Sebenarnya dah lama aku nak tulis pasal gaji ahli farmasi ni sebab ini merupakan
keywords tertinggi dalam blog aku untuk bulan ini. So,
nak sangat kan tahu berapa gaji ahli farmasi? Meh nak cerita berapa sebenarnya gaji ahli farmasi ni. Banyak sangat ke? Kaya ke kerja farmasi?
Gaji Ahli Farmasi
Pertamanya, aku rasa keyword ni merujuk kepada entri aku yang tertajuk
Farmasi gaji Tertinggi! dalam entri tu, aku ada senaraikan
top 10 gaji bagi fresh graduate di malaysia menurut laporan dari sebuah akhbar tempatan dan bancian dari jobstreet[3]. Dan menurut kedua-dua list top10 tu, farmasi menggungguli carta dengan
gaji tertinggi! lihat entri tersebut untuk maklumat lanjut.
Gaji Farmasi Sektor Kerajaan
Bagi farmasi lepasan graduan, korang kena jadi PRP (provisional registered pharmacist) gred U41 dulu dan dalam fasa ni, gaji korang adalah lebih kurang
RM2500 sebulan tidak termasuk alaun.[4]
Lepas berjaya habiskan fasa PRP setahun kemudian gaji korang akan naik sikit. Dan dari situ, bermula la peningkatan gaji secara time-based , kalau korang masih dalam sektor kerajaan la.
Anggaran selepas 11 tahun berkhidmat
, korang dah boleh dapat gred U52 dimana dari situ, gaji basic korang boleh pergi sehingga
RM5000 - RM6400. Tu baru basic. Lepas tu tambah lagi dengan elaun semua dalam anggaran
RM2000. [5]
Gaji Farmasi Sektor Swasta
Ha, bab ni seronok sikit nak cerita. Secara amnya, sekarang tak ada lagi gaji yang standard dalam sektor swasta bagi farmasi ni. Khabarnya dari PRP yang bekerja di sektor swasta kata yang gaji diorang boleh dapat dalam minimum
RM2600. ada yang sampai
RM3000 tapi jarang.
Beza sektor swasta dan kerajaan adalah lepas PRP, korang lebih bebas nak jurus ke bidang mana. nak masuk korporat, administration, atau boleh buka kedai sendiri. Sebuah bisnes kedai farmasi yang berjaya boleh menjana income sebanyak
5 angka sebulan tau![9]
Gaji Farmasi Luar Negara
Tak puas lagi? Boleh try aply kerja farmasi kat luar negara. Yang terdekat di Singapore. masa aku student kat USM dulu, wakil Guardian Pharmacy Singapore ada datang bagi talk dan buka peluang pendaftaran kepada mereka yang berminat kerja kat sana. Aku tak isi sebab pointer aku berapa je. kerja kat sana aku rasa konfom lagi lumayan.
Antara info lain yang aku dapat termasuklah gaji kerja farmasi kat UK. Tengok sendiri la banyak mana gaji farmasi diorang :
"the salary of a newly qualified pharmacist working for the National Health Service (NHS) ranges between £26,041 to £34,876 (MYR 138,893 – 186,015) per annum. Their salary will be further increased to around £41,000 (MYR 218,679) with further training and qualification. The most senior pharmacists in the service can expect to earn up to £98,000 (MYR 522,696) per annum"[7]
Tu tak masuk lagi sektor swasta kat sana. hmm..
Gaji Farmasi Tinggi?
So, persoalannya, berbaloi ke kerja farmasi ni? Tepuk dada tanya selera dan tanya diri, untuk apa kita bekerja? adakah kerana duit semata? sebab bila kau dah start bekerja, jadi PRP terutamanya, rasa macam tak ada life je untuk tahun pertama tu. lepas tu, baru la ada ruang nak bernafas sikit.
nak kata tertinggi, doktor lagi tinggi.. dan banyak lagi kerjaya lain yang jauh lebih tinggi, kalau korang sekadar nak mengejar gaji.
Yang penting, perbetulkan niat balik. kerja kerana tanggung jawab, bukan sekadar bekerja tapi
berkhidmat. Kalau kerja kerana Allah, insyaAllah, kerja apa pun tak kisah. Sebab rezeki itu semua datang daripadaNya. Jangan diharap gaji yang tinggi, tapi pohonlah rezeki yang melimpah.
sumber dan rujukan:
1. Pha Is. (2015 July). Farmasi gaji tertinggi. Hikayat Budak pening; dipetik dari http://www.budakpening.com/2015/07/farmasi-gaji-tertinggi.html
2. Pha Is. (2014 Jan). WW #79 | Top 10 Best Paying Jobs. Hikayat Budak Pening; dipetik dari http://www.budakpening.com/2014/01/ww-79-top-10-best-paying-jobs.html
3. JobStreet.com. (2014). Top 10 Best Paying Jobs in Malaysia. dipetik dari http://www.jobstreet.com.my/career-resources/top-10-best-paying-jobs-in-malaysia/#.VyWX_j8y5_s
4. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. (2016). Pegawai Farmasi Gred U41. Ministry of Health Malaysia. dipetik dari : http://www.spa.gov.my/deskripsi-tugas/ijazah/1128
5. Kementerian Kesihatan Malaysia. (2007). Pembangunan Kerjaya: Pegawai Farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia. Ministry of Health Malaysia. Putrajaya.
6. Ooi GL. (1991). British Colonial Health Care Development and the Persistence of Ethnic Medicine in Peninsular Malaysia and Singapore. Southeast Asian Stud;29(2).
7. AGCAS. (2016). Job Profiles: Hospital Pharmacist. dipetik dari: https://www.prospects.ac.uk/job-profiles/hospital-pharmacist
8. AGCAS. (2016). Job Profiles: Community Pharmacist dipetik dari : https://www.prospects.ac.uk/job-profiles/community-pharmacist
9. Mak Wen Yao. (2016 July 29). Pharmacist Salaries: How competitive is Malaysia? MIMS. dipetik dari http://today.mims.com/topic/pharmacist-salaries--how-competitive-is-malaysia-?country=malaysia