Tuesday, June 28, 2016

Iftar Blogger Utara 2016

Fuh, agak lama kali ni aku menyepi. Giler tak ada mood nak menulis langsung. Malam ni aku tekad nak tulis jugak. Sekadar nak update blog. haha.. Aci tak?

Iftar Blogger Utara 2016


Baru-baru ni kami geng blogger utara ada buat gathering iftar sekali, tapi ramai yang tak dapat hadir dan ada yang terpaksa tarik diri last minit. Tapi tak pe la, Semangat tu yang penting. Kami ber-iftar di Nandos Aeon Alma, Bukit Mertajam Penang.

dari kiri : Timmbill, Zya Akma, Yana, helmet GadisBertudungBiru,  Pha Is, Arz Moha, dan Cik Puteri

sebenarnya ni pertama kali aku dan sebahagian ahli geng blogger utara bersua muka dengan blogger Timmbill. Kami serang restoran tempat dia kerja. Kesian dia, tak dapat nak makan bersama kami. Cuma jadi pelayan je. Dengan baju Staf Nandos lagi tu.


At least ada la dapat layanan istimewa sikit. hehehe... Akhir kata :

A photo posted by pha is (@phais47) on

"Pantang Makan Tak Habis!"


oh ya.. Sebelum aku terlupa. saja nak cerita yang aku dah dapat penempatan posting untuk FRP (Fully Registered Pharmacist). Alhamdulillah, dapat stay kat penang. so, dah kurang uncertainty untuk perancangan masa depan aku sebab dah tau lepas ni tak payah pindah jauh-jauh.. Dah "stabil" dah sikit.

so, dah boleh la kot buka mata buka minda untuk mula mencari jodoh.. hmm..

30 comments:

  1. wah bestnya berbuka kat nandos..dah lama x p ctu..Pha is masih kat HPP ker?/

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. buat masa sekarang masih lagi di HPP.. tapi lepas raya nnti dah kena tukar dah.. hehehe..

      Delete
  2. Nandos...yummy...best kan dpt permenant kt kg sndiri, walau kena seberang laut....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. baru mencabar sikit, baru best sebab boleh merempit hari2 dengan Gadis Bertudung Biru.. hehe

      Delete
  3. haa...cepat cari jodoh...jgn lupa jemput eh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah...kalau sampai masanya nanti.. hehehe

      Delete
  4. SERONOKNYA GENG BLOGGER UTARA BERBUKA DI NANDOS

    ReplyDelete
  5. syok nya bbuka kat luaq, sepanjang bulan puasa ni tak bbuka kat luaq lagi, tsk tsk

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah... menarik. Best ni klu dpt join... :) :)

    ReplyDelete
  7. Untung ada community macam ni dan aktif pulak tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. Mrs A x de join mana2 geng blogger?

      Delete
  8. ok baru baca entri ni....sori agak slow juga blogwalking...

    alhamdulillah dapat juga berkumpul...mudah mudahan lepas ini boleh berjumpa ramai lagi

    ReplyDelete
  9. Suka dengan ayat yang last tu.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. harapnya macam tu la.. tapi x jumpa sapa2 lagi nih.. hmm..

      Delete
  10. lama dh tak pi sampai Aeon sana.. lama xmakan nandos. hehe
    makan byk mana tu pha is.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ambik ayam yg potong half, bukan quarter.. hahaha

      Delete
  11. Assalammualaikum... pha is,

    tgk pha is makan tu.. pehh,, sedap.

    mselim3

    ReplyDelete
  12. tahniah. pasni nak cari jodoh senang. lagi2 kalau jumpa jodoh ngan orang penang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. x dapat penang, dapat yg negeri berdekatan pun jadi la.. hehehe

      Delete
  13. ehem2, sorry baru terjah entry..kekeke..kebusyan melampau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. kesian cik timm.. asyik sibok je..

      Delete
  14. Org glammer lah katakan, ramailah paparazzi nak ambil gambar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. saja perasan fofular.. hehehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...