30.12.15

WW #133 | pointer 3.85


Its a good thing bila Ahmad Maslan bagi statement pelik2 time musim2 exam. Its a indirect message kepada semua student...
Posted by Wan Nashrullah Muhamad on Tuesday, December 29, 2015

24.12.15

Melancong Vs Melencong

lain orang lain hobi. kali ni nak cerita pasal hobi melancong. sebut pasal melancong ni, aku sebenarnya hairan dengan orang yang sanggup simpan duit, ikat perut, semata-mata nak kumpul duit untuk pergi melancong.  lepas tu banyak habiskan duit melancong oversea.

mungkin sesetengah orang minat dia macam tu, passion dia ke arah itu.. macam kawan aku seorang ni, tengah excited kumpul duit, kumpul cuti, semata nak pergi korea bulan empat nanti. sebelum ni sanggup dia travel pusing 1 Europe sorang-sorang.

contoh blogger plak, macam sis Jari manis, bro Khairudin Lim, dan Siti Yang Menaip. dan rakan sekuliah aku kat U dulu, Izzah. ada je entri terbaru pergi melancong. kalau tak percaya, pergi terjah blog diorang.


Melancong Vs Melencong


berbandng dengan sesetengah orang, aku ni kalau bab melancong, hambar sikit. tapi bukan aku ni tak suka melancong. kalau orang ajak, aku pergi je. cuma aku ni tak de la nak ambil inisiatif sendiri plan nak melancong ke mana-mana.

aku jarang sangat melancong. cuma banyak melencong. nak tahu beza? melencong tu, bila aku free, ada mood, aku start moto, dan berjalan tanpa arah tuju. tu je la melencong aku.


tau-tau,
eh, dah sampai Baling?
eh, dah sampai bukit kayu hitam? (lihat entri Bila Boring)
eh, dah sampai kuala kangsar?
eh, dah sampai sungai golok? (lihat entri jale-jale klatey)

Destinasi Tak Penting


dan kalau pergi melancong pun, aku tak kisah sangat destinasi tu kat mana. bagi aku kalau melancong, destinasi tak penting. yang penting adalah dengan siapa kita melancong!


walaupun pergi tempat-tempat yang simple, yang dekat-dekat je, aku tak kisah. asalkan kita pergi dengan orang yang kita sayang, tak kisah la keluarga, sahabat, mahupun pasangan. *uhuk-uhuk


antara melancong dan bermusafir


kalau niat yang betul, niat bermusafir nak melihat, mengagumi, dan mengambil iktibar dari sepanjang perjalanan atas muka bumi Tuhan ini, bukankah itu dituntut dalam agama?

so, bagi yang hobi melancong tu, atau yang bakal pergi melancong, pesan aku agar niat korang kena perbetul.. bukan sekadar nak berseronok semata. dapat jugak pahala.

berjalanlah bermusafirlah
melihat kebesaran Tuhan
yang diciptakan untuk mereka yang berfikir
dan bersyukur
diatas ni'mat dan kurnia
nilai harganya, Iman dan Taqwa
bagi hamba yang setia
-Mirwana (Hikmah Kembara)

p/s : cuti 4 hari ni aku sebenarnya pergi jalan-jalan makan angin pusing 1 malaysia dengan kawan. masa entri ini berjaya di-auto-published, sepatutnya aku dijadualkan dah sampai kat bukit tinggi pahang.
pergi melencong mencari cinta

19.12.15

Mencari Cinta?

kisah 1

Miss Daisy : ha, Pha Is, tadi U pergi mana?
aku : I pergi keluar pergi cari barang dengan abang mael.
Misss Daisy : Owh, ingat tadi U pergi keluar cari isteri
aku : (-_-')

kisah 2

Tan ; Pha Is, U kat stesyen mana sekarang?
aku : I kat manufact
Tan : best la U. rilex sikit. boleh la mencari cinta..
aku : (-_-')
Tan : U lagi berapa hari?
aku : lagi berapa hari I kat stesyen manufact ke?
Tan : tak lah. lagi berapa hari mencari cinta?
aku : (-_-")


A photo posted by pha is (@phais47) on

Mencari Cinta?


sudah beberapa orang pembaca blog aku dan juga rakan sekerja aku yang dah tahu tentang hashtag 1092 hari mencari cinta aku tu. bahaya nih. hehehe. tapi, betul ke sekarang aku sedang mencari cinta?

nope.. nope.. jawapannya tidak sama sekali!


#1092HariMencariCinta


macam yang aku dah cerita dalam entri 1092 Hari Mencari Cinta, disebabkan beberapa hal, aku target nak kahwin tahun 2018. lagi 3 tahun, (3 tahun x 364 hari setahun = 1092 hari)  DAN aku tak nak hubungan sebelum kahwin yang panjang. 

so, perancangan aku, masuk tahun 2018, baru aku mula serius mencari. itu sebenarnya yang aku maksudkan dengan hashtag #1092HariMencariCinta aku tu..


Maaf, aku terpaksa menolak.


jadi, buat masa sekarang, maaf andai aku terpaksa menolak bila ada orang yang nak 'kenalkan' aku dengan sesiapa, kawan sesama U dulu pun ada yang nak cuba jodohkan aku.

rakan sekerja aku pun ada jugak yang berniat baik ingin menjodohkan aku dengan kenalan mereka. yang nak ambik jadi adik ipar pun ada (lihat entri Bila Orang Berkenan), nak ambik aku jadi biras pun ada (nak kenalkan aku dengan adik tunang beliau).

geng #BloggerUtaraOfficial pun tak terkecuali nak jodohkan aku dengan kenalan mereka.

huh.. aku ni nampak desperate sangat ke? hahahaha..



11.12.15

Kenapa Pakai Jam Tangan?

saja nak berceloteh kejap. pernah terfikir tak? kita semua ada telefon bimbit. dalam tu dah konfom-konfom ada jam. tapi kenapa kita masih pakai jam tangan?

jam tangan lama aku sewaktu aku masih bergelar student usm. jam ni telah lama arwah.
nota : Lensa Cikai adalah blog kedua aku yang aku dah tutup.


Kenapa Pakai Jam Tangan?


dan sebab yang aku boleh fikirkan kenapa aku masih pakai jam tangan walaupun dalam fon aku dah ada jam adalah:

1. nak tahu masa

ni of course la alasan yang paling munasabah. beli jam sebab senang nak tengok jam pukul berapa. tapi, kalau setakat nak tau jam pukul berapa, kat fon pun dah ada jam. kan? mungkin sesetengah orang rasa lebih mudah tengok jam tangan berbanding nak kena keluarkan fon dari poket.

tapi tak semua keadaan sesuai untuk tengok jam melalui fon. contohnya atas motosikal, macam aku ni. kalau nak tengok jam atas moto nak kena seluk poket, lepas tu nak kena takan punat 'home' baru boleh nampak jam pukul berapa, memang agak leceh.

so, rider macam aku ni memang sangat-sangat memudahkan kalau pakai jam tangan.

2. sebagai eksesori

jam speedometer yang pernah aku beli sebab nampak cool. tapi aku stop pakai sebab agak leceh dan tak praktikel

yup, alasan ni pun ada jugak orang pakai. sekadar nak bergaya. beli jam lawa-lawa sebagai perhiasan. contoh macam jam speedometer aku kat atas tu. dah la setiap kali nak tengok waktu kena tekan button, baru boleh tau jam pukul berapa.

so, lebih kepada nilai estetika semata. tapi tak praktikel. jam ni aku tak pakai dah.

3. lambang status dan taraf hidup

kalau orang-orang kaya, mungkin pemilihan jenis jam tangan ikut jenama. Rolex contohnya. walaupun pakai jam rolex ciplak, orang akan tetap pandang tinggi kepada si pemakai sebab dia ada taste.

sebab tu selalalunya agent MLM yang nak mencari mangsa, selain datang bawak kereta BMW, diorang akan pakai jam Rolex. baru nampak kaya lebih sikit, hehe..

tapi aku tak heran sangat jenama-jenama jam ni. sekarang aku pakai jam casio biasa je.

4. nak hindari situasi yang awkward

ha, sebenarnya inilah alasan utama kenapa aku pakai jam tangan. contoh situasi: kau jalan-jalan lepas tu bertembung dengan orang yang kau segan nak cakap., atau dengan orang yang ko rasa awkward setiap kali berjumpa. apa kau boleh buat?

kau senyum kat orang tu ala kadar, hanya sekadar cukup syarat, lepas tu kau TENGOK JAM TANGAN, sambil kau buat-buat kalut kejar masa. tambah dengan acah-acah jalan laju nak cepat macam nak kejar benda penting.

dan disebabkan kat hospital aku jalan pakai lab coat bajet macam doktor pelatih, sekali aku jalan buat-buat kalut, sampai lab coat aku tu berkibar kat belakang macam cape! macam superman tengah terbang.

Jam Tangan Vs Jam Phone


hmm.. so, antara jam tangan dan jam henset. yang mana korang pilih? dan mengapa?

7.12.15

Pemenang Mini GA | Tiket Free Bas Hop-On Hop-Off


pada 7 november yang lalu aku ada buat mini Mini GA | Tiket Free Bas Hop-On Hop-Off. tapi disebabkan terlalu sibok dengan kerja, sampai tak sempat nak promot GA tu. hasilnya as expected, kurang sambutan. tapi tak pe. yang penting ikhlas. hehe..

so, lepas tarikh tutup, aku cuma dapat 2 penyertaan. mereka berdua adalah :

1. Husna Zahidi
2. Zarul Farhana

dan disebabkan cuma 2 orang yang join, secara automatik dua2 dapat hadiah. yea! dan disebabkan dua2 bagi alasan dan sebab kenapa nak tiket ni dengan sama menarik, aku decide pemenang bagi GA mini ni adalah seri!

so, dua-dua dapat hadiah sama banyak. kedua-dua mereka akan dapat hadiah berupa 3 keping tiket bas Hop-On Hop-Off yang boleh dinaiki sama ada di Penang mahupun di KL. dan disebabkan baru-baru ini juga aku berkesempatan jumpa diorang dalam satu event #BloggerUtaraOfficial, aku decide untuk bagi hadiah by hand je la. tadaa..!!

Zarul Farhana

Husna Zahidi

dalam event tu juga sebenarnya pertama kali aku bersua muka dengan diorang. selama ni hanya kenal melalui alam maya je. tahniah, dan selamat menaiki bas...!


2.12.15

Ada Apa Pada November?

Ada apa pada bulan november? hmm.. banyak sebenarnya. walaupun bulan november baru sahaja berlalu, meh aku nak cerita kat korang antara apa yang ada dalam bulan november.

Ada apa pada dua alam?


sebenarnya, "ada apa pada dua alam" ni adalah entry pertama blog ini yang aku publish pada 27 November 2010! dalam erti kata yang lain, bulan november adalah bulan anniversary blog aku. pada 27 november tahun ni, blog aku sudahpun genap berusia 5 tahun!

kalau tengok balik, dah banyak perubahan berlaku pada blog aku ni, terutamanya pada gaya penulisan. tak caya, cuba la baca entri pertama aku tuh. tulisan macam budak-budak. hehehe..


Anniversary Timo



dan genap 5 tahun juga aku merempit bersaya moto kesayangan aku, si Timo. why Timo? sebab moto ni motosikal honda wave 125x Ultimo.

dan lagi, pada bulan november ni jugak adalah bulan kelahiran beberapa (yup, bebebrapa) orang crush aku. eh... hehehe

crush je banyak. awek tak pernah ada.. hehhe...

1.12.15

Jump Street Trampoline Park Penang | Event Review


tak ramai yang tahu kat penang ni ada Jump Street Trampoline Park. menatang apa tuh? well, ianya se-spesis taman tema tapi bertemakan trampoline. menatang yang orang dok main lompat-lompat tu. unik kan?

kalau nak lompat, kena pakai stokin khas, untuk keselamatan. kalau tak nanti licin

korang masuk kat sini, boleh main lompat-lompat. tu je? tak lah.. dalam melompat tu pulak, macam-macam yang korang boleh buat.

Jump Street Trampoline Park Penang


kat sini kat area main court korang boleh try melompat dalam beberapa gaya dan skill. tak tahu? ada jump referee yang akan ajar korang cara melompat dengan penuh bergaya.



kantoi. aku tengah pegang dada sebab masa tu dah semput.. hehehe.. ingat main lompat-lompat ni tak penat???


selain tu ada foam pit, lompat-lompat then terjun dalam kolam span. terjun macam nak terjun sungai, tapi tak basah. dan macam-macam lagi court lompat yang menarik. lompat buat slamdunk,  battle beam, tower jump, dan macam-macam lagi.


macam-macam ada..feveret aku? dodge ball court! sambil lompat, sambil main dodgeball. yang ni memang layan beb. layan, sebab masa kami geng #BloggerUtara main, team aku menang. hehehe...

starting main game dodge ball.

siap ada tournament kot. try tengok kat video ni:


style kan? kalau nak yang lagi mencabar, boleh try yang high performance court. trampoline kat situ special sikit, lebih anjal, lebih kaw! boleh lompat lebih tinggi. so, area tu tak boleh untuk budak-budak, hanya untuk dewasa je. aku dah try. memang gayat. dah la trampolin tu jarang, boleh nampak bawah lantai. amacam? ada bran?

so, jom try lompat kat sana!

review dari geng #BloggerUtara yang lain:

1. ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH. (2015 Dec 1). Jumpstreet Trampoline Park Penang | Event Review. Kisah Kaseh. dipetik dari http://aryshafayyadh.blogspot.my/2015/12/jumpstreet-trampoline-park-penang-event.html

2. El. (2015 Dec 1). JUMP STREET TRAMPOLINE PARK PENANG | EVENT REVIEW. Arwendanish. dipetik dari http://arwendanish.blogspot.my/2015/12/jump-street-trampoline-park-penang.html

3. Kira Sakura. (2015 Nov 30). Jump Street Penang. dipetik dari http://kierasakura.blogspot.my/2015/11/jump-street-penang.html

4. Siti Nurzafirah. (2015 Dec 1). JUMP STREET, TRAMPOLINE PENANG VERSION REPEAT !. dipetik dari http://miamorzafirah.blogspot.com/2015/12/jump-street-trampoline-penang-version.html

5. Siti Yang Menaip. (2015 Dec 2). JUMP STREET TRAMPOLINE PARK PENANG. dipetik dari http://sitiyangmenaip.blogspot.my/2015/12/jump-street-trampoline-park-penang.html

6. Alia Farhan Said. (2015 Dec 2). Jumpstreet Trampoline Park Penang Review. Lady Green: a vanilla freak. dipetik dari http://aliafarhansaid.blogspot.my/2015/12/jumpstreet-trampoline-park-penang-review.html

7. Izzeyda. (2015 Dec 2). Jump Street Trampoline Park Penang. Emi Izzeyda diary's. dipetik dari http://izzeyda.blogspot.com/2015/12/jump-street-trampoline-park-penang.html

8. Cikpinz. (2015 Dec 2). JumpStreet Trampoline Parks Penang | Event Review. Cerita Orang Bujang. dipetik dari http://www.cikpinz.com/2015/12/jumpstreet-trampoline-parks-penang.html

9. Zai Zamree. (2015 Dec 2). Jump Street Trampoline Park Penang | Event Review. Belog Zai Zamree. dipetik dari http://storymoryluahanku.blogspot.com/2015/12/jump-street-trampoline-park-penang.html


harga tiket : 
isnin - rabu : RM22 seorang (1 jam + stokin)
khamis - ahad : RM27 seorang (1 jam + stokin)

waktu beroperasi : 
jumaat dan sabtu : 10 pagi - 10 malam
hari lain : 10 pagi - 9 malam
(buka setiap hari)

alamat : 
JumpStreet Trampoline Parks
70, D'Piazza, D'piazza Mall, Jalan Mahsuri, Bayan Baru,
11900 Bayan Lepas,
Pulau Pinang.
Tel : 04 611 9248

coordinate :   5°19'32.94"N, 100°16'56.38"E

www.facebook.com/JumpStreetAsia
https://instagram.com/jumpstreetasia/
https://www.youtube.com/user/JumpStreetAsia

sedikit info mengenai Jump Street Trampoline Park Penang:

JumpStreet Trampoline Parks are an amazing urban playground for adults and children alike, with hundreds of interconnected trampolines from the floor right up the walls and multiple jumping attractions at every venue - It doesn’t matter if you’ve never jumped on a trampoline before – you’ve got to try Asia Largest Trampoline Parks and experience the thrill of Defying Gravity. Come with your friends and/or your family and enjoy the thrill of flight at Malaysia’s ONLY indoor trampoline parks.

PARTIES
Jump Street Birthday Parties are unforgettable!

GROUP EVENTS
You can play all you like, but at some stage you’ve got to get serious.

BECOME A MEMBER
JumpClub is Jump Street’s exciting Member program.

You can try out just about all the 9 attractions listed below with guidance from JumpStreet Instructors:
► 2 Dodgeball Courts
► Slam Dunk
► Main Court
► The Wall
► High Performance
► Tower Jump
► Foam Pit
► Battle Beam (Restricted to Kids Only)

Jump Street has hosted numerous small to large sized corporate groups and our Jump Referees are very experienced in handling large numbers of people.  Each group will be assigned a Jump Referee to serve as your host, where he/she will be with you from the moment you arrive, during the checkin process, lead the warm-up and stretching and conduct the Basic Trampoline Skills lesson.

S/he will lead other Jump Referees to brief your team members on the rules of each activity, to keep score, and most importantly, they will ensure that each jumper jumps within their capabilities and are safe at all times.