28.1.16

Kenapa Aku Memilih Yamaha YZF R25

dalam kebanyakan entri pasal superbike kat blog aku ni, sebelum ni aku selalu ceritakan tentang motosikal idaman aku, Yamaha XJ6N. tapi setelah aku pertimbangkan beberap perkara, dan setelah aku berbincang dengan member aku yang juga seorang rider superbike, aku putuskan untuk tak terus beli Yamaha XJ6N tetapi, aku nak angkat Yamaha YZF R25 dahulu.

kenapa aku memilih Yamaha YZF R25?


Gadis bertudung biru


1. rakan aku menasihatkan agar aku tak terus 'jump' pakai motosikal berkapasiti 600cc sebab ini superbike pertama aku. dia cadang supaya aku 'bermain ringan-ringan' dulu dengan superbike berkapasiti rendah, macam R25 ni. (250cc)

sebab dia kata, banyak kes orang kemalangan superbike sebab penunggang tak pandai handle superbike. jenis penunggang yang terus 'jump' angkat superbike kapasiti tinggi macam Kawasaki Z800. sebab tu dia kata Z800 antara yang banyak kes kemalangan. bukan salah moto, tapi penunggang yang tak berpengalaman.


kata rakan aku lagi, sekarang ni ramai mampu beli tapi tak ramai yang mampu bawa. jadi, aku target nak pakai moto dalam 1 hingga 2 tahun macam tu je kot. sekadar muqaddimah. hehe..

2. kenapa sportbike dan bukan naked bike? aku memang lebih minat naked bike berbanding sportbike. tapi disebabkan superbike hanya sekadar "muqaddimah" aku dalam dunia superbike, so, aku rancang untuk try sportbike dulu. sekurangnya nanti aku dah dapat rasa dua jenis superbike yang berlainan (sportbike dan naked bike).

untuk nak tahu beza jenis2 superbike (naked bike, sportbike, cruiser, dual purpose, dan sebagainya, sila lihat entri ini:Tips Memilih Superbike

3. tapi, dalam banyak-banyak sportbike kelas 250cc, kenapa aku pilih Yamaha YZF R25? kenapa bukan Kawasaki Ninja 250R yang sangat popular tu? sebabnya Yamaha YZF R25 ni model paling berkuasa (horse power) dalam kelas sportbike 250cc mengatasi saingan sekelasnya yang lain (Adi Arena, 2015). lagi satu, sebab aku minat giler dengan design dan kaler dia.

so, disebabkan 3 perkara tersebut, aku memilih untuk 'main-main' dulu dengan Yamaha YZF R25. nanti bila dah lama sikit bawak, baru aku try buat review motosikal ni pulak...







25.1.16

Songkok Separuh Bogel

bila aku tengok gambar kat bawah ni, aku teringat zaman masa aku sekolah dulu. dulu masa kat sekolah kami wajib pakai songkok, sebab songkok tu termasuk dalam 'pakaian' rasmi sekolah kami.


Songkok Separuh Bogel 


kat sekolah aku, kalau tak pakai songkok tu, ibarat macam separuh bogel la. hehe.. bukan aku yang kata, tapi cikgu aku yang kata. bila dia nampak ada pelajar tak pakai songkok dalam kelas, dia akan tegur:

"tu siapa yang separuh bogel kat belakang tu?"

dan kalau korang nak tahu, yang tegur tu sebenarnya cikgu aku yang berbangsa india!

Fatwa Songkok Najis


tapi, sebenarnya ramai antara kami yang lebih suka kopiah berbanding songkok. songkok sekadar pakaian rasmi sekolah je. masa sembahyang, kami pakai kopiah.

sehinggakan masa aku tingkatan 3 kalau tak silap, kami tukar pengetua baru. pengetua ni wajibkan semua pakai songkok semasa pergi solat jumaat.

dan disebabkan tak puas hati dengan keputusan pengetua tu, pelajar ketua agama kami keluarkan fatwa tak boleh pakai songkok semasa solat!

alasan dia, songkok tak boleh basuh. dia berfatwa mengatakan pakaian yang digunakan dan tak basuh sampai 40 hari jadi najis! hahaha.. dahsyat tak dahsyat budak sekolah agama ni. siap boleh keluarkan fatwa.

sampai sekarang aku solat tak pakai songkok. bukan sebab ikut fatwa dia, tapi aku setuju pandangan dia yang kopiah lebih bersih sebab kita boleh basuh.

24.1.16

Pilihan Motosikal Moped 150cc

dalam entri aku yang lepas-lepas berkenan motosikal moped (kapcai) berkuasa 150cc, aku ada bincangkan pro-cons antara motosikal Yamaha Y15ZR dan Suzuki Belang R150. dan dalam entri tersebut, kalau korang baca sehingga ke ruangan komen, ramai yang mendakwa Suzuki 'kiasu' (tak nak kalah) dengan nak bawa masuk model Suzuki Belang dengan Fuel injection dan liquid cooler yang dijangka keluar pada tahun ini.

Pilihan Motosikal Moped 150cc


so, buat masa sekarang, suzuki tengah berentap dengan yamaha berkenan model motosikal moped 150cc. but not for long... sebab dengar cerita Boon Siew Honda pun rancang nak bawa masuk model motosikal moped 150cc. honda pun tak nak kalah jugak!


Yamaha Y15ZR


motosikal moped 150cc, LC 150, kapcai

so far aku rasa model ni yang paling mendominasi. walaupun baru setahun jagung je masuk, tapi dah bercambah orang pakai. merata aku nampak motosikal ni kat atas jalan raya. laku nau nampaknya.

Suzuki Belang R150


motosikal moped 150cc, liquid cooled, fuel injection, kapcai

walaupun model ni dah susah nak jumpa orang pakai atas jalan, tapi still Suzuki macam still optimistik, tak nak kalah sebab nak bawa masuk Suzuki Belang R150 versi Liquid cooled dan fuel injection, tak macam model sebelum ni.


Honda Supra X 150 / Honda Sonic 150R


Honda Sonic 150R, motosikal moped 150cc, kapcai

khabar demi khabar angin tersebar mengatakan honda nak bawa masuk model moped 150cc jugak. dikenali dengan Honda Supra X 150 atau Honda Sonic 150R di Indonesia. tak nak kalah jugak! kita tengok nanti macam mana..


not bad.. so, bagi mereka yang pentingkan kuasa dalam motosikal tapi still nak pakai sebuah motosikal yang praktikel di malaysia dan ada raga, boleh dah buat pilihan antara 3 model ni.

p/s : aku? aku dah angkat Yamaha YZF R25. hehehe...


sumber dan rujukan:

1. Blogger Yuzz. (2016 jan 24). Honda Sonic 150R untuk pasaran Malaysia mungkinkah mempunyai kepak pelindung kaki? Motosikal.info
dipetik dari http://motosikal.info/2016/01/24/honda-sonic-150r-untuk-pasaran-malaysia-mungkinkah-mempunyai-kepak-pelindung-kaki/

2. Krai Motor. (2016 Jan 24). Imej model baru honda yang akan datang. (facebook pictures).
dipetik dari https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=931551883618350&id=461071947333015

3. Eddy. (2016 Jan 24) Adakah ini Honda Supra X 150 – bakal pesaing Yamaha Y15ZR? Motomalaya.net
dipetik dari http://motomalaya.net/blog/2016/01/24/adakah-ini-honda-supra-x-150/






18.1.16

Jalan-Jalan Cari Cinta

macam yang aku dah cerita kat entri "Melancong vs Melencong", masa cuti Christmas dan maulud nabi yang lepas, aku ada ikut kawan aku pergi jalan-jalan 'cuti-cuti malaysia'. jalan-jalan cari makan. jalan-jalan cari cinta.


Jalan-Jalan Cari Cinta


aku tak rancang sangat pun perjalanan tu. asalnya kawan aku yang rancang dengan officemate dia. then, diorang ajak aku. aku follow je. antara tempat yang kami singgah termasuklah:

Bukit Tinggi, Pahang


pahang

saja nak singgah sini. nak merasa tengok rumah2 macam kat eropah zaman renaissance dulu tu. cantik tu memang la cantik, tapi kalau mai dengan pasangan, baru romantik.


My kind of swan. swan lain semua berenang berpasangan. yang ni spesis macam aku. berenang sorang-sorang. forever alone.. hahaha

Melaka


lepas tu, kami terus ke melaka. kat sini destinasi utama kami sebenarnya. sebab kawan aku ni dulu belajar kat UiTM melaka. so, tau jugak la selok-belok tempat-tempat best kat melaka ni.


tapi mostly pergi muzium je. nerd betol ka? hehehe. selain tu, merasa la jugak naik menara taming sari tu...

A video posted by pha is (@phais47) on

melaka ni banyak tempat-tempat bersejarah je la. the famous A Famosa!

melaka, malaysia

pagi sebelum bertolak balik, sempat ke masjid selat. masjid ni lawa. tambah pula kedudukan strategik, bila sunset atau sunrise, permandangan dia lagi cantik. pagi tu pun ada beberapa abam photographer pasang tripod tepi masjid shoot gambar.

melaka

melaka, mosque, malaysia

#JalanJalanCariCinta
#YangKuCariCintaTuhan



10.1.16

Akhirnya Kau Milikku, Gadis Bertudung Biru


Akhirnya Kau Milikku, Gadis Bertudung Biru. sejak pertama kali aku melihat engkau, dengan tudung litup biru kau itu, hati aku dah terpikat. sungguh. sejak itu, sudah beberapa kali aku berusaha untuk menjadikan kau yang halal buat aku. tapi ternyata untuk mendapatkan engkau tak semudah yang aku sangka.

dah 3 kali lamaranku ditolak. dan aku tetap tak putus asa. akhirnya pada cubaan keempat kau angguk tanda setuju untuk menerima aku. saat itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa senangnya hati aku.

akhirnya, kau berjaya jadi milikku, wahai gadis bertudung biru. jual mahal betol kau yer..

Akhirnya Kau Milikku, Gadis Bertudung Biru










Alhamdulillah... kau telah selamat aku bawa pulang ke rumah untuk jumpa mak aku. dan mak aku nampaknya tak kata apa-apa, setuju sahaja dengan pilihan hati aku.


7.1.16

Suara Hati Pak Dy


Malaysia.

Kata-kata menteri seakan gurau senda, sedang jiwa rakyat sedang meronta.
Mahasiswa yang diharap-harapkan, tidak lain hanya ber”huha” menjadi bicara.
Budak-budak sekolah, digembar-gembur dengan cikgu lawa.
Dan tak ketinggalan, budak-budak sekolah makin hari makin dimanja – belum kena denda berdiri atas meja, sifat merungut dah mula membara.

Bauksit dan vape menjadi santapan.
Pengampu kerajaan dan pembela agama semakin banyak persamaan.
Seakan tiada perbezaan.
Masyarakat umum juga tidak ketinggalan.
Bergurau lucah menjadi makanan.
Share benda-benda lagha di FB seakan menjadi permainan.
Padahal yang menjadi bahaya adalah perkara besar yang sengaja kita kecil-kecilkan.

Para pejuang kebenaran seolah-olah senyap.
Barangkali takut dipatahkan sayap.
Maklumlah, yang dilawan sekarang adalah pemimpin korup.

Mungkin kita lupa.
Sebesar-besar bangunan bermula dgn sekecil-kecil bata.
Andai bata-bata itu semuanya longlai,
Tidak mungkin cita-cita agung kita akan tercapai.

Ayuh bersuara wahai teman.
Ayuh menongkah arus kejahilan.
Ayuh mulakan perubahan.

Wahai bapak-bapak menteri,
tolonglah faham keadaan kami.

Wahai mahasiswa,
berhentilah mengambil dadah hedonisme,
ketagihan kita kelak makin susah diubati.

Wahai adik-adik sekolah, kamu di sekolah untuk menghargai nilai ilmu,
bukan untuk menilai betapa cantiknya guru perempuanmu.

Wahai masyarakat umum, ketahuilah kita semakin hari semakin mendekati bahaya.
Jangan menunggu gelap sebelum dihargai sinaran cahaya.

Kita mulakan dengan sama-sama perbaiki diri.
Solat dijaga rapi.
Faham maksud kata-kata janji yang kita meterai.
Di hadapan rabb kita setiap hari.

Pembelajaran Quran dilupa jangan sesekali.
Sifat menghargai, jangan diabai walau untuk orang yang tidak kita sukai.
Kata-kata ini mungkin disalah erti.
Maklumlah, ini hanya suara hati.

-Pak Dy, Wasabi.

dipetik dari :
Wasabi T. (2016). Suara Hati Pak Dy Wasabi; Facebook Status. https://www.facebook.com/muhammad.zaid.14224/posts/10203910737488544

3.1.16

Kenangan 2015


eh, dah 2016 eh? tak sedar pun aku. mungkin sebab orang lain enjoy keluar malam-malam sambut new year, tapi aku malam tu menggigil berselimut sebab demam. nasib baik sekarang dah okay sikit.

okay, berbalik kepada tajuk, saja nak buat entri pertama untuk tahun 2016 ini dengan mengenang apa yang dah berlaku kat aku pada tahun lepas.

Kenangan 2015



1. menamatkan zaman bujang tanam anggur

taggal 23 Mac 2015, aku lapor diri di Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang untuk bertugas sebagai pegawai farmasi provisional. mulanya memang teruja campur gementar sebab masa tu tak tahu lagi dapat hospital mana.


tau-tau dapat Hospital Penang. fuh, masuk je, terus ada briefing bagitau siap-siap, hospital tu no. 2 paling sibuk di Malaysia.! sibuk sampai birthday aku 26 Mac tu aku lupa langsung! balik kerja dah malam baru buka FB, baru perasan.

2. #1092HariMencariCinta



tahun 2015 jugak la aku mula azam 1092 hari mencari cinta aku ni. lebih kepada alasan sebenarnya. senang kalau orang tua-tua datang rumah, kalau diorang tanya aku "ha, hang pa-it, bila lagi?". at least aku dah prepare jawapan siap2.

"tiga tahun lagi, InsyaAllah.."

3. Join Blogger Utara

tahun 2015 tu sebenarnya aku rasa mungkin tahun aku mengundur diri dari dunia blog sebenarnya. tapi macam mana entah boleh pulak terjoin geng Blogger Utara masa tu. Tahun ni la yang aku paling banyak keluar dengan geng blogger. sebelum ni tak pernah langsung.

hmmm.. apa kenangan 2015 korang?