17.7.16

Perodua Bezza VS Proton Saga

Perodua Bezza Gear Up
sumber : Paultan.org

walaupun aku lebih minat moto, tapi nak tak nak aku kena jugak fikirkan kereta sebagai back-up kenderaan, guna untuk angkut barang, bawak family dan kegunaan time hujan. terutamanya bila dah berkeluarga nanti, mesti kena pakai kereta. lain lah kalau aku kahwin dengan perempuan yang dah ada kereta.


Perodua Bezza VS Proton Saga


Proton Saga Plus
sumber : Proton-edar.com

[edited Sept 2016: perbandingan dalam entri ini menggunakan Proton Saga generasi ke-2 sebab masa entri ini ditulis (julai 2016), Proton saga 2016 (generasi ke-3) belum keluar. untuk perbandingan Proton Saga generasi ke-3 dengan Perodua Bezza boleh lihat entri "Proton Saga 2016 VS Perodua Bezza"]

sementara tu, boleh jugak aku fikirkan kereta jenis mana yang aku nak beli nanti. so far, pilihan aku cuma Proton Saga dengan Perodua Bezza. aku nak sedan dan tak nak hebat-hebat sangat. nak pakai pun buat back-up je kan. 

motosikal? fuh, idaman sekarang Kawasaki Ninja ZX-6R 636! harga lagi mahal daripada dua kereta nih! hahaha.. (ekceli hampir 2 kali ganda harga proton saga).

Kawasaki Ninja ZX-6R 636

jadi, dalam aku dok buat research antara Perodua Bezza dan Proton Saga, baik aku share kat korang apa yang aku jumpa. mana tau kot-kot korang pun tengah cari maklumat ni.

kat bawah ni aku buat jadual perbezaan antara Saga dan Bezza. Beza dari segi apa yang aku minat nak tau je. lain orang lain priority. dan ini antara priority aku : 



Proton Saga Plus CVT
Perodua Bezza Advance
Komen aku
Harga OTR
RM 38, 080.00
RM 50, 800.00 + RM 2,600.00
aku ambik yang paling fullspecs. Bezza tambah sekali dengan GearUp bodykit. Beza RM 15, 320.00 kot. Saga murah 29%!!!
Max HP
94 HP @ 5750 RPM
94 HP @ 6000 RPM
Hampir sama
enjin
CamPro IAFM
4-cylinder
DOHC 16V
1NR-VE DVVT-i
4-cylinder
DOHC 16V
Dua-dua DOHC, 16V, dan 4 Silinder. So, sama je. Ikut preference korang sama ada suka VVT atau CamPro.
displacement
1329cc
1332cc
Lebih kurang
Berat
1075 kg
930 kg
Disebabkan Bezza ringan, perbezaan kat sini agak ketara. Bezza menang 14% power to weight ratio
Power-to-weight ratio
87 HP/Tan
101 HP/Tan
Kegunaan minyak
16 km/L
22 km/L
Walaupun nilai ni kurang reliable, tapi agak ketara perbezaan dia. So, aku Nampak macam Bezza menang 27%
Ruang boot
413 L
508 L
Bezza menang 19% ruang boot.
Panjang x lebar x tinggi
4278 x 1680 x 1520
4150 x 1620 x 1510
Panjang : Saga lebih 12.8 cm
Lebar : saga lebih 6 cm
kelebihan
1. User-friendly compartment
1. Eco Iddle system
2. Smart key & push start button
3. Rear console USB port (charge phone)
4. Reverse camera
5. multimedia system with navigation & smart link
6. 5 star ASEAN NCAP

ini just kelebihan apa yang aku nampak dan yang aku suka antara dua model ni. 
markah
29
60
 markah ni based kepada berapa % diorang menang, yang aku tulis kat atas tadi.


jadi, kalau based kepada penilaian aku. memang nampak sah-sah dah Bezza lagi best. tapi ikut orang la, kalau priority dia harga, Saga la yang menang.

okbye..

sumber dan rujukan:
1. mysumber. (2016). Perodua Bezza 2016 baru harga spesifikasi dan gambar. MySumber.com. dipetik dari http://www.mysumber.com/perodua-bezza-2016-baru-harga-spesifikasi-dan-gambar.html
2. Proton (2016). Saga FLX: Pricing and Specification. Proton-edar.com; dipetik dari http://www.proton-edar.com.my/en/Models/Saga%20FLX/Model%20Pricing%20and%20Specification%20Page.aspx#PRICING & SPECS
3. Mick Chan. (2016  July 16). Perodua Bezza – GearUp bodykit and accessories. Paultan.org. dipetik dari http://paultan.org/2016/07/16/gear-up-accessories-for-perodua-bezza/

44 comments:

  1. Replies
    1. x sure lagi.. mana tau kot2 jodoh dgn calon yg dah ada kereta.. x payah dah buat membazir beli kereta.. saya bukan nk pakai sangat pun.. beli pun untuk bagi kat bini pakai je..

      Delete
  2. Bezza la gitu.. Hehe xpun bakal bini berkereta hehehe bkn pe da kwin nti kete 2bijik x pakai.. Btol ni atas pengalaman. Atau. Cr bini jgn yg ada kete. Hehehe plan baik2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. saya pun fikir macam tu jugak.. bukan nk menumpang harta bini, tapi kalau sampai 2 kereta, serius membazir sbb saya bukan jenis suka naik kereta.. last2 kereta tu tersadai kat rumah ja, kalau bini dah ada kereta n saya beli 1 lagi..

      so, plan saya kalau boleh nk cari calon dulu sblum beli kereta.. kalau rezeki dia dah berkereta, x payah saya nk pening2 fikir. 1 kereta cukup dah utk dia, saya ulang alik dengan moto idaman je.

      kalau dia x berkereta, kna la saya beli 1.. bnda keperluan..

      Delete
  3. Bezza la gitu.. Hehe xpun bakal bini berkereta hehehe bkn pe da kwin nti kete 2bijik x pakai.. Btol ni atas pengalaman. Atau. Cr bini jgn yg ada kete. Hehehe plan baik2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. atau cari je bini yg ada kereta... x payah saya peinng2 fikir nk beli kereta yg mana.. hehehe..

      Delete
  4. suka lagi perodua. eyja percaya lagi perodualah daripada proton. nak pinjam table boleh tak =? nak buat entri. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb tu la saya cakap kat atas tu, lain org lain preference.. walaupun bagi data banyak2 detail macam mana pun, kadang2 orang lebih memilih brand yg mereka dah percaya..

      sila-sila kalau nak pinjam table.. jangan lupa kreditkan kepada sumber kat sini sudah la.. hehehe

      Delete
  5. KALAU DH MINAY N PERLU PILIH SAJA MANA SATU YG BERKENAN PHAIS

    ReplyDelete
    Replies
    1. pilihan tu mmg dah nampak, cuma sekadar nak share maklumat2 yg saya dah cari ni.. mgkin berguna kepada mereka yang tengah memilih macam saya.. hehe

      Delete
  6. buat masa loni tak bercita2 lg nak tukar @ tambah keta..sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekian terima kasih ke, sekian harap maklum.. hahahah

      Delete
  7. emm, kereta eh..emm, emm, emm, lesen dulu la gyanya..huahua!
    suka moto lgi dri kete..kekeke..

    ReplyDelete
  8. Baik tgu saga 2016 kuar.. Br tepat lg lau nk banding. Tp Pha Is banding ngan saga model lama mcm x kena plak..hehe
    Jz my 2 cents.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju, perbandingan perodua bezza dengan saga baru lebih "buku bertemu ruas".
      tapi sebab masa saya tulis entri ini, saya tak tahu khabar saga bakal muncul dengan versi terbaru tahun 2016. sebab berita tu pihak proton macam senyap2 je. saya tak dengar berita official daro proton lagi. saya tahu pun setelah kawan saya beritahu berita kemunculan saga baru..

      Delete
  9. masih berkira-kira nak beli kan? tapi rajin buat kajian.. klu bab kereta ni memang tak pandai, klu nak ekonomi beli saga aja.. kata nak back up saja kan.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. buat masa skrg kereta hanya fiikir utk back up je..

      Delete
  10. ada info yg terbalik tu,check semula betul2.nanti org salah faham.walaupun kecil.
    lagi keluaran baru dan lama amatlah tidak adil.
    kemudian jgn lupa handling dan stability keluaran perodua adakah sebaik keluaran proton?
    standart pemanduan kereta negara eropah adalah pentingnya handling dan stability.pada kelajuan tertentu,amat penting supaya pemandu tidak mudah hilang kawalan.
    bukan bergantung kawalan dari computer(teknologi)semata2 kerana fungsi computer boleh terganggu atas sebab tertentu(reading error,ecu error dll).

    ReplyDelete
    Replies
    1. mohon kongsikan bahagian mana info yang saya beri terbalik...

      Delete
    2. tak perlu tau sangt mna yg terbalik..pikir balik pemanduan proton dgn perodua..tpi klau minat sangat dgn perodua tu..mmg xleh buat apa..biarlah buruk rupa bezza tu..dan xsdap bawa

      Delete
    3. x sedap bawa..? dah try bawa ke..? ce citer sikit..

      Delete
  11. sori nak kepastian..22L/100KM atau 22KM/L

    ReplyDelete
    Replies
    1. 22 KM/L kalau menurut claim dari brochure spesifikasi perodua bezza

      Delete
  12. sori nak kepastian..22L/100KM atau 22KM/L

    ReplyDelete
  13. kalau tolak bab harga, memang bezza menang banyak compare to saga. lagi2 drpd segi accessories (push button, smart link, etc). dgn sekarang ni ekonomi pun makin teruk, fuel consumption pun kena fikir gak. which is something yg proton can never beat perodua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol2 setuju.. minyak tu penting... long term advantage.

      Delete
  14. Bezza pleaseee hahaha.. lawa kot design dia. tapi dia biasa bawak kete kontot.. tetiba nak tukar sedan cem kerik kerik gak..

    ReplyDelete
  15. Hurm.. Saya x bawa lagi bezza tapi dari segi ekonomi saya pilih proton.. Lagipun kereta ini kena tunggu generasi kedua or ketiga baru boleh nak beli.. Just my 2cents..

    ReplyDelete
  16. Saya prefer bezza sbb enjin dan fuel consumption...tapi kerusi belakangnya agak tegak..takut penumpang x selesa utk pjalanan jauh..lg 1,blakangnya nmpak terangkat sgt..tp xpe,leh cover ngan skirt..saya lebih yakin kualiti perodua dari proton..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. saya pun agak tak berkenan dengan design kerusi belakang dia..

      Delete
  17. Saya prefer bezza sbb enjin dan fuel consumption...tapi kerusi belakangnya agak tegak..takut penumpang x selesa utk pjalanan jauh..lg 1,blakangnya nmpak terangkat sgt..tp xpe,leh cover ngan skirt..saya lebih yakin kualiti perodua dari proton..

    ReplyDelete
  18. Yg xkenan KT bezza tmpt duduk blkng tu blh buat org sakit pinggang tau... "Saga dihatiku"

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yg sebut pasal seat belakang tu.. yg lain smua okay dah...
      saya so far x de preference lagi.. x tahu antara dua.. hahaha

      Delete
  19. Tukar seat belakang xleh ke...hahahha

    ReplyDelete
  20. Nak kereta bekualiti je....tapi bayar ade je yg xde kualiti...hihi...

    ReplyDelete
  21. Saya dah tempah Bezza...kini dalam penantian

    ReplyDelete