik Report Fake Akaun


[edited 12 Oktober 2016 : profil ni dah tak wujud. thanks korang sebab tolong report kat fb]

jadi, aku nak mohon jasa baik korang supaya report fake akaun ni.

1. pergi ke profil fadhilul ehsan ni
2. klik button ini :   (sebelah button mesej, pada ruangan cover photo)
3. pilih Report > Report this profile > They're pretending to be me or someone I know > someone I know > Submit to Facebook for Review
4. ulang balik, pilih Report > Report this profile > This is a fake account > Submit to Facebook for Review
(atau yang sama maksud dengannya kalau dalam BM

thanks..  segala jasa baik korang aku dahulukan dengan ucapan terima kasih sangat-sangat.

10.10.16

Penempatan Farmasi Sudah Penuh?



Penempatan Farmasi Sudah Penuh?


baru-baru ni, aku telah diajukan soalan di laman Google+ oleh seorang ibu kepada seorang pelajar farmasi yang sedikit bimbang akan masa depan dan peluang pekerjaan anak dia nanti. yer la,mak mana yang tak bimbang akan masa depan anak-anak.


Situasi


Memang ramai sekarang graduan lepasan farmasi tapi masih belum dapat kerja. Masih menunggu panggilan posting malah ada yg baru menunggu panggilan interview.  Junior aku (graduan usm) pun dh ada yg menunggu hampir setahun.

Ada yang masih menunggu untuk interview. Itu belum tunggu posting lagi. Lepas tu kalau gagal temuduga, kena repeat temuduga sampai lulus, lepas tu baru tunggu penempatan posting sebagai provisional registered pharmacist, PRP (farmasi dalam tempoh latihan setahun sebelum dapat lesen penuh farmasi)

Tapi,  Kalau mengikut beban kerja di hospital (institusi lain aku tak pasti), farmasi sebenarnya masih tidak mencukupi. Malah,  ada hospital yang sangat kekurangan PRP baru sehinggakan pegawai farmasi senior terpaksa lakukan tugas-tugas yang sebelum ni PRP yang buat.  

jadi, betul ke ramai graduan farmasi belum dapat panggilan disebabkan penempatan farmasi sudah penuh?

Bajet Kewangan


Masalahnya yang aku nampak  sekarang bukan penempatan farmasi dah penuh dalam hospital tapi masalah peruntukan bajet kewangan KKM.  Tambahan pula,  semua penambahan post jawatan baru dlm KKM sekarang telah dibekukan sehingga tahun 2018 disebabkan kekangan bajet. -sumber berita dari kursus PTM yang baru sahaja aku lalui bulan september 2016.

tapi jangan jadi butthurt plak pi marah kerajaan tanya bajet kesihatan pi mana? dah tu yang korang pi klinik dan hospital kerajaan kena charge RM1 tu, ingat harga ubat dan servis hospital dan klinik seringgit je ke? ingat kos kesihatan kerajaan tanggung tu sikit?

Penyelesaian : cuba cabang lain selain hospital kerajaan


Antara langkah persediaan menghadapi masalah ni yang boleh anak makcik ni dan pelajar-pelajar farmasi lain ambik adalah dengan mencuba bidang lain selain farmasi hospital.  Sebab bidang farmasi ni luas,  cuma sejak dari dulu hingga sekarang,  kita kat Malaysia hanya banyak tumpu arah hospital.

Ada bidang farmasi industri, komunity,  research, pendidikan,  dan sebagainya.  Dan sekarang kerajaan dah pun buka peluang graduan farmasi untuk jalankan PRP di hospital swasta dan kedai farmasi komuniti.

junior USM aku

Dan aku bagi contoh,  di USM kini pelajarnya sudah dipecah kepada 2 cabang,  farmasi klinikal (hospital)  dan industri.  IPT lain aku tak pasti tapi rasanya banyak dah IPT yang dah start buat macam tu, supaya lepas grad nanti tak hanya tumpu ke hospital.


Jadi, Pelajar farmasi sekarang dah kena start jadi pro-aktif. Dah kena mula rancang flow untuk masa depan. tak boleh lagi just follow the flow je sebab sekarang aliran flow farmasi dah mula banyak bercabang.

IPTA vs IPTS


Isu IPTA IPTS aku tak pasti,  sebab batch aku dulu,  tak ada beza pun.  Asalkan lulusan dari IPT yang tarafnya disahkan oleh Lembaga Farmasi Malaysia (LFM), tak ada masalah. Untuk nak tengok senarai IPTA IPTS yang disahkan oleh LFM untuk jalankan Ijazah Sarjana Muda Farmasi, boleh tengok kat portal www.pharmacy.gov.my,

Tapi sedikit sebanyak, aku tak nafikan sesetengah IPT sudah ada reputasinya tersendiri. tapi tak akan beri kesan sangat terhadap penempatan lepas grad. Jangan risau kalau korang takut ada bias. Cuma bila kau dari IPT tu, expectation orang lebih sikit la bila dah kerja. tu je.

bahagian expectation yang tinggi ni pun "hantu" jugak sebenarnya. tapi tak pe la, lain kali aku cerita lain pasal kes ni. hmm.. sekarang kita bincang pasal penempatan je dulu.

Harap dapat membantu...

Jangan Malu Bertanya

Korang pun kalau ada soalan, jangan malu bertanya aku. tak kisah la pasal farmasi ke, pasal ubat ke, pasal superbike ke.. hehehe.. dulu banyak jugak aku buat entri dalam menjawab soalan. Cuma sejak  kebelakangan ni dah jarang.

Antara contoh soalan berkaitan pharmacy yang aku cuba jawab :
1. Peluang Belajar Farmasi
2. Pengalaman PRP
3. apa itu Pharmily?
4. dah tak minat farmasi.

mana yang aku tahu, aku cuba jawab...

[dipetik dan diolah dari blog Nota Farmasi, blog kedua aku]

Segmen Tambah Follower Blog Penselduabee



klik baner untuk join..

saja sekali sekala nk join segmen.. okbye...


4.10.16

Tanggung Jawab sampaikan Yang Betol


Tanggung Jawab sampaikan Yang Betol


dalam entri wordless Wednesday yang lepas, sengaja aku letak gambar ni tanpa sebarang ulasan sebab aku nak tengok apa komen korang pasal isu ni. bukan aku nak tekankan status Fb tu sebenarnya, tapi isu yang aku nak timbulkan adalah dari komen pada status FB junior farmasi aku tu.

"orang yang faham tak boleh duduk diam dan kena cerita perkara yang betul kepada masyarakat" 

banyak dah isu-isu berkaitan kesihatan yang mula panas sejak dua menjak ni. anti-vaksin dengan kedegilannya, penjual agama dengan keuntungannya, penyebar info perubatan yang tak tepat  dengan konfidennya, dan penjualan produk dengan tanpa pendaftarannya.

sarsi 30 juzuk Al-Quran.. 
hmm..

dulu, aku pilih untuk berdiam diri bila timbul isu-isu macam ni. sebab tu entri aku berkenaan farmasi dan kesihatan dan mula jarang aku tulis. tapi bila dah makin parah, aku rasa macam terpanggil untuk bersuara atau menulis semula.

medical claim yang bukan-bukan.

yer la, dah sebagai ahli farmasi, sebagai health care provider, kena la sampaikan maklumat dan betulkan pemahaman masyarakat andai info yang tersebar tu kurang tepat. betol tak.?

so, lepas ni tak boleh berdiam diri lagi. maybe kena aktifkan balik blog kedua aku. yup, aku ada blog kedua yang kurang aktif. sekarang aku dah tukar url kepada notafarmasi.blogspot.my

boleh la jenguk-jenguk bila free. kalau berkelapangan, insyaAllah aku akan tulis disitu. situ lebih formal. kat sini pun aku tulis jugak, tapi lebih santai la..