Thursday, January 7, 2016

Suara Hati Pak Dy


Malaysia.

Kata-kata menteri seakan gurau senda, sedang jiwa rakyat sedang meronta.
Mahasiswa yang diharap-harapkan, tidak lain hanya ber”huha” menjadi bicara.
Budak-budak sekolah, digembar-gembur dengan cikgu lawa.
Dan tak ketinggalan, budak-budak sekolah makin hari makin dimanja – belum kena denda berdiri atas meja, sifat merungut dah mula membara.

Bauksit dan vape menjadi santapan.
Pengampu kerajaan dan pembela agama semakin banyak persamaan.
Seakan tiada perbezaan.
Masyarakat umum juga tidak ketinggalan.
Bergurau lucah menjadi makanan.
Share benda-benda lagha di FB seakan menjadi permainan.
Padahal yang menjadi bahaya adalah perkara besar yang sengaja kita kecil-kecilkan.

Para pejuang kebenaran seolah-olah senyap.
Barangkali takut dipatahkan sayap.
Maklumlah, yang dilawan sekarang adalah pemimpin korup.

Mungkin kita lupa.
Sebesar-besar bangunan bermula dgn sekecil-kecil bata.
Andai bata-bata itu semuanya longlai,
Tidak mungkin cita-cita agung kita akan tercapai.

Ayuh bersuara wahai teman.
Ayuh menongkah arus kejahilan.
Ayuh mulakan perubahan.

Wahai bapak-bapak menteri,
tolonglah faham keadaan kami.

Wahai mahasiswa,
berhentilah mengambil dadah hedonisme,
ketagihan kita kelak makin susah diubati.

Wahai adik-adik sekolah, kamu di sekolah untuk menghargai nilai ilmu,
bukan untuk menilai betapa cantiknya guru perempuanmu.

Wahai masyarakat umum, ketahuilah kita semakin hari semakin mendekati bahaya.
Jangan menunggu gelap sebelum dihargai sinaran cahaya.

Kita mulakan dengan sama-sama perbaiki diri.
Solat dijaga rapi.
Faham maksud kata-kata janji yang kita meterai.
Di hadapan rabb kita setiap hari.

Pembelajaran Quran dilupa jangan sesekali.
Sifat menghargai, jangan diabai walau untuk orang yang tidak kita sukai.
Kata-kata ini mungkin disalah erti.
Maklumlah, ini hanya suara hati.

-Pak Dy, Wasabi.

dipetik dari :
Wasabi T. (2016). Suara Hati Pak Dy Wasabi; Facebook Status. https://www.facebook.com/muhammad.zaid.14224/posts/10203910737488544

13 comments:

  1. Kritis sekali tapi perlu diperhati..

    ReplyDelete
  2. mndlm dan tepat dgn situasi skrg ni :( semoga kita sentiasa perbaiki dan berwaspada dalam menjaga diri, keluarga, bangsa dan negara.

    ReplyDelete
  3. deep.

    semoga kita dapat mulakan perubahan bermula dengan diri sendiri. Insya'Allah.

    ReplyDelete
  4. sangat mendalam.setuju part hal-hal sekolah tu.

    ReplyDelete
  5. apa yang dia kata tu tepat sekali

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. junior farmasi usm.. skrg dia final year.. wara' orangnya.. kalau2 ada yg berminat. hehehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...