25.1.16

Songkok Separuh Bogel

bila aku tengok gambar kat bawah ni, aku teringat zaman masa aku sekolah dulu. dulu masa kat sekolah kami wajib pakai songkok, sebab songkok tu termasuk dalam 'pakaian' rasmi sekolah kami.


Songkok Separuh Bogel 


kat sekolah aku, kalau tak pakai songkok tu, ibarat macam separuh bogel la. hehe.. bukan aku yang kata, tapi cikgu aku yang kata. bila dia nampak ada pelajar tak pakai songkok dalam kelas, dia akan tegur:

"tu siapa yang separuh bogel kat belakang tu?"

dan kalau korang nak tahu, yang tegur tu sebenarnya cikgu aku yang berbangsa india!

Fatwa Songkok Najis


tapi, sebenarnya ramai antara kami yang lebih suka kopiah berbanding songkok. songkok sekadar pakaian rasmi sekolah je. masa sembahyang, kami pakai kopiah.

sehinggakan masa aku tingkatan 3 kalau tak silap, kami tukar pengetua baru. pengetua ni wajibkan semua pakai songkok semasa pergi solat jumaat.

dan disebabkan tak puas hati dengan keputusan pengetua tu, pelajar ketua agama kami keluarkan fatwa tak boleh pakai songkok semasa solat!

alasan dia, songkok tak boleh basuh. dia berfatwa mengatakan pakaian yang digunakan dan tak basuh sampai 40 hari jadi najis! hahaha.. dahsyat tak dahsyat budak sekolah agama ni. siap boleh keluarkan fatwa.

sampai sekarang aku solat tak pakai songkok. bukan sebab ikut fatwa dia, tapi aku setuju pandangan dia yang kopiah lebih bersih sebab kita boleh basuh.

15 comments:

  1. hahaha.. sampai mcm tu dya punya takmaw pakai songkok..
    entah laa sesetgh org lelaki sesuai pakai songkok, dan sesetgh lg mungkin lebih cantik kalau berkopiah aje..

    abah husna suka pakai kopiah.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada je kawan yang suka pakai songkok. yang jenis muka bulat, sesuai le pakai songkok berbanding kopiah. kalau pkai kopiah, lagi nmpak bulat ler muka.. hehehe...

      Delete
  2. mmg berani tu tapi betullah sebabnya . songkok mana ada org cuci kan ... hehehee

    ReplyDelete
  3. Zumal pun tak suka pakai songkok, sebab songkok nie keras kekadang kena pakai ke belakang sebab masa sujud tersangkut

    ReplyDelete
  4. Songkok saya tak pakai sangat. Saya prefer kopiah.

    ReplyDelete
  5. sekarang ramai guna kopiah trendy tu, pastu lipat masuk poket :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kopiah trend..? macam mana tuh?? sbb rasanya semua kopiah boleh lipat..

      Delete
  6. pergh..cikgu India tu..klau dia bersongkok jgk mesti ensem ;p

    ReplyDelete
  7. mmg pun..jarang tgk org gi solat kat masjid tu pakai songkok..biasa pakai kopiah..kalau ada pun time solat hari raya..

    ReplyDelete
  8. Dasyat budak sekolah agama, siap keluar fatwa. Dalam politik, songkok disinonimkan dengan orang UMNO manakala kopiah merujuk kepada orang PAS

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah.. entri ini tiada kaitan dengan politik yer.. saja share kenangan lama.. hehehe

      Delete