Luahan Hati Seorang Ahli Farmasi


Ini pesakit paling confident saya rasa.
Makan ubat tak pernah tinggal katanya.
Confident sungguh betul cara makannya.
Confident sungguh tahu semua ubat untuk apa.
Lihat saja cara penyimpanan ubatnya.
Simpan macam bijirin sarapan pula.
Tanya bini terus tahu semua ceritanya.
Tipu belaka.
Makan ubat ikut suka.
"Ha? Appointmen esok?"
harini telan semuanya.

Kepatuhan ubat itu penting. Itu dia.
Kesihatan itu amanah. Itu dia.
Usah disebut pasal cukai ya.
Macam anda paling layak dapat ubat kononnya. Kooonoonnnyaaa.
Kami pun bayar cukai juga,
Mungkin banyak dari anda.
Tu ubat membazir tu macam mana?
Ada bahagian cukai kami juga rasanya.

Masuk bahagian kecemasan, marah tunggu lama nak masuk wad.
Tak habis habis mulut zikir tiada, hanya keluar yang kesat.

Baru masuk wad dua hari asyik komplen wad panas
Family ziarah sekali datang bawa dua bas,
Siapa yang rimas?
Maklong, makngah, maksu, adekman, semua tanya soalan cepumas.
"Nak bawak pesakit balik boleh tak? nak jumpa bomoh dari gemas"

Okay

Minggu depan admit balik, fungsi hati macam selamat tinggal.
Bila tanya, katanya haritu bomoh bagi ubat tangkap penanggal.
Entah ubat biji apa pesakit makan, bomoh bagi secara pukal.
Bila dah sakit makin teruk macam ni, kompem la datang hospital.
Tersenyum bomoh gemas, dalam bank ada beribu riyal.

Bukan marah bukan benci.
Cuma kesal, ubat diberi guna macam suka hati.
Kami diherdik diugut di kaunter ubat pagi pagi,
Bila dah bagi, jadi pula macam ni

Jom sama sama peduli ubat anda.
Guna hari hari penuh saksama.
Bukan untuk kami, tapi untuk anda semua.
Supaya bomoh gemas, tidak semakin kaya.


dipetik dari:
Ammar Kamar. (2016 Aug 26). Facebook Status.
url https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10210560955406433&set=a.2490641631705.2147632.1422673953&type=3

Comments

  1. Begitulah halnya..kalau dh sakit semua nk disalahkan

    ReplyDelete
  2. since preggy ni, dah mula kena makan ubat itu ini. kadang tak menahan. pernah jugalah skip. tapi demi kesihatan, kena makan juga. selebihnya, berdoalah semoga Allah lindungi diri dan baby.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow Tia.. lama x dengar cerita.. dulu last time dengar cerita masih bujang, skrg tau2 dah pregnant... haha.. tahniah..

      Delete
  3. eeeh farmacist pown kena marah kt kaunter ke...mcm mcm ragam manusia...moga pha is dan rakan sejawat tabah yea hadapi semua ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya x pernah kena lagi.. tapi ada jer yg kna.. dari pengalaman kawan2 yg cerita..

      Delete
  4. sabaq jelah.. nk marah xboleh sabaq p buat hospital sendiri. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau banyak modal boleh la.. hahaha

      Delete
    2. hat kaki komplen ni byk kaya mana pon. hahaha

      Delete
  5. macam2 ragam org sekarg nih..ish3xx

    ReplyDelete
  6. Dalam luahan ada nasihat yang bermanfaat :)

    ReplyDelete
  7. Gitu lah kan kerenah sesetengah orang kita ni. Bila ada salah sikit tunding jari dan marah orang lain. Macam macam hal

    ReplyDelete
  8. Baca dlm.intonasi beremosi aishh mcm nk marah pun ada hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan nk marah, tapi nasihat sinis.. hehehe

      Delete
  9. hahah...dalam semua kerjaya ada karenah macam ini.

    betul elakkan bomoh gemas....

    ReplyDelete
  10. Adat.. masih banyak lagi orang kita bila dah parah baru cari hospital.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas tu bila tak boleh sembuh, dah terlambat, salahkan ubat hospital yg kononnya tak berkesan..

      saya dah luahkan pasal kelambatan org kita ke hospital utk sakit kanser. saya bagi contoh sakit kanser sbb peluang mengubati kanser bergantung kepada secepat mana kanser tersebut dapat dikesan.. kalau dah peringkat akhir baru pergi hospital, pelung utk baik dah sangat2 tipis..

      mostly bila sakit pelik2 orang bawak pergi jumpa bommoh dulu.. antara sebab knapa lambat detect kanser tu..

      hmmm..

      Delete
  11. Mcm2 perangai manusia ni kan... dah sakit2 ada juga yg kurafat masih di percaya.. hadoiii.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kepercayaan masing2 saya tak boleh nak sangkal. itu hak masing2.. tapi tolonglah jangan blame pihak hospital walhal itu salah anda sendiri yg x nk dengar cakap pegawai perubatan hospital..
      itu je.. hehhe

      Delete
  12. Replies
    1. hahha.. tu la.. nasib baik.. klau x mmg x travel la sis JM.. hahahaha

      Delete
  13. ni luahan hati Ammar kamr or luahan hati Pha Is ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ammar kamar yg mewakili seluruh ahli farmasi.. heheh

      Delete
  14. bila tgk ubat warna pink tu rasa syg nk telan

    ReplyDelete
  15. ramai manusia yang hilang dan tak tahu nak bersabar..

    ReplyDelete
  16. Biasa la tu Pha Is, kat hospital mana pun itulah ragam manusia yg bakal kita jumpa

    ReplyDelete

Post a Comment