31.8.16

WW #137 | Panglima Merdeka

[Wordless Wednesday]

silat cekak malaysia, psscm, psscmusm, pendekar, 31 ogos, panglima, silat,


"Usah Bicara Mempertahankan Agama, Bangsa, Dan Negara Jika Diri Sendiri Pun Tak Mampu Dipertahankan"
-Pesan Panglima

gambar diambil sebelum perarakan sambutan hari kemerdekaan peringkat negeri Pulau Pinang pada tahun 2010 di Padang Kota Lama. 

salam merdeka
pada nama dan makna
pada sejarah dan diri
pada merdeka hakiki
kerana merdeka kita
adalah merdeka seorang hamba

Salam Merdeka yang ke-59.

29.8.16

Luahan Hati Seorang Ahli Farmasi


Ini pesakit paling confident saya rasa.
Makan ubat tak pernah tinggal katanya.
Confident sungguh betul cara makannya.
Confident sungguh tahu semua ubat untuk apa.
Lihat saja cara penyimpanan ubatnya.
Simpan macam bijirin sarapan pula.
Tanya bini terus tahu semua ceritanya.
Tipu belaka.
Makan ubat ikut suka.
"Ha? Appointmen esok?"
harini telan semuanya.

Kepatuhan ubat itu penting. Itu dia.
Kesihatan itu amanah. Itu dia.
Usah disebut pasal cukai ya.
Macam anda paling layak dapat ubat kononnya. Kooonoonnnyaaa.
Kami pun bayar cukai juga,
Mungkin banyak dari anda.
Tu ubat membazir tu macam mana?
Ada bahagian cukai kami juga rasanya.

Masuk bahagian kecemasan, marah tunggu lama nak masuk wad.
Tak habis habis mulut zikir tiada, hanya keluar yang kesat.

Baru masuk wad dua hari asyik komplen wad panas
Family ziarah sekali datang bawa dua bas,
Siapa yang rimas?
Maklong, makngah, maksu, adekman, semua tanya soalan cepumas.
"Nak bawak pesakit balik boleh tak? nak jumpa bomoh dari gemas"

Okay

Minggu depan admit balik, fungsi hati macam selamat tinggal.
Bila tanya, katanya haritu bomoh bagi ubat tangkap penanggal.
Entah ubat biji apa pesakit makan, bomoh bagi secara pukal.
Bila dah sakit makin teruk macam ni, kompem la datang hospital.
Tersenyum bomoh gemas, dalam bank ada beribu riyal.

Bukan marah bukan benci.
Cuma kesal, ubat diberi guna macam suka hati.
Kami diherdik diugut di kaunter ubat pagi pagi,
Bila dah bagi, jadi pula macam ni

Jom sama sama peduli ubat anda.
Guna hari hari penuh saksama.
Bukan untuk kami, tapi untuk anda semua.
Supaya bomoh gemas, tidak semakin kaya.


dipetik dari:
Ammar Kamar. (2016 Aug 26). Facebook Status.
url https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10210560955406433&set=a.2490641631705.2147632.1422673953&type=3

26.8.16

Review | Overstepped Cafe Sungai Petani


kalau korang tinggal area sungai petani kedah, dan tetiba kawan korang tanya 1 soalan yang paling susah nak jawab yang berbunyi:

"malam ni nak makan kat mana?"

ha, kali ni aku nak tolong korang dengan suggest satu tempat makan yang agak sempoi, kalau korang nak bajet hipster makan kat tempat yang unik, lain dari yang lain, boleh try kat overstepped cafe ni.

Review | Overstepped Cafe Sungai Petani



dulu aku dengan geng #BloggerUtara pernah lepak makan-makan kat sini. memang oghang kedah cakap sempoi baq ang.! la ni tok sah dok cakap banyak, jom kita pedeghaih pi tengok apa yang sempoi kat sana. dah alang-alang kat kedah, mai cheq nak cakap kedah sat.

Menu Special Overstepped Cafe Sungai Petani


antara ayaq special di overstepped cafe

rupa dah style. nama pun style jugak. Tinker Bell, Cendoi, Pocahontas, dan Peter Pan. cendoi ja yang bunyi dia "cendoi" sikit. hahaha.. hat lain semua sempoi. nama-nama ayaq ni depa panggey Genie in the Bottle. senang ceghita, jin dalam botoi la.. hahaha..

tu baru ayaq. hat makan tok sah dok cakap la, toodia baq hang...

western sini sempoi

depa ada Oriental Chicken Chop, Crab Shack Burger, Teriyaki Grilled Chicken, dan Percik Grilled Chicken. toodia aih.. ha, pilih hat mana bekenan.

dah makan nak kena boh sekali ngan desert plak. banyak jenih gak desert kat sini..  maneh melecaih bak ang. takat nak merasa bleh la, bukan selalu. hat ni kalau hari-hari hang balun muleh kencing maneh potong kaki kot. baru ada akai. hahaha..


toodia desert depa. semua segak-segak. tu baru makanan. tak kira tempat makan lagi. ni nak habaq mai, hangpa try test pi tengok. memang sempoi. memang jenih yang budak la ni yang dok kata hipster tuh.


Review Overstepped Cafe 


geng Blogger Utara dan makanan masing-masing
Zya Akma, Pha Is, Arz Moha, dan Yana

komen aku, tempat ni apa yang paling best dan unik adalah disebabkan keramahan dan keceriaan staff dan pekerja kat cafe ni. bayangkan setiap kali ada orang masuk, diorang akan sambut korang secara berjemaah. everytime! lepas tu masa korang dah nak balik pun diorang bye-bye secara berjemaah! nampak tak semangan "amal jam'ie" kat situ. hahaha..

so, tempat ni memang sempoi untuk mereka yang ceria. bukan sekadar nak pergi makan tetapi sambil enjoy. itu yang aku sangat-sangat kagum dengan cafe ini. memang happening ah..! sebab tu sangat sesuai kalau nak buat event besday dan sebagainya kat sini. meriah!


kedua, selain design yang mantap, ruang udara cafe ni disusun strategik mengikut selera korang. kalau nak chill, rilex2, boleh dok kat dalam yang berhawa dingin. kalau nak ambik angin outdoor, atau yang nak "berasap" lepas makan, ada ruangan luar yang disediakan. cafe ni di tingkat atas yer. so, tempat outdoor ni pun layan jugak.

nampak tak kelebihan kat situ. tak perlu risau kalau korang tak tahan bau asap rokok dan tetiba ada orang yang hisap rokok sebab tempat untuk merokok diasingkan.

makanan, superb. dia punya level sama macam makan kat hotel.  antara kelebihan lain termasuklah free wifi, dan makanan untuk kanak-kanak adalah percuma! (tertakhluk kepada terma dan syarat)


so, apa nak pikir lagi. kalau dok area sungai petani kedah, dapat ja soalan "nak makan kat mana?" tapi tak tau nak jawab apa, ajak ja depa mai makan kat sini. 

Overstepped Cafe
No. C 97&98, Tingkat 1, Jalan Indah 2, Taman Sejati Indah, 
08000 Sungai Petani, Kedah.

waze: Overstepped Cafe Sungai Petani

coordinate :   5°36'49.50"N 100°29'3.56"E (lebih kurang)

No. Telefon: 04 430 0187
FACEBOOK : OVERSTEPPED CAFE


ok bye..


sumber gambar dan rujukan : 
1. Lyana Ishak. (2016 Apr 13). REVIEW : OVERSTEPPED CAFE , SUNGAI PETANI , KEDAH .Lyanaishak.com. dipetik dari http://www.lyanaishak.com/2016/04/review-overstepped-cafe-sungai-petani.html
2. Miss Zya Roses. (2016 Feb). OVERSTEPPED CAFE, SG PETANI | PERSONAL REVIEW. Misszyaroses. dipetik dari http://misszyaroses.blogspot.my/2016/02/overstepped-cafe-sg-petani-personal.html
3. Overstepped cafe facebook page. ; https://www.facebook.com/oversteppedcaferestaurant

24.8.16

[Gambar] Zul Ariffin | Ejim Si Tombiruo

dulu dalam entri aku yang bertajuk "Tombiruo Difilemkan", aku ada sebut yang novel trilogi tombiruo (Tombiruo, Semangat Hutan, dan Tombiruo Terakhir) karya Novelis thriller nombor 1 Malaysia, Ramlee Awang Murshid diumumkan bakal difilemkan.


Zul Ariffin | Ejim Si Tombiruo


dan baru-baru ni, barisan pelakon yang terlibat dah pun diumumkan. Watak utama, Ejim si Tombiruo bakal dilakonkan oleh pelakon Zul Ariffin! hmm.. okay la. tiada bantahan dari aku personally, sebab aku rasa sesuai dengan tubuh badan dia.

walaupun ejim sasa, tapi kalau dah duk dalam hutan tak boleh nak sado besar-besar sangat nanti tak logic la pulak. so, Tahniah buat pelakon Zul Ariffin sebab berjaya turunkan berat badan sebanyak 13kg dalam masa 3 minggu bagi menjayakan watak tersebut.

hasilnya, tadaa..!

semangat hutan, penunggu, RAMFC, RAM, Ramlee Awang Murshid, novel, filem adaptasi novel
pelakon Zul Ariffin sebagai Ejim si tombiruo (penunggu rimba)


sumber dan rujukan :
1. Zul Ariffin instagram photo
2. Astro Gempak. (2016 Aug 19). Diet keras demi watak dalam Tombiruo, Zul Ariffin turun 13kg. Astro Awani; dipetik dari http://www.astroawani.com/berita-hiburan/diet-keras-demi-watak-dalam-tombiruo-zul-ariffin-turun-13kg-114537

23.8.16

Segmen 12 Jam Bloglist #22 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan September dan Oktober 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Ogos 2016, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #22 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Ogos 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...


p/s : dah lama x join segmen.. 

17.8.16

Disapa Gadis Bertudung Biru

petang tu lepas kerja aku terus ke gurney plaza untuk misi tangkap pokemon. kenapa kat gurney plaza? sebab masa tu ada promotion. tangkap 5 ekor pokemon dalam gurney plaza (beserta bukti snapshot) di 5 lokasi yang berbeza akan dapat baucer chatime


tangkap pokemon dan sembang dengan member aku syafiq sampai ke maghrib. then aku singgah kat masjid kapitan keling untuk berhenti solat maghrib kejap. pokemon, pokemon jugak, solat jangan abai. kalau lalai, tu yang mufti dok marah..


Disapa Gadis Bertudung Biru


gadis bertudung biru
*gambar sekadar hiasan*

dalam perjalanan keluar seusai solat, sesudah aku di pintu masuk masjid aku disapa seorang gadis bertudung biru dengan berkaca mata.

"pha is..!"

*aku menoleh

"pha is kan?" soal dia lagi

"yup. siapa nih?" aku pandang dia atas bawah. cuba mengecam tapi langsung aku tak perasan muka.

"blogger kan?" soal dia kembali.

fuh, rasa macam pemes kejap. ada orang kenal melalui blog.! (padahal blogger cikai je..)

rupanya blogger Nina pemilik blog yang diberi nama "Awan Nina". dulu selalu jugak dia rajin komen datang blog aku zaman dia masih aktif berblog. dah lama dah, beberapa tahun yang lepas. mungkin sekarang dia dah kurang aktif. dan aku pun tak perasan muka dia sebab dia jarang letak muka dalam blog.

tapi terharu weh, ada orang cam muka aku nih.. ! haha.. thanks Nina, u just made my day...



15.8.16

Resepi Maggi Budak Pening


dulu, sejak dari kecik setiap kali masa maggi, macam-macam yang aku cuba buat, ber-experiment supaya maggi tu lebih sedap. so, kat sini aku nak share resipi maggi feveret aku. ceh, masak maggi pun kna ada resipi ke? hahaha

resepi maggi budak pening


bahan-bahan:
maggi asam laksa 1 bungkus (kalau tak ada, kari atau tomyam pun okay, but this one my feveret)
sayur (kangkung, kailan, sawi, ikut suka) terpulang klau nak letak.(optional)
asam keping (gelugor) 2 keping
telur 1 biji
air 1 mug

alatan :
1. periuk kecik, kalau boleh cukup2 muat utk letak maggi dalam keadaan melintang
2. tudung periuk (ini penting)

cara memasak

1. masukkan maggi, perencah, asam keping dan air dalam periuk. masak dengan api kuat selama 2 minit. jangan kacau (stir) dan biarkan terbuka tanpa tertutup periuk. (lihat rajah 1)


2. lepas 2 minit, perlahankan api. pastikan kuah mendidih tapi tak kering. kalau nampak kering sangat, tambah sikit air. sikit je jangan banyak. dan jangan stir! (if tambah air, kuatkan api sampai kuah betul2 mendidih again)

3. masukkan sayur (optional)

4. dengan berhati-hati masukkan telur dan jangan bagi kuning telur pecah. pastikan telur DIATAS maggi (bukan tepi mee tapi betol2 atas dia). ibarat macam masak telur mata kerbau atas mee. jangan stir!

5. tutup periuk dengan tudung periuk. kuatkan api semaksima yang boleh dan masak selama 2 minit lagi. jangan stir! (lihat rajah 2)


5. lepas cukup tambahan 2 minit, tutup api dan hidangkan.

releven resipi ni

kenapa aku buat macam tu? selepas beberapa tahun makan meggi dan berexperiment dengan cara masak meggi, ini sebab dia:

kenapa 2 asam keping? sebab sifat telur ni dia akan serap rasa perencah. so, nak kekalkan rasa asam laksa yang pedas dan masam, kna support rasa masam tu dengan asam keping. aku dah try dengan asam belimbing dan air asam jawa. so far tak sedap. asam keping jugak yg jadi. nak kurang rasa masam, letak 1 keping je. aku suka masam, sebab tu letak 2 keping.

kelemahan asam keping adalah ia perlukan masa agak lama untuk rasa masam tu keluar dari asam. 4 minit tak cukup sebenarnya. sebab tu aku letak awal2 dari step 1 dan aku didihkan sebanyak 2 kali supaya rasa asam tu keluar. tu pun lepas masak asam still keras (rasa masam masih berbaki pada asam dan tak keluar masuk dalam kuah). sebab tu aku letak 2 keping.

asam laksa keunikan dia pada masam dan pedas tapi dengan aroma yang lembut tak macam tomyam yang agak 'keras' dari segi aroma dan rasa. bagi aku rasa pedas asam laksa tu dah okay dah. kalau korang nak tambah pedas, so far yg aku try, x jumpa lagi bahan penambah rasa pedas yg sesuai utk maggi ni. cili giling, serbuk cili, sambal belacan, lada hitam, semua aku dah try tapi hilang rasa keunikan rasa asam laksa tu. lada hitam definitely NO NO.. sbb nnti dia hilang rasa asam laksa dan sama rasa macam maggi tomyam yang 'keras'.

sayur, ikut suka hati. aku kalau masak maggi akan selongkar peti sejuk bahagian sayur dulu, tengok apa yang ada. kalau tak ada sayur pun okay je. cuma kalau ada tu meriah la sikit dari segi rasa dan warna (presentation itu penting). bila nk letak sayur ni flexible sama ada korang suka lembut layu atau keras rangup fresh. aku sula letak lambat sikit supaya rasa sayur tu tak hilang.

bilangan air kna tepat. kuah terlalu cair rasa dia akan dilute. kuah terlalu pekat plak nanti masam sangat. so far aku pakai 1 mug air kalau letak telur (banyak sebab proses 2 kali didih). kalau tak letak telur, aku pakai air 1 cup je (tanpa didihan yang ke-2).

kalau megi ada telur secara teorinya memang kita rasa maggi akan jadi sedap tapi kerana sifat semula jadi telur yang menyerap perasa kuah (aku belajar ni dari anime), buatkan maggi yang letak telur rasa dia akan jadi "ceroi" (hilang rasa). sebb tu aku tak stir (kacau) telur, dan aku letak telur atas meggi, bukan direct dalam kuah! sebab aku nak minimumkan contact antara telur dan kuah.

tujuan aku tutup kuali lepas letak telur dan besarkan api selama 2 minit sebab aku perasan bila aku tutup periuk, buih kuah yg mendidih akan bertambah banyak sampai buih tu akan "selubungi" telur atas mee segera tu. hasilnya, telur akan masak walaupun tak sentuh kuah! again, aku minimakan contact antara telur dan kuah supaya rasa perencah x hilang.

dan hasilnya, korang akan dapat maggi yang ada telur separuh masak atas dia, ibarat roti bakar telur goyang, tapi instead of roti, telur tu melekat atas maggi! boleh bayang x?

aku tak pandai masak n jarang masak. tapi aku suka tengok anime pasal masak-masak dan aku belajar dari situ. tiap kali masak aku x sempat ambik gambar. asyik terlupa je. nak lukis periuk x pandai, so aku lukis bikar macam dalam experiment. harap korang paham.

12.8.16

Chicken strips


Kali ni aku nak share pasal chicken strips. Bagi mereka yang masuk entri ni bila Nampak tajuk dan sangka ianya berkenaan makanan, maaf kerana aku telah menghampakan korang. Chicken strips yang aku maksudkan di sini bukan sejenis makanan, tapi sebuah istilah yang digunakan dalam aktiviti permotoran.

Definisi Chicken strips


Chicken strips atau terjemahannya “jalur penakut” (chicken = penakut) adalah sebuah jalur dibahagian tepi permukaan tayar yang tidak digunakan (faiz, 2016).

tayar dengan chicken strip
tayar rider penakut

tayar tanpa chicken strip
tayar rider berani

Definisi lain yang aku jumpa adalah “The band of unscuffed tire surface at the outer edges of the contact surface.[1] (jalur yang tidak haus pada permukaan hujung luar tayar)

chicken strips ni bukan jenis tayar yer. tapi keadaan/kondisi yang akan berlaku kepada tayar tersebut setelah lama digunakan bergantung kepada cara pemanduan rider yang menunggang.

Chicken Strip = Penakut?


kenapa jalur tu dipanggil chicken (penakut?) sebab tayar yang ada chicken strips yang lebar menunnjukkan bahagian tepi tayar tersebut jarang digunakan. bahagian ini hanya digunakan ketika rider menyengetkan motosikalnya semasa mengambil selekoh dengan sudut (lean angle) yang tertentu.

knee drangging

semakin lebar chicken strips, bermaksud semakin jarang bahagian tayar tersebut digunakan. ini bermakna rider motosikal tersebut takut untuk "meleper" semasa mengambil selekoh. takut layan corner.

selain tu, chicken strips ni ibarat "virginity" (dara) kepada tayar tersebut. kalau masih ada chicken strip, maksudnya masih ada dara. masih virgin.

"The harder you lean into corners, the more of the tyre you use. This means that a biker who rides hard will have an evenly-worn tyre. A biker who rides gently will not use the outer edges of the rubber resulting in a phenomenon known as 'chicken strips'. These are very uncool and a beacon to those in the know that the rider is a novice."[2]

"At our first gas stop, I was thrilled to note that the "chicken strips," those bands of virgin rubber found on the edges of most Midwestern riders' rear tires, had been burned off the Yamaha's 17-inch Bridgestone Battalax BT-20s. In other words, I was hitting some serious (for me) lean angles."[3]

tayar moto aku pun ada jugak chicken strips. nak kena keluar ride layan corner selalu la, baru chicken strips tu boleh hilang.






next time nanti kita bincang pasal teknik knee dragging plak..




sumber dan rujukan:
1. Wiktionary: Chicken Strips. dipetik dari https://en.wiktionary.org/wiki/chicken_strips
2. "How London bikers measure up ; ES WHEELS; [W_04 Edition ]", Evening Standard. London (UK): p. 5 May 3, 2002
3. Neale, Brian, "New Yamaha offers best of sport, touring worlds; [Chicagoland Final , CN Edition]", Chicago Tribune (Chicago, Ill.) p. 6, 29 July 2001

8.8.16

Ekspektasi Blogger

Lain blogger lain cara, lain expectation, lain jenis maklum balas yang mereka harapkan dari pembaca, setelah mereka publish sesebuah entri.

Ada orang expect lepas entri dipublished, dia harap ramai orang share.Ada blogger expect traffic blog. Ada blogger expect follower sentiasa meningkat.

Ekspektasi Blogger


Aku tak nafikan semua itu penting, tapi so far expectation dan kepuasan aku lebih kepada maklum balas pembaca dari bahagian ruangan komen. Aku puas kalau ramai orang komen dan berdiskusi tentang tajuk yang berkaitan di ruangan komen, lebih-lebih lagi kalau ada input dan output dalam kalangan pembaca sendiri.

Contoh, macam dalam entri berkenaan motosikal dalam blog aku ni. Sebab aku pun bukanlah seorang otai, sekadar kongsikan apa yang aku tahu berkenaan dunia permotoran.

Dan dari situ, ada pembaca yang tinggalkan persoalan dan ada pembaca lain yang lebih tahu tolong jawabkan. Ada juga yang tinggalkan sedikit info tambahan yang berkaitan.

Kepuasan aku bila ruangan komen lebih panjang dari isi entri! Dan aku envy giler dengan semua entri dalam blog sis Jari Manis. Nak komen jenuh kena skrol!

Usaha Kearah Ekspektasi


Tapi semua tu perlukan "give and take". kalau nak orang komen banyak kat blog kita, kena la kita komen banyak kat blog orang. yer dok.?


Cuma dah lama aku tak aktif BW macam dulu sebab kekangan masa. Yer la, dulu kerja hospital. balik kerja je penat. Tapi lepas ni rasanya dah boleh aktif balik kot sebab dah tak kerja hospital. hehehe.. InsyaAllah, slow-slow...

hmm.. Apa kepuasan korang?*


*p/s : aku kadang-kadang (kalau aku tak lupa) aku letak satu persoalan kat hujung entri macam soalan kat atas ni. Tujuannya nak encourage pembaca bagi komen. Tu je.. hehehe.

2.8.16

Jalan Layan Corner Penang

kat penang ni selain ada tempat-tempat menarik tarikan pelancong, ada jugak jalan-jalan "mountain pass" bagi kaki layan corner macam aku ni. tapi walaupun ada banyak, jalan dia pendek-pendek je. jadi la setakat nak merasa.

Jalan Genting (Mountain Pass) di Penang


so, kali ni aku nak share antara jalan-jalan mountain pass yang ada kat penang ni yang boleh dibuat layan corner.. lets cekidaut.. [klik gambar untuk tumbesaran sempurna]

1. jalan Tanjung Bungah (Tanjung bungah - batu feringghi - Teluk Bahang) 



part 1

coordinate
mula :  5°28'7.37"N 100°16'38.22"E
tamat : 5°28'45.89"N 100°15'20.64"E

jarak : 3.9 km

part 2

coordinate
mula :  5°27'51.91"N 100°14'18.74"E
tamat :  5°27'46.01"N 100°13'16.12"E

jarak : 2.5 km

total jarak ; 6.4 km  

saja aku pecahkan kepada 2 bahagian sebab pertengahan jalan tu (area batu feringghi) cuma jalan straight je. mountain pass dia cuma permulaan dan akhir jalan ja. jalan sini agak sempit tapi kau tengok bas rapid penang lalu rilex je. aku tengok pun takut.

dan agak selalu jemm terutamanya part 1 (tanjung bungah - batu feringghi) sebab ini jalan utama nak ke pantai batu feringghi, antara tarikan utama pelancong kat penang. so, tak beberapa layan sangat

2. Jalan Teluk Bahang



coordinate
mula :  5°26'46.24"N 100°12'54.37"E
tamat :   5°23'57.75"N 100°12'57.37"E

jarak : 11.6 km

dulu jalan ni antara feveret aku masa aku hanya ada moto honda wave 125x ultimo. selalu aku lalu jalan ni bila boring dan nak release tension. berita penuh boleh lihat entri ini : Jalan Teluk Bahang : "Canyon" NFS Carbon

jalan dia memang lebih sempit dari jalan tanjung bungah. jalan pun berlubang-lubang. tak beberapa elok. antara tarikan kat jalan ni sebab ada air terjun titi kerawang di pertengahan jalan.

dan lagi satu, jalan ni best sebab tak ramai yang guna. selalunya sunyi. tapi ada sebab sebenarnya kenapa tak ramai orang lalu. kata orang, jalan ni agak 'keras'. siap ada petua, kalau lalu malam-malam kat jalan ni mohon kepak (terbalikkan) side mirror. sebab takut nanti ternampak ada 'benda' ikut belakang. untuk berita penuh boleh lihat entri ini : Kisah Hantu Kapchai Tak Ada kepala

3. jalan tun sardon (jalan bukit baru)



coordinate
mula :   5°21'18.96"N 100°16'17.13"E
tamat :   5°21'2.76"N 100°14'25.71"E

jarak : 8 km

jalan ni agak baru berbanding jalan-jalan lain untuk ke balik pulau dari belah timur pulau. (sebab tu juga dikenali sebagai jalan bukit baru). jalan ni agak elok, cukup lebar, dan selekoh yang tak terlalu rapat.

tarikan utama pada pertengahan jalan atas puncak bukit ada perhentian. boleh berhenti dan layan permandangan cantik arah balik pulau. dan kat sini bila musim durian, ada macam "pesta durian" kat situ. sambil makan durian sambil tengok permandangan yang cantik. memang layan!

tapi jalan ni pun sibuk jugak. kadang-kadang jemm terutamanya waktu puncak. sebab antara jalan utama nak ke georgetown dari balik pulau. ramai yang tinggal di balik pulau tapi kerja di area georgetown.

4. jalan Teluk Kumbar (jalan bukit lama)



coordinate
mula :   5°19'48.58"N 100°13'0.20"E
taman :   5°18'5.55"N 100°13'54.38"E

jarak : 4.7 km

jugak dikenali dengan nama jalan bukit lama sebab jalan ni antara jalan terawal untuk ke balik pulau. dulu, khabarnya dahulu jalan kat sini "jalan bukit paling teruk" kat penang. tapi beberapa tahun lepas, jalan ni dah dinaik taraf jadi cantik.

serius cantik, sebab ditambah binaan beberapa jambatan merentasi gaung antara bukit. jalan pun lebar elok dan selekoh jauh. tarikan utama antaranya orang selalu parking di bahu jalan (cukup luas untuk parking) berhenti ambil gambar sunset! sunset kat sini lawa.  

sama jugak kes macam jalan bukit baru, jalan bukit lama ni jemm bila waktu puncak orang pergi dan balik kerja.



okay, tu baru jalan-jalan mountain pass dalam penang. nanti aku share jalan-jalan luar penang pulak yang pernah aku lalu. coming soon, insyaAllah...

p/s : ada cadangan jalan mountain pass area utara tak? aku nak pi test layan corner..