30.9.16

Samak Perempuan


Samak Perempuan


Sementara menunggu masuk waktu solat isyak, aku sempat bersembang dengan beberapa geng surau kat kampung aku. Macam-macam jugak la yang menjadi topic perbualan.

tok siak : pait, hang sekarang kerja kat hospital penang lagi ka?

Aku : dak dah, dah tak kerja hospital dah. kerja pejabat ja sekarang.

tok siak : farmasi dok pejabat dok buat apa? bagi ubat dalam pejabat ka?

Aku ; tak la. farmasi ni bukan bagi ubat je. banyak lagi bidang dia.

tok siak ; hmm.. tak tau la kat hangpa. tak pa la. janji farmasi senang dapat kerja, habis belajar tak gadoh nak buat apa, terus dapat kerja..

Aku : tu dulu la, zaman batch saya.. batch sekarang habis belajar kerja belum tentu lagi.
Dulu batch saya yang belajar farmasi, doktor, doktor gigi, dengan doktor haiwan memang
laku. Sekarang tak tau la..

tok siak : ha, helmi, try nanti belajar jadi doktor haiwan. Senang!

[nota : helmi bilal junior surau kami, baru berumur 16 tahun, sekarang di tingkatan 4]

Helmi : tak mau la. Nanti tak pasai nak kena sentuh anjin dengan babi.

tok siak : apa susah? Sentuh je la babi tu. Sentuh babi boleh samak (sertu).

Aku : betoi!

tok siak : jangn sentuh perempuan ja.. yang tu tak boleh samak dah.

maka kami pun berhuhuhu...


salam jumaat..

30 comments:

  1. kena samak eak kalau sentuh pompuan..kena pakai glove laa..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. x bleh samak.. nk sentuh kna nikah dulu.. hehehe

      Delete
  2. berhuhuhu tu cemana.. acer demo.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang je.. cara dia, mula2 tarik nafas dalam-dalam, kemudia masa hempus nafar keluar sebut "hu hu hu hu hu hu hu hu.."
      ha.. macam tu la cara dia..hehehe

      Delete
  3. Replies
    1. Alhamdulillah, nk kata pandai tu tak de la pandai mana sangat, boleh la buat hidup atas muka bumi ni.. hehehe

      Delete
  4. hakikatnya sekarang ni, orang pandang pegang babi itu lebih jijik berbanding pegang yg bukan mahram.. sedangkan pegang yg bukan mahram itu jauh lebih haram berbanding pegang babi.. kesian babi menjadi mangsa..

    ReplyDelete
  5. yang last sekali tu win.. kihkihkih..

    ReplyDelete
  6. Tok siak leh masuk maharaja lawak ! Kah kah kah

    ReplyDelete
  7. Keje pejabat? X perlu kluarkan prikipsi ubat lah eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. tapi tugar seorang farmasi kat hospital mmg tak pernah keluarkan presripsi.. yg tu doktor yg keluarkan.. kami tengok n check prescripsi tu sebelum dispens ubat kat orang.. heheh

      Delete
  8. Sentuh babi org takut sbb haram, sentuh pompuan bukan muhrim pun haram tp org x takut plak adei!!

    ReplyDelete
  9. Pelajaram buat semua tak kiralah muda atau tua, tak kira lelaki atau perempuan

    ReplyDelete
  10. Ada kakak kepada kawan ambil bidang doktor veterinar, belajar berkenaan semua jenis haiwan termasuk babi dan anjing. Lepas pegang babi dan anjing memang kena samak. Habis rosak jam tangan sebab kena samak gara2 lupa buka jam tangan sebelum pegang babi dan anjing.

    ReplyDelete
  11. hahahah tok siak lawak kot.. ayat dia yg last power

    ReplyDelete