Pilihan Motosikal Moped 150cc

dalam entri aku yang lepas-lepas berkenan motosikal moped (kapcai) berkuasa 150cc, aku ada bincangkan pro-cons antara motosikal Yamaha Y15ZR dan Suzuki Belang R150. dan dalam entri tersebut, kalau korang baca sehingga ke ruangan komen, ramai yang mendakwa Suzuki 'kiasu' (tak nak kalah) dengan nak bawa masuk model Suzuki Belang dengan Fuel injection dan liquid cooler yang dijangka keluar pada tahun ini.

Pilihan Motosikal Moped 150cc


so, buat masa sekarang, suzuki tengah berentap dengan yamaha berkenan model motosikal moped 150cc. but not for long... sebab dengar cerita Boon Siew Honda pun rancang nak bawa masuk model motosikal moped 150cc. honda pun tak nak kalah jugak!


Yamaha Y15ZR


motosikal moped 150cc, LC 150, kapcai

so far aku rasa model ni yang paling mendominasi. walaupun baru setahun jagung je masuk, tapi dah bercambah orang pakai. merata aku nampak motosikal ni kat atas jalan raya. laku nau nampaknya.

Suzuki Belang R150


motosikal moped 150cc, liquid cooled, fuel injection, kapcai

walaupun model ni dah susah nak jumpa orang pakai atas jalan, tapi still Suzuki macam still optimistik, tak nak kalah sebab nak bawa masuk Suzuki Belang R150 versi Liquid cooled dan fuel injection, tak macam model sebelum ni.


Honda Supra X 150 / Honda Sonic 150R


Honda Sonic 150R, motosikal moped 150cc, kapcai

khabar demi khabar angin tersebar mengatakan honda nak bawa masuk model moped 150cc jugak. dikenali dengan Honda Supra X 150 atau Honda Sonic 150R di Indonesia. tak nak kalah jugak! kita tengok nanti macam mana..


not bad.. so, bagi mereka yang pentingkan kuasa dalam motosikal tapi still nak pakai sebuah motosikal yang praktikel di malaysia dan ada raga, boleh dah buat pilihan antara 3 model ni.

p/s : aku? aku dah angkat Yamaha YZF R25. hehehe...


sumber dan rujukan:

1. Blogger Yuzz. (2016 jan 24). Honda Sonic 150R untuk pasaran Malaysia mungkinkah mempunyai kepak pelindung kaki? Motosikal.info
dipetik dari http://motosikal.info/2016/01/24/honda-sonic-150r-untuk-pasaran-malaysia-mungkinkah-mempunyai-kepak-pelindung-kaki/

2. Krai Motor. (2016 Jan 24). Imej model baru honda yang akan datang. (facebook pictures).
dipetik dari https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=931551883618350&id=461071947333015

3. Eddy. (2016 Jan 24) Adakah ini Honda Supra X 150 – bakal pesaing Yamaha Y15ZR? Motomalaya.net
dipetik dari http://motomalaya.net/blog/2016/01/24/adakah-ini-honda-supra-x-150/






Comments

  1. PHAIS DH BELI SATU..NAK BELI SATU LAGI KOT...CANTIK SEMUA MODEL MOTO SUZUKI TU..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah beli 250cc.. dah x pandang dah 150cc.. hehehe

      Delete
  2. lama dah tak berada di jln raya so tak nampak lg jenis2 yg mcm tu..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg bawah sekali tu mmg xakan nmpak lagi pun sbb baru nk masuk malaysia..

      Delete
  3. Rasa nak tukar motor macam Pha Is laa ^-^

    ReplyDelete
  4. dah tahu Pha Is pilih yg mana :-)

    ReplyDelete
  5. Hebat pengetahuan Pha Is fasal motor

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu sikit2 je.. mana yg kita tahu, kita share.. hehehe

      Delete

Post a Comment