Sepetang Di Tea Boss Perlis


Tea Boss | Drink tea like a boss. Dua minggu lepas, aku merempit ride ke perlis semata nak review Tea Boss kat perlis dengan geng blogger utara dan seorang dari geng blogger gempak. kira macam kolabrasi dua kumpulan blogger la ni kiranya. hahaha..

antara yang terlibat dalam review kali ni
gambar atas dari kiri : Sofie Adie, Zya Akma, Arz Moha, Pha Is, dan Zumal

tea boss perlis ni senang je nak cari. tengok peta sekali je dah boleh sampai. yer la, naik moto bukan boleh tengok map macam dalam kereta yang boleh tengok sepanjang masa.


Tea Boss | Drink Tea Like A Boss


aku sebenarnya mamang kaki minum tea. setengah orang minat kopi tapi aku ni jenis 'tea kind of guy'. bajet macam orang London la, petang2 minum tea, dan macam orang arab, sepanjang masa minum "Syai" (tea dalam bahasa arab).

sebab tu masa order, orang lain order sempoi-sempoi macam Baby Berry Boss la, Iced Milk Coco Boss la, Mango Boss la, Apple Boss la, dan macam-macam lagi. aku? simple, Iced Milk Tea Boss, a.k.a Teh ais.

ini tea aku yang punya. sapa nak pi beli sendiri.. hahaha..

Tea Boss Perlis Menu


dari segi minunam, memang "meriah". macam-macam ada. pilih mana yang berkenan dihati. ni kalau pekena masa cuaca panas2 macam sekarang ni, memang layan habis. 


dari segi makanan pun, tak kurang hebat jugak. ada soto, laksa, dan kalau nak rasa western boleh try chicken chop, fries, dan macam-macam lagi..


soto, fries, chicken chop, dan laksa. gambar makanan tak beberapa cantik sebab masa ambil gambar ni, dah makan dah separuh jalan. sampai je makanan atas meja, lupa nak ambil gambar dulu, terus terkam. hahaha..  

dan specialnya tea boss perlis ni, dengan setiap pembelian air, korang akan mendapat 1 cop. Kumpulkan 10 cop dan boleh tebus 1 bekas Tea Boss..


Tea Boss Perlis


so, kalau nak merasa, pergi la terjah. seang je nak cari. harga pun berpatutan


Alamat Tea Boss Perlis:

KM 3, Tanjung Gorah, Repoh
Persiaran Jubli Emas
01000 Kangar Perlis

(Selepas Auto Car Wash dan sebelum Aura Steamboat, bertentangan Andaman 2)

Tea Boss Perlis dibuka setiap hari dari jam 12 tengahari - 9 malam
untuk lebih lanjut hubungi pemilik Tea Boss Perlis di :

Facebook : Tea Boss Perlis 
Instagram : @teabossperlis
017-4227517 / 0175720635 (Pn. Fadzilah)

(Delivery sekitar Kangar dan Arau untuk sabtu dan ahad sahaja)

kalau nak tengok review yang lain, boleh terjah mereka:

1. Arz Moha. (2016 Apr 4). Lepak Di Tea Boss Perlis. ARZMOHA. dipetik dari http://www.arzmoha.com/2016/04/lepak-di-tea-boss-perlis-drink-like-a-boss.html

2. Miss Zyaroses. (2016 Mac 29). Tea Boss Perlis | Drink Tea Like A Boss. dipetik dari http://misszyaroses.blogspot.my/2016/03/tea-boss-perlis-drink-tea-like-boss.html

3. Sofie Adie. (2016 Mac 29). Sepetang bersama Tea Boss Perlis. SOFIEADIE. dipetik dari http://www.sofieadie.com/2016/03/sepetang-bersama-tea-boss-perlis.html

4. Zumal. (2016 Mac 28). Tea Boss Perlis. Dunia Zumal. dipetik dari http://duniazumal.blogspot.com/2016/03/tea-boss-perlis.html



Comments

  1. MINUM TEA DGN GENG BLOGGER DI TEA BOSS MMG HAPPENING KAN PHAIS TAMBAH LA NI KAT PERELIS PANAS LIT LIT HEH..HEH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. tambah2 plak masa tu mmg tgh musim panas..

      Delete
  2. seronoknya menikmati tea bersama rakan blogger :)

    ReplyDelete
  3. Pehal ibu Gomes kat atas ni.. SPAM ni -,-
    orang duk syok citer sal coffee bos, dia duk sibuk promote nombor toto..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha.. xpe.. dah delet dah.. dah report as spam..

      Delete
  4. uishh jauh merempit.. test ride ea.. hihihi
    kat sp pon ada nih.. turun tol sp utara, straight lepas simpang empat sikit kedai dya belah kanan..:)

    ReplyDelete
  5. tgk mcm mcm wrna.. sedap benor rasanya

    ReplyDelete
  6. Klu cikna confirm pilih laksa+coffee,baru merecik..;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kopi boleh je minum tapi x de la feveret sangat.. hehehe

      Delete
  7. kalau ke perlis nanti nak try la sekali.

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. orang yg nk kurus ni suka la green tea.. saya x minat..
      x minat green tea la.. bukan x minat kurus.. hahah

      Delete
  9. layan jugak... tp agak mencabar nak pi mencuba...

    ReplyDelete
  10. sambil pi buat review sambil tgk tpt org . best woo merempit wpun sis x pernah buat ... meh meh meh

    ReplyDelete
  11. sedapnyaaa... muka pha is selalu spoil kalau p makan. hahaha

    ReplyDelete
  12. Wahh bestnya.. sempoi dan menarik... marveles!!

    ReplyDelete
  13. woii..klu beli satu cawan share 2 orang minum tepi bendang tgh panas lit2 mesti sempoi..mantik gtu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa.. mmg mantik.. hahaha
      minum plak bawah pohon cemara.. ewwah..

      Delete
  14. Dekat tempat sha pun ada..
    Memang best..
    Sha suka minum chocolate dengan green tea..
    Memang Terbaik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. kedai macam ni skrg dah banyak bercambah..

      Delete
  15. Samalah kita, saya suka minum tea berbanding kopi. Minum kopi sebab terpaksa sajalah itu pun apabila bertandang rumah org, tuan rumah hidang kopi. Sekadar mencicip saja utk ambil hati tuan rumah :)

    ReplyDelete

Post a Comment