Monday, July 25, 2016

Mohon Clash


Aku tahu apa yang bakal aku tulis ni agak kontroversi dan boleh buat orang terasa hati tapi ini cuma apa yang aku nampak berlaku berdasarkan pengalaman.

Berhijrah kearah kebaikan


Kadang-kadang, dah beberapa kali aku nampak situasi macam kat bawah ni berlaku. Bila aku skrol laman Facebook kawan-kawan, tetiba aku terperasan suatu “penghijrahan” telah berlaku kat salah seorang kawan aku.

Aku tak kata dulu dia tak bagus, tapi perubahan kearah kebaikan tu jelas ketara kat dia. Kalau dulu dia selalu share benda-benda ”keduniaan”, kini dah mula share benda-benda yang islamic kat fb.

Kalau dulu tanpa segan silu share gambar-gambar mahupun kisah-kisah cinta antara dia dan ajnabi,  kini mula share perkongsian kearah mencari cinta Tuhan, tentang penjagaan ikhtilat, dan ’cinta selepas nikah’.

Dulu, aku cukup kagum dengan mereka yang berhijrah ni. Tapi lama-kelamaan aku mula perasan trend ni berlaku selalunya atas 1 sebab.

Baru lepas Clash


Sebelum clash, masa tengah hangat ber-couple, bukan main lagi bersweet-sweet tak ingat Tuhan, tapi bila dah heart broken, baru nak merangkak cari Tuhan. Bila dah terhantuk baru terngadah.

Penghijrahan tu bagus. Tapi jangan tunggu kau dah kena buang dari cinta manusia, baru kau nak tagih cinta Tuhan. Jangan tunggu!

sumber [1]

Lagi 1, jangan plak nanti bila kau dah ber-couple balik nanti, hanyut balik. Yang ni pun aku pernah nampak juga. Dulu masa baru lepas clash, bukan main nak cinta lepas nikah la, nak kejar cinta Tuhan je la, etc..

Tapi bila dah couple balik dok ber sweet-sweet laga pipi dating tepi tasik biawak (budak usm je tau kat mana nih), lupa habis dah mujahadah dulu..

Mohon Clash


Doa aku, mereka yang dah berhijrah tu, agar tetap terus dalam istiqamah. Tak kisah la apa pun sebab yang membuatkan korang berhijrah. Yang lepas tu, lepas lah. Yang penting masa akan datang.

Dan yang masih dibuai angan-angan cinta dunia, cinta manusia yang menghanyutkan, mohon bertaubat. Jangan hanyut lama sangat dengan cinta yang belum halal. Cepat-cepat halalkan. Kemudian bawa pasangan kearah cinta kerana cinta Tuhan.

Tapi yang masih bebal, yang bila dah couple terus langsung lupa Tuhan, Mohon Clash!

sumber dan rujukan :
1. Dr. Halimi.March 2014). Cerita Couple part 2; Baca, Suka, Faham, dan Amal. dipetik dari http://drhalimi.blogspot.my/2014/03/cerita-couple-part-2.html

20 comments:

  1. hijrah perlu niat yang betul...perbetulkan niat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya: " Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : - "Bahawasanya amalan-amalan itu adalah (bergantung) kepada niat, dan bahawasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia dinikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya

      (Riwayat al-Bukhari no.1, 54, 2529, 3898, 5070, 6689, 6953, Muslim no. 1907, Abu Daud no. 2201, al-Tirmizi no. 1646, al-Nasai`i no.1/59-60, VI/158, Ibn Majah no. 4227 dan Ahmad no. 1/25, 43)

      Delete
  2. yup..setuju! mohon clash je..hehehe..

    www.ceritaejoy.com

    ReplyDelete
  3. Buang yg keruh ambil yg jernih insyaAllah.

    ReplyDelete
  4. Semoga kita semua jadi baik... Ameeen

    ReplyDelete
  5. betul sangat..peringatan buat kita semua... ^_^

    ReplyDelete
  6. kannn ... jadi trend lah pula. nak berhijrah niat biar betul.

    ReplyDelete
  7. huurm.. semoga tak termasuk dlm golongan yang dah trhantuk baru terngadah..
    kena doa juga kita x macam tu.. tapi satu side yang positif.. walaupun dah clash baru nak nampak baik.. alhamdulillah dia da brubah =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu betol.. x kisah la sebab apa pun, janji kalau dah berubah tu, harap2 smoga beristiqamah berpanjangan.. jangan dah couple balik nnti lupa Tuhan balik.. yg ni pun jadi jugak.. heheh

      Delete
  8. hahahha.. kena la dgn org2 dok buat tu. besa nmpk tasik usm tu. kalau ad acc wechat lg byk dok meroyan psl cinta2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh.. saya x de wechat.. x tau la.. hehhe

      Delete
  9. Setuju dengan statement.. Mohon Clash..
    Kikiki..

    ReplyDelete
  10. Al-hamdulillah apa pun sebabnya yang penting dia berhijrah moga ikhlas dan terus istiqamah

    ReplyDelete
  11. Haha, Betul2. Ni la antara perilaku yg kita dok risau dgn gejala2 sosial yg makin berleluasa. Peringatan utk yang lain dan juga utk diri sendiri. Jaga mata, jaga mulut, jaga perilaku, jaga hati. Semoga senantiasa istiqamah dan ikhlas dlm perubahan ke arah kebaikan dan senantiasa berada dlm keredhaan-Nya. Aamin2 ya rabb.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...