Friday, August 26, 2016

Review | Overstepped Cafe Sungai Petani


kalau korang tinggal area sungai petani kedah, dan tetiba kawan korang tanya 1 soalan yang paling susah nak jawab yang berbunyi:

"malam ni nak makan kat mana?"

ha, kali ni aku nak tolong korang dengan suggest satu tempat makan yang agak sempoi, kalau korang nak bajet hipster makan kat tempat yang unik, lain dari yang lain, boleh try kat overstepped cafe ni.

Review | Overstepped Cafe Sungai Petani



dulu aku dengan geng #BloggerUtara pernah lepak makan-makan kat sini. memang oghang kedah cakap sempoi baq ang.! la ni tok sah dok cakap banyak, jom kita pedeghaih pi tengok apa yang sempoi kat sana. dah alang-alang kat kedah, mai cheq nak cakap kedah sat.

Menu Special Overstepped Cafe Sungai Petani


antara ayaq special di overstepped cafe

rupa dah style. nama pun style jugak. Tinker Bell, Cendoi, Pocahontas, dan Peter Pan. cendoi ja yang bunyi dia "cendoi" sikit. hahaha.. hat lain semua sempoi. nama-nama ayaq ni depa panggey Genie in the Bottle. senang ceghita, jin dalam botoi la.. hahaha..

tu baru ayaq. hat makan tok sah dok cakap la, toodia baq hang...

western sini sempoi

depa ada Oriental Chicken Chop, Crab Shack Burger, Teriyaki Grilled Chicken, dan Percik Grilled Chicken. toodia aih.. ha, pilih hat mana bekenan.

dah makan nak kena boh sekali ngan desert plak. banyak jenih gak desert kat sini..  maneh melecaih bak ang. takat nak merasa bleh la, bukan selalu. hat ni kalau hari-hari hang balun muleh kencing maneh potong kaki kot. baru ada akai. hahaha..


toodia desert depa. semua segak-segak. tu baru makanan. tak kira tempat makan lagi. ni nak habaq mai, hangpa try test pi tengok. memang sempoi. memang jenih yang budak la ni yang dok kata hipster tuh.


Review Overstepped Cafe 


geng Blogger Utara dan makanan masing-masing
Zya Akma, Pha Is, Arz Moha, dan Yana

komen aku, tempat ni apa yang paling best dan unik adalah disebabkan keramahan dan keceriaan staff dan pekerja kat cafe ni. bayangkan setiap kali ada orang masuk, diorang akan sambut korang secara berjemaah. everytime! lepas tu masa korang dah nak balik pun diorang bye-bye secara berjemaah! nampak tak semangan "amal jam'ie" kat situ. hahaha..

so, tempat ni memang sempoi untuk mereka yang ceria. bukan sekadar nak pergi makan tetapi sambil enjoy. itu yang aku sangat-sangat kagum dengan cafe ini. memang happening ah..! sebab tu sangat sesuai kalau nak buat event besday dan sebagainya kat sini. meriah!


kedua, selain design yang mantap, ruang udara cafe ni disusun strategik mengikut selera korang. kalau nak chill, rilex2, boleh dok kat dalam yang berhawa dingin. kalau nak ambik angin outdoor, atau yang nak "berasap" lepas makan, ada ruangan luar yang disediakan. cafe ni di tingkat atas yer. so, tempat outdoor ni pun layan jugak.

nampak tak kelebihan kat situ. tak perlu risau kalau korang tak tahan bau asap rokok dan tetiba ada orang yang hisap rokok sebab tempat untuk merokok diasingkan.

makanan, superb. dia punya level sama macam makan kat hotel.  antara kelebihan lain termasuklah free wifi, dan makanan untuk kanak-kanak adalah percuma! (tertakhluk kepada terma dan syarat)


so, apa nak pikir lagi. kalau dok area sungai petani kedah, dapat ja soalan "nak makan kat mana?" tapi tak tau nak jawab apa, ajak ja depa mai makan kat sini. 

Overstepped Cafe
No. C 97&98, Tingkat 1, Jalan Indah 2, Taman Sejati Indah, 
08000 Sungai Petani, Kedah.

waze: Overstepped Cafe Sungai Petani

coordinate :   5°36'49.50"N 100°29'3.56"E (lebih kurang)

No. Telefon: 04 430 0187
FACEBOOK : OVERSTEPPED CAFE


ok bye..


sumber gambar dan rujukan : 
1. Lyana Ishak. (2016 Apr 13). REVIEW : OVERSTEPPED CAFE , SUNGAI PETANI , KEDAH .Lyanaishak.com. dipetik dari http://www.lyanaishak.com/2016/04/review-overstepped-cafe-sungai-petani.html
2. Miss Zya Roses. (2016 Feb). OVERSTEPPED CAFE, SG PETANI | PERSONAL REVIEW. Misszyaroses. dipetik dari http://misszyaroses.blogspot.my/2016/02/overstepped-cafe-sg-petani-personal.html
3. Overstepped cafe facebook page. ; https://www.facebook.com/oversteppedcaferestaurant

44 comments:

  1. kawan husna p buat assignment kat situ hari tu pasal service diorg.. sekali sekala nak cuba boleh laa sbb harganya pon boleh tahan.. hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah..lupa nk sebut, harga pun agak hipster.. sekali sekala boleh la.. hehhe.. kalau hari2 dok pulun balun, toodia baru. hahah

      Delete
  2. Hish hang punya habaq mmg terangkat...sg.petani selalu sampai ada rezki boleh singgah sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah... dah alang2 mai singgah sini sekali..

      Delete
  3. wowww.. tgk menu tu menarik sgt.. heee.. sdpnyaaa.

    ReplyDelete
  4. Waaa.... western food di Kedah noq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. padia ingat ogahng kedah x gheti makan western..? hahaha

      Delete
  5. mmg susah soalan tu terutama tanya org yg x biasa mkn luar..rajin masak je...sis JM lah tu eheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi.. masuk bakul angkat sendiri nmpak.. hehee

      Delete
  6. range harga makanan mampu bayar dok

    ReplyDelete
    Replies
    1. mampu tu mampu.. cuma kalau hari2 makan sini maybe mampus kot.. hahaha

      Delete
  7. xpernah lg smpai cni...sat nk gugel peta tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. rietta orang penang saja, area seberang plak tu, tapi x pernah jumpa lagi. hehehe

      Delete
  8. Tak pernah lagi cuba makan kat mana2 cafe hipster takot harga pun hispter jugok.. haha.. :'D

    ReplyDelete
    Replies
    1. x payah takut.. harga kat sini memang konfom hipster.. hehehe
      ala, sekali sekala boleh la, sekadar nk merasa.. hehehe

      Delete
  9. wah mnarik menu kt situ hipster kt mna2 skrg ni sng cari da kn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. bercambah.. dah x hipster dah dari segi bahasa.. dah jadi mainstream..

      Delete
  10. boleh mai date kt sini. hahaha
    semua nampak sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi.. kalau hari2 date sini boyfriend yg belanja, pakai x kahwin la sbb x sempat nk kumpul duit.. hahaha

      Delete
    2. xdak makna nk date hari2. satgi jemu bt pa. tera dok simpan pon duit keja nk travel. kahwin nanti dh payah. hahah. betoi dak owner si biru

      Delete
  11. bahasa kedah dgn penang xdak beza pha is oihhh.. tmn sejati indah ka? keluaq tol dh jmpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. aih, ada la beza..!!! kedah lain, penang lain, pegheleih lain..
      dalam daerah kedah pun dah lain2!!! kulim lain, alor setar lain, yan lain..
      dalam penang pun lain!!! penang blah balik pulau lain, blah georgetown lain, blah seberang lain.. kena biasakan dengan loghat n dengar betol2.. baru perasan..

      yup.. tempat tu btol2 lepas keluar tol sp selatan..

      Delete
    2. hahahaha.. tudia pulun. kalau abg pha is tau loghat2 setiap daerah kt utara ni share la dlam fb, blog, kami nak tau.

      Delete
    3. tau sikit2 macam tu ja... tak tera...

      Delete
  12. Wow banyak syok... sempoi juga ni.. mudahlah klu ke sg petani lepas ni dah tau mana nak tuju untuk hidangan yg superb... thanks sharing Pha Is... :)

    ReplyDelete
  13. Uishhh... Dah tengah lapaq ni... Dan2 perasaan menerpa

    ReplyDelete
  14. dulu pernah singgah ke Sungai petani..

    ReplyDelete
  15. Sepanjang hayat belum jejaki di bumi Kedah. Saya bukan jenis yang melancong.

    Bukan tak suka melancong, cuma katung tak pernah melimpah.

    Insha Allah jika terlebih rezeki nak juga ke Kedah dan singgah di cafe ini Overstepper.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahah.. x pe.. take ur time.. hehehe

      Delete
  16. okeh.

    nampak memang macam sedap aje.

    ReplyDelete
  17. sungguh menyelerakan dan tempat pun menarik

    ReplyDelete
  18. tudia dok pulon sakan naa.. awat tak ajaq cheq join sekali na.. sob sobss

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni nk ajaq (ajar) ka, nk ajak.. lain bunyi lain maksud nih.. hehehe

      Delete
  19. Bab semangat "amal jam'ie" yang tak tahan tu hahaha

    ReplyDelete
  20. terbaiklah....senang nak jawab kalau kawan tanya "hang nak pi makan kat mana"?

    memang hipster

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. jangan dia tanya "hang pi mana?" dah la.. jenuh nk kna nyanyi lagu hang pi mana.. hahaha

      Delete