Saturday, May 21, 2016

Video Picit Jerawat Sampai Puas

ada beberapa perkara yang boleh membuatkan kita rasa "puas". bagi aku salah satunya kalau berjaya picit keluar jerawat. puas! hahaha.. pengotor giler aku cerita kat sini..

Picit Jerawat Sampai Puas


lagi besar jerawat tu, lagi puas rasanya kalau aku berjaya picit. selalunya sampai keluar darah. kalau tak cukup besar, kadang2 aku 'bela' dia dulu. hari ni aku picit separuh jalan, esok sure2 dia akan membesar dengan bertambah "sihat". bila dah cukup besar, baru aku picit sampai puas!

tapi boleh bayangkan tak kalau kerja kau jadi tukang picit jerawat orang secara profesional? macam pelik je ka? ada ke? kalau korang rasa macam impossible, aku nak memperkenalkan kepada korang, Dr Pimple Popper!

Dr Pimple Popper





Dr. Sandra Lee a.k.a Dr Pimple Popper ni dermatologist kat US. dia ni macam youtuber yang share video dia picit jerawat orang. hahha.. serius wei, PUAS giler aku tengok video-video dia.

lepas aku tengok video Doktor ni, fuh, rasa macam dream job plak nak jadi dermatologist ni. walaupun aku tau, bukan ni je kerja diorang. tapi.. bab picit jerawat, picit blackhead, picit cyst tu.. pergh.. PUAS beb..

boleh tengok kat chanel dia kat sini : https://www.youtube.com/user/DrSandraLee

lepas tu aku godek habis channel youtube dia.. sampai puas!

Saturday, May 14, 2016

Yamaha YZF R25 Review 1 | Luaran

Yamaha YZF R25 Review 1 | Luaran. okay, sekarang baru 5 bulan aku pakai motosikal Yamaha YZF R25 ni dan dah jalan sejauh  lebih 12000 km, aku nak buat review dan komen awal pasal motosikal Yamaha YZF R25 ni. nanti dah pakai lama sikit, dalam setahun ke, aku komen lagi untuk long term use.

Yamaha YZF R25 Review 1 | Luaran


sekarang cuma review dan komen muqaddimah je.. tak valid sangat komen aku ni tapi boleh la kalau korang nak baca bagi mereka yang minat nak angkat motosikal ni.

be advised, aku tak pernah naik motosikal berkuasa tinggi (lebih dari 150cc) yang lain sebelum ni. aku cuma pernah pakai honda wave 125x je. so, memang tak valid sangat pendapat aku sebab aku tak boleh nak compare dengan moto-moto yang lain.

R25 Luaran 1 : Signal



dari segi luaran, bagi aku dah cukup puas hati dah. cuma yang aku rasa tak kena pada moto ni adalah kedudukan button signal dia, susah aku nak bagi signal terutamanya kalau aku tengah tarik clucth.

aku ni jenis pemandu berhemah, masuk simpang bagi signal, mencelah pun bagi signal. so, agak penting la bagi aku pasal button signal ni yang agak susah nak guna.

tapi aku rasa superbike yang lain pun lebih kurang je macam ni.

R25 Luaran 2 : Ekzos



kedua, ekzos dia dah lawa dah. mufler (standard) yang pendek bagi aku nampak lebih sporty jika nak bandingkan dengan mufler yang panjang macam kawasaki ninja 250r. dan aku lebih suka bunyi standard Yamaha YZF R25 berbanding Kawasaki Ninja 250R sebab bunyi dia lebih smooth. bagi aku la..


tapi, cuma aku kurang berkenan kedudukan ekzos dia yang menghala keluar sedikit (rujuk gambar ekzos yang atas). nampak pelik bagi aku. aku tengok review kat youtube, ada jugak yang sebut pasal ekzos ni. so, bukan aku sorang je la yang rasa ekzos tu 'terkeluar' sedikit.

R25 Luaran 3 : Tangki Minyak dan Fairing Kurus


ketiga, aku tengok kalau bandingkan dengan kawasaki ninja 250r, aku rasa Yamaha YZF R25 ni 'kurus' sedikit. terutamanya part tangki minyak dan fairing. bagi sesetengah orang, ini mungkin 1 kelemahan,

tapi tak bagi aku. kurus ni senang sikit nak menyelit terutamanya kalau jalan jem. dah banyak kali dah, moto ni aku menyelit steady je atara 2 kereta yang berhenti jem. walaupun moto "moped" depan aku terpaksa turunkan kaki jalan slow-slow nak menyelit antara 2 kereta tu, tp aku bawak rilex je..

tapi aku rasa bukan faktor saiz, tapi lebih kepada konfident penunggang dan pengalaman serta teknik yang betul. tapi aku ni tak de la terrer sangat pun, newbie je.. hehehe

cuma bila nak layan corner, kurang sedap sikit la sebab tangki minyak kurus. kalau tangki minyak besar lagi, sedap sikit nak paut siku kat tangki minyak masa nak "kneel down" layan corner. aku rasa sebab tu ada pemilik R25 yang hanya convert tangki minyak dia kepada tangki minyak R6.

R25 Luaran 4 : Meter Kelajuan dan RPM


yang ni, aku cukup puas hati. pertama sebab kat meter ni ada Jam! dah macam dashboard kereta pulak. sangat convenient! boleh sukat performance aku. hari ni pi kerja ambik masa berapa minit, esok berapa minit, lepas tu deduce sebab kanapa aku lambat/cepat berbanding biasa. macam Takahashi Keisuke praktis dalam cerita anime Initial D 5th stage.

kedua, sebab meter tu ada tunjuk posisi gear aku kat mana. aku tak sure meter moto lain ada atau tak, yang pasti, moto terawal aku naik yang pakai clutch (masa baru nak belajar pakai clutch) adalah Kawasaki Ninja 150RR, Yamaha FZ 150i dan Kawasaki Ninja 250R generasi ke-4 (2008-2012). ketiga-tiga moto ni tak ada tunjuk posisi gear. so, aku agak konfius masa tu.

ketiga, meter Yamaha YZF R25 ni ada lampu untuk 'alert' kita tukar gear sebab RPM dah nak sampai line merah. sangat convenient wei! sebab tengah nak pecut dari stop kat lampu isyarat, tak kan kau nak tengok meter selalu untuk timing tukar gear. mesti la mata nak tengok jalan nak menyelit mana yang patut.

so, bila RPM dah cukup tinggi, lampu ni akan menyala dan dia agak obvious walaupun kau tak tengok meter sebab lampu tu agak terang. so, masa tu la kau up-shifting gear kau. sebab tu aku rasa motor ni sangat-sangat sesuai untuk beginner macam aku ni.

keempat, meter dia ada tunjuk fuel comsumption. yang bestnya, kau boleh tukar on the spot nak tengok 'instant fuel consumption' ataupun 'average fuel comsumption'. instant tu dia akan berubah-ubah ikut speed kau. average ko boleh tngok penggunaan minyak secara keseluruhan lepas setiap jurney. so, boleh bajet...

okay, cukup dulu stakat ni. nanti aku sambung bahagian performance plak.. aku tak suka sangat tulis panjang-panjang sangat dalam 1 entri, sebab pembaca aku bukan rider je.. nanti diorang boring. hehehe.. ni pun dah sangat panjang dah bagi aku padahal banyak lagi nak komen/review/bebel..  hmm..

NEXT : Yamaha YZF R25 Review 2 | Prestasi

penting : Tips Beginner Superbike 1 | Braking


sumber gambar :
Mohan K Ramanujam. (2015 May 13). REVIEW: 2015 Yamaha YZF-R25 – fun with the baby ‘R'. paultan.org; retrieved from http://paultan.org/2016/05/13/review-2015-yamaha-yzf-r25-fun-in-a-small-package/

Tuesday, May 3, 2016

Bolehkah Upload Gambar Anak Dalam Pantang?


petang semalam sempat aku ziarah rakan sekerja aku si Ehsan yang baru sahaja menimang cahaya mata. bila dah jumpa, Ehsan pelawa aku untuk bergambar bersama anak dia. dah alang-alang ambil gambar, kena la share. yer dok. tapi sebelum tu, aku minta izin dulu.

"ehsan, hangpa laki bini tak ada pantang ambik gambar baby upload kat FB ka?"

"tak dak.." jawab ehsan. soalan yang sama aku ajukan pada Hanisah, isteri Ehsan, dan dia juga tak pantang. saja aku nak konfomkan. sebab sekarang ni "trend" kepercayaan orang tak bagi share gambar anak dalam pantang kat FB.

dan diorang pun ada tanya aku kenapa tak boleh share gambar baby kat laman sosial. jawab aku, "nanti aku check, lepas tu aku tulis kat blog."

"hmm.. blogger sangat.." jawab hanisah.


Tak Boleh Share Gambar Bayi Dalam Pantang?


musykil jugak aku, mana datang pendapat kata tak boleh share gambar anak umur 40 hari ni? so, aku pun godek-godek la cari maklumat. dan kesimpulan, banyak yang orang share ni bersumberkan asalnya dari pendapat Ustaz Wan Asrul Al-Kalantani dalam status FB beliau.[1]

lepas tu orang lain pakat-pakat share, sampai ada yang share tu tak tahu pun apa yang di-share.[2] tahu share je. orang lain pun pakat follow percaya.

Penyakit 'Ain?


pointnya aku lihat hampir sama. tak boleh share gambar bayi sebab takut terkena penyakit 'ain. antara definisi mudah penyakit ain ni :

"satu penyakit yang berlaku akibat panahan mata yang mengagumi sesuatu, disertai dengan sifat dengki/hasad atau kerana kekaguman yang keterlaluan terhadap sesuatu."[3]


naruto, ninjjutsu, the power of eye, kamui, amaterasu
gambar sekadar hiasan

selain tu, ada jugak sebab yang lain kenapa tak boleh share gambar bayi, contohnya sebab Ummu Sibyan (penyakit yang melibatkan jin) dan penyakit klinikal seperti antibody dan sawan. dan bahayanya penyakit 'ain ni sehingga boleh menyebabkan bayi menangis tanpa sebab, turun berat badan sehinggalah penyakit kulit seperti Eczema dan sebagainya.   untuk nak tahu lebih lanjut boleh rujuk Ustaz Wan Asrul Al-Kalantani tu sebab banyak orang share, sumber asalnya dari beliau.

suka untuk aku tegaskan, walaupun sebagai ahli farmasi yang diajar dengan dunia perubatan barat, tapi aku tak nafikan wujudnya penyakit-penyakit 'ghaib' seperti penyakit ain, dan sebagainya. tapi aku lebih bersetuju dengan pendapat dan tulisan Abu Urwah Nasarudin[5]

Syirik percaya "Jangan Upload Gambar Anak Bawah 40 Hari"?


Abu Urwah ni tak nak orang takut nak share gambar anak sebab percaya ianya boleh membawa mudharat. dia tak nak kepercayaan ni menjejaskan aqidah ibubapa sebab percaya benda ni boleh bawa mudharat/sial kepada anak.

antara point dia yang aku setuju sangat, termasuklah:
1. kenapa mesti 40 hari (dalam pantang?)
2. Penyakit ain boleh berlaku tanpa ada had umur. Sebab menjoriti hadith penyakit ain adalah pada usia dewasa, hanya ada satu tentang bayi, tetapi martabatnya dinilai dhaif oleh para ulama.[5]
3. mengkritik penulisan yang bersandarkan prasangka semata dan menggunakan hadith umum dan memaksakan hadith itu selari dengan pandangan peribadi.

dan beberapa lagi point dia yang lain. boleh rujuk di laman beliau.

kesimpulan

apa yang dapat aku simpulkan,

1.segala sesuatu itu datang atas keizinan Allah. pegang macam tu. jadi, jangan terlalu taksub percaya mudharat/sial boleh datang sebab share gambar bayi kat laman sosial. boleh percaya ianya sebagai asbab, tapi bukan punca secara langsung

contoh, dalam bidang farmasi, aku langsung tak percaya dan i'tiqad bahawa ubat tu boleh sembuhkan penyakit. walaupun aku ni farmasi, tapi aku masih percaya kuasa penyembuh itu datang dari Allah, bukan ubat. makan ubat cuma sebagai asbab untuk menyembuhkan penyakit. macam tu la lebih kurang analoginya.

2. sebagai ibubapa, bagi yang nak share gambar anak, silakan. cuma jangan terlalu ghairah share gambar anak setiap hari sudah la. bukan sebab penyakit ain, tapi nnti orang meluat pulak. hehehe..

3. bagi ibubapa yang dalam 'pantang' share gambar anak, terpulanglah. itu hak masing-masing nak percaya/ikut kata-kata ustaz Wan Asrul Al-Kalantani atau tak. cuma ingat, jangan terlalu taksub. segalanya datang dari Allah.. itu sahaja.

4. dan sebagai 'media influencer' (pengguna laman sosial seperti blog, fb, twitter, instagram, dan sebagainya) cuba semak dulu kesahihan apa yang dishare. jangan sekadar share sahaja. dan jangan pula hanya baca dari 1 sumber.

5. bila kita tengok gambar bayi, bersederhanalah dalam memuji. segala puji hanya layak untuk Allah dan segala sesuatu itu datang dari Allah. lagi 1, jangan nak banding-bandingkan pulak kecomelan anak orang (macam kes anak che Ta). dan jangan pula mendengki. itu rezeki masing-masing, rezeki kita mungkin datang dalam bentuk lain.

point utama aku, bersederhanalah dan jangan taksub!

p/s : kalau korang ada bayi dalam pantang, nak share atau tak gambar baby? just nak survey...  
 



sumber dan rujukan
1. Wan Asrul Al-Kalantani. (2013 July 13). KENAPA TIDAK 'UPLOAD'? Facebook Status. Dipetik dari https://www.facebook.com/wan.asrul.378/posts/311046212364979
2. Nurul Qastalani Radzuan. (2014 Jan). MENGAPA TAK DIGALAKKAN UPLOAD GAMBAR BAYI BARU LAHIR? Karipapsayur. Dipetik dari http://www.karipapsayur.com/2014/01/mengapa-tak-digalakkan-upload-gambar.html
3. Marlisa Halim. (2014 Nov). PENYAKIT 'AIN. MarlisaHalim. dipetik dari http://www.marlisahalim.com/2014/11/penyakit-ain.html
4. Haron Din. Penyakit 'Ain. Rawatan Penyakit Akibat Sihir, Jilid 5 bab 9.
5. Abu Urwah Nasarudin. (2014 July 16). Syirik percaya pada "Jangan Upload Gambar Anak Bawah 40 Hari". Muhajirin Store. dipetik dari http://muhajirinstore.blogspot.my/2014/07/syirik-percaya-pada-jangan-upload.html
6. Eza Ezamie. (2015 July 11). Bolehkah Upload Gambar Bayi Baru Lahir di Media Sosial? SirapLimau. dipetik dari https://siraplimau.com/upload-gambar-bayi-baru-lahir-share/
7. Ikhwan Yusuff. (2014 Aug 12). KENAPA TIDAK DIGALAKKAN UPLOAD GAMBAR BAYI YANG BARU LAHIR? IkhwanYusuff. dipetik dari http://duniakita94.blogspot.my/2014/08/kenapa-tidak-digalakkan-upload-gambar.html
8. Biaqpila (2014 Jan 25). JANGAN UPLOAD GAMBAR BAYI BAWAH USIA 40 HARI KE DALAM FACEBOOk. Biaqpila. dipetik dari http://biaqpila.blogspot.my/2014/01/jangan-upload-gambar-bayi-bawah-usia-40.html
9. Nur Alya. (2014 Jan 13). Al Ain : Kenapa Tidak Upload/Siarkan Gambar Bayi. Hidup Sekali Biar Bererti. dipetik dari http://chentazulya.blogspot.my/2014/01/al-ain-kenapa-tidak-boleh-uploadsiarkan.html
10. Marlisa Halim. (2014 Jan). BOLEHKAH UPLOAD GAMBAR BAYI DI FACEBOOK? MarlisaHalim. dipetik dari http://www.marlisahalim.com/2014/11/bolehkah-upload-gambar-bayi-di-facebook.html