24.4.16

Bapa Tak Bertanggung Jawab

sebagai seorang lelaki dalam usia aku yang macam ni, tak lama lagi dah nak bergelar seorang suami. lepas tu dengan izin Allah, akan bergelar seorang bapak. tapi aku takut nak memegang dua gelaran tu.


suami? masih tak layak rasanya. urusan diri sendiri pun tak terurus, inikan pula nak uruskan rumah tangga. bapa? hmm.. arwah ayah aku meninggal tatkala aku masih kecil. tak sempat rasanya untuk aku 'belajar' dari dia macam mana nak menjadi seorang bapa.

bapa tak bertanggung jawab


tapi ada dua situasi yang membuatkan aku pasti yang aku tak akan menjadi seorang bapak yang macam ni:

Situasi 1 : Memandu Membahayakan Anak

dalam perjalanan ke tempat kerja, aku bersama gadis bertudung biru aku sedang menunggu kat trafic light. lampu masih merah. tak lama selepas itu, lintas sebuah motosikal dipandu seorang lelaki beserta seorang pembonceng budak yang aku kira anak kepada pemandu motosikal tadi, keluar simpang dalam keadaan melanggar lampu merah.

dalam masa yang sama, diorang hampir eksident bila kereta yang keluar simpang dari arah bertentangan terpaksa berhenti mengejut bagi memberi laluan kepada motosikal tadi yang melanggar lampu merah dalam keadaan merbahaya.

situasi tu buat aku terfikir. ni apa jenis bapak la manusia ni. kalau nak mati, mati sorang-sorang sudah la. bawak anak lepastu naik moto secara merbahaya.


Situasi 2 : Rokok Depan Anak

lagi satu situasi yang buat aku heran, bila ternampak seorang bapak merokok depan anak-anak yang masih kecik. again, kalau nak mati, mohon mati sorang-sorang. kesian kat budak kecik yang terpaksa hirup racun yang keluar dari mulut kau.


bapa sebagai pelindung keluarga


walaupun aku tak tau lagi bapa jenis macam mana yang aku bakal jadi, tapi aku berharap dan berdoa agar tak jadi macam bapak-bapak yang macam dalam dua situasi diatas.

dan tahniah buat dua orang kawan aku, ariff dan Ehsan yang masing-masing telah menjadi seorang bapa baru-baru ni. hairannya, kedua-dua isteri diorang selamat bersalin pada hari yang sama! dan dua2 mendapat anak lelaki!


dua orang kawan aku jadi bapa pada hari yang sama.! what kind of sorcery is this???


31 comments:

  1. Tanggungjawab sbg ibubapa ni amat besar pelan2lah belajar memahaminya pha is.

    ReplyDelete
  2. moga pha is menjadi bapa yang terbaik....sepertimana seorang bapa yang pha is ingin miliki....

    ReplyDelete
  3. itu la.. terlebih memikirkan keselesaan sendiri sampai terlupa orang sekeliling

    ReplyDelete
  4. Betul tu pha is..

    teladan ada dimana2, mana yg buruk dijauhi, mana yg baik dicontohi. :)

    ReplyDelete
  5. psl rokok tu memang tak sesuai dan 'sopan' kalo bapa merokok depan anak

    ReplyDelete
  6. Semoga kita semua dpt menjadi bapa yg terbaik buat anak2 dan keluarga... aamiin.

    ReplyDelete
  7. HAI Abang Pha Is! Dah lama tak main blog dan jadi Pengomen Pening kat blog ni. Amboi, tak sangka dah nak kahwin la ni. HUHU. InsyaAllah, semoga Abg Pha Is dapat jadi suami dan bapa yang baik buat keluarga. Amin :)

    ReplyDelete
  8. moga anda menjadi seorang abah yang bertanggungjawab. baru seronok anak-anak.

    ReplyDelete
  9. hahaha.. suratan atau kebetulan??
    tahniah buat kwn2 mu faiz..:D

    ReplyDelete
  10. phais mesti bukn perokok kan? yang bab moto tu baru smlm suami ckp bnda yg sama. bawak ank langgar lampu isyarat. nak mati biar mati sorg jgn libatkan ank kan... insyaAllah tp cite mcm ni mcm da jumpa madu gadis tdung biru jaaaa.... hhehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. saya x merokok.. hahaha.. great mind think alike.. hehehe

      Delete
  11. hehe, i'allah pha is akn jadi bapa yg terbaik utk anak2 nanti..haha!
    pastinya bpak yg cool sebb ada gadisbertudungbiru..kankankan..haha!

    ReplyDelete
  12. kes bapak merokok depan anak2 ni memang banyak. dah lama aku perati benda ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. kalau perati saja x jadi jugak.. kita kna take action.. x dapat tegur dengan lisan, tegur dalam blog je mampu.. educate people.. hehehe

      Delete
  13. inshaAllah Pha Is boleh jadi bapak yang baik..Akak doakan yang murni2 je utk Pha Is ok..

    ReplyDelete
  14. Bagi sayalah tanggungjawab sbg ibu bapa ni besar, mempersiapkan hidup dan selepas mati anak itu maksudnya mempersiapkan dunia dan akhirat anak itu

    ReplyDelete
  15. Alahai.. Yang no 1 memang sangat bahaya..
    Kesian kat anak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. yg tengok ni pun sakit hati je tengok.. hmm..

      Delete